Sejak 2012 kami telah menilai dan berdagang dengan lebih dari 180 broker Forex di Malaysia. Pasukan pakar dagangan Forex-Malaysia sering disebut dalam media antarabangsa dan tempatan . Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker | Penilaian Keseluruhan | Laman Rasmi | ASIC | ASIC License | Deposit Min. | Leverage | Mesra Pengguna-Baru | Spread Standard - EUR/USD | Kos Dagangan | Spread Kasar - EUR/USD | Jumlah CFD | Padanan Mata Wang | Platform Dagangan | Bahasa Laman Web: Melayu | Bahasa Sokongan: Melayu | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 4.51 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89%74- of retail CFD accounts lose money | Ya | 414530 | USD 0 | 200:1 | Cemerlang | 1.00 pips | USD 10 | 0.17 pips | 1275 | 100 | MT4, MT5, cTrader, TradingView | Tidak | Tidak | |
![]() | 4.49 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 406684 | USD 100 | 400:1 | Cemerlang | 0.90 pips | USD 9 | 0.90 pips | 872 | 55 | MT4, MT5, Avatrade Social, AvaOptions | Ya | Ya | |
![]() | 4.35 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.33% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 443670 | USD 5 | 1000:1 | Cemerlang | 0.70 pips | USD 7 | 0.60 pips | 1539 | 57 | MT4, MT5 | Ya | Tidak | |
![]() | 4.69 /5 Baca Ulasan | Lawat > 68% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 220440 | USD 0 | 200:1 | Cemerlang | 0.60 pips | USD 6 | 0.85 pips | 19295 | 80 | MT4, L2 Dealer, ProRealTime | Tidak | Tidak | |
![]() | 4.46 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.81% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 335692 | USD 200 | 500:1 | Cemerlang | 0.10 pips | USD 8 | 0.02 pips | 1744 | 64 | MT4, MT5, cTrader | Ya | Tidak | |
![]() | 4.34 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.6% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 318232 | USD 0 | 500:1 | Cemerlang | 1.00 pips | USD 10 | 0.00 pips | 188 | 70 | MT4 | Tidak | Tidak | |
![]() | 4.58 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.3% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 424008 | USD 100 | 300:1 | Cemerlang | 0.70 pips | USD 7 | 0.60 pips | 1009 | 56 | MT4, MT5, markets.com | Tidak | Tidak | |
![]() | 4.23 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 426359 | USD 5 | 3000:1 | Cemerlang | 0.80 pips | USD 7 | 0 pips | 254 | 37 | MT4, MT5 | Ya | Ya | |
![]() | 4.30 /5 Baca Ulasan | Lawat > 79% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 286354 | AUD 100 | 500:1 | Cemerlang | 0.10 pips | USD 7 | 0.10 pips | 10162 | 70 | MT4, MT5, cTrader, IRESS | Ya | Ya | |
![]() | 4.33 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | 385620 | USD 0 | 500:1 | Cemerlang | 0 pips | USD 4.50 | 0 pips | 252 | 85 | MT4, MT5, cTrader | Tidak | Tidak |
ASIC adalah satu daripada agensi kawal selia kewangan terkemuka di dunia. Sementara mereka mempunyai pandangan asas tradisional, mereka cuba menjadi moden dalam pendekatan, penyelidikan dan pertukaran kawal selian untuk mengekalkan kesaksamaan dalam industri CFD. Semua broker kawalan ASIC boleh dikira selamat disebabkan persekitaran kawal seliaan ketat yang dikendalikan, dan kebanyakan daripadanya cemerlang dari semua segi. Namun ianya penting untuk melihat perincian setiap broker untuk mengetahui apa yang membezakannya dengan yang lain. Apabila membanding broker kawalan ASIC titik beratkan:
Kawal selian: Meskipun broker anda dikawal selia ASIC, akaun dagangan anda berkemungkinan tidak. Ianya semakin biasa buat broker kawal seliaan ASIC untuk mendekati pelanggan Australia menggunakan lesen berbeza dimana keadaan dagangan, seperti leveraj, boleh dinaikkan tanpa pemantauan ASIC. Walaupun bukanlah bermaksud buruk, pedagang perlu tahu kawal seliaan keatas akaun dan ASIC tidak akan menjalankan kawal selian ini di kawasan luar negara.
Pilihan platform: Pedagang mempunyai julat meluas pilihan platform industri, setiapnya dengan pro dan kontra. MetaTrader 4 masih piawaian industri, namun banyak broker menawarkan MetaTrader 5 dan platform terdahulunya. Broker ECN/STP selalunya akan menyokong cTrader kerana ia dibina khusus untuk pelaksanaan pasaran dan hanya membolehkan campur tangan minimum broker.
Kos dagangan: Setiap broker akan mengenakan caj atas perkhidmatan mereka, namun setiapnya dengan model harga dan kos berbeza. Sementara broker ECN akan mengenakan spread sempit berserta komisyen berdasarkan volum, broker penggerak pasaran mengenakan spread lebih lebar. Kami membandingkan broker dengan melihat kos untuk berdagang 1 lot EURUSD dan menggalakkan pedagang menggunakan cara sama apabila membandingkan kos.
Deposit Minimum: Deposit minimum boleh bergantung kepada jenis akaun, dengan deposit minimum lebih tinggi dikaitkan dengan keadaan lebih baik. Sentiasa ambil kira jenis akaun khusus yang ingin dibuka untuk amaun deposit minimum.
Cara Deposit dan Pengeluaran: Hampir semua broker menerima bayaran kad kredit dan pindahan bank, dan kebanyakannya menerima bayaran dalam talian melalui Skrill dan Neteller, dan sesetengahnya juga menerima Bitcoin. Sentiasa semak yuran pengeluaran sebelum membuat deposit.
Sebuah broker kawal seliaan ASIC (ASFL: 414530), Pepperstone ditubuhkan pada 2010 di Melbourne dan telah berkembang menjadi salah satu broker ECN terbesar di dunia, dengan lebih 300,000 pelanggan dan volum dagangan harian 12+ bilion dolar. Walaupun pelanggan Malaysia Pepperstone akan berdagang di bawah anak syarikat Pepperstone yang dikawal selia oleh SCB (Bahamas), peraturan ASIC memastikan bahawa Pepperstone akan bertindak menurut kepentingan terbaik semua pedagang. Sementara peraturan baru yang dikenalkan oleh ASIC pada 2021 akan memberi kesan kepada kebanyakan broker berkualiti rendah di Australia, Pepperstone berada pada kedudukan strategik untuk mendapat manfaat daripada yuran yang rendah, pelaksanaan sangat pantas dan tiga platform dagangan yang popular.
Caj Dagangan Terendah: Pepperstone menawarkan dua akaun dengan antara caj dagangan terendah dalam industri – Akaun Razor dengan spread berpurata 0.17 pip (EUR/USD) sebagai pertukaran untuk komisen sebanyak 7 USD dan Akaun Standard bebas komisen dengan spread berpurata 0.69 pip pada EUR/USD. Dagangan dilaksanakan dalam kurang daripada 0.3 saat, yang bermaksud pesanan diisi sedekat yang mungkin dengan harga sebutan. Selain itu, tiada syarat deposit minimum, menjadikan kedua-dua akaun boleh diakses oleh pemula.
Platform Dagangan: Platform dagangan Pepperstone termasuk MetaTrader 4 (MT4), Metatrader 5 (MT5), dan cTrader; rangkaian platform lebih meluas berbanding yang biasa ditemui di broker lain. MT4 adalah platform dagangan paling popular manakala MetaTrader 5 (MT5) mempunyai lebih banyak alatan, seperti kalendar ekonomi terbenam dan sistem chat. cTrader adalah platform dagangan yang lebih moden dan lebih mudah dipelajari pemula namun masih mempunyai semua alatan automasi canggih yang terdapat dalam MT4 dan MT5. Sementara keadaan dagangan berbeza sedikit bergantung pada platform pilihan pedagang, kos dagangan masih lebih rendah daripada broker serupa lain.
Ditubuhkan pada 2006 di Dublin, Ireland, Avatrade ialah broker terkawal selia ASIC (AFSL 406684) dengan lebih 200,000 pengguna berdaftar dan purata volum dagangan bulanan sebanyak 60 bilion USD. Selaras dengan perubahan dasar ASIC 2021, Avatrade meminda tawaran produknya, termasuk menurunkan leverajnya daripada 400:1 kepada 30:1 untuk pedagang runcit. Walau begitu, rakyat Malaysia akan dimasukkan melalui entiti yang berpangkalan di British Virgin Islands, dikawal selia oleh BVI FSC. Peraturan kawal seliaan BVI FSC tidak seketat pengendali di UK atau Australia, namun pengawasan ASIC memastikan Avatrade akan bertindak dengan andal dan telus. Avatrade juga menyediakan persekitaran dagangan mesra pengguna pada pelbagai platform dagangan, termasuk aplikasi mudah alih inovatifnya – AvaTradeGO. AvaSocial, platform dagangan sosial Avatrade juga tersedia sebagai aplikasi yang boleh dimuat turun.
AvaTradeGO: Aplikasi pemenang anugerah, AvatradeGO membolehkan pedagang menyambung ke pasaran dagangan global, mencipta senarai pantau mereka sendiri dan melihat harga dan carta secara langsung. AvatradeGO juga menyediakan akses percuma kepada alat analisis seperti Autochartist, Duplitrade, alat dagangan salinan dan AvaProtect, sistem pengurusan risiko tercanggih miliknya. Caj dagangan Avatrade adalah purata berbanding broker serupa lain, dengan syarat deposit minimum 100 USD, spread yang bermula 0.90 pip pada EUR/USD, dan tiada komisen dikenakan pada dagangan Forex.
Avasocial: Avasocial ialah platform dagangan sosial dan salinan Avatrade. Tersedia pada kedua Android dan iOS, apl mudah alih ini membolehkan pedagang meniru dagangan pedagang berjaya lain. Pedagang boleh pilih untuk berdagang secara manual atau menggunakan perkhidmatan automatik sepenuhnya. Pedagang juga boleh berinteraksi dengan pedagang lain dan bertanya soalan tentang strategi khusus, mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai pasaran, dan mencari mentor, menjadikannya alat yang hebat untuk pedagang pemula.
Ditubuhkan pada 2009 di Cyprus, XM mempunyai lebih 5,000 0000 pedagang dalam rekodnya dari 192 negara. Dengan sejarah pemantauan kawal seliaan panjang, XM memperoleh lesen ASIC (nombor AFSL 443670) pada tahun 2014 dan menubuhkan pejabat serantau di Melbourne. Rakyat Malaysia akan berdagang di bawah entiti XM yang berpangkalan di Belize, kawal seliaan IFSC. Walaupun peraturan IFSC tidak seketat pengawal selia antarabangsa yang lain, peraturan ASIC meyakinkan pedagang bahawa dana mereka akan selamat dan mereka akan dilayan secara adil. Di bawah rejim kawal seliaan ketat, XM menawarkan akaun Ultra-Rendah dengan caj dagangan yang rendah dan menyediakan antrara sokongan pendidikan terbaik dalam industri.
Pendidikan Live Harian: XM cemerlang dalam penawaran pendidikannya, yang merangkumi video pendidikan, kursus, tutorial platform, seminar Forex dan sesi Soal Jawab langsung yang tersedia setiap jam dari Isnin hingga Jumaat. Topik termasuk asas dagangan Forex, analisis teknikal, strategi dagangan, analisis asas dan asas mata wang utama. XM juga menawarkan analisis pasaran yang komprehensif, menyediakan pedagang gambaran keseluruhan pasaran harian, berita dikemas kini kerap, idea dagangan, ringkasan teknikal, podcast dan kemas kini penyelidikan berkala.
Akaun Ultra-Rendah XM: Tersedia pada platform dagangan MT4 dan MT5, Akaun Ultra-Rendah XM mempunyai caj dagangan yang kompetitif, dengan spread yang bermula 0.8 pip pada EUR/USD, tiada komisen untuk dagangan Forex dan deposit minimum 50 USD. XM juga mempunyai dasar tanpa sebut harga semula dan tiada penolakan yang ketat, dan 99.35% daripada semua pesanan dagangan dilaksanakan dalam kurang daripada satu saat, bermaksud pedagang biasanya akan menerima harga dagangan yang disebut.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | ASIC, BaFin, DFSA, CFTC |
💵 Kos Dagangan | USD 6 |
⚖️ Leverage | 200:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4, L2 Dealer, ProRealTime |
💱 Aset | Bon, Komoditi, Mata wang Kripto, Digital 100, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Kadar Faedah |
Ditubuhkan di London pada 1974, IG Markets’ mempunyai ibu pejabat serantau di Melbourne dan telah dikawal selia oleh ASIC sejak 2002 (nombor lesen 220440). Broker terbesar di dunia berdasarkan untung kasar dan dikawal selia 17 pihak berkuasa di seluruh dunia, IG Markets juga merupakan antara beberapa broker yang menyokong pengenalan peraturan yang lebih ketat ASIC pada awal tahun 2021. Walaupun rakyat Malaysia akan menyertai anak syarikat IG yang berpangkalan di Bermuda, pengawasan ASIC menjamin persekitaran dagangan yang boleh diharapkan dan telus. Selain menjadi salah satu broker kawal seliaan terbaik ASIC, IG Markets mempunyai rangkaian instrumen kewangan terbesar dan antara caj dagangan terendah dalam industri pada tiga platform dagangan.
Rangkaian instrumen kewangan terluas: IG Markets menawarkan lebih 17,000 instrumen kewangan, lebih banyak daripada kebanyakan broker lain. CFD boleh-dagang merangkumi 13,000 CFD saham, 6000 ETF dan 80 pasangan Forex. IG Markets juga menawarkan dagangan hari minggu pada pasangan Forex utama dan dagangan 24 jam pada indeks saham terkemuka Australia, ASX 200. Kedua ini adalah perkhidmatan unik yang tidak tersedia di broker lain. Akaun tunggal IG Market mempunyai caj rendah berbanding broker lain, tanpa syarat deposit minimum, spread bermula 0.85 pip pada EUR/USD, dan tiada komisen dikenakan pada dagangan Forex.
Platform Dagangan: Platform dagangan IG Markets termasuk MetaTrader 4 (MT4) platform berasaskan web miliknya, dan L2 Dealer, platform khusus dagangan saham yang menawarkan akses pasaran terus (DMA) kepada pelanggan yang mengekalkan baki akaun sebanyak 2000 AUD. MT4 dan platform dagangan IG lebih mesra pengguna dan sesuai untuk pedagang pemula, manakala L2 Dealer menawarkan alat analisis dan pakej pencartaan lanjutan untuk pedagang lebih berpengalaman.
IC Markets (ASFL: 335692) ialah broker Forex dan CFD runcit dalam talian terkemuka, dikawal selia ASIC yang diasaskan pada 2007 dan beribu pejabat di Sydney. Salah satu broker Australia terbesar, volum dagangan harian di IC Markets berpurata lebih 15 bilion USD dan tersedia di lebih 162 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. IC Markets adalah antara broker pertama yang meminda penawaran produknya selaras dengan pengehadan ASIC 2021, dan sementara rakyat Malaysia akan berdagang di bawah entiti yang berpangkalan di Seychelles, peraturan ASIC memberikan keyakinan tambahan bahawa IC Markets akan bertindak secara bertanggungjawab dan adil. IC Markets menyediakan persekitaran mesra pedagang pemula dengan bahagian pendidikannya yang tersusun baik, dibangunkan oleh pasukan pakar dalaman serta dua akaun mesra pemula.
Pendidikan: Dengan pustaka bahan kursus yang komprehensif, termasuk tutorial video, artikel, webinar yang kerap dan TV Web IC Markets, pedagang akan menerima panduan meluas dalam dagangan CFD. IC Markets juga mempunyai jabatan sokongan khusus yang beroperasi 24/7 untuk membantu pedagang pemula menjawab sebarang soalan teknikal atau berkaitan dagangan.
Akaun mesra pemula: IC Markets menawarkan tiga akaun langsung, semuanya dengan deposit minimum 200 USD, menjadikannya boleh diakses oleh pedagang pemula. Caj dagangan IC Markets adalah antara yang paling rendah dalam industri – Akaun Standard bebas komisen mempunyai caj yang disertakan dalam spread tidak tetapnya, berpurata 1 pip (EUR/USD), manakala akaun Raw menawarkan spread berpurata 0.02 pip pada EUR/USD sebagai pertukaran untuk komisen antara 6 dan 7 USD (pusingan penuh), bergantung pada platform.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | FCA, ASIC, FMA, DFSA |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 500:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4 |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, Forex, Indices, Logam, WTI |
Diasaskan pada 2007, Axi (dahulunya Axitrader) ialah broker forex dalam talian milik Australia, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (nombor AFSL ASIC: 318232). Axi mematuhi tujuh tanda aras pendedahan ASIC bagi memastikan pedagang fahami risiko perdagangan CFD. Walaupun pedagang Malaysia akan berdagang di bawah entiti Axi yang berpangkalan di Seychelles, peraturan ASIC memastikan bahawa broker menyediakan persekitaran dagangan yang boleh diharapkan dan adil. Sementara Axi hanya menyediakan sokongan untuk platform dagangan MT4, pemalam MT4 NexGen mengubah MT4 menjadi platform dagangan yang unggul. Ia juga menawarkan kos dagangan yang lebih rendah berbanding purata pada dua akaun langsung.
Platform Dagangan: Walaupun sokongan platform dagangan terhad kepada MT4, Axi menawarkan pelbagai alat dan pemalam yang boleh ditambah ke platform dagangan untuk menjadikannya lebih berkuasa. Pedagang yang mengekalkan baki akaun lebih daripada 1000 USD boleh mengakses pemalam MT4 NexGen, yang merangkumi indikator sentimen, pedagang korelasi, tetingkap terminal lebih intuitif dan jurnal perdagangan automatik. Pedagang juga mempunyai akses percuma kepada Autochartist dan PsyQuation, pemalam analitik data lanjutan yang menganalisis gaya dagangan anda, mengenal pasti kesilapan dan membantu anda mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama.
Yuran Dagangan: Yuran dagangan Axi sangat kompetitif. Ia menawarkan dua akaun langsung tanpa syarat deposit minimum (meskipun Axi mengesyorkan deposit jumlah permulaan sebanyak 200 USD) – Akaun Standard tanpa komisen dengan spread purata 1.00 pip pada EUR/USD dan Akaun Pro dengan spread purata 0.1 pip (EUR/USD) sebagai pertukaran untuk komisen pusingan penuh 7 USD.
Markets.com ialah broker global yang diasaskan pada 2008 dan dikawal oleh ASIC dengan nombor AFSL: 424008. Markets.com menawarkan satu akaun langsung, dengan syarat deposit minimum 100 USD dan spread bermula serendah 0.8 pip pada EUR/USD. Pedagang boleh memilih daripada tiga platform dagangan, termasuk MT4, MT5, serta platform proprietari markets.com sendiri, dianggap ramai sebagai salah satu platform dagangan sendiri terbaik dalam industri.
Platform intuitif merangkumi ciri-ciri seperti alat analisis fundamental, teknikal dan sentimen serta carta lanjutan dengan beberapa indikator, seperti Ramalan, Penjejakan kedudukan Beli/Jual, Elliott Wave dan Gann.
Pedagang juga akan menemui pelbagai jenis instrumen kewangan yang tersedia, termasuk saham, ETF, Indeks, komoditi, Forex, mata wang kripto dan bon.
Dikawal selia ASIC sejak 2012, FBS ialah broker global besar dengan lebih 17 juta pelanggan di seluruh dunia. Di Malaysia, FBS menawarkan tiga akaun dagangan pada platform MT4 dan MT5. Ketiga-tiga akaun mempunyai deposit minimum yang rendah sebanyak 50 USD serta kos dagangan yang rendah. Pemula akan menghargai Akaun Cent, dengan spread serendah 0.6 pip pada EUR/USD dan semua dagangan berdenominasi sen berbanding dolar.
Pemula juga akan sukakan bahagian pendidikan FBS yang tersusun dengan baik, webinar terperinci dan sokongan pelanggan 24/7. Sokongan pelanggan hari minggu amat penting untuk berdagang rangkaian CFD kripto FBS, kerana pasaran kripto tidak pernah ditutup. Pedagang yang lebih berpengalaman mungkin berminat dengan Akaun Ultra FBS, yang menawarkan spread mentah, walaupun komisen pusingan penuhnya lebih tinggi daripada yang terdapat di broker lain.
FP Markets diasaskan di Sydney, Australia, selepas menerima lesen ASIC (ASFL: 286354) pada tahun 2005. Di bawah peraturan ketat ASIC, FP Markets sentiasa dipantau dan dinilai atas prestasi dan pelaksanaan dagangannya. FP Markets menerima pengiktirafan untuk caj dagangannya yang rendah secara kompetitif dan sokongan meluas platform dagangannya, termasuk MT4, MT5 dan cTrader.
Yuran Dagangan Rendah: FP Markets menawarkan yuran dagangan yang kompetitif pada dua akaun langsung, dengan purata spread 1.2 pip (EUR/USD) pada Akaun Standard tanpa komisen dan 0.10 pip (EUR/USD) pada Akaun Mentahnya sebagai pertukaran untuk komisen 6 USD. Syarat deposit minimum ialah 100 AUD pada kedua akaun, menjadikannya boleh diakses oleh semua pedagang.
Platform Dagangan: Platform dagangan FP Markets merangkumi MT4, MT5 dan cTrader. MT4 ialah platform dagangan paling popular di dunia, manakala MetaTrader 5 (MT5) mempunyai lebih banyak alatan, seperti kalendar ekonomi terbenam dan sistem chat. cTrader ialah platform dagangan yang lebih moden dan lebih mudah dipelajari oleh pemula, walhal masih mempunyai semua alatan automasi yang canggih dalam MT4 dan MT5.
Ditubuhkan pada 2017 di Melbourne, Fusion Markets ialah broker dikawal seliaan ASIC (AFSL 226199) dengan pelbagai pilihan dagangan salinan, kos dagangan yang sangat rendah dan tiada syarat deposit minimum. Platform dagangan salinannya Fusion+ hanya tersedia dalam platform dagangan proprietari, namun ia juga menawarkan Duplitrade dan Myfxbook Autotrade – dua daripada komuniti dagangan sosial Forex terbesar di dunia.
Dari segi perdagangan tradisional, Fusion Markets adalah salah satu broker kos terendah di dunia. Spread EUR/USD bermula 0 pip pada Akaun Sifarnya dengan komisen yang sangat rendah sebanyak 4.50 USD (pusingan penuh). Kebanyakan broker lain yang menawarkan spread mentah akan mengenakan komisen sebanyak 6 USD atau lebih tinggi. Satu kelemahannya adalah bilangan CFD yang agak terhad dan pendidikan yang sangat sedikit, jadi pemula perlu belajar di tempat lain
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.