Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
FXTM adalah broker CFD mapan dan pemenang anugerah menawarkan dagangan dalam Forex, komoditi, saham, dan indeks. Menawarkan bahan pendidikan yang cemerlang dan sistem salin dagangan berkuasa, FXTM adalah salah satu broker terbaik untuk pedagang pemula yang beroperasi di Malaysia.
FXTM menawarkan lebih banyak jenis akaun berbanding kebanyakan broker, dari akaun pelaksanaan segera dengan deposit minimum rendah kepada akaun ECN dengan spread rendah. MT4 disokong merentasi semua akaun dan MT5 juga tersedia dalam akaun ECN. Pilihan Islamik boleh didapati untuk semua akaun MT4 dan laman web FXTM sepenuhnya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Deposit dan pengeluaran tersedia melalui bank tempatan Malaysia, namun FXTM mengenakan yuran tinggi pengeluaran berbanding beberapa broker lain.
🏦 Deposit Min. | USD 10 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | CySEC, FCA, FSC |
💵 Kos Dagangan | USD 15 |
⚖️ Leverage | 2000:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4, MT5 |
💱 Aset | Komoditi, Stock CFDs, Forex, Indices, Logam, Shares |
Jenama FXTM ditubuhkan pada 2011 dan dilesenkan serta dikawal selia dalam beberapa bidang kuasa berlainan.
ForexTime Limited telah dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (nombor lesen 185/12) sejak 2012; syarikat juga telah berdaftar dengan Lembaga Peraturan Kewangan UK (nombor 600475) sejak 2017.
Exinity Limited, yang menguruskan hampir semua perniagaan antarabangsa FXTM business diluar Eropah, dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Republik Mauritius dengan Lesen Perniagaan Pelaburan (nombor lesen C113012295).
Exinity Limited juga merupakan ahli Suruhanjaya Kewangan, sebuah organisasi antarabangsa yang dikhususkan untuk menyelesaikan pertikaian dalam industri Forex.
FXTM telah memenangi berbilang anugerah antarabangsa dari industri meluas, menggilap lagi kelayakannya sebagai broker yang selamat. Anugerah terbaru termasuk Broker Paling Inovatif 2017 (FX Empire) atas pengenalan analisis teknikal titik pivot, kefungsian salin dagangan pada akaun ECN, dan dari pembinaan sistem bayarannya. Pada 2020, FXTM juga telah memenangi Pembekal Pendidikan Forex Terbaik (FXDailyInfo) dan Pengalaman Dagangan Terbaik (World Finance).
Keadaan dagangan FXTM bergantung kepada enam jenis akaun tawarannya, namun secara umumnya adalah lebih baik daripada kebanyakan broker. Leveraj maksimum biasanya 1:1000 dan spread adalah serendag 0.1 pip.
FXTM menawarkan dua Akaun Standard dan tiga Akaun ECN. Akaun ECN melaksanakan pesanan terus ke pasaran, dan Akaun Standard menawarkan pelaksanaan segera melalui meja urusan FXTM. Akaun yang menonjol adalah Akaun Sifar ECN yang menawarkan pelaksanaan ECN namun tanpa komisyen dan deposit minimum rendah secara relative yang hanya 200 USD/GBP/EUR.
Kedua akaun Standard dan pelaksanaan segera boleh didapati sebagai akaun bebas swap (Islamik).
Akaun Standard: Akaun ini tersedia untuk platform MT4 atau MT5, mempunyai spread tidak tetap 1.3 pip, leveraj fleksibel sehingga 1:2000 (minimum 1:25), dan pelaksanaan segera. Deposit minimum adalah 100 GBP/EUR/USD, dan anda boleh berdagang dalam 57 pasangan mata wang. Spot logam dan Spot CFD juga disediakan. Ketahui bahawa akaun bebas swap tidak tersedia pada platfrom MT5.
Akaun Sen: Akaun Sen menawarkan spread bermula dari 1.5 pip, dan deposit minimum 10 GBP/EUR/USD. Walaupun mencuri perhatian sesetengahnya dari deposit minimum lebih rendah, ia juga bermakna anda akan menggunakan akaun ini untuk berdagang dalam Lot Sen (0.01 Lot Standard). Leveraj adalah sama dengan Akaun Standard (1:1000 – 1:25), namun hanya platform MT4 disokong. Akaun ini hanya membenarkan dagangan dalam 25 pasangan utama dan minor dan spot logam. Keadaan dagangan yang tidak berapa baik dalam akaun ini, dengan kata lain ditujukan kepada yang tidak mampu meletakkan deposit minimum lebih tinggi seperti dalam akaun lain.
Semua akaun ECN FXTM menawarkan leveraj tidak tetap 1:1000 – 1:25, kecuali Akaun Pro FXTM. Semua akaun ini adalah akaun pelaksanaan pasaran, dan semua tersedia pada kedua platform MT4 dan MT5. Mata wang asas yang dibolehkan adalah EUR, GBP, dan USD.
Akaun Islamik (bebas swap) tidak tersedia pada MT5.
Akaun ECN: Dengan deposit minimum 500 USD/GBP/EUR, akaun ini mempunyai spread rendah ketara berbanding akaun standard – bermula dari 0.1 pip. Terdapat komisyen kecil 4 USD per lot per sebelah (4 USD pusingan penuh) yang menggantikan spread lebih rendah. Akaun ini membolehkan dagangan dalam 40+ pasangan utama, minor, dan eksotik untuk memberikan anda kepelbagaian dalam dagangan anda.
Akaun Sifar ECN: Akaun Sifar ECN menawarkan spread bermula dari 1.5 pip, namun dengan deposit permulaan rendah ketara 200 USD/GBP/EUR dan tiada komisyen untuk dagangan. Akaun ini sememangnya menawarkan lebih sedikit pasangan mata wang untuk didagangkan dimana boleh menjadi pilihan sebagai akaun tahap-pemula untuk pedagang baru yang mementingkan pelaksanaan pasaran.
Akaun Pro FXTM: Akaun ini ditujukan buat pedagang profesional yang menyertai FXTM, dengan spread bermula pada 0 pip, leveraj tidak tetap dari 1:200 – 1:25 dan tiada komisyen pada dagangan. Sebuah akaun pelaksanaan pasaran unggul, namun dengan deposit minimum 25,000 USD/GBP/EUR.
Semua kad kredit utama diterima, sama juga dengan e-wallet. Pindahan bank tempatan Malaysia juga disokong, dan tiada komisyen dikenakan pada deposit dan pengeluaran. Deposit adalah percuma melalui perbankan dalam talian di Malaysia, namun pengeluaran dikenakan caj 2%.
Beberapa cara pengeluaran lain dikenakan komisyen bergantung kepada jenis pengeluaran. Mereka adalah:
FXTM mempunyai ruangan pendidikan bertaraf dunia disediakan secara percuma dalam 22 bahasa dan penyelidikan pasaran serta analisis komprehensif.
Bahagian pendidikan di FXTM besar, berstruktur baik, dan terpecah kepada beberapa komponen:
Bahagian pendidikan FXTM adalah mantap untuk pedagang baru, dan hampir semuanya disediakan percuma.
Hampir sama dengan Bahagian Pendidikan, Ruangan Analisis Pasaran di FXTM adalah komprehensif, dikemaskini kerap, dan berguna untuk pedagang semua tahap pengalaman. Sub-bahagian termasuk:
FXTM juga mempunyai halaman bio untuk setiap penganalisa pasaran berserta pautan untuk setiap artikel yang telah mereka tulis dan profil media sosial mereka.
Keseluruhannya FXTM mempunyai bahagian analisis cemerlang, ditulis dan diuruskan oleh pakar Forex dan perintis menarik untuk peluang dagangan baru.
Sokongan pelanggan FXTM dibuka 24/5 melalui e-mel, telefon, chat live, Facebook Messenger, Viber, dan Telegram.
Untuk sokongan telefon, FXTM mempunyai nombor bebas tol di Malaysia, India, Indonesia, dan Korea Selatan. Untuk pelanggan yang bukan dari negara-negara ini, anda boleh meminta untuk panggilan semula daripada pasukan sokongan pelanggan.
FXTM menyokong kedua platform Metatrader 4 dan Metatrader 5. MetaTrader 4 (MT4) masih merupakah standard industri walaupun penggantinya, MetaTrader 5 (MT5), telah agak lama terbina. Terdapat banyak kelebihan menggunakan MT4 namun yang paling menonjol adalah sokongan komuniti dan bilangan pengguna yang dimegahkan alat ini.
Perbezaan utama diantara Mt4 dan MT5 adalah platform MT4 hanya untuk Forex sahaja, sebaliknya MT5 adalah penyelesaian dagangan multi-aset. Dengan MT5, anda boleh berdagang bykan sahaja Forex namun juga saham, indeks saham dan logam berharga. MT5 juga mempunyai suapan berita dan calendar ekonomi terbina-dalam, dan dagangan boleh dilakukan pada carta.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu. Untuk membawa ketelusan ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci cara kami menilai produk dan perkhidmatan FXTM. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Dagangan Forex adalah berisiko, dan setiap broker diwajibkan untuk memperincikan risiko dagangan Forex CFD ini kepada pelanggan. FXTM ingin anda tahu bahawa: Berdagang Forex dan Instrumen Kewangan Berleveraj mendedahkan anda kepada risiko tinggi yang boleh menyebabkan kerugian modal pelaburan anda. Anda tidak patut melabur lebih daripada apa yang anda mampu untuk rugi dan perlu memastikan bahawa anda faham sepenuhnya risiko yang terbabit. Berdagang produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.
FXTM dikawal selia baik, mempunyai reputasi utuh diserata dunia dan menawarkan pedagang dengan beberapa pilihan akaun. Kedua MT4 dan MT5 disokong, keadaan dagangan juga baik merentasi semua jenis akaun dan pelanggan boleh memilih diantara akaun Standard atau ECN. Tambahan pula, tawaran pendidikan dan analisis pasaran adalah mampan. Keseluruhannya, FXTM adalah broker yang boleh diharapkan untuk semua jenis pedagang.
Find out how FXTM stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.