EditorEditor: Alison HeyerdahlDikemaskini: November 9, 2023
PengarangPengarang: Chris Cammack

Kemas kini terakhir pada November 9, 2023

Chris Cammack

Tentang FxScouts Malaysia

FxScouts Malaysia ditubuhkan pada 2016 untuk membantu pedagang Forex mendapatkan permulaan terbaik dalam karier dagangan mereka. Sejak itu, kami telah menguji lebih 180 broker Forex dan menerbitkan lebih 300,000 patah perkataan dalam ulasan broker Forex.

Tentang FxScouts Group AB

FxScouts Malaysia seneuhnya dimiliki dan dioperasikan oleh FxScouts Group AB, sebuah syarikat swasta ditubuhkan pada 2011. FxScouts Group AB didaftarkan di Nyköping, Sweden dan memiliki semua jenama dan domain dalam rangkaian FxScouts. Lihat dibawah tentang kewujudan global kami.

Misi Kami

Kami adalah panduan anda dalam dagangan Forex di Malaysia. Misi kami adalah untuk membawa ketelusan ke pasaran Forex di Malaysia dengan:

  • Membandingkan dan menaraf broker Forex di Malaysia
  • Menerbitkan penilaian bebas broker Forex yang ditulis oleh pedagang Forex pakar
  • Menulis artikel pendidikan tentang cara dagangan Forex berfungsi, cara bermula dagangan, tip dan muslihat, dan strategi lanjutan
  • Sentiasa kekal objektif, menumpukan pada fakta, dan menggunakan maklumat tepat dan terkini

Baca lebih lanjut tentang kesaksamaan dan kepakaran kamicara kami menilai broker dan dasar editorial kami

Kewujudan Global Kami

Kenali Pasukan Kami

 

Bjorn Michels
CEO

Björn ialah salah seorang pengasas dan telah menjadi CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) syarikat sejak permulaannya pada 2011. Kariernya bermula di Hewlett-Packard sebagai pembangun produk dan pemasaran dalam talian. Björn mempunyai pengalaman luas memberikan nasihat kepada jenama kewangan dalam talian dan platform media antarabangsa besar tentang cara mengembangkan jenama bertumpu-pelanggan. Björn mempunyai minat mendalam dalam produk kewangan dan menjalankan perniagaan syarikat dengan falsafah berdasarkan ketelusan dan amalan pembangunan produk mampan.

 

Malin Cammack
CMO (Ketua Pegawai Media)

Malin menyertai pasukan pada 2019. Berpengalaman dalam posisi kepimpinan senior dalam industri pembayaran, dan 15 tahun dalam pengurusan produk dan rakan kongsi, telah memberikan Malin asas kukuh dan kemahiran untuk membantu syarikat membina pasukan hebat, strategi yang tepat, dan produk yang berkeuntungan. Dia percaya kepada peluang dan mempunyai minat mendalam dalam mencapai matlamat dengan pintar dan efisyen. Kempimpinan adalah mengenai kerja pasukan, bukan kuasa semata.

 

Chris Cammack
Ketua Bahagian Kandungan

Chris menyertai syarikat pada 2019 selepas 10 tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial dan rekabentuk untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya telah memberikannya pengetahuan mendalam tentang pasaran kewangan antarabangsa dan peristiwa geopolitik yang memberikan kesan kepadanya. Chris mempunyai minat mendalam dalam penyuntingan, kewangan dan peristiwa terkini politik. Beliau memastikan semua kandungan disemua halaman memenuhi standard kualiti dan ketelusan yang dijangkakan oleh pembaca.

 

Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Senior

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan pengkhususan dalan fisioterapi dan juga ijazah dalam psikologi. Walau begitu, minatnya dalam dagangan Forex dan cintanya pada penulisan menyebabkannya menukar karier dan kini beliau mempunyai lebih dari 8 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menilai 100+ broker dan mempunyai pemahaman hebat dalam dunia dagangan Forex.

 

Jeffrey Cammack
Pengasas Bersama dan Ahli Pasukan Terhormat

Jeff menubuhkan FxScouts Group AB bersama Björn Michels pada 2011. Beliau mempunyai 15+ tahun pengalaman bekerja dengan kandungan dalam talian dan membantu jenama kewangan dan telekomunikasi menambah baik prestasi dan keuntungan dalam talian. Beliau adalah orang penting yang menubuhkan portfolio rakan sekutu kami, menetapkan fokus pendidikan kandungan yang diterbitkan, dan proses penyelidikan yang hari ini adalah tulang belakang kredibiliti dan kebebasan artikel dan ulasan produk kami. Jeff bertarung dengan kanser neuro-endocrine dan meninggal dunia pada 2022. Kami bersyukur tidak terhingga atas persahabatan beliau dan pengaruh positif beliau terhadap rakan sekerja dan syarikat. Beliau akan sentiasa dirindui.

Keahlian GLEIF

FXScouts, sebagai sebuah jenama FxScouts Group AB, adalah Ahli Penuh LEI.  Sebagai sebahagian daripada komuniti kewangan antarabangsa, kami berkongsi kepercayaan ketelusan dagangan dan peningkatan efisyen dalam sistem dagangan antarabangsa. LEI memberikan manfaat kepada komuniti meluas. Sepatutnya terdapat satu identiti dibalik tabur perniagaan dan Indeks Global LEI merupakan satu-satunya sumber maklumat yang membawa efisyen, ketelusan, dan kepercayaan kepada pengenalpastian entiti sah. Nombor keahlian LEI FxScouts Group AB ialah 254900LUG07G07A31U72 dan boleh disahkan dalam Indeks Global LEI

Anugerah Forex

Setiap bulan November, FXScouts dan laman web saudara kami mengeluarkan anugerah Forex tahunan. Anugerah ini adalah 100% bebas, dan tiada proses permohonan yang ada untuk layak – menjadikannya anugerah paling bebas dan tidak bias yang ada dalam indsutri. 

Amaran Risiko

Dagangan CFD datang dengan risiko tinggi.  Berdagang produk berleveraj seperti Forex dan CFD, mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa risiko tinggi kerugian modal anda. Ringkasnya, jangan pertaruhkan wang yang anda tidak bersedia untuk rugi dan ketahui bahawa prestasi lepas tidak menjamin hasil akan datang. Temui penyata pendedahan risiko kami disini.

Hubungi Kami

Kami suka dengan daripada pembaca kami. Sila tulis kepada kami di [email protected] jika anda ingin bertanyakan sesuatu atau memberikan pandangan. Untuk pertanyaan pos, sila hantar ke FxScouts Group AB Östra Kyrkogatan 8 611 34, Nyköping Sweden

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup