FX-Malaysia telah menjadi laman semakan broker Forex yang paling dipercayai di Malaysia sejak 2012. Pasukan kami telah menulis 180+ ulasan broker, dan kami sentiasa menguji bagi mengekalkan ketepatan. Ini adalah cara kami menilai broker.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker | Penilaian Keseluruhan | Laman Rasmi | Skor Platform | MetaTrader 4 (MT4) | MetaTrader 5 (MT5) | cTrader | Proprietary Platform | Mesra Pengguna-Baru | Deposit Min. | Max. Leverage (forex) | Kos Dagangan | Spread Standard - EUR/USD | Spread Kasar - EUR/USD | Ditauliahkan Oleh | Jumlah CFD | Padanan Mata Wang | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 4.27 /5 Baca Ulasan | Lawat > 81% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Tidak | Tidak | Cemerlang | USD 10 | 2000:1 | USD 15 | 1.50 pips | 0.00 pips | 1803 | 62 | |||
![]() | 4.27 /5 Baca Ulasan | Lawat > of retail CFD accounts lose money | Ya | Ya | Tidak | Tidak | Cemerlang | USD 25 | 500:1 | USD 6 | 0.60 pips | 0.60 pips | 232 | 35 | |||
![]() | 4.48 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Tidak | Tidak | Cemerlang | USD 100 | 500:1 | USD 4 | 0.00 pips | 0.10 pips | 209 | 62 | |||
![]() | 4.51 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89%74- of retail CFD accounts lose money | Ya | Ya | Ya | Ya | Cemerlang | USD 0 | 200:1 | USD 10 | 1.00 pips | 0.17 pips | 1275 | 100 | |||
![]() | 4.46 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.81% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Ya | Tidak | Cemerlang | USD 200 | 500:1 | USD 8 | 0.10 pips | 0.02 pips | 1744 | 64 | |||
![]() | 4.43 /5 Baca Ulasan | Lawat > 72.90% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Tidak | Tidak | Cemerlang | USD 0 | 1000:1 | USD 10 | 1.00 pips | 0.10 pips | 1230 | 53 | |||
![]() | 4.49 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Tidak | Ya | Cemerlang | USD 100 | 400:1 | USD 9 | 0.90 pips | 0.90 pips | 872 | 55 | |||
![]() | 4.30 /5 Baca Ulasan | Lawat > 79% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Ya | Ya | Cemerlang | AUD 100 | 500:1 | USD 7 | 0.10 pips | 0.10 pips | 10162 | 70 | |||
![]() | 4.35 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.33% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Tidak | Ya | Cemerlang | USD 5 | 1000:1 | USD 7 | 0.70 pips | 0.60 pips | 1539 | 57 | |||
![]() | 4.58 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.3% akaun runcit CFD kerugian wang | Ya | Ya | Tidak | Ya | Cemerlang | USD 100 | 300:1 | USD 7 | 0.70 pips | 0.60 pips | 1009 | 56 |
Dagangan forex melibatkan penukaran satu mata wang dengan mata wang lain yang menjana keuntungan daripada turun naik kadar pertukaran. Tidak seperti pasaran saham, pasaran forex adalah pasaran global tidak berpusat, dan mata wang boleh didagangkan sepanjang masa. Dagangan forex merupakan pilihan pelaburan popular kerana potensi pulangannya, kecairan yang tinggi serta kos transaksi yang rendah.
Ketahui lebih lanjut tentang cara dagangan Forex berfungsi di sini
Platform dagangan Forex dan broker Forex adalah dua perkara yang berbeza, namun keduanya berkait rapat.
Platform dagangan Forex ialah aplikasi – sama ada pada telefon atau komputer – yang digunakan oleh pedagang untuk membuat dagangan, manakala broker Forex ialah syarikat yang mencari pembeli dan penjual untuk dagangan anda. Broker forex juga menyediakan leveraj dan perkhidmatan lain seperti pendidikan, alatan analisis dan sokongan pelanggan. Broker Forex mengenakan bayaran untuk perkhidmatan ini; biasanya dalam bentuk tokokan yang dipanggil “spread“.
Kami mempunyai pasukan semakan berpengalaman yang menilai broker Forex dan platform dagangan mereka. Pasukan pakar kami memeriksa setiap broker dalam 7 perkara berbeza menggunakan lebih 200 metrik. Kami menggunakan ratusan jam setiap tahun untuk menyelidik dan meneliti broker dan platform mereka bagi memastikan kami hanya mengesyorkan yang terbaik dalam industri Forex.
Daripada tujuh perkara ini, kami sentiasa mengutamakan kawal seliaan dan kos. Ini adalah keutamaan kami kerana pedagang ingin tahu bahawa broker mereka boleh dipercayai dan tidak mengenakan caj berlebihan kepada mereka. Broker sentiasa mengubah produk mereka dan kami memastikan ulasan kami dikemas kini dengan data terbaru. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang proses penilaian mendalam kami di sini.
FXTM memegang lesen kawal seliaan daripada dua pihak berkuasa paling dipercayai dunia, FCA UK dan CySEC di EU. Platform dagangan FXTM termasuk MT4, MT5, Trader App FXTM sendiri dan platform Dagangan Salinan FXTM Invest.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: Platform dagangan salinan FXTM, FXTM Invest, ialah salah satu platform dagangan salinan terbaik di dunia. Dengan deposit minimum 100 USD, pelanggan boleh menyalin dagangan lebih 600 pengurus strategi yang ditaraf tinggi. Fungsi carian canggih membolehkan pedagang periksa setiap aktiviti dagangan pengurus strategi secara terperinci sebelum melabur. FXTM juga menawarkan versi standard MT4 dan MT5 serta Trader App FXTM. FXTM Trader ialah platform dagangan mudah alih direkabentuk baik yang mudah dipelajari dan digunakan oleh pemula. Ia juga lancar bersambung dengan peranti desktop anda, membolehkan anda membuka dagangan pada desktop dan menutupnya pada telefon bimbit anda.
Pelaksanaan: FXTM menerbitkan statistik pelaksanaannya secara berkala, dan 99.81% dagangan dilaksanakan dalam masa kurang dari satu saat, dengan purata masa 0.082 saat. Lebih baik lagi, FXTM menyalurkan pembaikan harga automatik apabila harga yang lebih bagus tersedia untuk melaksanakan pesanan. 97.05% pesanan dilaksanakan dengan harga yang lebih bagus, dengan pembaikan harga purata sebanyak 0.28 pip.
Kos Dagangan: Kos dagangan di FXTM berbeza-beza bergantung kepada jenis akaun yang dipilih oleh pedagang. Kos dagangan lebih tinggi daripada purata pada akaun Micro dan Advantage Plus tanpa komisen, dengan spread 1.5 pip (EUR/USD), tetapi jauh lebih rendah pada Akaun Advantage, yang mengenakan komisen kecil dan spread mentah bermula dari 0.2 pip (EUR/USD).
Octa dikawal selia oleh CySEC Cyprus dan merupakan broker yang boleh diharapkan pedagang Malaysia. Ia menawarkan rangkaian alat dagangan hebat pada MT4 dan MT5 dan Platform Web OctaTrader yang mesra pengguna.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: Semua platform dagangan menawarkan dagangan satu klik, rangkaian alat analitik, kalkulator keuntungan dan ciri berita pasaran masa nyata terbina dalam. Octa juga menawarkan alat Pemantauan Akaun yang membolehkan pedagang memantau akaun mereka dan mengisih mengikut baki, keuntungan, dagangan dan jenis akaun. Autochartist, penyedia isyarat standard industri, tersedia dengan deposit minimum 500 USD.
Pelaksanaan: Octa menawarkan pelaksanaan pasaran pada kedua akaunnya yang ada, dengan pesanan dipenuhi dalam kurang daripada 0.1s, dikira pantas dalam industri.
Kos Dagangan: Octa menawarkan dua akaun standard keduanya dengan deposit minimum 25 USD. Spread bermula 0.6 pip (EUR/USD), yang sangat ketat berbanding dengan broker lain, dan tiada komisen untuk dagangan Forex. Selain itu, ia tidak mengenakan caj swap (semalaman) pada kedua akaunnya.
Broker yang boleh dipercayai dengan sokongan MT4 dan MT5 dan antara dua akaun dagangan kos terendah dalam industri, Tickmill ialah broker terkawal selia baik dengan pengawasan daripada beberapa pihak berkuasa terbaik dunia, termasuk Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Malaysia, FCA dari UK, dan CySEC Cyprus.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: MT4 dan MT5 tersedia pada telefon dan tablet mudah alih IOS, Android dan Windows. Tickmill juga menawarkan Advanced Trader Toolkit, yang bersepadu terus dengan platform, menyediakan rangkaian alat dagangan lanjutan, berita dan maklumat yang boleh dikonfigurasikan pengguna, dan analisis perdagangan. Ia juga menyediakan pelbagai sistem penggera dan pemesejan yang canggih, serta sentimen live dan penjejakan korelasi.
Pelaksanaan: Tickmill menawarkan model pelaksanaan hibrid dengan kedua-dua pembuatan pasaran dan pemprosesan terus (STP). Ia menjamin purata masa pelaksanaan 0.20 saat dagangan tanpa sebut harga semula.
Kos dagangan: Tickmill mempunyai antara kos dagangan terendah dalam industri. Akaun Klasik bebas komisen mempunyai deposit minimum 100 USD dan spread 1.6 pip (EUR/USD), hanya sedikit melebihi purata industri. Tetapi Akaun Pro mereka, juga dengan deposit minimum 100 USD, mempunyai spread 0 pip (EUR/USD) dan komisen 4 USD, dikira tersangat rendah. Ia juga mempunyai Akaun VIP, dengan spread 0 pip (EUR/ USD) dan komisen sebanyak 2 USD, namun ini mempunyai deposit minimum 50,000 USD, meletakkannya di luar jangkauan kebanyakan pedagang.
Ditubuhkan pada tahun 2010 dan dikawal selia ASIC, Pepperstone ialah salah satu broker kami yang ditaraf tertinggi, terkenal di seluruh dunia dengan pilihan platform dagangannya, termasuk MT4, MT5, cTrader dan TradingView.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: Semua platform Pepperstone menawarkan dagangan automatik, ujian latar strategi, carta boleh-sesuai, dan pelbagai indikator, serta disepadukan dengan Autochartist, salah satu alat dagangan percuma di Pepperstone. TradingView, sebuah platform yang agak baru, menawarkan keboleh-upayan carta lebih maju, termasuk rangka masa tersuai, lebih 100,000 indikator terbina-dalam dan analisis kewangan bersepadu.
Pelaksanaan: Pepperstone menawarkan pelaksanaan pasaran pada semua akaunnya, dengan pesanan dipenuhi dalam kurang daripada 0.1s, dikira pantas dalam industri.
Kos Dagangan: Pepperstone menawarkan antara caj dagangan terendah dalam industri, dan tiada syarat deposit minimum yang diperlukan untuk membuka akaun. Akaun Standard tanpa komisen menawarkan spread sebanyak 0.84 pip (EUR/USD), manakala Akaun Razor mempunyai spread 0.24 pip (EUR/USD) sebagai pertukaran untuk komisen rendah sebanyak 7 USD setiap lot.
Broker serba boleh cemerlang dengan penarafan kepercayaan yang tinggi dan khidmat pelanggan luar biasa, IC Markets diasaskan pada tahun 2007 di Australia dan memegang lesen daripada beberapa pengawal selia yang paling ketat di dunia. IC Markets terkenal dengan pilihan platform dagangannya, termasuk MT4, MT5 dan cTrader, serta pelbagai alatan dagangan. Ia juga menawarkan sokongan pelanggan 24/7 – manfaat hebat untuk pedagang yang mungkin ingin membuat persediaan pada hari minggu.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: IC Markets menyokong ketiga-tiga platform dagangan utama – MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan cTrader – menyediakan pedagang dengan pilihan persekitaran meluas bagi memenuhi keperluan mereka. Disamping itu, broker ini juga menyediakan pelbagai alat dagangan untuk setiap platform, termasuk perkhidmatan VPS, Trading Central, dan berbagai perkhidmatan dagangan salinan. Alatan ini membantu pedagang membuat keputusan termaklum, meningkatkan pengalaman dagangan.
Pelaksanaan: Purata kelajuan pelaksanaan IC Markets adalah di bawah 40ms sebaik sahaja pesanan diterima, memastikan pedagang boleh memanfaatkan pergerakan pasaran dengan efektif.
Kos Dagangan: IC Markets menonjol dengan struktur harga yang kompetitif, menawarkan kos dagangan yang lebih rendah daripada hampir semua broker lain. Akaun Spread Mentah (Raw Spread) khususnya adalah kos-efektif, menampilkan purata spread 0.10 pip (EUR/USD) untuk komisen rendah sebanyak 6 USD (pusingan penuh) setiap lot.
HFM ialah broker yang dikawal selia dengan baik dan mempunyai sejarah panjang broker yang boleh diharapkan untuk pedagang Malaysia. HFM juga menawarkan alatan dagangan premium pada MT4 dan MT5 serta aplikasi dagangan mudah alih terbarunya, yang disepadukan dengan platform desktop MT5 dan mempunyai antara muka yang mudah digunakan.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: HFM baru-baru ini telah menaik-taraf apl dagangan mudah alihnya, yang kini sangat boleh disesuaikan dan mudah digunakan. Ia juga menawarkan aplikasi mudah alih MT4 dan MT5 pada Android dan iOS. Platform MT4 dan MT4 HFM juga meraih suite Trader Tools Premium HFM. Ini termasuk berita dan suapan data yang boleh disesuaikan, sentimen langsung dan penjejakan korelasi, penggera dan pemesejan yang canggih dan pengurusan perdagangan lanjutan.
Pelaksanaan: Semua platform dagangan HFM menampilkan dagangan satu klik, meskipun pada aplikasi mudah alih HFM. HFM juga menawarkan perkhidmatan Meja Pelaksanaan, di mana dagangan boleh dibuka dan ditutup melalui telefon dengan meja dagangan mereka yang berpangkalan di London.
Kos Dagangan: Kos dagangan HFM bergantung kepada akaun yang anda buka. Ia menawarkan tiga akaun standard dan dua akaun dagangan salinan khusus, tetapi pemula akan tertarik dengan Akaun Mikro, dengan deposit minimum 5 USD dan caj dagangan munasabah serta spread bermula dari 1 pip pada EUR/USD.
Dikawal selia oleh lapan pihak berkuasa antarabangsa, AvaTrade menawarkan berbagai platform dagangan, termasuk MT4, MT5, AvaOptions, AvaSocial, dan aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah AvatradeGO.
Ciri-Ciri Platform Dagangan: Apl proprietari mesra penggunanya AvatradeGO tersedia untuk kedua Android dan iOS, mempunyai papan pemuka yang mantap dengan alatan pengurusan perdagangan yang mudah, carta yang jelas serta ciri Trend Pasaran untuk memantau trend dagangan dalam komuniti AvaTrade. Ia juga menampilkan AvaProtect alat AvaTrade yang menyediakan perlindungan kerugian dalam had masa tertentu. Sorotan lain aplikasi termasuk pemantau trend pasaran, fungsi zum dan penyegerakan lancar dengan AvaTrade webtrader. MT4 dan MT5 mempunyai pelbagai indikator dan EA serta menyediakan akses percuma ke papan pemuka Trading Central berintegrasi, untuk kedua platform.
Pelaksanaan: Dasar pelaksanaan Avatrade menyatakan bahawa ia mengambil kira semua faktor, termasuk harga akaun, kos, kelajuan, kemungkinan pelaksanaan dan penyelesaian, bagi memastikan pelaksanaan dagangan yang pantas merentas semua platformnya.
Kos Dagangan: Akaun tunggal Avatrade menampilkan antara spread paling ketat untuk akaun tanpa komisen dengan deposit minimum 100 USD – serendah 0.9 pip pada EUR/USD.
Broker Forex yang dikawal selia ASIC dengan reputasi cemerlang, FP Markets menawarkan sokongan untuk MT4, MT5 dan platform cTrader disamping pelbagai alat dagangan, termasuk Autochartist Trader’s Toolbox, perkhidmatan VPS dan perkhidmatan dagangan salinan.
Ciri Platform Dagangan: Walaupun FP Markets menawarkan versi standard MT4 dan MT5, ia ditransformasikan menjadi platform dagangan tercanggih dengan Trader’s Toolbox. Kotak Alat ini merangkumi berita dan suapan data yang boleh disesuaikan, sentimen langsung dan penjejakan korelasi, carta ‘tick’, peta sesi, penggera dan pemesejan yang canggih serta alatan pengurusan risiko lanjutan.
Pelaksanaan: FP Markets menawarkan pelaksanaan pantas pada platform MT4 dan MT5 dan pelaksanaan DMA pada platform IRESSnya. Dagangan DMA bermakna kurang campur tangan antara pedagang dan pasaran terlibat, hasilnya, tiada sebut harga semula.
Kos Dagangan: FP Markets menawarkan akaun Standard dan Raw pada platform MetaTrader kedua-duanya dengan deposit minimum 100 USD. Spread bermula dari 1 pip (EUR/USD) pada Akaun Standard, yang merupakan purata industri, dan 0.1 pip (EUR/USD) pada Akaun Raw sebagai pertukaran untuk komisen sebanyak 6 USD, dikira sangat kompetitif. Tiga Akaun IRESS berasaskan komisen mempunyai deposit minimum yang lebih tinggi: Bermula pada 1000 USD untuk Akaun Standard dan sehingga 50,000 USD untuk Akaun Premier.
Broker serba boleh cemerlang dengan penarafan kepercayaan sangat tinggi dan khidmat pelanggan yang ulung, XM telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan dikawal selia oleh beberapa pihak berkuasa kewangan yang paling dihormati di dunia. XM telah dipuji golongan pemula atas pemilihan platform dagangan, MT4 dan MT5, serta bahan penyelidikan dan pendidikan yang sangat baik. Tambahan pula, aplikasi dagangannya mesra pemula, memastikan pedagang baru boleh menavigasi platform dan melaksanakan dagangan dengan mudah.
Ciri Platform Dagangan: XM menyokong kedua platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, menyajikan spektrum luas terhadap keperluan pedagang. Selain itu, broker menyediakan platform ini dengan pelbagai alat dagangan, termasuk perkhidmatan VPS dan perkhidmatan dagangan salinan yang pelbagai. Ciri-ciri ini memperkasakan pedagang membuat keputusan yang termaklum, sekali gus memperkaya pengalaman dagangan mereka. Apl mesra pemulanya adalah intuitif dan direka bentuk dengan baik serta membolehkan pedagang membuka dan menutup posisi dengan mudah semasa bergerak.
Pelaksanaan: XM terkenal dengan pelaksanaan pesanan yang pantas dan boleh diharapkan, dengan 99.53% daripada semua pesanan dagangan dilaksanakan dalam kurang dari satu saat.
Kos Dagangan: XM membezakan dirinya dengan antara caj terendah dalam industri. Semua akaun XM mempunyai deposit minimum hanya 5 USD, menjadikannya sangat mudah diakses, terutamanya kepada pemula. Spread bermula dari 1.6 pip pada EUR/USD pada dua akaun bebas komisennya. Walau begitu, pada Akaun Sifarnya, spread turun serendah 0 pip sebagai pertukaran untuk komisen sebanyak 7 USD (pusingan penuh).
Dengan kawal seliaan daripada antara pihak berkuasa terbaik dunia, termasuk ASIC Australia dan FCA UK, Markets.com dianggap sebagai broker yang boleh dipercayai untuk pedagang Malaysia. Ia juga disenaraikan di Bursa Saham London, meningkatkan lagi kredibilitinya. Markets.com menyediakan sokongan untuk pelbagai platform dagangan, termasuk MT4, MT5, dan platform Markets.com proprietarinya.
Ciri Platform Dagangan: Platform proprietari Markets.com terkenal dengan antara muka mesra pengguna dan alat analisis lanjutan. Ia juga mempunyai ciri lain, seperti data pasaran langsung, analisis sentimen, alat carta lanjutan dan sumber pendidikan yang tersedia dari dalam platform.
Pelaksanaan: Markets.com memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas pada platformnya, memberikan pengalaman dagangan yang lancar. Ia mempunyai banyak persediaan proses dan prosedur supaya pedagang memperoleh pelaksanaan yang terbaik.
Kos Dagangan: Markets.com menawarkan struktur akaun ringkas dengan kos dagangan yang kompetitif. Akaunnya adalah bebas komisen, dengan spread yang bermula dari 0.6 pip (EUR/USD) pada peringkat terendah sebagai pertukaran untuk syarat deposit minimum sebanyak 100 USD dan lebih rendah pada peringkat Akaun Platinumnya, tetapi ini memerlukan deposit awal sebanyak 50,000 USD.
Platform dagangan yang paling popular ialah MetaTrader 4 (MT4), MetaTrader 5 (MT5), cTrader dan TradingView. Banyak broker juga mempunyai platform dagangan proprietari mereka sendiri. Hampir semua platform dagangan juga tersedia sebagai apl dagangan mudah alih. Platform dagangan Forex terbaik untuk anda bergantung pada pengalaman dagangan dan citarasa peribadi anda.
Tersedia di lebih 90% broker Forex, MT4 boleh dijalankan pada mana-mana sistem, tanpa mengira umur, mempunyai pelaksanaan yang sangat pantas, dan mempunyai bilangan Expert Advisor paling banyak.
Dibangunkan pada tahun 2005 oleh MetaQuotes, MT4 ialah platform dagangan Forex paling popular di dunia. MT4 memberi pedagang akses masa nyata pasaran Forex, membolehkan mereka berdagang mata wang, komoditi, indeks dan mata wang kripto. Walau begitu, ia tidak membenarkan dagangan CFD saham, ETF dan bon, yang tersedia di MT5, cTrader dan TradingView.
Platform ini juga mempunyai alat carta lanjutan dan susun atur dagangan tersesuai, namun antara mukanya agak lapuk, dan platform lain, seperti MT5, cTrader dan TradingView, mempunyai alatan platform yang lebih banyak dan fungsi yang lebih maju.
Oleh kerana MT4 memerlukan sumber yang rendah, ia boleh dijalankan pada kedua peranti baru dan lama dan telah dibangunkan dengan tujuan memulakan dagangan sepantas yang boleh diproses broker Forex.
Salah satu kelebihan utama MT4 ialah dagangan automatik menggunakan robot dagangan yang dipanggil Expert Advisor (EA). Pedagang boleh membina atau membeli EA, yang akan berdagang dalam parameter algoritma yang telah ditetapkan. Sebelum MT4, dagangan automatik hanya tersedia untuk bank dan dana lindung nilai. Terdapat juga lebih banyak EA yang tersedia untuk MT4 berbanding mana-mana platform lain di dunia.
Tonton video tutorial MT4 kami
Ketahui lebih lanjut tentang broker MT4 kegemaran kami.
Platform dagangan moden dan kaya dengan ciri berbanding MT4, MT5 adalah lebih berkuasa dan efisyen, serta menawarkan julat meluas aset yang boleh didagangkan, termasuk saham, ETF dan bon.
Diterbitkan pada tahun 2010, MT5 dianggap platform yang lebih canggih dan serba boleh berbanding MT4. Salah satu perbezaan utama adalah MT5 mempunyai kalendar ekonomi terbina-dalam dan alat pencartaan lebih maju. MT5 juga menyokong lebih banyak jenis pesanan daripada MT4 dan, tidak seperti MT4, ia membenarkan dagangan asli aset seperti saham, ETF dan bon.
Ciri lain yang membezakan MT5 daripada MT4 ialah ciri DOM Kedalaman Pasarannya. DOM mengukur kecairan aset berdasarkan penawaran dan permintaan. Ia memaparkan bilangan pesanan beli dan jual terbuka untuk aset tertentu.
MT5 juga mempunyai bahasa pemprograman lebih baik, dipanggil MetaQuotes Language 5 (MQL5) yang membolehkan pedagang mencipta EA yang lebih kompleks berbanding MQL4, tetapi terdapat jauh lebih sedikit EA yang dipra-program tersedia untuk dimuat turun di MT5.
Meskipun MT5 meraih populariti dengan stabil dan boleh didapati di lebih banyak broker Forex daripada cTrader dan TradingView, ia tidak mesra pengguna atau mudah untuk disediakan.
Tonton Video Tutorial MT5 kami
Ketahui lebih lanjut tentang broker MT5 pilihan kami.
cTrader ialah platform bertampak moden dan mesra pengguna dengan fungsi lebih maju daripada MT4 dan MT5. Pengguna cTrader juga cenderung lebih berkeuntungan berbanding rakan pengguna MetaTrader mereka .
Dibangunkan oleh Spotware dan dikeluarkan pada tahun 2011, cTrader ialah platform dagangan yang popular di kalangan pedagang forex disebabkan ciri canggih dan antara muka mesra penggunanya. Keupayaan carta lanjutan cTrader termasuk 70+ indikator teknikal, 26 rangka masa, pelbagai jenis pencartaan dan fungsi Kedalaman Pasaran. cTrader juga mempunyai kalendar ekonomi terbina-dalam dan julat meluas jenis pesanan lanjutan.
Seperti MT4 dan MT5, cTrader menyokong dagangan automatik melalui cTrader Automate, sebuah ciri membangun dan menguji latar robot dagangan yang dipanggil cBots. cTrader juga mempunyai fungsi salin dagangan salinan bersepadu dipanggil cTrader Copy, membenarkan pedagang menyalin dagangan pedagang lain.
Malangnya, cTrader tidak tersedia secara meluas seperti program perisian MetaTrader, namun menurut analisis dalaman Spotware, lebih 35% pengguna cTrader menguntungkan berbanding purata industri. Statistik menakjubkan ini menyerlahkan sebab cTrader telah menjadi pesaing utama MetaTrader.
Tonton Video Tutorial cTrader
Ketahui lebih lanjut tentang broker cTrader pilihan kami
TradingView mempunyai fungsi pencartaan paling canggih berbanding semua platform dagangan pihak ketiga dan paling boleh disesuaikan. Walau begitu, kerana ia agak baru, ia adalah platform yang paling kurang disediakan broker.
TradingView ialah platform pencartaan dan rangkaian sosial yang digunakan oleh 50 juta pedagang dan pelabur di seluruh dunia untuk mengenalpasti peluang merentasi pasaran global. TradingView juga berfungsi dengan broker tertentu, membolehkan pedagang berdagang terus dari platform pencartaan TradingView.
Platform TradingView menawarkan pengalaman yang boleh disesuaikan sepenuhnya, dengan 12 jenis carta, interval masa tersuai, 100,000+ indikator binaan komuniti, analisis kewangan berintegrasi dan bahasa pemprogramannya sendiri, dipanggil PineScript, yang membolehkan pedagang berkongsi strategi dagangan automatik mereka.
Secara keseluruhan, TradingView ialah platform pihak ketiga yang paling maju, boleh disesuaikan dan kaya dengan ciri-ciri tersedia, namun pilihan broker yang menawarkan perkhidmatan ini sangat terhad.
Platform dagangan proprietari ialah platform dagangan yang dimiliki oleh sesebuah broker. Kebanyakan broker besar mempunyai platform proprietari. Ia biasanya berfungsi dalam pelayar web dan direka bentuk intuitif dan mudah dipelajari oleh pemula . Walau bagaimanapun, ia biasanya kurang canggih; banyak yang tiada dagangan automatik, contohnya. Beberapa platform broker pilihan kami ialah AvaTrade, XTB, Skilling dan IG .
Ambil perhatian bahawa dengan memilih platform proprietari broker berbanding MT4, MT5, cTrader atau TradingView, anda tidak akan dapat membawa platform bersama anda jika anda pilih untuk menukar broker. Jadi, anda akan hilang pengetahuan platform khusus anda dan perlu bermula sekali lagi dengan broker baru anda.
Ketahui lebih lanjut tentang platform dagangan proprietari di sini
Apl dagangan mudah alih adalah platform dagangan yang berfungsi pada peranti mudah alih, seperti telefon mudah alih dan tablet. Kebanyakan platform dagangan tersedia pada peranti Android dan iOS, walaupun kehilangan sedikit fungsi dalam peralihan ke saiz skrin yang lebih kecil dan penggunaan tertumpu skrin sentuh.
Kawal Seliaan: Oleh kerana pedagang umumnya menggunakan broker untuk berdagang di platform, memilih broker yang dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan yang bereputasi adalah penting untuk melindungi dana anda dan memastikan anda dilayan dengan adil. Broker yang dikawal selia oleh badan seperti Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA) UK, atau Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia biasanya broker yang boleh diharapkan dan dipercayai.
Antara muka dan kefungsian pengguna: Platform harus mempunyai antara muka yang mudah digunakan dengan navigasi mudah, alatan carta lanjutan, indikator boleh disesuaikan dan ciri-ciri lain yang sesuai dengan gaya dan keutamaan dagangan anda. Sebagai contoh, TradingView dan cTrader lebih mesra pengguna dan kaya dengan ciri berbanding MetaTrader, tetapi kedua-dua platform ini hanya tersedia di broker terpilih.
Boleh diharap dan laju: Platform harus mempunyai pelaksanaan pesanan yang pantas, kependaman rendah dan masa henti minimum bagi memastikan anda boleh membuat dagangan dengan cepat dan efisyen. Sebagai contoh, platform dagangan yang boleh melaksanakan dagangan di bawah 100ms dianggap platform berkependaman rendah, tetapi ini juga bergantung pada keupayaan broker dalam memproses dagangan.
Alatan dagangan: Platform juga harus menawarkan berbagai alatan dagangan, termasuk alatan pengurusan risiko, kalendar ekonomi, analisis pasaran dan sumber pendidikan. Platform dagangan yang lebih canggih, seperti cTrader, telah mengintegrasi kalendar ekonomi dan fungsi pesanan jejak henti yang dijalankan dari bahagian pelayan dan bukannya di terminal seperti MT4 dan MT5. Fungsi ini bermakna jejak henti akan kekal di tempatnya walaupun terminal di luar talian. Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis pesanan antara platform dagangan di sini.
Keselamatan: Platform harus mempunyai ciri keselamatan teguh, termasuk pengesahan dua faktor, penyulitan dan firewall, untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan anda. Kebanyakan platform dagangan mempunyai ciri keselamatan yang teguh, namun ini bergantung pada broker anda.
Kos dan caj: Pertimbangkan caj dagangan, spread dan komisyen terkait dengan broker anda untuk memastikan ia munasabah dan berdaya saing. Broker dengan deposit minimum 200 USD atau kurang, purata spread bebas komisen sekitar 0.9 pip (EUR/USD), atau komisen 7 – 10 USD dengan spread 0.1 – 0.3 pip (EUR/USD) dianggap broker berkos dagangan rendah.
Matlamat Dagangan: Apabila memilih platform dagangan, pastikan ia mempunyai fungsi yang serasi dengan matlamat dan gaya dagangan anda. Contohnya, jika anda menggunakan Expert Advisor atau dagangan automatik, anda boleh pertimbangkan platform seperti MT4, MT5, cTrader atau TradingView. Pun begitu, pedagang yang berdagang CFD saham tidak akan memilih MT4 kerana ia tidak menawarkan dagangan CFD saham asli. Sebaliknya, pedagang pemula mungkin pertimbangkan platform mesra pengguna atau platform yang menawarkan fungsi salin dagangan.
Pasukan kami telah menilai lebih 180 broker untuk mencari platform dagangan Forex terbaik. Pedagang dengan keutamaan dan tahap pengalaman berbeza akan memilih platform dagangan yang berbeza. Ini adalah broker pilihan kami dengan platform dagangan terbaik.
Sesetengah platform dagangan Forex mempunyai lebih banyak pasangan mata wang untuk didagangkan berbanding yang lain, dan ini bergantung pada broker Forex yang disambungkan dengan platform dagangan anda. Pemula harus bermula dengan pasangan mata wang utama, seperti EUR/USD atau USD/JPY, kerana ia kurang mudah-ubah dan lebih murah didagangkan berbanding pasangan mata wang minor dan pasangan mata wang eksotik.
Ketahui lebih lanjut tentang pasangan mata wang dan cara berdagangnya
Aset lain yang anda boleh dagang ialah saham, komoditi, mata wang kripto, indeks dan bon kerajaan. Aset mana yang tersedia pada platform dagangan anda bergantung pada broker anda, dan sesetengah broker menawarkan lebih banyak jenis aset. Antara aset yang jarang ditemui termasuk kadar faedah, ETF dan Futures.
Indikator teknikal digunakan untuk mengenal pasti trend, menilai turun naik pasaran, dan menilai kekuatan dan arah tuju keadaan pasaran semasa. Indikator teknikal terbahagi kepada dua kategori: mengikut trend dan pengayun (oscillator). Indikator mengikut trend digunakan untuk mengenal pasti arah trend, manakala pengayun mengenal pasti pembalikan trend.
Jenis indikator teknikal biasa termasuk purata bergerak (moving average), indikator momentum, indeks kekuatan relatif (RSI), Bollinger Bands, MACD (perbezaan penumpuan purata bergerak), stokastik, awan Ichimoku, anjakan Fibonacci dan banyak lagi. Pedagang teknikal menggunakan indikator untuk menentukan peluang untuk masuk dan keluar dagangan.
Alat dagangan ialah sebarang teknologi atau aplikasi yang digunakan pedagang untuk membantu mereka membuat keputusan dagangan, menjejak dagangan dan mengurus portfolio mereka. Alatan ini boleh terdiri daripada perisian pencartaan asas ke algoritma pacuan AI kompleks untuk dagangan berfrekuensi tinggi. Alat dagangan biasanya menyediakan akses kepada data pasaran, suapan berita dan alatan pengurusan risiko masa nyata.
Banyak alatan dagangan juga disertakan dengan ciri khusus seperti analisis portfolio, pelaksanaan pesanan, ujian latar strategi, pengoptimuman portfolio dan akses kepada beberapa pasaran pertukaran dari satu tempat. Disamping itu, ia mungkin disertakan sumber pendidikan seperti video dan tutorial yang membantu pedagang memahami pasaran yang mereka dagang.
Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa tahap risiko yang tinggi kepada modal anda: 75-90% daripada pelabur runcit kerugian wang dalam dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD membawa risiko yang tinggi disebabkan oleh faktor-faktor berikut: Leveraj melampau, turun naik pasaran yang tidak dapat diramal, kegelinciran yang timbul daripada kekurangan kecairan, pengetahuan atau pengalaman dagangan yang tidak mencukupi, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendepositkan wang yang tidak boleh dirisikokan. Tidak kira berapa banyak penyelidikan yang telah anda lakukan, atau sejauh mana keyakinan anda dalam dagangan, masih akan terdapat risiko kerugian yang besar. (Ketahui lebih lanjut daripada FCA atau daripada ASIC )
Laporan Keadaan Pasaran dan Direktori Broker kami adalah hasil penyelidikan meluas ke atas [fxs -brokers-count round=10] broker Forex. Matlamat jelas sumber ini adalah bagi membantu pedagang mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan mereka daripada yang teruk – berdasarkan manfaat maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya kami telah berjaya dalam matlamat kami.
Dalam dunia dimana syarat dagangan dan sokongan pelanggan boleh berbeza-beza mengikut tempat tinggal anda, ulasan broker kami menumpukan pada pedagang tempatan dan memberi anda maklumat tentang broker ini menurut perspektif anda.
Semua penyelidikan telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dan penulis dalaman kami, yang mengumpul maklumat daripada pelbagai wakil syarikat, laman web dan membaca perincian halus. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.
Chris Cammack
Ketua Kandungan
Chris menyertai syarikat pada 2019 selepas sepuluh tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya telah memberinya pengetahuan mendalam tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang mempengaruhinya. Chris mempunyai pandangan tajam dalam suntingan dan berminat mendalam tentang hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami memenuhi standard kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami merentasi semua laman.
Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Senior
Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan tumpuan pada fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam dagangan forex dan untuk menulis mendorongnya beralih kerjaya, dan dia kini mempunyai lebih lapan tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menyemak 100+ broker dan mempunyai pemahaman yang baik tentang dunia dagangan Forex.
Ida Hermansen
Penulis Kewangan
Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjerumus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.