Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Satu daripada broker yang ditaraf tinggi oleh kami untuk pedagang Malaysia, Pepperstone ditubuhkan di Australia pada 2010 dan terkenal di seluruh dunia untuk kos dagangan rendahnya dan pilihan platform dagangan. Pepperstone mempunyai kos yang rendah denga spread antara paling rendah yang kami pernah lihat, berpurata 0.77 pip (EUR/USD) pada Akaun Standard. Untuk mereka yang lebh sukakan dagangan ECN klasik, Akaun Razoe mempunyai komisyen rendah dan spread berpurata hanya 0.7 pip pada EUR/USD. Kedua akaun ini tiada deposit minimum. Akaun Islamik juga tersedia untuk penduduk Malaysia.
Walaupun berkos rendah, kami agak kecewa dengan struktur komisyen yang rumit Pepperstone dan kekurangan kawal seliaan FSCA. Namun pedagang lebih berpengalaman akan menyukai pilihan platform dagangan Pepperstone, termasuk MT4, MT5, dan cTrader, yang terseleras dengan lancer dengan alat TradingView. Kesemuanya tersedia pada computer meja dan peranti mudah alih. Bahagian Pendidikan Pepperstone tidaklah yang paling meluas yang kami pernah lihat, namun ianya kompeten dan berstruktur baik, menjadikannya tempat bermula yang baik untuk pedagang baru.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | ASIC, CySEC, BaFin, CMA |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 200:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4, MT5, cTrader, TradingView |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Logam |
Ya, Pepperstone adalah broker selamat untuk orang Malaysia berdagang. Pepperstone mempunyai sejarah panjang kelakuan bertanggungjawab dan terkawal selia baik di peringkat antarabangsa. Kawal seliaan SCB bermaksud semua pelanggan Malaysia Pepperstone akan mendapat perlindungan baki negatif.
Dikawal selia di Bahamas: Semasa mendaftar, kami mendapati pedagang Malaysia akan berdagang dengan anak syarikat Pepperstone di Bahamas, yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB). Sementara SCB dianggap pengawal selia yang kompeten, pemantauan undang-undangnya tidak sebaik ASIC dari Australia atau FCA dari UK.
Ciri-Ciri Keselamatan: Pelanggan Pepperstone di Malaysia akan mempunyai had leveraj 200:1 untuk dagangan Forex dan akan diberikan perlindungan baki negatif, yang bermaksud pedagang tidak akan kerugian wang lebih daripada apa yang mereka ada dalam akaun dagangan. Tambahan pula, kawal seliaan SCB memastikan Pepperstone menyimpan dana operasinya berasingan daripada akaun pelanggan dan mempunyai nisbah modah mencukupi untuk menanggung pelanggan jika broker muflis.
Perihal Syarikat:
Disamping 70+ pasangan Forex, Pepperstone mempunyai pasangan mata wang kripto dan indeks mata wang yang sukar ditemui di broker lain. Namun, kami kecewa melihat Pepperstone hanya ada sedikit saham untuk berdagang berbanding broker besar lain.
Pepperstone menawarkan julat instrumen serupa seperti broker lain namun menawarkan julat lebih luas pasangan Forex dan mata wang kripto, termasuk pasangan ETH/BTC.
Forex: Pepperstone menawarkan 70+ pasangan mata wang untuk berdagang, lebih daripada kebanyakan broker Forex lain.
Saham CFD: Pepperstone menawarkan 1000+ saham CFD, termasuk 600+ saham US serta pilihan ‘blue chip’ UK, Jerman, dan Australia. Ambil perhatian bahawa CFD hanya terdapat pada platform MT5.
Commodities: Pepperstone menawarkan 17 komoditi, termasuk emas, perak, platinum, petroleum, gas asli, dan makanan seperti kopi, koko, dan jus oren.
Indeks: Pepperstone menawarkan dagangan dalam 28 indeks, termasuk jenis-jenis NASDAQ, FTSE100, DAX30, Hang Seng dan juga Johannesburg Stock Exchange.
Mata wang kripto: Pepperstone mempunyai 19 pasangan kripto, termasuk rentas ETH/BTC, dan 3 bakul kripto tersedia untuk dagangan. Leveraj untuk dagangan mata wang kripto agak terhad ke 2:1, namun dagangan kripto tersedia 7 hari seminggu.
Indeks Mata Wang CFD: Indeks mata wang menjejak nilai mata wang berbanding bakul mata wang lain. Ini berbeza daripada pasangan mata wang dimana perlu ada lebih daripada satu mata wang yang dibanding ukur dengan mata wang utama. Indeks mata wang yang ada termasuk indeks USD, indeks EU dan indeks JPY.
Pepperstone mempunyai dia akaun dengan kos dagangan sangat rendah berbanding broker lain, dan kedua akaun ini tidak mempunyai syarat deposit minimum. Komisyen pada Akaun Razor sukar untuk ditentukan memandangkan care pengiraan adalah berbeza untuk setiap daripada tiga platform dagangan.
Caj Dagangan: Kedua-dua Akaun Standard dan Akaun Razor tidak mempunyai syarat deposit minimum, meskipun kami menggalakkan bermula dengan 200 USD untuk mengelakkan panggilan margin. Kos dagangan pada kedua akaun adalah lebih rendah berbanding kebanyakan broker lain.
Kos Dagangan Akaun:
Seperti yang anda boleh lihat dari rajah diatas, kos dagangan pada Akaun Standard disertakan dalam spread dan sedikit rendah berbanding kos pada Akaun Razor, yang mengenakan komisyen kecil, berbeza-beza mengikut platform yang anda gunakan. Komisyen juga dipengaruhi oleh mata wang asas akaun anda pada platform MT4 dan MT5 dan pasangan mata wang yang anda dagangkan pada platform cTrader.
Spread sempit pada pasangan Forex: Pepperstone juga menawarkan spread sempit pada semua pasangan utama, termasuk GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, dan USD/CHF. Seperti ditunjukkan pada EUR/USD diatas, kos dalam rajah dibawah adalah berdasarkan caj dagangan satu lot (100 000 USD), termasuk spread dan komisyen. Spread berikut adalah berdasarkan Akaun Standard dan diambil langsung daripada platform MT4:
Spread pada Pasangan Forex Utama:
Akaun Standard Pepperstone
Akaun dagangan bebas komisyen ini tiada syarat deposit minimum. Kos disertakan dalam spread, yang berpurata 0.77 pip pada EUR/USD. Akaun ini merupakan satu daripada akaun dagangan dengan kos paling rendah didunia dan khususnya sesuai kepada pedagang pemula yang tidak ingin membuang masa mengira komisyen.
Akaun Bebas-Swap (Islamik) Pepperstone
Untuk penduduk negara bermajoriti muslim (termasuk Malaysia), Pepperstone menawarkan akaun bebas-swap untuk pelanggan yang tidak boleh membayar faedah. Akaun Bebas-Swap adalah bebas komisyen, dan spread tidak tetap, berpurata diantara 1-1.2 pip pada EUR/USD. Berbanding caj swap pegangan semalaman, Pepperstone mengenakan caj tetap pengurusan pada dagangan yang terbuka untuk tempoh lebih 10 hari. Caj ini berbeza bergantung kepada aset yang didagangkan, namun untuk Forex dan logam berharga caj adalah 50 USD, sementara mata wang kripto (kecuali Bitcoin) dan komoditi makanan, seperti koko dan kopi, caj adalah 1 USD.
Akaun Razor Pepperstone
Akaun spread kasar Pepperstone ialah Akaun Razor dan tidak mempunyai syarat deposit minium. Spread berpurata 0.17 pip pada EUR/USD – merupakan spread purata paling rendah yang kami temui di mana-mana BROKER – dan komiseyn dikenakan per lot didagangkan. Komisyen berbeza-beza bergantung kepada platform dagangan, mata wang asas akaun anda, dan volum dagangan anda. Kami mengesahkan spread ini pada platfrom cTrader.
Komisyen Akaun Razor
MT4 dan MT5: Komisyen pada MT4 dan MT5 Akaun Razor dikenakan dalam mata wang asas akaun anda. Kami dapati komisyennya murah untuk pedagang dengan mata wang asas AUD apabila kami membuka akaun kami.
cTrader: Struktur komisyen untuk Akaun Razor cTrader hanya dikenakan berdasarkan pasangan mata wang yang anda dagangkan. Komisyen pada Akaun Razor cTrader sentiasa 0.007% (pusingan penuh) daripada mata wang asas yang didagangkan. Jadi, jika anda berdagang 100,000 USD/CHF komisyennya adalah 3.50 USD untuk membuka dagangan dan 3.50 USD untuk menutup dagangan.
Komisyen dagangan boleh dikurangkan lagi dengan menjadi ahli Program Active Trader Pepperstone. Program Active Trader mempunyai beberapa kelebihan untuk pedagang bervolum tinggi, termasuk iskaun pada komisyen, perkhidmatan VPS percuma, sokongan pelanggan keutamaan. Diskaun komiseyn dengan Program Active Trader mencirikan 4 tingkat seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut tentang Program Active Trader tahap 4, pedagang perlu menghubungi sokongan pelanggan Pepperstone.
Pepperstone umumnya tidak mengenakan caj deposit dan pengeluaran, pun begitu ia kurang ketelusan dalam cara pendanaan dan kos. Kecepatan pengeluaran adalah baik, dan kami tidak menghadapi masalah membuat deposit dari pindahan bank tempatan.
Sebagai broker terkawal selia baik, Pepperstone memastikan peraturan dan undang-undang Anti-Selewang Wang dipatuhi, dan disebabkan itu, semua pengeluaran tidak berkeuntungan akan dikembalikan ke sumber asal.
Mata Wang Deposit Yang Diterima: Akaun boleh dibuka dalam mata wang asas: AUD, USD, JPY, GBP, EUR, CAD, CHF, NZD, SGD, dan HKD. Walaupun kebanyakan orang Malaysia tidak mahu akaun dagangan mereka berdenominasi USD, sebahagian pedagang mungkin mahu mempunyai beberapa akaun dengan mata wang asas berbeza supaya tidak perlu membayar caj pertukaran apabila berdagang. Julat meluas mata wang asas tersedia di Pepperstone membolehkan pedagang melakukannya.
Cara Pendanaan dan Caj: Pepperstone menawarkan berbagai pilihan deposit dan pengeluaran tanpa caj; walau begitu, caj 20 USD dikenakan oleh Pepperstone untuk pindahan bank antarabangsa; dan pengeluaran melalui Skrill atau Neteller berkos 1 USD.
Kami menguji deposit melalui kad kredit dan mendapati bayaran kami diproses segera. Ia mengambil 2 hari untuk kami mengeluarkan wang kami, yang sekitar purata industri.
Lihat dibawah untuk senarai lengkap pilihan bayaran dan masa pengeluaran:
Pepperstone tidak mempunyai apl dagangannya sendiri, namun MT$, MT5 dan cTrader semuanya tersedia dalam apl mudah alih. Kami mendapati apl cTrader lebih mudah digunakan berbanding MT4 dan MT5 kerana ia mempunyai rekabentuk moden dan terselaras dengan TradingView.
Ketiga-tiga platform Pepperstone tersedia pada kedua peranti mudah alih dan tablet Android dan iOS. Pedagang pemula perlu tahu bahawa terdapat sedikit hilang fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan komputer meja, dan sambungan mudah alih lemah boleh memberi impak kepada dagangan.
Apl cTrader
cTrader adalah salah satu platform dagangan kegemaran kami, dan Pepperstone merupakan satu daripada sedikit broker yang menyokongnya. Rekabentuk kemasnya menjadikannya mudah untuk diperjari pemula, namun ia juga mempunyai jenis pesanan lanjutan dan pilihan automasi yang diperlukan pedagang lebih berpengalaman. Apl cTrader Pepperstone mengekalkan kebanyakan ciri terbaik yang ada pada versi komputer meja, termasuk julat penuh jenis pesanan, amaran harga, analisis dagangan, dan simbol senarai tonton. Ia juga terselaras dengan lancar dengan TradingView, sebuah alat pencartaan canggih:
TradingView
TradingView adalah percuma untuk pedagang yang membuka akaun live. Ia alat yang hebat untuk penyelidikan, pencartaan, dan mengimbas mana-mana instrumen. Ciri-ciri tambahan alat TradingView Pepperstone termasuk:
Pedagang perlu ketahui bahawa TradingView hanya tersedia pada Akaun Razor.
Apl MT4 dan MT5
Apl MT4 dan MT5 Pepperstone membolehkan pedagang bekerja dimana sahaja, dengan sembilan rangka masa, 30 indikator, dan carta mata wang interaktif, fungsi menutup dan mengubah pesanan sedia ada, kira untung/rugi dalam masa nyata, dan dagangan carta tik yang akan membantu lagi pedagang yang sedang bergerak.
Dengan MT4, MT5, dan cTrader tersedia, Pepperstone menawarkan sokongan untuk lebih banyak platform dagangan berbanding kebanyakan broker. Tambahan pula, cTrader Pepperstone terselaras dengan TradingView, menambah fungsinya lebih lanjut.
Pepperstone menawarkan MetaTrader 4 (MT4), MetaTrader 5 (MT5), dan cTrader, yang setiapnya menawarkan Expert Advisor, sokongan dagangan automatik, penguji latar strategi, pencartaan boleh sesuai, indikator, dan fungsi salin dagangan.
Semua pilihan platform dalah percuma, dan semua boleh dimuat turun ke PC atau Mac, dan semua mempunyai versi web platform. Pedagang yang ingin guna lebih EA, dan tidak kisah dengan antara muka yang lama, patut pertimgbang menggunakan satu daripada produk MetaTrader. cTrader selalunya disukai oleh pedagang pemula kerana kurang kerja pemasangan, antara muka yang lebih moden, dan menawarkan jenis pesanan lebih lanjut. cTrader Pepperstone juga terselaras dengan TradingView, sebuah alat pencartaan canggih.
Keitga-tiga platform yang ditawarkan dianggap umum antara yang terbaik dalam industri, dan ketiga-tiganya menyediakan akses ke Autochartist, satu daripada alat dagangan percuma yang disediakan Pepperstone. Walaupun Pepperstone tidak mempunyai platform proprietarinya sendiri, yang biasanya lebih mudah untuk dipelajari pemula, pilihan antara tiga platform utama tersebut akan memuaskan hampir semua pedagang.
Perbandingan Platform Dagangan:
Pembukaan akaun di Pepperstone adalah sepenuhnya proses digital namun perlukan ujian kelayakan yang tidak dilakukan oleh kebanyakan broker.
Semua penduduk Malaysia boleh membuka akaun dagangan di Pepperstone, namun perlu mengikut proses permohonan empat langkah sepenuhnya digital. Sebaik proses selesai, Pepperstone menyasarkan untuk meluluskan permohonan dalam 4-8 jam.
Cara membuka akaun di Pepperstone:
Berbanding broker serupa lain, proses pembukaan akaun di Pepperstone adalah pantas, umumnya tidak melecehkan dan sepenuhnya digital. Isunya hanyalah ujian penilaian kesesuaian untuk sebahagian pedagang, namun ini adalah langkah bertanggungjawab Pepperstone untuk melindungi dana mereka yang tidak sesuai dalam pelaburan berisiko tinggi.
Pilihan alatan dagangan Pepperstone adalah lebih baik dari purata berbanding broker serupa lain, dengan Autochartist percuma untuk semua pedagang dan Alat Smart Trader untuk MT4 dan MT5.
Alat Smart Trader untuk MetaTrader4/5
Di Pepperstone, pedagang MT4 dan MT5 boleh mendapat suit berdedikasi 28 alatan ini, expert advisor, dan indikator. Alat Smart Trader membantu pedagang menguruskan risiko mereka, mengawal semua dagangan dari terminal tunggal dan melihat korelasi diantara pasangan mata wang dan CFD lain. Set penuh alat ini disertakan dengan amaran canggih dan kemudahan penyiaran, dengan data pasaran terkini dan fungsi terselaras dengan antara muka MetaTrader.
Autochartist
Percuma untuk semua pelanggan Pepperstone, Autochartist adalah alat analisis teknikal automatik pemenang anugerah yang memalam dengan MT4, MT5 dan cTrader dan mengimbas semua pasaran CFD yang ada untuk peluang dagangan. Enjin pengecaman pola canggih Autochartist mengenalpasti peluang dagangan dengan potensi paling tinggi dan meramal pergerakan harga depan.
Dagangan API
Pepperstone menyokong dagangan melalui Antara Muka Pemprogreman Aplikasi (API). Teknologi ini ideal kepada mereka yang menggunakan sistem dagangan atau membangun sistem ciptaan sendiri tersesuai. Ia membolehkan peningkatan keupayaan melihat kedalaman pasaran dan mengakses berbilang penyedia kecairan.
Diskaun Perkhidmatan VPS
Melalui dua syarikat pihak ketiga (ForexVPS dan New York City Servers), Pepperstone menawarkan diskaun perkhidmatan VPS (Virtual Private Server) untuk pedagang menggunakan platform MT4 dan MT5. Penghosan VPS membolehkan pedagang menjalankan strategi algoritma automatik, termasuk expert advisor, 24 jam sehari, 7 hari seminggu pada mesin maya.
Kedua ForexVPS dan New York City Servers mempunyai pasukan sokongan pelanggan berdedikasi 24/5 untuk membantu pengguna baru menetapkan dan memasang EA dan indikator langsung ke mesin maya. Perkhidmatan VPS mempunyai kelebihan tidak akan menghadapi isu sambungan dan mempunyai kependaman rendah kerana kedekatan mereka dengan pertukaran antarabangsa utama.
Dagangan Sosial Pepperstone
Walaupun Pepperstone tidak menawarkan platform dagangan sosial khusus, ia menawarkan sokongan untuk kedua tempat pasaran Metatrader Signals dan Duplitrade, tempat pasaran strategi dagangan pihak ketiga popular yang membolehkan anda mengautomasi dagangan anda dengan mengikuti pedagang pakar terbukti.
Meskipun MetaTrader Signal boleh diikuti oleh sesiapa yang menggunakan platform MetaTrader, sistem salin dagangan Duplitrade hanya boleh diakses melalui Pepperstone dengan deposit minimum 5000 USD (atau bersamaan nilai).
Bahagian pendidikan di Pepperstone adalah lebih baik berbanding kebanyakan broker ECN lain namun tidak sebanding dengan pendidikan terbaik yang ada di beberapa broker penggerak pasaran besar lain.
Akaun Demo: Pepperstone menawarkan akaun demo tanpa had membolehkan bakal pedagang berlatih berdagang dalam masa nyata. Pedagang baru juga boleh meneroka suit penuh alatan dan ciri tersesuai yang ditawarkan platfrom MT4, MT5, dan cTrader bagi meningkatkan prestasi dagangan.
Sumber Pendidikan: Pepperstone menawarkan berbagai sumber pendidikan, termasuk panduan dagangan percuma, artikel tentang cara berdagang Forex dan CFD, berbagai kursus, dan video. Panduannya disediakan kepada pedagang pemula, pertengahan dan mahir. Ia juga menghoskan webinar kerap, dan arkib webinar sebelumnya tersedia pada laman web secara percuma. Panduan dagangan melitupi topik seperti ‘Psikologi Melakukan Dagangan Pertama Anda’, Asas Dagangan Forex dan bagaimana dagangan Forex berfungsi, serta pengenalan kepada berbagai strategi dagangan. Ia juga menawarkan kursus dagangan Forex dan MetaTrader4.
Webinar: Webinar mingguan menyambung dari pendidikan berstruktur, dengan sesi strategi yang lebih terperinci dibimbing oleh pedagang pakar. Subjek webinar berbeza-beza dari strategi dagangan ke analisis teknikal dan fundamental. Ambil perhatian bahawa seseorang perlu mendaftar akaun di Pepperstone untuk mengakses webinar live.
Perbandingan Pendidikan:
Analisis pasaran di Pepperstone adalah jarang berbanding broker besar antarabangsa lain, namun kualitinya cemerlang dan tersedia dalam kedua video dan teks.
Blog Analisis: Pasukan penyelidikan dalaman Pepperstone menjalankan blog kerap melitupi kedua analisis teknikal dan fundamental. Penyelidikan membekalkan maklumat tentang peristiwa berimpak pasaran diluar sumber berita konvensional Pasukan penyelidik juga menyediakan ‘Daily Fix’ – analisis peristiwa berimpak pasaran hari-demi-hari.
Webinar FX Evolution: Analisis pasaran dan idea dagangan tersedia dalam kedua format video dan teks dan kualitinya agak tinggi dan berguna kepada pedagang di semua tahap pengalaman. Tambahan pula, Pepperstone bekerjasama dengan FX Evolution untuk menyampaikan webinar setiap dua minggu tentang berbagai topik berdasarkan analisis teknikal dan fundamental.
Perbandingan Penyelidikan:
Kami kagum mendapati sokongan 24/7 di Pepperstone, yang agak luar biasa dalam industri dengan kebiasaan 24/5.
Khidmat pelanggan pemenang anugerah 24/7 Pepperstone tersedia untuk membantu menjawab soalan sekiranya anda perlukan bantuan dengan pertanyaan teknikal atau berkaitan akaun. Bagi tujuan ulasan ini, kami menguji perkhidmatan chat live. Aegn chat live adalah responsif dan sangat berpengetahuan. Seperti yang anda boleh lihat, mereka menjawab soalan kami dalam beberapa saat sahaja:
Kawal Seliaan dan Pengiktirafan Industri
Walaupun Pepperstone tidak dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ia mempunyai sejarah panjang kelakuan bertanggungjawab dan kawal seliaan antarabangsa yang kukuh, menjadikannya broker selamat untuk pedagang Malaysia berdagang.
Kawal Seliaan: Pepperstone dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Lembaga Kelakuan Kewangan UK (FCA), Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA), Lembaga Pasaran Permodalam Kenya (CMA), Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB), dan Lembaga Pemantaun Kewangan Federal (BaFin) dari Jerman. Lihat dibawah untuk senarai syarikat berdaftar Pepperstone:
Anugerah: Pepperstone telah memenangi banyak anugerah dalam industri, mengukuhkan lagi kelayakannya sebagai broker selamat Antara anugerah terbaru termasuk:
Dengan lebih sedekad kelakuan bertanggungjawab kepada pelanggannya, pangkalan pelanggan antarabangsa besar, kawal seliaan dari antara badan berkuasa unggul didunia, dan senarai panjang anugerah, kami menganggap Pepperstone broker Forex selamat dan boleh dipercayai.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan kemuka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses penilaian ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan CFD Forex kepada pelanggan mereka Pepperstone ingin anda tahu bahawa : CFD adalah instrumen kompleks dan datang dengan risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 80.18% akaun pelabur runcit kerugian wang berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda patut pertimbangkan sama ada anda faham bagaimana CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi kerugian wang anda. Rujuk kepada RDN dan dokumen undang-undang lain kami. Pepperstone Markets Limited, SCB no. SIA-F217.
Pepperstone adalah broker diiktiraf antarabangsa dan dikawal selia FCA dan ASIC dengan pelaksanaan dagangan berkelajuan tinggi dan keadaan dagangan ECN berkos rendah. Dengan semua tiga platform dagangan pihak ketiga, intergrasi cTrader dengan TradingView, dan spread yang sangat rendah berbanding kebanyakan broker lain, pelanggan Pepperstone mendapat kedua teknologi terbaik yang ada dan keadaan dagangan terbaik yang telah melayakkan Pepperstone dengan reputasinya. Pepperstone patut menjadi pilihan teratas untuk pedagang Forex Malaysia yang mencari broker tiada meja rundingan (NDD) yang boleh dipercayai dan berkos rendah, dengan bahagian pendidikan dan analisis pasaran yang baik, dan pilihan bagus alatan dagangan.
Find out how Pepperstone stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.