Sejak 2012 kami telah menilai dan berdagang dengan lebih dari 180 broker Forex di Malaysia. Pasukan pakar dagangan Forex-Malaysia sering disebut dalam media antarabangsa dan tempatan . Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker | Penilaian Keseluruhan | Laman Rasmi | Mesra Pengguna-Baru | Deposit Min. | Kursus Pemula | Video Dagangan Pemula | E-buku Boleh Dimuat Turun | Demo Tanpa Had | Waktu Sokongan | Jumlah CFD | Padanan Mata Wang | Kos Dagangan | Platform Dagangan | Dikawal selia | Bahasa Laman Web: Melayu | Bahasa Sokongan: Melayu | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 4.27 /5 Baca Ulasan | Lawat > of retail CFD accounts lose money | Cemerlang | USD 25 | Ya | Ya | Tidak | Ya | 24/5 | 232 | 35 | USD 6 | MT4, MT5 | Ya | Ya | ||
![]() | 4.48 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 100 | Ya | Ya | Ya | Ya | 24/5 | 209 | 62 | USD 4 | MT4, MT5 | Ya | Ya | ||
![]() | 4.35 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.33% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 5 | Ya | Ya | Tidak | Tidak | 24/5 | 1539 | 57 | USD 7 | MT4, MT5 | Ya | Tidak | ||
![]() | 4.43 /5 Baca Ulasan | Lawat > 72.90% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 0 | Ya | Ya | Ya | Ya | 24/5 | 1230 | 53 | USD 10 | MT4, MT5 | Ya | Tidak | ||
![]() | 4.51 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89%74- of retail CFD accounts lose money | Cemerlang | USD 0 | Ya | Ya | Tidak | Tidak | 24/7 | 1275 | 100 | USD 10 | MT4, MT5, cTrader, TradingView | Tidak | Tidak | ||
![]() | 4.49 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 100 | Ya | Ya | Ya | Tidak | 24/5 | 872 | 55 | USD 9 | MT4, MT5, Avatrade Social, AvaOptions | Ya | Ya | ||
![]() | 4.29 /5 Baca Ulasan | Lawat > 82% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 0 | Ya | Ya | Tidak | Tidak | 24/5 | 5211 | 57 | USD 7 | xStation5 | Ya | Tidak | ||
![]() | 4.23 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 5 | Ya | Ya | Tidak | Ya | 24/7 | 254 | 37 | USD 7 | MT4, MT5 | Ya | Ya | ||
![]() | 4.46 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.81% akaun runcit CFD kerugian wang | Cemerlang | USD 200 | Ya | Tidak | Tidak | Tidak | 24/7 | 1744 | 64 | USD 8 | MT4, MT5, cTrader | Ya | Tidak |
Apabila memilih broker Forex, pemula patut menumpukan kawal seliaan broker, sokongan pendidikan, sokongan pelanggan dan akaun demo. Untuk memahami lebih lanjut mengapa perkara ini penting, kita akan lihat tiga perincian dibawah.
Selepas membaca panduan ringkas ini, anda akan:
Satu daripada broker terkenal untuk pemula di Malaysia, Octa menawarkan kedua platform dagangan MT4 dan MT5. Setiap platform dagangan mempunyai akaun dagangan terkait. Semua akaun boleh didapati dalam pilihan bebas-swap Islamik dan menawarkan leveraj sehingga 500:1.
Akaun bebas komisyen MT4 menawarkan spread tetap dan terapung bermula dari 0.4 pip pada EUR/USD dan memerlukan deposit minimum 50 USD. Akaun MT5 (Pro) menawarkan spread terapung bermula dari 0.2 pip pada EUR/USD dan memerlukan deposit minimum 500 USD. Pemula juga akan menghargai bahan pendidikan Octa yang disediakan khusus untuk pedagang pemula, dengan akademi dagangan dalam talian yang juga tersedia dalam Bahasa Melayu.
Meskipun Tickmill tidak sepopular broker lain dalam senarai ini, ia mempunyai antara caj terendah di dunia pada Akaun Pro. Sesetengah pemula mungkin kecewa dengan spread lebar pada Akaun Classic (bermula dari 1.6 pip pada EUR/USD), namun Akaun Pro mempunyai spread serendah 0 pip pada EUR/USD dengan komisyen pusingan penuh 4 USD, lebih rendah daripada standard industri 7 USD. Akaun dagangan ini adalah tempat terbaik untuk pemula yang mencari akaun dagangan berasaskan komisyen. Kedua akaun Classic dan Pro meletakkan deposit minimum yang agak rendah sebanyak 100 USD.
Tickmill juga menawarkan akaun demo tanpa had untuk kedua platform dagangan MT4 dan MT5 dan semua 3 jenis akaunnya. Pedagang baru juga akan mendapati bahawa analisis terperinci dan pendidikan Forex Tickmill sangat berguna dan tepat faktanya.
XM menyediakan antara bahan pendidikan dan analisis pasaran terbaik dalam industri. Terdiri daripada beberapa bahagian, termasuk pendidikan live yang unik tersedia Isnin hingga Jumaat 05:00 – 15:00 GMT, sesi Soal Jawab, video pendidikan, webinar Forex dibentangkan oleh 67 pakar berkemahiran tinggi dalam 19 bahasa, tutorial platform, dan seminar Forex, pedagang akan tersiap rapi dalam karier dagangan mereka.
XM menawarkan dagangan pada aset berbilang, termasuk Forex, saham, komoditi, ekuiti, logam berharga, tenaga, dan saham. Pedagangan boleh pilih diantara empat akaun live pada kedua platform MT4 dan MT5. XM berbangga dengan polisi tanpa sebut harga semula dan tiada penolakan mereka, dan 99.53% daripada semua pesanan dagangan dilaksanakan dalam kurang daripada satu saat.
Sebuah broker CFD global, Hotforex menawarkan dagangan pada beberapa instrumen, termasuk Forex, logam, tenaga, indeks, saham, komoditi, bon, dan ETF. Khidmat pelanggan pemenang anugerah Hotforex tersedia 24/5 dalam lebih 27 bahasa melalui e-mel, chat live, dan telefon. Matlamat mereka adalah dalam menyediakan khdimat pelanggan terbaik dengan mengekalkan budaya tumpu-pelanggan Pemula mempunyai pilihan lima jenis akaun, dengan spread sempit, leveraj sehingga 1000:1, dan deposit minimum bermula 5 USD akaun akaun tahap pemulanya.
Hotforex juga menyediakan pustaka bahan pendidikan dan analisis pasaran bertaraf dunia, termasuk artikel, tutorial video, dan webinar kerap berkaitan peristiwa semasa, strategi dagangan lanjut, dan analisis carta. Kursus dalam talian Hotforex e-Course, yang menerangkan asas teori dan dagangan Forex, membaca dan menginteprasi carta, psikologi dagangan, dan analisis teknikal.
Pepperstone adalah broker ECN terbaik untuk pemula disebabkan pendidikan hebatnya, caj dagangan rendah dan tiada keperluan deposit minimum. Sumber pendidikannya merangkumi panduan dagangan percuma, artikel cara berdagang Forex dan CFD, dan berbagai kursus dan video. Mereka menghoskan webinar kerap, dan arkib webinar sebelumnya boleh didapati percuma pada laman webnya. Khidmat pelanggan juga tersedia 24/7 dalam berbilang bahasa untuk membantu pemula dengan sebarang persediaan atau pertanyaan teknikal.
Caj dagangan Pepperstone merupakan antara yang terendah dalam industri, dengan spread purata 1.09 pip pada Akaun Standard bebas komisyen, dan 0.09 pip (EUR/USD) pada Akaun Razor sebagai pertukaran untuk komisyen 7 USD per dagangan. Hampir semua dagangan dilaksanakan dalam 30 milisaat, yang sangat ideal untuk scalper dan yang menjalankan Expert Advisor. Disamping itu, Pepperstone tidak meletakkan deposit minimum, berita baik untuk pemula yang hendak berjimat, meskipun mereka menyarankan membuka akaun dagangan dengan sekurang-kurangnya 200 USD.
Avatrade adalah penggerak pasaran terkawal selia baik dengan satu daripada apl dagangan mudah alih terbaik dalam industri. Dinobatkan Apl Dagangan Forex Terbaik oleh Global Forex Awards, AvatradeGO memberikan akses kepada intuisi pedagang, sambungan dengan pasaran dagangan global, mencipta senarai pantau, dan meninjau harga dan carta live. Ia juga mempunyai berbagai alatan dagangan hebat untuk pemula, termasuk Autochartist, Duplitrade, dan AvaProtect, sistem pengurusan risiko canggih miliknya sendiri. Akhir sekali, bahan pendidikan dan analisis pasaran Avatrade adalah sangat komprehensif, berstruktur baik, dan mendalam, yang sesuai kepada pedagang semua tahap pengalaman.
Avatrade menawarkan dagangan pada berbilang aset, termasuk Forex, komoditi, mata wang kripto, ETF, opsyen, bon, dan opsyen vanilla. Dengan sokongan penuh platform dagangan terkemuka, termasuk MT4, MT5, dan apl pemenang anugerahnya, AvatradeGO, Avatrade menyediakan persekitaran dagangan mesra pengguna dan inovatif buat pedagang pemula.
Sebuah broker STP terkawal selia baik, XTB adalah pencipta platform pemenang anugerah xStation 5. Dengan rekabentuk mesra pelanggan dan intuitif, ia membolehkan pedagang menjejak pergerakan pasaran dengan tepat. Ia juga menawarkan alatan pencartaan berkuasa, dagangan satu-klik, statistik prestasi masa-nyata, dan kalkulator pedagang.
XTB menyediakan antara bahan latihan terbaik untuk pemula. Akademi dagangannya komprehensif, jelas dan padat, serta distruktur seperti kursus. Ia juga menawarkan bimbingan peribadi, pengurusan akaun berdedikasi, dan khidmat pelanggan 24/7 memberikan pengalaman penyertaan yang lancer buat pedagang pemula.
FBS akan menarik perhatian kedua pedagang yang mencari leveraj tinggi serta bercaj rendah dan pemula yang mencari deposit minimum rendah serta dagangan mata wang kripto. Kekuatan FBS adalah dalam kepelbagaian akaun, dengan syarat dagangan untuk semua jenis pedagang. Pemula akan menumpukan pada Akaun Cent dengan deposit minimum 1 USD atau Akaun Micro dengan deposit minimum 5 USD. Sesetengah pedagang akan menyukai leveraj tinggi yang disediakan, dengan semua akaun kecuali akaun ECN yang menawarkan leveraj 3000:1. Pemula juga akan menyukai caj rendah dagangan pada akaun tahap pemulanya, dengan spread Akaun Cent spreads bermula dari 0.8 pip pada EUR/USD. Dagangan mata wang kripto juga tarikan utama disini, dengan 37 mata wang kripto tersedia untuk didagangkan, jauh banyaknya dengan kebanyakan broker lain.
Meskipun FBS membolehkan pelanggannya menggunakan platform dagangan MT4 dan MT5, mata wang kripto hanya boleh didagangkan menggunakan apl mudah alih FBS Trader. Memandangkan sudah ramai orang menggunakan telefon mereka untuk berdagang ia bukanlah satu kekurangan besar, namun apl FBS Trader hanya boleh digunakan pada peranti Android buat masa ini, dan tidak pada iPhone.
IC Markets ialah broker ECN terkawal selia baik yang menyediakan persekitaran yang mesra untuk pedagang pemula. Banyak broker ECN lain gagal menyediakan bahan pendidikan dan analisis, memaksa pedagang belajar sendiri dengan bahan pihak lain. Hab pendidikan meluas IC Markets adalah percuma kepada semua pelawat tapak web dan merangkumi topik seperti Asas Forex, Analisis Teknikal, Analisis Fundamental, Psikologi Dagangan, Strategi Dagangan dan Pengurusan Risiko, disamping yang lain. Video panduan juga tersedia bagi membantu pelanggan memasang perisian dagangan. Tambahan pula, IC Markets mempunyai jabatan sokongan berdedikasi yang beroperasi 24/7 melalui e-mel, chat langsung dan telefon, membantu pedagang pemula menetapkan akaun pada hujung minggu.
IC Markets menawarkan dua Akaun Raw Spread dan Akaun Standard dengan spread berubah-ubah pada platform MT4, MT5 dan cTrader. Akaun Raw Spread menawarkan spread berpurata 0.1 pip pada EUR/USD, adalah salah satu spread paling kecil yang ada, sebagai pertukaran untuk komisen sebanyak 7 USD bagi setiap dagangan. Harga IC Markets bergantung pada 25 penyedia kecairan berbeza yang membolehkan mudah-tunai komprehensif dan tawaran antara spread terendah dalam industri.
Dagangan Forex merupakan pertukaran diantara satu mata wang dengan yang lain bagi menjana keuntungan melalui perubahan kadar pertukaran. Ini diketahui sebagai penjualan dan pembelian pasangan mata wang. Pasaran Forex ialah pasaran kewangan terbesar dunia, dengan purata nilai harian 6.6 trillion US dollar (USD).
Dagangan Forex dalam talian hanya boleh dilakukan melalui broker Forex. Ini adalah kerana pasaran Forex bukanlah pasaran fizikal, ianya merupakan pasaran maya yang dibentuk oleh rangkaian komputer di seluruh dunia. Rangkaian ini menyambungkan pedagang dengan peserta pasaran lain, seperti bank dan broker lain.
Oleh kerana pasaran Forex adalah global dan maya, ia beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Bermula dari pembukaan pasaran Australia pada pagi Isnin sehingga penutupan pasaran New York pada petang Jumaat.
Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai kepada semua pelabur memandangkan ia membawa risiko tinggi terhadap modal anda: 70-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang produk ini. Pedagang tidak patut mendeposit sebarang wang selain pendapatan boleh guna. Tidak kira berapa banyak penyelidikan yang dibuat, atau betapa yakin anda dalam berdagang, risiko kerugian masih akan tinggi.
Broker Forex adalah syarikat yang menyediakan sambungan ke pasaran Forex. Broker juga membekalkan perisian – yang dinamakan platform dagangan – yang menyambungkan pedagang ke rangkaian maya komputer yang membentuk pasaran Forex. Untuk bersambung ke pasaran Forex dengan broker, pedagang perlu membuka akaun dagangan, dan tambah dana ke akaun itu.
Apabila membandingkan broker Forex, pertimbangkan komponen berikut pada broker dan akaun.
Kawal seliaan merupakan aspek tunggal terpenting dalam menilai broker Forex. Broker tidak terkawal selia tidak boleh dipercayai dengan wang anda dan tidak tertakluk kepada undang-undang dalam penyediaan persekitaran dagangan yang adil. Berdagang dengan broker terkawal selia bukanlah satu pilihan. Kawal seliaan memastikan keselamatan dana anda dan menawarkan perlindungan terhadap broker muflis serta memastikan pedagang Forex mempunyai saluran untuk membuat aduan dan akses kepada insuran pelabur.
Broker tidak terkawal selia kerap mendakwa mereka dikawal selia, jadi anda patut sentiasa semak kebenaran atas dakwaan mereka itu. Kita tahu bahawa broker tidak dikawal selia suka menghubungi orang di Facebook melalui apl pesanan, jadi berwaspada jika ini berlaku kepada anda. Banyak broker tidak dikawal selia akan selalu memancing pedagang pemula dengan keuntungan besar, menawarkan dua atau tiga kali ganda keuntungan dalam tempoh beberapa minggu. Ini adalah antara cara untuk ketahui bahawa broker itu tidak boleh dipercayai, dan kawal seliaan broker perlu sentiasa disahkan sendiri.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) adalah badan kawal seliaan di Malaysia. Pelanggan Malaysia mungkin lebih cenderung untuk berdagang dengan broker dikawal selia SCM, namun hanya sedikit broker berkualiti tinggi mempunyai kawal seliaan ini, dan ianya bukanlah keperluan undang-undang. Broker berpusat dalam negara yang dikawal selia SCM tidak akan mempunyai perlindungan pelanggan atau sistem aturan tersedia bagi memastikan keselamatan dagangan. Justeru, berikut merupakan 5 broker terbaik terkawal selia antarabangsa yang mesra-pemula berdasarkan skor keseluruhan:
Semua broker akan mengkehendaki pedagang untuk membuat deposit minimum apabila membuka akaun dan kemudian akan mengenakan caj spread pada setiap dagangan. Kos biasa lain adalah caj swap yang dibayar atas pemegangan posisi dagangan semalaman. Sesetengah broker juga mengenakan komisyen atau jenis caj lain. Pemahaman yang berkenaan kos-kos ini penting untuk pedagang pemula memandangkan sesetengah broker mengenakan lebih caj berbanding yang lain.
Kos pertama yang akan dihadapi pedagang pemula ialah syarat deposit minimum. Walaupun bukan sebenarnya bentuk caj – kerana ini adalah wang yang akan digunakan untuk berdagang – ia kos penting yang masih perlu dipertimbangkan pemula. Sebahagian broker meletakkan syarat deposit minimum yang tinggi, biasanya 1000 USD atau lebih, yang mungkin meletakkan akaun dagangan mereka tidak dapat dicapai oleh pemula. Umumnya, lebih tinggi deposit minimum pada akaun, lebih baik keadaan dagangan yang diberikan kepada akaun itu. Broker juga kadangkala menawarkan akses percuma ke alatan dagangan canggih, Latihan satu-dengan-satu, perkhidmatan, VPS atau sokongan pelanggan peribadi dengan deposit minimum lebih tinggi.
Caj paling biasa yang dikenakan broker ialah spread. Ini adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan aset dagangan dan dikira dalam pip (5 titik perpuluhan harga aset). Broker akan melebarkan spread dengan sengaja dari harga pasaran asal aset. Ini bermakna apabila anda membeli atau menjual aset pada spread, anda membeli dibawah atau diatas harga pasaran sebenar – justeru memerlukan perubahan turun-naik yang lebih tinggi pasaran untuk menjana keuntungan daripada dagangan.
Sesetengah broker akan menawarkan spread tetap, yang bermaksud perbezaan harga belian dan jualan aset tidak akan berubah. Yang lainnya akan menawarkan spread terapung atau tidak tetap, yang bermakna spread akan melebar atau menyempit berdasarkan permintaan dan mudah-ubah. Banyak pemula lebih cenderung berdagang dengan spread tetap memandangkan kos dagangan lebih mudah untuk dikira.
Caj biasa lain ialah caj swap atau akaun Islamik. Dagangan Forex adalah dagangan berleveraj, ini bermakna pedagang meminjam wang daripada broker bagi menggandakan posisi dagangan. Dalam kehidupan kita, peminjaman wang akan dikenakan faedah atas pinjaman. Apabila posisi dagangan dipegang semalaman, leveraj yang dipinjam daripada broker juga dipegang semalaman dan akan dikenakan caj faedah – ini dinamakan caj swap. Kos untuk caj swap akan bergantung kepada aset yang didagangkan, amaun leveraj yang digunakan dan saiz dagangan itu sendiri.
Sesetengah broker juga mengenakan komisyen. Komisyen umumnya dikenakan oleh broker akses terus pasaran (DMA). Broker akses terus pasaran biasanya tidak melebarkan spread (atau hanya sedikit), sebaliknya akan mengenakan komisyen tetap sebagai yuran atas penyediaan perkhidmatan akses terus pasaran. Broker akses terus pasaran lazimnya tidak menyasarkan pedagang pemula dan selalunya mempunyai deposit minimum lebih tinggi.
Broker juga akan mengenakan caj lain, meskipun ia mungkin tidak terkait langsung dengan kos dagangan. Broker mungkin mengenakan caj deposit dan pengeluaran, yuran tidak aktif atau caj penghosan VPS. Hampir semua akaun dagangan Islamik (akaun bebas swap) juga akan mempunyai caj tambahan bagi mengimbangi kos pembuangan caj faedah semalaman.
Platform dagangan adalah perisian yang menyambungkan pedagang, melalui broker, ke pasaran Forex lalu membolehkan mereka membuka dan menutup dagangan. Pedagang pemula selalunya akan lebih suka dengan platform ringkas, dan banyak broker menawarkan platform yang mudah digunakan, berasaskan web ciptaan mereka sendiri. Pun begitu, hampir semua pedagang menggunakan platform dagangan pihak ketiga yang perlu dimuat turun ke komputer mereka.
Pertimbangan paling penting buat pemula apabila memilih platform dagangan adalah sama ada ia boleh diharapkan dan mudah difahami. Platform dagangan dengan carta besar, terperinci dengan fungsi berlabel akan membantu pemula mengelakkan kesilapan. Pedagang pemula juga mendapat manfaat daripada platform dagangan dengan suapan berita berintegrasi dan analisis pasaran, yang membolehkan pergerakan pasaran Forex difahami lebih baik.
Platform dagangan paling boleh diharapkan dan popular ialah MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan cTrader. Platform-platform ini kesemuanya aplikasi pihak ketiga yang boleh dimuat turun ke komputer. Walaupun tidak seringkas kebanyakan platform kepunyaan broker, kelebihan platform-platform ini adalah ia terikat dengan akaun peribadi anda berbanding broker tertentu. Ini bermakna jika anda ingin menukar broker, platform dagangan anda, dengan sebarang penyesuaian yang telah dibuat boleh dibawa bersama.
Hampir semua pedagang pemula Forex perlukan walau sedikit pendidikan Forex, dan broker Forex terbaik untuk pemula menyediakan bahan pendidikan berkualiti dalam berbagai format.
Tindakan ini bukanlah atas tujuan membantu semata dari pihak broker. Pedagang Forex yang berilmu akan menjadi pedagang berjaya dan menguntungkan, dan lebih banyak pedagang berjaya dibawah broker itu, lebih berjaya perniagaan broker tersebut.
Pendidikan Forex datang dalam dua bentuk: Bahan pendidikan biasa, seperti yang dijumpai di bahagian pendidikan kami, yang menerangkan konsep dan fungsi dagangan Forex untuk pemula, dan analisis pasaran dan penyelidikan. Broker Forex kadangkala mengupah syarikat analisis pihak ketiga untuk menghasilkan dan menyampaikan analisis pasaran kepada pelanggan mereka. Analisis pasaran dan penyelidikan khususnya membantu sebaik pedagang sudah benar-benar faham asas dagangan, termasuk istilah dan tema biasa.
Broker Forex yang lebih unggul untuk pemula, bagus dalam penghasilan kursus dagangan Forex berstruktur. Berikut merupakan broker terkawal selia dengan kursus berstruktur berkualiti paling tinggi dalam industri.
Broker | Penilaian Keseluruhan | FCA License | Mesra Pengguna-Baru | Kursus Pemula | Kursus Pedagang Berpengalaman | Webinar | E-buku Boleh Dimuat Turun | Demo Tanpa Had | Waktu Sokongan | Deposit Min. | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 4.18 /5 Baca Ulasan | 595450 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Ya | Tidak | Waktu Operasi | USD 25 | |
![]() | 4.27 /5 Baca Ulasan | 600475 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Tidak | Tidak | 24/7 | USD 10 | |
![]() | 4.43 /5 Baca Ulasan | 801701 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | 24/5 | USD 0 | |
![]() | 4.69 /5 Baca Ulasan | 195355 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | 24/5 | USD 0 | |
![]() | 4.58 /5 Baca Ulasan | 607305 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Tidak | Ya | 24/5 | USD 100 | |
![]() | 4.48 /5 Baca Ulasan | 717270 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Ya | Ya | 24/5 | USD 100 | |
![]() | 4.29 /5 Baca Ulasan | 522157 | Cemerlang | Ya | Ya | Ya | Tidak | Tidak | 24/5 | USD 0 |
Broker unggul akan menyediakan kursus berstruktur untuk tahap pengalaman dan kepakaran berbeza. Broker terbaik untuk pemula mempunyai kursus berstruktur yang melitupi perkara berikut:
Banyak broker juga menjalankan webinar live, yang biasanya sesi tutorial interaktif. Banyak daripada broker Forex terbaik untuk pemula menawarkan webinar mingguan dan menyimpannya di dalam arkib untuk ditonton kemudiannya. Ini khususnya sangat berguna untuk pemula, memandangkan pengalaman pembelajaran terperinci ini boleh didapati secara percuma dan tanpa perlu pendaftaran.
Analisis pasaran dan penyelidikan adalah batu asas lain dalam pendidikan Forex. Bagi pedagang dengan pemahaman mantap tentang bagaimana dagangan Forex berfungsi, analisis pasaran merupakan langkah seterusnya kepada dagangan menguntungkan. Berikut adalah broker terkawal selia dengan pasukan penyelidikan dan analisis pasaran terbaik dalam industri.
Broker-broker ini menawarkan berita pasaran dengan tinjauan mendalam pergerakan harga berbagai aset. Penganalisa juga menawarkan pendapat mereka berkenaan kemungkinan hadapan berdasarkan penyelidikan mereka. Ini ideal untuk pedagang baru yang ingin memahami pasaran Forex dengan lebih mendalam dan mencari peluang berdagang.
Sesetengah broker Forex, bekerjasama dengan syarikat spesialis seperti Trading Central, untuk membekalkan pedagang dengan analisis pasaran. Trading Central merupakan kumpulan produk yang menawarkan idea pelaburan praktikal dengan litupan aset berbilang 24-jam, analisis teknikal dan fundamental, dan strategi dagangan yang telah diuji latar.
Semua broker Forex menawarkan akaun demo kepada semua pelanggannya. Ini adalah akaun dagangan yang mencerminkan pasaran Forex live namun membolehkan pedagang menggunakan dana maya untuk mensimulasi dagangan dan strategi yang mereka akan biasa gunakan apabila berdagang wang betul. Akaun demo menyediakan simulasi tepat keadaan pasaran nyata.
Akaun demo mempunyai beberapa peranan. Selain daripada mensimulasi keadaan dagangan live, ia juga boleh digunakan untuk mencuba broker Forex dan menguji strategi baru. Berikut adalah broker Forex terbaik untuk pemula yang menyediakan akaun demo Forex tanpa had.
Pemula memerlukan sokongan pelanggan yang baik daripada broker mereka. Ia adalah sokongan yang kita harap tidak diperlukan; namun apabila diperlukan, ia mestilah tersedia dengan mudah, pantas dan benar-benar membantu. Sokongan pelanggan paling baik akan tersedia 24 jam sehari (Isnin-Ahad) melalui chat live, telefon, perkhidmatan pesanan dan e-mel. Ia juga penting untuk broker mempunyai sokongan IT yang baik, memandangkan penyediaan platform dagangan boleh jadi agak rumit untuk pedagang baru. Banyak pedagang baru tidak dapat mencari masa pada hari bekerja, jadi sokongan hari minggu boleh jadi sangat membantu namun jarang didapati.
Kebanyakan broker meletakkan deposit minimum untuk mula berdagang. Amaun ini berbeza-beza dari serendah 5 USD ke setinggi 2000 USD, bergantung kepada broker dan jenis akaun yang anda buka.
Ia boleh berlaku, namun bukan dalam masa singkat. Dagangan Forex bukan skim cepat kaya dan meskipun keuntungan besar berkemungkinan, kerugian besar juga boleh terjadi. Banyak pedagang Forex berjaya telah membangun strategi yang membolehkan aliran pendapatan yang stabil.
Selain menyediakan akses ke pasaran, broker Forex juga memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran untuk pedagang pemula. Pedagang Forex pemula patut menggunakan parameter diatas untuk membuat keputusan sama ada broker yang mereka pertimbangkan adalah broker Forex terbaik untuk mereka atau tidak.
Broker itu perlu dikawal selia, menyediakan pendidikan Forex yang berkualiti, akaun demo percuma dan tanpa had, dan sokongan pelanggan cemerlang.
Perdagangan Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur memandangkan ia membawa risiko yang sangat tinggi kepada modal anda: 75-90% pelabur runcitan kehilangan wang dari dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD berisiko tinggi atas faktor-faktor berikut: leveraj terlampau, mudah-ubah pasaran yang tidak dapat diduga, kegelinciran yang disebabkan kurang kecairan, pengetahuan dan pengalaman cetek dalam dagangan, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendeposit wang yang bukan dari pendapatan boleh guna. Tidak kisah berapa banyak kajian yang telah anda jalankan, atau betapa yakinnya anda dalam dagangan anda, sentiasa terdapat risiko tinggi untuk kerugian. (Ketahui lebih lanjut dari FCA atau dari ASIC)
Laporan Pasaran Terkini dan Direktori Broker kami adalah hasil dari kajian terperinci terhadap lebih dari 180 broker Forex. Matlamat nyata sumber-sumber ini adalah untuk membantu pedagang untuk mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan dari yang tidak baik – dengan kelebihan maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih dari 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya bahawa kami telah berjaya dalam misi kami.
Dalam dunia dimana keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberikan maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.
Semua penyelidikan dijalankan oleh pasukan dalaman kami yang terdiri daripada penyelidik dan penulis, mengumpul maklumat dari berbagai wakil syarikat, laman web dan dengan meneliti perincian terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.