Misi FxScouts adalah dalam menyediakan kandungan pendidikan berkualiti tinggi, bertepatan fakta, dan bermakna, yang melanjutkan lagi minat mereka dalam dagangan Forex. Kami adalah wartawan dan menulis dengan integriti kewartawanan. Proses penyelidikan dan penilaian kami bebas daripada bias komersial dan konflik kepentingan.
Reputasi & Integriti Kewartawanan
Pembaca boleh mempercayai pendekatan berintegriti dan jujur kami. Kami mempunyai bertahun pengalaman bekerja dalam industri Forex dan penilaian dan pendapat kami dihormati dan dipercayai merentasi komuniti dagangan – oleh pedagang dan juga broker. Reputasi kejujuran dan kritik bijaksana didapatkan melalui susah payah dan bercambah daripada integriti kewartawanan dan dasar editorial yang tegas.
Kesaksamaan
Pembaca boleh sentiasa percayakan saranan kami. Kami bangga menulis ulasan yang 100% bebas bias komersial dan ditulis oleh pakar yang mempunyai pengalaman luas, konteks, dan kepakaran di lapangan yang berupaya membuat perbandingan diantara produk-produk. Baca lebih lanjut tentang cara kami menilai broker-broker.
Ketepatan
Pembaca boleh sentiasa percaya bahawa maklumat kami adalah tepat. Ketepatan data kami dan perkhidmatan yang ditawarkan rakan sekutu kami sentiasa dinilai semula. Algoritma kami mengemaskini markah broker dan laporan Keadaan Pasaran dalam basis berterusan, dan pasukan kandungan kami membuat kemaskini penilaian kami apabila percanggahan fakta ditemui.
Pendedahan Sekutu
Pembaca perlu tahu bagaimana kami menjana pendapatan kami. FxScouts adalah majalah biayaan pembaca. Apabila anda mendaftar akaun melalui pautan kami, kadangkala kami menerima komisyen, yang membolehkan kami terus menambah baik laman web kami untuk anda.
Artikel Pendidikan
Pembaca perlu tahu cara menggunakan maklumat melalui artikel-artikel kami. Meskipun artikel yang kami paparkan adalah sepenuhnya tepat berdasarkan situasi tertentu, artikel-artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan individu. Pasaran Forex mudah berubah, dan setiap peluang dagangan dan pedagang itu sendiri adalah unik. Ini bermakna nasihat kami ditujukan mengikut situasi tertentu yang diterangkan dalam artikel tertentu, dan pasukan kami tidak berupaya memberikan nasihat undang-undang, cukai atau pelaburan perseorangan kepada pelawat kami.
Atribusi
Pembaca perlu tahu di mana maklumat kami diperolehi. Meskipun semua data dikumpul langsung daripada rakan sekutu, laman web dan jurnal pihak ketiga lain juga digunakan dalam proses penyelidikan kami. Jika sedemikian, semua sumber akan disebutkan di bawah setiap lembaran individu termasuk tarikh maklumat itu diambil, disamping penulis asal dan tajuk sumber.
Ulasan Pengguna
Kami menggalakkan pembaca meninggalkan ulasan dan terlibat dalam perbualan dibawah setiap artikel atau penilaian yang kami paparkan. Bagi menjadikan perbualan membantu, dan bersih, kami telah mengeluarkan panduan ulasan editorial untuk membantu pengguna fahami kelakuan yang dihargai.
Mendedahkan Penipu Kewangan
Jika anda rasa anda telah ditipu oleh broker, kami mempunyai borang lapor broker penipu dimana kami mengumpul maklumat daripada komuniti dan menggunakannya untuk memulakan penyelidikan kami terhadap pihak yang tidak jujur. Semua maklumat disemak dengan terperinci sebelum diterbitkan bagi memastikan ketepatan.