Sejak 2012 kami telah menilai dan berdagang dengan lebih dari 180 broker Forex di Malaysia. Pasukan pakar dagangan Forex-Malaysia sering disebut dalam media antarabangsa dan tempatan . Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker | Skor broker | Laman Rasmi | Deposit Min. | Leverage | Bahasa Laman Web: Melayu | Pengawal Selia | Kos Dagangan | Jenis Broker | Platform Dagangan | CFD | Padanan Fx | Waktu Sokongan | Bahasa Sokongan: Melayu | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
4.37 /5 Baca Ulasan | Lawat > 67.65% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 25 | 1000:1 | Ya | USD 6 | STP | MT4, MT5, OctaTrader | 253 | 52 | 24/5 | Ya | |||
4.58 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 100 | 500:1 | Ya | USD 6 | STP | MT4, MT5 | 210 | 62 | 24/5 | Ya | |||
4.59 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 100 | 400:1 | Ya | USD 9 | Penggerak Pasaran | MT4, MT5, Avatrade Social, AvaOptions | 930 | 63 | 24/5 | Ya | |||
4.61 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.3% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 0 | 200:1 | Tidak | USD 10 | NDD | MT4, MT5, cTrader, TradingView | 1597 | 90 | 24/7 | Tidak | |||
4.45 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.33% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 5 | 1000:1 | Ya | USD 6 | Penggerak Pasaran | MT4, MT5 | 1554 | 57 | 24/5 | Tidak | |||
4.53 /5 Baca Ulasan | Lawat > 72.90% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 0 | 1000:1 | Ya | USD 10 | STP | MT4, MT5, HFM Trading App | 1230 | 53 | 24/5 | Tidak | |||
4.44 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.6% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 0 | 500:1 | Tidak | USD 10 | ECN/DMA | MT4 | 188 | 70 | 24/7 | Tidak | |||
4.68 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.3% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 100 | 300:1 | Tidak | USD 7 | Penggerak Pasaran | MT4, MT5, markets.com | 1009 | 56 | 24/5 | Tidak | |||
4.41 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89% akaun runcit CFD kerugian wang | AUD 0 | 500:1 | Tidak | USD 4.50 | ECN/DMA | MT4, MT5, cTrader, TradingView | 247 | 81 | 24/7 | Tidak |
Di Forex-Malaysia , kami mempunyai pasukan semakan berpengalaman yang berdedikasi untuk menilai broker Forex. Pasukan pakar kami meneliti setiap broker merentasi 7 perkara berbeza, mengumpul sejumlah besar data dalam proses itu. Dengan lebih 200 metrik individu yang dianalisis, kami menghabiskan ratusan jam setiap tahun bagi menyelidik dan meneliti supaya kami hanya mengesyorkan yang terbaik dalam industri Forex.
Daripada 7 perkara ini, kami sentiasa mengutamakan peraturan dan kos. Ini adalah keutamaan kami memandangkan pedagang ingin tahu bahawa broker mereka boleh dipercayai dan tidak mengenakan caj berlebihan. Broker sentiasa mengubah produk yang mereka tawarkan dan kami memastikan ulasan kami dikemas kini dengan data terkini yang ada. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang proses semakan mendalam kami di sini .
Berikut adalah broker Forex terbaik di Malaysia untuk 2024, seperti yang ditentukan melalui proses semakan kami.
Ditubuhkan pada 2011, Octa adalah bertumpukan-pelanggan, sebuah broker terkawal selia CySEC dengan pengikut setia pedagang Malaysia. Sementara terdapat banyak perkara yang boleh disukai tentang Octa, ia menyerlah dalam beberapa perkara:
Laman web diterjemah sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan Octa kerap mengadakan pertandingan dan promosi untuk pelanggan Malaysia; ini termasuk 50% bonus deposit pertama, pertandingan dagangan demo dengan hadiah wang tunai dan hadiah cabutan bertuahyang kerap (hadiah termasuk skuter, komputer riba dan peranti-peranti lain).
Akaun Islamik dan Alatan Dagangan
Pilihan Islamik tersedia untuk semua jenis akaun dan pedagang baru akaun menyukai bahagian analitikal dan berbagai alatan dagangan berguna. Pedagang pada MT4 dan MT5 dengan baki 500 USD atau lebih akan mempunyai akses kepada AutoChartist – automasi pemalaman yang menonjolkan peluang perdagangan merentas semua pasaran. Salin Dagangan juga boleh didapati untuk semua akaun disertakan dengan alat Pengawasan Akaun. Alat Pengawasan Akaun membolehkan pengguna mengawasi akaun dagangan Octa yang lain. Alat ini membolehkan anda mendalami sejarah sebuah akaun jadi anda boleh mempelajari bagaimana pemegang akaun mengurus kejayaan mereka. Akaun diwakili oleh nombor, jadi semua pemegang tidak diketahui.
Bertumpukan kepada pedagang berpengalaman dan pemula serius, Tickmill adalah broker MT4 dengan antara kos dagangan yang paling rendah. Sementara Akaun Klasik secara relatifnya berspread lebar dan tanpa komisyen, Akaun Pro menawarkan spread dinamik serendah 0 pip dan komisyen 4 USD (pusingan penuh) – satu daripada komisyen paling rendah dalam industri – dan hanya deposit minimum 100 USD.
Untuk pedagang profesional, Akaun VIP memberikan komisyen yang lebih rendah, serendah 2 USD pusingan penuh – meskipun akaun ini memerlukan baki minimum 50,000 USD. Tickmill juga menawarkan julat meluas alatan dagangan MT4, seperti AutoChartist, Myfxbook dan perkhidmatan VPS yang disubsidikan.
AvaTrade menawarkan pengalaman terbaik mudah alih dalam talian kepada pedagang forex Malaysia dengan apl AvaTradeGo. Selain apl mudah alih yang hebat, AvaTrade juga menyerlah dalam:
Alatan Dagangan Inovatif dan Apl Dagangan Hebat
Reputasi AvaTrade sebagai broker bertumpukan pelanggan diserlahkan lagi dengan pelancaran alat AvaProtect, yang membolehkan pedagang untuk membeli perlindungan kerugian buat masa tertentu. Sebarang kerugian sepanjang masa tersebut akan dipulangkan sepenuhnya, namun sebarang keuntungan dalah kepunyaan pedagang. Kelebihan lanjutnya, AvaProtect tersedia dalam apl pemenang anugerah AvaTradeGo.
Spread Sempit dan Aset Berjulat Luas
AvaTrade mempunyai spread rendah dalam Forex, komoditi, saham, indeks, kripto, bon dan ETF. Leveraj ditetapkan pada 400:1 dan spread adalah paling sempit yang kami pernah lihat untuk akan dengan hanya deposit minimum 100 USD dan tanpa komisyen – serendah 0.9 pip pada EUR/USD.
Khidmat Pelanggan Unggul serta Pilihan Pendanaan Percuma dan Cepat
Keunggulan AvaTrade terlihat disini, dengan deposit dan pengeluaran tanpa yuran dan komitmen mereka untuk memproses pendanaan secepat yang mungkin. Pasukan khidmat pelanggannya tersedia 24/5 melalui telefon, live chat, dan e-mel dalam 14 bahasa.
Ringkasan: Mengapa Pedagang Perlu Menggunakan AvaTrade?
Sebagai tambahan, AvaTrade menawarkan sokongan penuh kepada MT4 dan MT5 (Termasuk EA, indikator, scalping dan lindung nilai) dan memberikan akses percuma kepada integrasi papan pemuka Trading Central untuk kedua platform.
Ia adalah salah satu broker yang paling terkawal selia di dunia, dengan kawal selian daripada Europah, Jepun, Kesatuan Arab Eropah, Afrika Selatan, Kepulauan British Virgin, dan Australia. Pendidikan untuk pemula adalah terperinci dan membantu dan salin dagangan boleh didapati melalui kedua ZuluTrade dan Duplitrade. Dengan lebih 200,000 pedagang aktif serata dunia dan memenangi anugerah untuk pelaksanaan dagangannya, AvaTrade adalah sekutu yang baik untuk semua jenis pedagang.
Pepperstone adalah broker Forex ECN/STP Australia terkemuka. Keseluruhannya broker yang hebat namun dikenali khususnya dalam:
Hampir semua dagangan pada Pepperstone mempunyai pelaksanaan kurang daripada 30ms, yang ideal untuk scalper dan pelanggan yang menjalankan ‘expert advisor’. Kedua-dua akaun menawarkan pelaksanaan pasaran dengan antara spread yang paling sempit dalam industri – Akaun Razor mempunyai spread serendah 0 pip untuk EUR/USD dengan 7 USD komisyen. Tambahan pula, Pepperstone menyokong semua platfrom dagangan utama – MT4, MT5 dan cTrader.
Dikawal selia oleh 4 Benua
Di Pepperstone pelanggan boleh yakin yang wang mereka dalam tangan yang selamat. Bukan hanya Pepperstone dikawal selia di Australia, UK, Cyprus, Dubai, dan Bahamas, dan Kenya, namun semua dana pelanggan disimpan dalam akaun berasingan di bank Tahap 1.
Sokongan Pelanggan dan Pendidikan
Sokongan pelanggan pemenang anugerah 24-jam Pepperstone adalah batu asas kepada kecermelangannya dalam khidmat pelanggan, dimana bantuan bersifat peribadi tersedia melalui beberapa cara. Untuk pemula yang berminat dalam dagangan ECN, Pepperstone juga mempunyai bahagian lebih baik ditawarkan oleh broker pelaksanaan pasaran.
Ringkasan: Mengapa Pedagang Patut Menggunakan Pepperstone?
Pepperstone menawarkan pelaksanaan pasaran berkelajuan tinggi dengan spread sempit dan pendidikan mendalam untuk pemula yang mana kekurangan dari kebanyakan broker ECN. Dengan tiga platform dagangan utama tersedia, disamping apl dalam talian dan mudah alih yang melengkapi tawarannya, pedagang diperkasakan dengan teknologi dan keadaan dagangan yang telah memperoleh Pepperstone reputasi baiknya.
XM adalah salah satu penggerak pasaran paling terkawal selia, terbesar dan terbaik dalam industri Forex. Namun ia menonjol dari sebab-sebab berikut:
Spread sempit pada Akaun Ultra Rendah XM
Dengan deposit minimum hanya 50 USD, pedagang boleh mengakses Akaun Ultra Rendah XM, dimana spread bermula pada 0.6 pip TANPA sebarang komisyen dikenakan. Semua akaun juga mendapat manfaat mengakses dasar pelaksanaan tanpa sebutan harga semula XM dan 99.35% dari pesanan XM dilaksanakan dalam kurang dari satu saat.
Berbagai Aset pada MT4 + MT5
Untuk pedagang yang mencari lebih daripada Forex, XM juga menawarkan berbagai CFD dari mana-mana broker. Walaupun tidak terdapat untuk kripto, CFD terdapat untuk Logam, Komoditi (sesiapa meminati gula dan koko?), 600+ saham dan semua tenaga utama. Semuanya tersedia pada platform MT4 dan MT5 – dengan julat penuh untuk lindung nilai, scalping dan dagangan algo.
Ringkasan: Mengapa Pedagang Patut Menggunakan XM?
XM mempunyai banyak keistimewaan, namun jika anda sedang mencari akaun nilai hebat dengan spread sempit, anda tidak akan menjumpai yang lebih baik. Pelaksanaan pantas pada kedua MT4 dan MT5 menambahkan lagi nilai hebatnya. Spread sempit, deposit minimum 50 USD dan tanpa yuran penukaran. Memang terang lagi bersuluh.
Sebuah broker STP broker terkawal selia oleh FCA, CySEC dan FSCA, HotForex mempunyai reputasi untuk:
Pelaksanaan STP dan Leveraj 1000:1
HotForex membekalkan pelaksanaan STP Tanpa Meja Urusniaga (NDD) untuk semua dagangan. Dagangan pelanggan akan dipos terus ke pasaran dan leveraj adalah fleksibel – sehingga ke 1000:1 pada Akaun Micro dengan deposit minimum 5 USD. Spread adalah sempit, bermula dari 1 walaupun pada Akaun Micro.
Pilihan Akaun
Ciri lain di HotForex adalah kumpulan luas jenis akaun. Pedagang mempunyai pilihan enam jenis akaun dengan pengkhususan berbeza untuk setiapnya. Pedagang berupaya untuk memilih akaun mereka berdasarkan strategi perdagangan, saiz pendanaan dan saiz dagangan yang mereka ingin buat.
Analisis Pasaran dan Sokongan Pelanggan
HotForex mengkhaskan keseluruhan bahagian pada laman web mereka untuk analisis pasatan dan alatan dagangan; ini termasuk berita harian pasaran, analisis dagangan, dan pandangan. Kalkulator dagangan dan kalendar ekonomi juga tersedia sebagai rujukan diluar platform dagangan.
Sokongan pelanggan tersedia 24/5 dalam lebih 27 bahasa. Nombor telefon tempatan bebas tol dan alamat e-mel tempatan memberikan pelanggan akses terus percuma kepada khdimat pelanggan berkualiti dalam bahasa mereka.
Ringkasas: Mengapa Pedagang Patut Menggunakan HotForex?
Pelaksanaan pasaran adalah keutamaan utama buat banyak pedagang dan HotForex menjamin perkara ini dalam semua dagangan. Spread masih kekal sempit, dengan leveraj fleksibel sehingga 1000:1 pada Akaun Micro. Dengan akaun bersesuaian kepada kedua pemula dan profesional serta analisis pasaran terperinci, HotForex adalah pilihan yang baik untuk pedagang baru dan berpengalaman.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | FCA, CySEC, ASIC, DFSA |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 500:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4 |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, Forex, Indices, Logam, WTI |
Ditubuhkan oleh pedagang, untuk pedagang, Axi adalah broker ECN yang dikawal selia oleh ASIC dan FCA dengan ciri-ciri hebat seperti berikut:
Kesempurnaan MT4 dengan Pelaksanaan ECN
Axi sukakan keringkasan, hanya menawarkan sokongan untuk platform MT4. Namun fokus tertumpu ini membolehkan Axi menawarkan pengalaman terbaik MT4 ECN di dunia. Axi menawarkan berbagai alatan untuk MT4, namun apa yang menonjol dari lainnya adalah pemalap NexGen MT4. NexGen MT4 menawarkan indikator sentimen , korelasi pedagang, tetingkap terminal yang lebih intuitif, dan jurnal dagangan automatik.
Tambahan pula, model harga Axi menghubungkan ke lebih 20 pembekal kecairan, jadi pelanggan akan menghadapi kurang kegelinciran dan sebutan harga semula. Spread pada akaun Akaun Pro bermula pada 0 pip (dengan komisyen 0 USD) dan leveraj maksimum 500:1.
Alatan Berkuasa dan Pilihan Akaun Ringkas
Selain daripada NexGen MT4, pedagang di Axi mempunyai akses kepada berbagai alatan. Ini termasuk AutoChartist, alat analisis teknikal automatik berkuasa, dan PsyQuation, sebuah diagnostik kecerdasan buatan (AI) yang menjejak gaya dagangan anda kemudian membimbing anda ke dalam dagangan yang lebih menguntungkan. Pengehosan VPS juga tersedia, disamping semua algo dagangan yang anda ingin pasang ke MT4 anda.
Ringkasan – Mengapa Pedagang Patut Menggunakan Axi?
Axi menjadikan semuanya ringkas dari segi akaun dagangan dan platform. Dua akaun hebat, pelaksanaan pasaran, dan versi terbaik MT4 yang anda boleh jumpai dari broker ECN. Kekompleksan terserah kepada pelanggan – berbagai alatan dagangan berkuasa untuk dipilih, Axi jelas ialah pilihan muktamad untuk ini. Untuk pedagang serius ECN pada platform MT4, ini memang tidak dapat dinafikan.
Aplikasi Markets.com menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar dan stabil dengan caj rendah dan jenis alatan meluas. Dengan pencartaan canggih terbina dalam, pedagang mempunyai akses mudah ke garis trend, channel, pitchfork dan Fibonacci Retracement. Melalui paparan carta, pedagang boleh melihat pesanan mereka, instrumen berkaitan dan posisi terbuka dengan satu klik.
Aplikasi ini menawarkan dagangan cepat, bebas komisen dengan antara caj terendah yang sedia ada. Spread bermula pada 0.8 pip pada pasangan FX utama tanpa komisen dan leveraj 300:1. Pelbagai jenis instrumen boleh-dagang termasuk 765 saham global, 60+ pasangan mata wang, 30 indeks global, 22 komoditi, 77 ETF, 25 mata wang kripto dan 4 bon kerajaan.
CIRI-CIRI
Ditubuhkan pada 2017 di Melbourne, Fusion Markets adalah broker yang dikawal selia ASIC dengan kos dagangan yang sangat rendah, sokongan MT4 dan MT5, serta tiada syarat deposit minimum. Di samping rangkaian bahan analisis pasaran cemerlang, Fusion Markets juga menawarkan tidak kurang daripada tiga penyelesaian salin dagangan berbeza. Platform dagangan salinan Fusion+nya sendiri hanya terdapat dalam platform dagangan proprietari, namun ia juga menawarkan Duplitrade dan Myfxbook Autotrade – salah satu komuniti dagangan sosial Forex terbesar di dunia.
Dari segi dagangan tradisional, Fusion Markets adalah antara broker dengan kos terendah di dunia. Spread EUR/USD bermula pada 0 pip pada Akaun Sifarnya dengan komisen yang sangat rendah sebanyak 4.5 AUD. Satu-satunya kelemahan ialah bilangan CFD yang agak terhad (meskipun 85 pasangan Forex adalah lebih banyak daripada kebanyakan broker) dan tiada pendidikan disediakan, jadi pemula perlu belajar di tempat lain.
CIRI-CIRI
Broker terbaik di Malaysia ialah FXTM . FXTM dikawal selia oleh FCA di UK, cajnya adalah rendah, dengan deposit minimum 50 USD dan spread yang sempit. Dagangan Islam tersedia pada semua akaun, dan laman web FXTM diterjemahkan sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu. Pelanggan FXTM boleh berdagang Forex, komoditi, logam, saham dan indeks serta mempunyai pilihan platform dagangan dan alat dagangan berguna. Akhir sekali, sistem salin dagangan FXTM Invest merupakan salah satu reka bentuk terbaik di dunia; ianya agak murah, mudah difahami pemula dan mempunyai ramai pedagang yang berjaya untuk disalin.
FXTM menawarkan MT4, dan MT5, aplikasi dagangan mudah alih lancar dan sistem salin dagangan dengan reka bentuk hebat, FXTM Invest, tersedia pada komputer meja dan sebagai apl mudah alih yang boleh dimuat turun. FXTM Invest bagus untuk pedagang pemula yang tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran menjana keuntungan melalui dagangan. Ia membolehkan pelabur memilih pengurus strategi daripada senarai pedagang yang ditaraf tinggi. Sebaik pelabur membuat deposit minimum 100 USD, FXTM akan mengaktifkan akaun Pelabur, kemudian pelanggan boleh menyalin dagangan pengurus strategi. Dengan sistem ini, pelabur boleh mengikuti strategi yang sesuai dan menerima sebahagian daripada keuntungan, dan Pengurus Strategi boleh memperoleh wang tambahan dengan menjana keuntungan untuk pelabur mereka.
Ya, dagangan forex adalah sah di Malaysia, dan ia mempunyai dua pihak kawal selia yang memantau dagangan Forex di negara ini. Mereka ialah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA). Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) ialah anak syarikat Bank Negara Malaysia (BNM – bank pusat Malaysia) dan mengawal selia pasaran sekuriti. SCM mengeluarkan garis panduan baru berkenaan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada April 2018, untuk broker yang menawarkan Forex dan produk derivatif lain:
Walau begitu, pengenalan garis panduan ini berimpak minimal ke atas persekitaran dagangan Forex di Malaysia, dan kebanyakan daripada 120+ broker di negara ini masih beroperasi tanpa lesen daripada SCM.
Meskipun SCM tidak menguatkuasa kawal seliaan tidak bermakna pedagang Malaysia harus berdagang dengan broker yang tidak dikawal selia. Broker yang dikawal oleh ASIC , CySEC , MAS atau FCA adalah lebih selamat daripada broker tanpa kawal seliaan langsung.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) ialah pengawal selia Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC). IBFC Labuan ialah zon perdagangan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990 di pulau Labuan. Peranan utama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan ialah mengeluarkan lesen dan menyelia semua institusi berlesen di Labuan.
Janggalnya, lesen LFSA hanya untuk broker Pemprosesan Terus Tembus (STP) sahaja. Dalam erti kata lain, broker dengan lesen LFSA tidak dibenarkan menjadi pihak bertentangan transaksi. Kebanyakan broker Forex adalah penggerak pasaran dan bertindak sebagai pihak bertentangan dagangan, jadi terdapat beberapa broker Malaysia atau antarabangsa yang berminat untuk mendapatkan lesen. Satu pengecualian ialah Tickmill , broker STP British, yang memperoleh lesen daripada LFSA pada 2019.
Kawal Seliaan adalah penting untuk melindungi wang anda dan memastikan pengalaman dagangan yang adil dan telus.
Apabila berdagang Forex, anda ingin yakin bahawa broker anda beroperasi secara sah dan beretika dan dana anda dikendalikan dengan selamat. Broker Forex terkawal selia mesti mematuhi piawaian ketat yang ditetapkan oleh badan kawal selia, termasuk syarat modal yang cukup, pengasingan dana pelanggan, laporan berterusan serta pematuhan terhadap undang-undang. Ini bermakna bahawa dana anda dilindungi, dan pengalaman dagangan anda adalah adil.
Broker yang tidak dikawal tidak perlu patuh pada piawaian yang sama. Ini boleh meningkatkan risiko tinggi penipuan atau amalan tidak beretika, yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan pedagang. Memilih broker Forex terkawal selia memberikan anda ketenangan fikiran dan keselamatan, memandangkan pelaburan anda dilindungi dan pengalaman dagangan anda adalah adil.
Di Malaysia, broker Forex mesti dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM), badan kawal selia untuk perkhidmatan kewangan tidak melibatkan bank.
Oleh kerana kebanyakan broker Forex tidak berlesen, mereka mesti beroperasi di luar sistem kewangan tradisional. Bank cenderung untuk menyekat atau memulangkan pindahan yang dibuat ke dan dari broker Forex, dan kebanyakan rakyat Malaysia bergantung kepada penyedia pembayaran digital. Persekitaran kewangan di Malaysia secara menyeluruh kurang dipantau, serta broker dan pelabur di Malaysia tidak memberi perhatian kepada dasar kawal seliaan kewangan kerajaan.
SCM menganggap broker forex yang tidak dikawal secara langsung di Malaysia sebagai potensi penipuan, dan telah mencipta senarai broker yang tidak dikawal selia untuk melindungi pedagang – pun begitu, ambil perhatian bahawa bukan semua broker yang disenaraikan di sini adalah penipuan.
Jika anda tidak pasti tentang kebolehpercayaan broker Forex anda, anda boleh menyemak senarai broker untuk dielakkan kami. Kami mengesyorkan anda berdagang dengan salah satu broker yang telah kami uji, dan sekiranya anda bimbang dengan pengawasan kawal selia broker tertentu, sila hubungi SCM secara terus . Anda sentiasa boleh mengetahui sama ada broker dikawal oleh SCM di sini .
Kami juga mempunyai borang lapor broker penipu yang kami gunakan untuk mengumpul maklumat supaya dapat dihebahkan. Butiran peribadi anda tidak akan dikongsi kepada orang luar.
Ya, anda perlukan broker untuk berdagang Forex. Menghubungkan pedagang ke pasaran Forex adalah mahal dan kompleks dari segi teknikal. Kebanyakan broker Forex menghubungkan pasaran Forex global dengan pedagang Forex; mereka dipanggil penggerak pasaran . Penggerak pasaran membeli posisi dagangan besar daripada pasaran Forex, lalu menjualnya kepada pedagang dalam saiz dagangan lebih kecil.
Broker lain bertindak sebagai perantara, menerima pesanan daripada pedagang dan menghantarnya terus ke pasaran Forex global. Mereka dipanggil broker ECN atau broker DMA. Kedua-dua jenis broker Forex memerlukan wang yang banyak untuk disediakan dan memerlukan pasukan juruteknik yang berkelayakan tinggi untuk menjaga platform dagangan mereka.
Penggerak pasaran hanya menjana wang daripada spread – perbezaan antara harga belian dan jualan pasangan mata wang. Broker ini akan menjadi pihak bertentangan dalam dagangan, jadi mereka menjana wang apabila pelanggan rugi dalam dagangan.
ECN mempunyai spread yang sempit namun menjana wang daripada komisyen, yang dicaj apabila dagangan dibuka atau ditutup. Broker jenis ini membuat wang tidak kisah jika pelanggan untung atau rugi.
Broker terbaik untuk pemula dikawal dengan baik dan tidak mempunyai syarat deposit minimum, memastikan keselamatan dan kos kemasukan yang rendah. Selain itu, yuran yang rendah dan perlindungan baki negatif juga penting, kerana keduanya mengurangkan risiko. Sokongan pelanggan yang responsif dan berpengetahuan juga mustahak. Khidmat pelanggan harus tersedia 24/5 melalui e-mel, chat live dan telefon, meskipun 24/7 adalah lebih baik. Akhir sekali, pemula harus mencari broker dengan bahagian pendidikan berkualiti tinggi; ia harus menampilkan artikel, tutorial video, webinar yang kerap, strategi dagangan lanjutan dan analisis carta.
Untuk lebih lanjut dan untuk lihat broker yang kami syorkan untuk pedagang baru, lihat halaman khusus kami tentang broker terbaik untuk pemula .
Broker dengan akaun demo terbaik faham bahawa pemula tidak wajar dipaksa untuk berdagang wang sebenar, dan pedagang berpengalaman harus dapat menguji strategi mereka tanpa had masa. Jadi akaun demo terbaik adalah yang tiada had masa dan memaparkan keadaan pasaran sebenar sedekat mungkin. Pemula yang mencari akaun demo akan mahukan broker yang mempunyai pendidikan yang baik, supaya mereka boleh belajar tentang dagangan Forex sambil mereka berlatih.
Untuk lebih lanjut dan untuk lihat broker yang kami syorkan untuk dagangan demo, lihat halaman khusus kami tentang akaun demo terbaik .
Broker Forex terbaik biasanya menawarkan Metatrader 4 (MT4) , MetaTrader 5 (MT5) dan cTrader . Semua ini merupakan platform dagangan pihak ketiga yang boleh dipasang pada komputer anda. Ia sepenuhnya boleh disesuaikan dan mempunyai alat carta lanjutan, alat penyelidikan dan pilihan untuk dagangan automatik atau salin dagangan. Sesetengah broker juga mempunyai platform dagangan mereka sendiri, yang biasanya diakses melalui pelayar atau pada telefon mudah alih. Untuk lebih lanjut berkenaan platform dagangan dan cara ia berfungsi, lihat panduan kami tentang platform dagangan.
Perdagangan Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur memandangkan ia membawa risiko yang sangat tinggi kepada modal anda: 75-90% pelabur runcitan kehilangan wang dari dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD berisiko tinggi atas faktor-faktor berikut: leveraj terlampau, mudah-ubah pasaran yang tidak dapat diduga, kegelinciran yang disebabkan kurang kecairan, pengetahuan dan pengalaman cetek dalam dagangan, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendeposit wang yang bukan dari pendapatan boleh guna. Tidak kisah berapa banyak kajian yang telah anda jalankan, atau betapa yakinnya anda dalam dagangan anda, sentiasa terdapat risiko tinggi untuk kerugian. (Ketahui lebih lanjut dari FCA atau dari ASIC)
Laporan Pasaran Terkini dan Direktori Broker kami adalah hasil dari kajian terperinci terhadap lebih dari 180 broker Forex. Matlamat nyata sumber-sumber ini adalah untuk membantu pedagang untuk mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan dari yang tidak baik – dengan kelebihan maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih dari 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya bahawa kami telah berjaya dalam misi kami.
Dalam dunia dimana keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberikan maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.
Semua penyelidikan dijalankan oleh pasukan dalaman kami yang terdiri daripada penyelidik dan penulis, mengumpul maklumat dari berbagai wakil syarikat, laman web dan dengan meneliti perincian terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.
Chris Cammack
Ketua Kandungan
Chris menyertai syarikat itu pada 2019 selepas pengalaman sepuluh tahun dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk khusus untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya memberinya pengetahuan meluas tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang boleh mempengaruhi pasaran. Chris mempunyai minat mendalam menyunting, serta tertarik dengan hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami dalam semua laman memenuhi piawaian kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami.
Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Kanan
Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan kepakaran fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kesukaan untuk menulis mendorongnya untuk bertukar kerjaya, dan dia kini mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menilai 100+ broker dan mempunyai pemahaman hebat tentang dunia dagangan Forex.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.