Bandingkan Broker Forex!
Bandingkan broker Forex terkemuka secara bersebelahan dan cari yang terbaik untuk keperluan dagangan anda. Mulakan perbandingan anda sekarang!
Chris Cammack
Disunting oleh Chris Cammack
Pengarang

Ulasan Terhadap Broker eToro

eToro popular kerana pendekatan uniknya dalam perdagangan sosial yang menarik minat pedagang muda dan baru. Ia menawarkan sejumlah instrumen dagangan dan bahan pendidikan serta analisis pasaran asas, serta platform dagangan yang mudah digunakan.
3.68
/ 5
Deposit Min.
USD 200
Ditauliahkan Oleh
ASIC, CySEC, FCA, FSA-Seychelles
Kos Dagangan
USD 10
Leveraj
400:1
Salin Dagangan
Ya
Platform Dagangan
etoro
Aset
Komoditi, Mata wang Kripto, Kontrak Keputusan Saham (CFD), ETF, Forex (
Indeks
)
Accepts UK Clients. Average spread EUR/USD 1.00 pips on trading account with lowest minimum deposit. Max leverage 400:1. Islamic account available. Only eToro proprietary trading platform supported. eToro is regulated by CySEC, FCA, and ASIC. 77% of traders lose money with this provider.

Keputusan kami pada eToro

Founded in 2007, eToro is an FCA-regulated social trading broker. It remains the most popular social trading broker in the UK. eToro’s simple, well-designed trading platform places copy trading and its social network at the heart of its trading experience. However, these features are often more popular among beginners who haven’t yet developed advanced trading strategies.

eToro clients can only use eToro’s trading platform, so they will not have access to the automation tools available on common third-party platforms like MT4 and MT5. We were also disappointed by eToro’s high fees. These include currency conversion fees for deposits and withdrawals in currencies other than USD and a charge of 5 USD for each withdrawal. We also found eToro’s customer service to be generally non-responsive and we were let down by the lack of educational support.

Overall, eToro has many positive features for beginners and others who enjoy social trading, but more experienced traders may find eToro’s limitations and high non-trading fees difficult to overlook.

Pro

  • Dikawal selia baik
  • Bagus untuk pemula
  • Alatan dagangan inovatif

Kontra

  • Pendidikan yang terhad
  • Spread yang lebar
Penilaian Kepercayaan
5
Keadaan Dagangan
4
Platform Dagangan
4
Pendidikan
1.5
Mesra Pengguna-Baru
2
Aset Tersedia
4
Penyelidikan Analisis
1
Deposit & Pengeluaran
2
Penilaian Keseluruhan
3.68
/ 5
Matawang asas
USD
Bilangan padanan
49
Padanan Crypto
76
Salin Dagangan
Ya
Lindung Nilai Dibenarkan
Ya
Scalping
Tidak
Akaun Islamik
Ya
Nama akaun
Standard
Komisyen
Yuran terkandung dalam Spread
EUR/USD
1.00
GBP/USD
2.00
USD/JPY
1.00
Perlindungan baki negatif
Ya
Nama Syarikat
eToro (Europe) Ltd.
Ditubuhkan
2006
Laman web
Bahasa Laman Web
Inggeris, Cina, Bahasa Arab, Bahasa Poland, Bahasa Sweden, Melayu, Bahasa Vietnam, Bahasa Sepanyol
Bahasa Sokongan
Inggeris, Cina, Bahasa Arab, Bahasa Poland, Bahasa Sweden, Melayu, Bahasa Vietnam, Bahasa Finland
Lokasi Pejabat
UK, US, China, Cyprus, Australia, Israel
Alamat E-mel Sokongan
Create support ticket on website

Deposit & Pengeluaran

banktransfer
mastercard
neteller
paypal
rapidtransfer
skrill
visa

Pelantar yang Disokong

etoro

Ya, eToro adalah broker yang selamat untuk orang Malaysia berdagang. Walaupun eToro dikawal selia oleh badan berkuasa unggul dunia, termasuk FCA dari UK, ASIC dari Australia, dan CySEC dari Cyprus, pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti syarikat di Seychelles, yang menyediakan kurang pemantaun undang-undang.

Adakah eToro Selamat?

Kawal Seliaan FSAS: Pedagang Malaysia eToro akan berdagang dibawah anak syarikatnya, eToro (Seychelles) Ltd., disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSAS). 

Ciri-Ciri Keselamatan: Pemantauan kawal seliaan FSAS tidak seketat pengawal selia dari EU atau Australia. Namun, ia memperuntukkan semua broker dagangan yang beroperasi dalam atau luar Seychelles untuk menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan dan menghantar laporan kewangan dan operasi mereka secara berkala. Broker juga perlu diaudit setiap tahun oleh syarikat pengauditan pihak ketiga yang dipercayai. Disamping itu, eToro menyediakan pedagang Malaysia dengan perlindungan baki negatif.

eToro juga telah membeli insurans daripada Lloyd London, yang melindungi sehingga 1 juta EUR, GBP, atau AUD.

Membuka Akaun di eToro

Kami mendapati proses pembukaan akaun di eToro adalah lancar dan tidak melecehkan berbanding broker lain, dan kami gembira yang akaun dagangan kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.

Kami menguji proses pembukaan akaun, yang mengambil lebih kurang 10 minit untuk lengkap, dan sebaik dokumen kami telah dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.

Cara membuka akaun di eToro:

  1. Di laman hadapan laman web, kami kli pada butang bertanda “Join Now” atau “Trade Now.”
  2. Kami dihalakan ke halaman yang perlukan kami memasukkan data peribadi.
  3. Sebelum menghantar maklumat ini, kami perlu bersetuju dengan semua Terma dan Syarat, dan dasar privasi eToro.
  4. Sebagai sebahagian daripada proses Mengenali Pelanggan Anda (KYC), kami juga perlu memberikan pengesahan tempat tinggal (cth. bil utiliti sahih bertarikh tidak lebih 6 bulan), serta bukti pengenalan seperti pasport sahih, atau bentuk lain ID foto yang dikeluarkan secara rasmi.
  5. Akhir sekali, untuk langkah terakhir proses KYC, kami perlu mengisi soalan-soalan untuk menunjukkan tahap pengetahuan dagangan kami.

Sebaik dokumen kami telah dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.

Anda boleh mengikuti status pengesahan anda pada platform eToro. Akaun yang disahkan mempunyai tanda rait hijau bersebelahan nama pengguna pada profil pengguna.

Primary Image
Secondary Image

Instrumen Kewangan eToro

Dengan lebih 2000 saham CDF, 96 mata wang kripto, dan 31 komoditi, eToro mempunyai julat instrumen kewangan yang baik berbanding dengan broker serupa lain.

Keseluruhannya, eToro menawarkan julat meluas instrumen kewangan namun menonjol dalam mata wang kripto, komoditi, dan ETF.

Primary Image
Secondary Image

eToro Akaun dan Caj Dagangan

Keadaan dagangan di eToro adalah lebih kurang sama dengan broker lain, dengan satu jenis akaun dan spread lebih lebar secara relatifnya.

Caj Dagangan

Akaun eToro mempunyai syarat deposit minimum 200 USD, menjadikannya boleh diakses oleh kebanyakan pedagang. Walaupun akaun dagangan CFD adalah bebas komisyen, spread bermula dari 1.0 pip pada EUR/USD, yang lebih lebar dari broker serupa lain. Kebanyakan broker bagus yang lain mempunyai spread purata 0.9 pip (EUR/USD). 

Kos Dagangan Akaun eToro:

Kelab eToro dan Tingkatnya: Walaupun terdapat hanya satu jenis akaun, dengan deposit minimum yang lebih tinggi pedagang akan mendapat akses ke Kelab eToro – yang melaksanakan sistem tingkatan: Lebih tinggi tingkatan, lebih banyak ganjaran, dan kelebihan yang anda terima. Ini termasuk analisis pasaran percuma, akses ke platform Trading Signal, akses ke Agen Kejayaan Pelanggan khusus, rundingan penganalisa, dan lain-lain. Lihat dibawah untuk lebih lanjut:

eToro-Club-Tiers-web

Primary Image
Secondary Image

eToro Deposits dan Pengeluaran

Caj pengeluaran di eToro adalah lebih tinggi dari broker serupa lain, dan walaupun ia tidak mengenakan caj untuk deposit, ia mengenakan caj pertukaran mata wang yang tinggi untuk deposti selain USD.    

Sebuah broker terkawal selia baik, eToro memastikan semua peraturan dan undang-undang Anti-Selewang Wang dipatuhi, dan disebabkannya, semua pengeluaran tidak berkeuntungan dikembalikan kepada sumber asal. Ianya penting untuk ketahui bahawa pedagang perlu mengeluarkan 100% daripada deposit ke kad kredit atau debit. 

Mata Wang Deposit Yang Diterima: eToro mengenakan caj pertukaran mata wang untuk deposit selain daripada USD. Sebagai contoh, jika pedagang mendeposit MYR melalui pindahan bank, caj 50 pip akan dikenakan (sekitar 0.46% amaun deposit). Caj yang sama akan dikenakan apabila mengeluarkan wang ke akaun MYR.

Caj Tidak Berdagang Tinggi: Walaupun tiada caj dikenakan untuk mendeposit wang, caj 5 USD dikenakan untuk semua pengeluaran, tidak kira amaunnya. Ini adalah lebih tinggi berbanding broker serupa lain. eToro juga mengenakan caj tidak aktif 10 USD sebulan selepas tiga bulan tidak aktif, dan seperti yang dijelaskan diatas, juga mengenakan caj pertukaran mata wang yang tinggi. Pedagang perlu ketahui caj-caj ini kerana ia memberi impak yang besar kepada keberuntungan.

Lihat dibawah untuk senarai cara bayaran:

Kekurangan lain dalam pengeluaran di eToro adalah pedagang tidak boleh mengeluarkan kurang daripada 30 USD daripada akaun dagangan mereka, dan pengeluaran mengambil sekitar 2 hari bekerja untuk diproses, yang agak lama berbanding broker serupa lain.

Primary Image
Secondary Image

Apl Dagangan Mudah Alih eToro

Platform dagangan mudah alih eToro mempunyai rekabentuk baik dan mudah digunakan. Apl mudah alih ini tersedia pada kedua Android dan iOS. 

eToro mencipta sistem dagangan sosial pertama dan merupakan broker dagangan sosial dalam talian terbesar di pasaran. Apl mudah alihnya menawarkan sokongan untuk perkhidmatan salin dagangan Copyportfolios, yang mudah dan seronok untuk digunakan, serta mengumpulkan semua aset boleh dagang dibawah satu strategi pasaran pilihan bagi meminimumkan risiko jangka masa panjang dan mencipta pelaburan pelbagai.

Kami sukakan apl mudah alihnya yang sangat boleh disesuaikan dan mempunyai fungsi-fungsi hebat. Kami boleh berdagang pada carta, membuat pindahan, mengeluarkan dan mendeposit dana, cari instrumen dan mencipta senarai pantau. Kami juga kagum yang kami boleh pilih susun atur senarai pantau dan carta kami serta penyelidikan pasaran terkini sentiasa boleh diakses:

eToro Mobile eToro Mobile 2

 

Kelemahan serius platformnya ialah kekurangan sokongan untuk sistem dagangan auto yang ada pada platform lain. Dan, tidak seperti broker lain, eToro tidak menyokong platform pihak ketiga seperti MT4. Kelebihan menawarkan platform pihak ketiga adalah pedagang yang ingin berpindah ke broker lain sudah biasa dengan platform itu. Dari sudut yang baik, platform buatan sendiri yang ditawarkan oleh eToro biasanya lebih mesra pemula dan mudah digunakan. 

Perbandingan Platform Perdagangan:

Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan
eToro
4
/ 5
Ya
etoro
Plus500
4
/ 5
Tidak
Plus500
IG
4.5
/ 5
Tidak
MT4, L2 Dealer, ProRealTime

eToro menawarkan pilihan terhad platform dagangan.

Platform Dagangan Lain

eToro menawarkan pilihan terhad platform dagangan, hanya menawarkan sokongan untuk platform dagangan kerumunan sendirinya. Walau begitu, platform dagangan kerumunan eToro adalah mesra pengguna dan direkabentuk baik, menjadikannya pilihan yang baik untuk pedagang pemula.

Platform eToro

Kami mendapati, seperti apl mudah alihnya, platform web trader mempunyai antara muka yang kemas dan intuitif dengan fungsi-fungsi yang hebat – ianya mudah untuk mencari berbagai instrumen, dan terdapat akses kepada empat jenis pesanan, termasuk pesanan pasaran, had, henti-rugi, dan jejak henti-rugi. Tambahan pula, kami berupaya menetapkan amaran harga dan pemberitahuan dengan mudah, dan kami boleh putuskan cara kami ingin melihat laporan portfolio kami.

Untuk membantu pedagang yang kerap berdagang dalam pasangan yang sama, platform eToro memberikan pedagang gambaran keseluruhan papan pemuka tersesuai untuk pasangan mata wang berbeza.

etoro Platform

Platform web trader bespoke yang unik juga menawarkan sokongan penuh untuk CopyTrader eToro, dan CopyPortfolios, dua alat dagangan sosial unik.

Keseluruhannya, eToro menawarkan satu daripada pengalaman dagangan sosial terbaik didunia, namun tawarannya boleh ditambah baik dengan sokongan kepada platform pihak ketiga seperti MT4.

Primary Image
Secondary Image

Alatan Dagangan eToro

eToro menawarkan pilihan terhad analisis pasaran dan alatan sentimen, namun ia menawarkan alatan salin dagangan yang hebat.   

CopyTrader

CopyTrader ialah ciri dagangan sosial eToro. Pedagang boleh melayari profil pedagang eToro lain, menyemak prestasi bulanan dan tahunan mereka. eToro juga meletakkan skor risiko kepada setiap pedagang disamping statistik lain tersedia untuk setiap profil. Pengguna kemudian boleh memperuntukkan sebahagian modal mereka untuk menyalin pedagang lain. Setiap pengguna akan terus mengawal penuh dagangan mereka dan boleh keluar posisi mengikut keinginan sendiri; namun, pedagang tidak boleh menutup sebahagian posisi, hanya amaun penuh sahaja.

CopyPortfolios

CopyPortfolios menyediakan perkhidmatan yang sama namun menggabungkan semua aset boleh didagangkan dibawah satu strategi pasaran pilihan untuk meminimumkan risiko jangka masa panjang dan mencipta pelaburan berkepelbagaian. Sejenis platform pelaburan, komuniti pelaburan eToro menguruskan portfolio salinan dengan profesional dan mencipta strategi pelaburan. Pedagang perlu tahu bahawa amaun pelaburan minimum untuk CopyPortfolios ialah 5,000 USD.

Pelanggan perlu ambil perhatian kualiti nasihat pelaburan dari komuniti eToro berbeza-beza dan perlu dianggap tidak kukuh sehingga ia telah disemak dengan baik.

Perbandingan Alat Dagangan:

Autochartist
Trading Central
Trading View
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Tidak
Tidak

Keseluruhannya, eToro menawarkan pilihan cemerlang alat salin dagangan proprioteri berbanding broker serupa lain namun kurang sokongan untuk alatan yang membantu analisis pasaran, seperti Trading Central dan Autochartist.

Bahan Analisis

eToro menyediakan pilihan terhad bahan penyelidikan dan analisis pasaran berbanding broker serupa lain.

eToro menyediakan suapan berita dengan pergerakan pasaran relevan yang dikemaskini harian oleh pasukan penganalisis dalamannya. Kebanyakan bahan analitikal datang daripada ahli komuniti eToro. Suapan berita adalah komponen utama platform dagangan eToro dan merupakan senarai tidak dituras idea dagangan disertai graf berkaitan. Ambil perhatian bahawa analisis ini dicipta komuniti dan perlu dilihat secara skeptisisme.

Satu kelemahan adalah pilihan terhad data fundamental tersedia pada platform ini. 

Keseluruhannya, bahan analisis pasaran eToro adalah lemah berbanding dengan broker besar antarabangsa lain.

Primary Image
Secondary Image

Pendidikan di eToro

Bahan pendidikan eToro dalah berskop terhad, menyediakan hanya akaun demo dan beberapa video asas tentang pelaburan.

Walaupun eToro menawarkan platform dagangan sosial unik untuk membantu pedagang baru bermula, bahan pendidikannya terhad berbanding penggerak pasaran bersaiz serupa.

eToro menghoskan kursus pendek bertajuk Panduan Lengkap tentang FinTech yang mengajar pedagang dengan asas dagangan – terutamanya tentang platform eToro. Ianya lebih kepada gambaran keseluruhan berbanding kursus yang mendalam, dan kebanyakan kandungan melitupi kelas aset selain daripada Forex.

eToro juga menghoskan blog yang dikemaskini harian dengan berbagai tip dagangan, meskipun ianya lebih tertumpu kepada platform eToro. Webinar jarang dilakukan dan cenderung untuk tertumpu kepada keadaan pasaran berbanding bahan pendidikan yang lain.

Keseluruhannya, bahagian pendidikan boleh ditambah baik dengan bahan yang lebih pelbagai disamping menyediakan bahagian untuk pedagang pemula dan lebih berpengalaman. Pedagang pemula juga akan mendapat manfaat baik dari kebolehan menyertai webinar tentang asas CFD dan pengurusan risiko.

Perbandingan Pendidikan:

Akaun Demo Tanpa Had
Kursus Pemula
Kursus Lanjutan
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Tidak
Tidak
Ya
Ya
Ya
Primary Image
Secondary Image

Sokongan Pelanggan eToro

Sokongan pelanggan eToro tersedia 24/5, namun tidak responsif.

Tersedia 24/5, sokongan pelanggan eToro tersedia dalam 21 bahasa, namun malangnya, bukan Bahasa Melayu. Sejak 2017, ia menggunakan sistem tiket untuk semua permintaan sokongan pelanggan. Ambil perhatian bahawa tiada sokongan telefon dan chat tersedia, dan masa respon diketahui sangat lama, selalu melebihi 48 jam dan kadangkala sehingga 14 hari. Walau begitu, pelanggan yang mendeposit lebih daripada 5,000 USD akan menerima perkhidmatan daripada Agen Kejayaan Pelanggan khusus.

 Keseluruhannya, perkhidmatan pelanggan adalah tidak responsif, namun eToro menyediakan bahagian Soalan Lazim yang komprehensif.

Bagaimana Broker Dinilai

FxScouts’ Skor Broker dan Penarafan Kepercayaan sentiasa berubah untuk mencerminkan dinamik pasaran forex. Kami memastikan ketelusan dengan menggabungkan data pengawal selia dan pandangan pengguna. Ulasan mendalam kami mengambil kira lebih 200 metrik merentas tujuh kategori utama. Carta radar di sebelah kiri menunjukkan betapa pentingnya setiap kategori apabila mengira skor akhir broker.

  • Penarafan Kepercayaan: Penilaian kebolehpercayaan dan reputasi broker
  • Kos Perdagangan: Spread dan yuran untuk perbandingan yang jelas
  • Platform: Kebolehgunaan dan ciri-ciri
  • Pemilihan Aset: Forex, saham, dan instrumen lain yang tersedia
  • Deposit dan Pengeluaran: Deposit & pengeluaran yang mudah dan percuma
  • Pendidikan: Sokongan untuk pemula dan pedagang yang membangun
  • Sokongan Pelanggan: Kebolehcapaian, tindak balas, dan kepakaran

    Ketahui bagaimana kami menetapkan standard untuk ulasan broker. Terokai proses ulasan mendalam kami di sini.

Penyata Risiko eToro
Logo

Penyata Risiko eToro


Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggan. eToro ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan datang dengan risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 77% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu pertimbang sama ada anda betul-betul fdaham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda sanggup mengambil risiko kerugian wang anda.

Temui Pakar Di Sebalik Ulasan Tidak Memihak Kami

Alison Heyerdahl

Penulis Kewangan Kanan

Alison Heyerdahl

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau adalah Penulis Kewangan Utama untuk FxScouts. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan tumpuan kepada fisioterapi dan ijazah sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kecintaannya terhadap penulisan mendorongnya untuk menukar kerjaya. Beliau mempunyai keghairahan untuk perdagangan Forex dan lebih sedekad pengalaman editorial menyelidik Forex dan industri perkhidmatan kewangan, menghasilkan kandungan berkualiti tinggi. Beliau menjadi tuan rumah untuk podcast mingguan, "Let's Talk Forex", bersama Chris dan telah menghasilkan lebih 100 video pendidikan Forex untuk saluran YouTube FxScouts. Beliau juga menulis analisis teknikal mingguan dan telah menguji dan mengkaji lebih 100 broker Forex.

Chris Cammack

Ketua Kandungan

Chris Cammack

Ketua Kandungan di FxScouts sejak 2019, Chris Cammack memastikan semua kandungan memenuhi standard kualiti dan kejelasan yang tinggi, membentuk garis panduan editorial dan menyelaras semakan broker. Chris membawa 10 tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial, dan reka bentuk untuk penerbitan politik dan kewangan, dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik. Beliau menjadi hos bersama untuk podcast "Let's Talk Forex" dengan Alison dan menulis untuk bahagian berita secara kerap.

Ida Hermansen

Penulis Kewangan

Ida Hermansen

Ida adalah seorang penulis kewangan dengan ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang yang kukuh dalam penulisan kandungan dan SEO. Kepakaran beliau melampaui pemasaran dan penulisan, dengan minat yang mendalam dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minat Ida dalam perdagangan kripto mencetuskan keghairahan yang lebih mendalam dengan analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Beliau sentiasa meningkatkan pengetahuannya dalam perdagangan Forex, mengetahui trend terkini dan mengenal pasti persekitaran perdagangan terbaik untuk pedagang baru.

1.
Pepperstone
Broker Forex Terbaik di Malaysia
2.
Octa
Akaun Demo di Tiga Platform
3.
Tickmill
Broker MT4 dengan Kos Dagangan Paling Rendah
4.
AvaTrade
Best Forex Broker in the UK
5.
FP Markets
Terbaik Demo MetaTrader Tanpa Had
6.
XM
Broker dengan Spread Terendah
7.
HF Markets
Leverage Tertinggi dengan Pelaksanaan Pasaran
8.
Fusion Markets
9.
IC Markets
Tightest Spreads
10.
HFM
11.
Axi
Broker ECN terbaik pada MT4

Lain-lain juga dilihat

Terokai lebih banyak sumber yang dianggap berguna oleh trader lain! Semak panduan-panduan lain ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran trading forex anda. Sama ada anda sedang mencari broker terbaik, bahan pendidikan, atau sesuatu yang lebih spesifik, kami sedia membantu:

Broker Forex Terbaik di Malaysia

"Bandingkan broker Forex terkemuka di Malaysia. Akaun, platform dagangan, dan bonus patuh shariah, semuanya dinilai untuk tahun 2024."

Justice

Badan Kawal Selia Utama Untuk Broker di Seluruh Dunia

Regulation is the most important consideration when choosing a broker. Learn how regulators protect traders and how the Forex market is regulated.

Broker Forex Terbaik untuk Pemula

Cari broker Forex terbaik untuk pemula di Malaysia dengan platform mesra pengguna, sumber pendidikan, dan akaun demo.

Bandingkan Broker-Broker
Logo

Bandingkan Broker-Broker


Gunakan alat perbandingan kami untuk membandingkan dua broker berdasarkan rating kepercayaan, kos, ciri-ciri, platform dan pelbagai aspek lain. Cari broker yang sesuai dengan gaya trading dan bajet anda.

Polygon icon
Polygon icon