Ulasan Terhadap Broker Infinox

Editor Editor:  Chris Cammack Dikemaskini: Februari 5, 2024
Pengarang Pengarang:  Alison Heyerdahl

Kemas kini terakhir pada Februari 5, 2024

Alison Heyerdahl
Skor broker
4.03 4.03 / 5
Ditaraf #47 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
🏦  Deposit Min.GBP 1
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 8
⚖️  Leverage1000:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 
AlertMenerima Pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.2 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum paling rendah. Leveraj maksimum 1000:1. Akaun Islamik Tersedia. Platform MT4 & MT5 disokong, INFINOX dikawal selia oleh FCA, FSC, SCB, dan FSCA.

Kemas kini terakhir pada Februari 5, 2024

Alison Heyerdahl

75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .

Keputusan kami pada Infinox

Dengan dua akaun berkos rendah, dan julat baik pasangan Forex, bahan analisis pasaran hebat, dan alatan dagangan baik, INFINOX adalah broker serba-boleh yang baik.

INFINOX menawarkan pedagang pilihan akaun STP bebas komisyen atau akaun ECN berasaskan komisyen, keduanya dengan deposit minimum 1 GBP (atau bersamaan nilai). Kos dagangan adalah diantara 8-9 USD per lot didagangkan, lebih rendah daripada purata industri. Dagangan boleh dilakukan pada kedua platform MT4 dan MT5, dan INFINOX juga menawarkan apl dagangan sosial yang hebat, khususnya bagus kepada pemula dalam karier dagangan.

Walau begotu, kami kecewa dengan kurangnya ketelusan berkenaan deposit dan pengeluaran dan juga kesal dengan sokongan pelanggan yang tidak responsif serta kekurangan bahagian Soalan Lazim.

🏦  Deposit Min.GBP 1
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 8
⚖️  Leverage1000:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 

Ringkasan keseluruhan

Penilaian Kepercayaan
111104/ 5
Keadaan Dagangan
11110.54.5/ 5
Platform Dagangan
11110.54.5/ 5
Deposit & Pengeluaran
111003/ 5
Pendidikan & Penyelidikan
111003/ 5
Aset Tersedia
11110.54.5/ 5
Khidmat Pelanggan
111104/ 5
Mesra Pengguna-Baru
Standard
Bonus selamat datang

Maklumat Akaun

Matawang asas
USD, EUR, GBP, AUD
Bilangan padanan
49
Padanan Crypto
43
Salin Dagangan
Lindung Nilai Dibenarkan
Scalping
Akaun Islamik

Keadaan Dagangan

Nama akaun
ECN
Jenis Broker
Komisyen
6 USD / lot - ECN Account
EUR/USD
0.20 pips
GBP/USD
0.40 pips
USD/JPY
0.40 pips
Perlindungan baki negatif

Butiran syarikat

Nama Syarikat
IX Capital Group Limited
Ditubuhkan
2009
Laman web
Bahasa Laman Web
Bahasa Inggeris
Bahasa Sokongan
Bahasa Inggeris
Lokasi Pejabat
Bahamas, United Kingdom

Pro

  • Spread sempit
  • Low minimum deposits
  • Excellent Market Research

Kontra

  • Non-responsive customer support
  • අඤ්ඤණ උක්කලය
  • Mata wang asas yang terhad

Adakah INFINOX Selamat?

Ya, INFINOX adalah broker selamat untuk pedagang Malaysia gunakan, dengan penawaran perlindungan baki negatif.

Kawal Seliaan: Pelanggan Malaysia INFINOX akan berdagang dibawah anak syarikatnya, INFINOX limited, dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (FSC), yang menguruskan kebanyakan perniagaan antarabangsa INFINOX diluar Eropah. Lihat dibawah untuk notis mendaftar INFINOX:

INFINOX FSC

Ciri-Ciri Keselamatan: Sebagaimana yang diberi mandat oleh FSC, INFINOX mengasingkan semua dana daripada modal operasi syarikat di bank-bank terkemuka dan tidak akan menggunakan dana pelanggan dalam operasinya atau pelaburan lain. Ia juga menyediakan pelanggannya dengan perlindungan baki negatif, bermaksud pedagang tidak akan kerugian lebih daripada deposit awal.

Perihal Syarikat:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Pengawal Selia Kumpulan
Jenis Broker
Laman web
Ditubuhkan
Lokasi Pejabat
Caj Tidak Aktif
SCB
FCA
FSC
FSCA
STP
ECN/DMA
2009
Bahamas, United Kingdom
Tidak

Kami mengesahkan setiap lesen dan kawal seliaannya pada daftar dalam talian pengawal selia.

INFINOX Regulation

Instrumen Kewangan INFINOX

Kami tidak berpuas hati dengan julat instrumen di INFINOX, terutamanya bilangan sedikit saham CFD, namun ia menawarkan 49 pasangan Forex.

Senarai Penuh Instrumen dan Leveraj:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Financial Instrument
Number of Assets
Leveraj
Komoditi
14
50:1
Mata wang Kripto
43
33:1
Tenaga
5
50:1
Stock CFDs
750
10:1
Forex
49
1000:1
Indices
10
1000:1
Logam
7
50:1

Pasangan Forex: Dengan lebih 49 pasangan tersedia untuk dagangan, INFINOX menawarkan julat baik dalam pasangan Forex. Ia juga menawarkan leveraj yang lebih tinggi  – sehingga 1000:1 pada pasangan utama.  

Mata Wang Kripto: INFINOX menawarkan julat baik untuk silangan kripto, termasuk Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple, dan mata wang khusus lain. Leveraj maksimum ialah 1:33, yang lebih tinggi berbanding broker lain. Walau begitu, pedagang perlu tahu berdagang dengan leveraj seperti ini pada aset dengan naik-turun tinggi adalah berisiko. Ia boleh mengakibatkan untung lebih baik dan juga kerugian lebih besar.

Logam: INFINOX menawarkan 6 logam, termasuk persilangan perak dan emas dengan USD. 

Tenaga: INFINOX menawarkan kontrak spot untuk kedua minyak Brent dan WTI; ini adalah pilihan yang terhad dibandingkan dengan broker lain.

Indeks: INFINOX menawarkan CFD pada berbagai indeks antarabangsa, termasuk NASDAQ, S&P500, FTSE100, DAX30, dan Nikkei – pilihan indeks yang serupa berbanding broker lain. 

Saham CFD: Bilangan saham CFD tidak disebutkan, namun menurut perkiraan, jumlahnya tidak melebihi 150 kecuali jika INFINOX gagal mengemaskini 300+ aset yang disebutkan pada laman webnya.

Keseluruhannya, INFINOX mempunyai instrumen utnuk dagangan yang lebih sedikit

Akaun Dagangan INFINOX

Seperti banyak broker lain, INFINOX memberikan pedagang pilihan akaun bebas komiseyn dan berasaskan komisyen seperti akaun ECN.

Caj Dagangan: Pelanggan boleh pilih diantara akaun bebas komisyen pemprosesan terus tembus (STP) atau pilih akaun berasaskan komisyen rangkaian komunikasi elektronik (ECN). Seperti pada bahagian Soalan Lazim INFINOX, amaun deposit minimum ialah £1 atau yang bersamaan nilai dalam mata wang asas anda. Caj adalah sekitar 8-9 USD per lot didagangkan pada kedua-dua akaun.

Kos Dagangan Akaun:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Akaun dagangan
Deposit Min.
Spread Min. EUR/USD
Komisyen
Kos Dagangan (USD)
ECN
GBP 1
0.20
6 USD/lot
8
STP
GBP 1
0.90
Spread Sahaja
9

Seperti yang anda boleh lihat dalam rajah diatas, kos dagangan pada akaun ECN adalah lebih rendah secara margin berbanding akaun STP, dan caj ini adalah serupa dengan kebanyakan broker baik lain.

Akaun STP: Akaun STP memerlukan deposit minimum 1 GBP (atau bersamaan nilai), dan tiada komisyen dikenakan untuk dagangan Forex. Spread berpurata 0.9 pip (EUR/USD), dan leveraj adalah sehingga 1000:1 untuk dagangan Forex. 

Akaun ECN: Deposit minimum juga ialah 1 GBP, dan spread berpurata 0.2 pip (EUR/USD) sebagai pertukaran untuk komiseyn 6 GBP/EUR/USD (pusingan penuh). Leveraj pada akaun ECN juga adalah sehingga 1000:1. 

INFINOX Accounts MY

Deposit dan Pengeluaran

Meskipun kami gembira mendapati INFINOX menawarkan lebih banyak cara mendanakan akaun berbanding broker lain, ia tidak menerbitkan maklumat tentang caj serta masa pemprosesan pada laman webnya. 

Seperti kebanyakan broker lain, INFINOX tidak membenarkan pendanaan ke atau dari pihak ketiga. Oleh itu, semua permintaan pengeluaran dari akaun dagangan mesti kembali ke sumber asal dalam nama pedagang.

Mata Wang Deposit Diterima: Orang Malaysia akan kecewa yang INFINOX hanya membenarkan akaun dagangan didenominasi dalam EUR, USD, GBP, dan AUD. Sentiasa semak kadar pertukaran apabila menukar dari MYR ke mata wang lain, memandangkan caj pertukaran tersembunyi boleh menjadikan dagangan mahal dan menjejaskan keberuntungan.

Deposit dan Pengeluaran: Kami kecewa bahawa INFINOX tidak menerbitkan sebarang maklumat berkenaan caj berkaitan deposit dan pengeluaran dana.

Dokumen Undang-Undang menyatakan “INFINOX mungkin mengenakan caj berkaitan bank sampingan seperti caj kawat untuk deposit/pengeluaran. INFINOX berhak mengubah struktur dan/atau parameter cajnya pada bila-bila masa tanpa notis. Yuran tidak termasuk namun mungkin disertakan pada masa hadapan seperti caj penyata, caj pembatalan Pesanan, caj pemindahan Akaun, caj pesanan telefon, atau caj yang dikenakan oleh mana-mana agensi antara bank

Menurut khidmat pelanggan, INFINOX tidak mengenakan caj pengeluaran. Pelanggan boleh mengeluarkan dana daripada akaun INFINOX pada bila-bila masa, siang atau malam, dan pengeluaran diproses dalam hari yang sama. Kami menyarankan untuk periksa struktur yuran dengan khidmat pelanggan sebelum mendeposit dana.

Pedagang juga perlu tahu bahawa untuk membuat pengeluaran, mereka perlu menghantar permintaan sama ada dengan menulis, melalui telefon, atau e-mel.

Lihat dibawah untuk senarai cara bayaran:

  • Kawat Bank
  • Astropay
  • Kad Kredit
  • Dusupay
  • Finrax
  • Mifinity
  • Neteller 
  • OZOW
  • Perfect Money
  • Skrill
  • Sticpay
  • Swiffy Pay
  • Zotapay

Kami menguji deposit dan pengeluaran dalam MYR melalui kad kredit Visa dan mendapati deposit kami diproses hampir serta-merta, dan ia mengambil 2 hari untuk pengeluaran kami sampai ke akaun kami. Masa pengeluaran ini adalah sekitar purata industri.

Apl Dagangan Mudah Alih INFINOX

Dengan penyediaan kedua MT4 dan MT5, platform dagangan mudah alih di INFINOX adalah sekitar purata berbanding dengan broker lain.

Dagangan Mudah Alih MT4 dan MT5

Platform dagangan MT4 dan MT5 tersedia pada kedua peranti mudah alih dan tablet Android dan iOS. Meskipun hampir semua ciri komputer meja tersedia, terdapat sedikit hilang fungsi, termasuk kurangnya pilihan rangka masa dan pilihan pencartaan.

Platform Dagangan Lain

Seperti sokongan platform dagangan mudah alihnya, INFINOX menawarkan sokongan untuk MT4 dan MT5.

MT4 dan MT5

Kelebihan utama menggunakan platform pihak ketiga sepeti MT4 dan MT5 adalah pedagang boleh simpan versi tersesuai platform sekiranya mereka ingin berpindah ke broker lain. Kedua MT4 dan MT5 tersedia untuk Windows, Android, iOS, dan pelayar web.

Keseluruhannya, sokongan platform INFINOX adalah sekitar purata jika dibandingkan dengan broker lain. Tambahan pula, MT4 dan MT5 umumnya lebih sukar ditetapkan dan kurang mesra pengguna berbanding platform berasaskan web yang terdapat di sesetengah broker. 

Dagangan Sosial INFINOX

INFINOX juga menawarkan apl dagangan sosial, IX Social. Apl ini pada dasarnya merupakan portal dagangan yang membolehkan anda pautkan dengan akaun MT4 dan MT5 anda, ikut dan salin dagangan pedagang yang lebih berpengalaman dan berjaya untuk yuran kecil per lot didagangkan. Dalam tab Discover, anda akan menjumpai pedagang dalam Spotlight atau Top Live Traders. Anda boleh sama ada salin atau ikut pedagang-pedagang ini.

IX Social MY

Gambaran Keseluruhan Platform

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan
Infinox
11110.54.5/ 5
Axitrader
111104/ 5
FXTM
11110.54.5/ 5

Membuka Akaun di INFINOX

Proses pembukaan akaun di INFINOX adalah mudah, dan akaun siap untuk berdagang dalam masa satu hari.

Semua penduduk Malaysia layak membuka akaun di INFINOX.

Mencipta akaun adalah proses ringkas, sepenuhnya digital, dan akaun siap untuk berdagang dalam satu hari:

Pedagang baru perlu klik pada butang “Daftar” dibahagian atas halaman, dimana mereka akan dihalakan untuk mendaftar akaun.    

  1. Borang maklumat INFINOX perlukan pelanggan mendaftar akaun dengan nama, alamat e-mel, negara tempat tinggal, nombor telefon, leveraj, dan mata wang asas.

INFINOX Sign Up

  1. Pedagang kemudian perlu pilih jenis akaun dan platform yang diinginkan (MT4/MT5).
  2. Sebaik langkah ini selesai, pedagang perlu hantar dokumen sokongan untuk melengkapkan proses KYC (kenali pelanggan anda). Ini termasuk:
    1. Bukti Pengenalan – INFINOX menerima semua dokumen pengenalan keluaran kerajaan seperti pasport, kad pengenalan IC, lesen memandu, atau pengenalan keluaran kerajaan lain.
    2. Bukti Alamat – Dokumen bukti tempat tinggal/alamat perlu dikeluarkan dalam nama pemegang akaun tidak lebih 6 bulan lepas. Ia mesti mengandungi nama penuh pedagang, alamat tempat tinggal terkini, tarikh dikeluarkan, dan badan pengeluar.
  3. Kami galakkan anda membaca pendedahan risiko, perjanjian pelanggan, dan terma perniagaan INFINOX, sebelum mula berdagang.

Sebaik dokumen kami telah dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dalam 8 jam, yang sekitar purata industri. 

Alatan Dagangan INFINOX

Dengan perkhidmatan VPS dan Autochartist, alatan dagangan di INFINOX adalah sederhana dibandingkan dengan broker lain. Kami kesal INFINOX tidak mempunyai Kalendar Ekonomi.

  • Perkhidmatan VPS: INFINOX menawarkan perkhidmatan VPS untuk semua pedagang, namun ianya tidak jelas syarat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pelayan Peribadi Maya (VPS) adalah penyelesaian terminal jarak jauh yang bermanfaat dalam pengurangan kependaman dan masa rosak, tidak terjejas oleh potongan tenaga atau kerosakan komputer. Walaupun semasa terminal dagangan ditutup, VPS INFINOX akan terus berdagang.
  • Autochartist:  INFINOX juga menyokong Autochartist, penyedia isyarat standard industri. Autochartist memberikan pedagang dengan amaran automatik untuk membuka dan menutup dagangan, alat analisis naik-turun yang membolehkan anda mengoptimumkan tahap ambil-untung dan henti-rugi lebih baik, dan laporan pasaran terselaras. Autochartist tersedia pada kedua MT4 dan MT5. Malangnya, tidak jelas sama ada yuran tambahan dikenakan dari penggunaan Autochartist.

Gambaran Keseluruhan Alatan Dagangan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Autochartist
Trading Central
Trading View
Infinox
Axitrader
FXTM

Pendidikan

Pendidikan di INFINOX adalah terhad berbanding broker antarabangsa besar lain.

Pada laman web INFINOX, pedagang akan menjumpai tab berlabel ‘IX Intel’. Bahagian ini dibahagikan kepada Penyelidikan, Pendidikan, dan Siaran Akhbar (In the Press). Bahagian pendidikan pada dasarnya adalah repositori bahan gaya blog dengan kurang struktur, namun bahagian ini meliputi Forex dan platform dagangan lain. Kami juga tidak dapat menjumpai banyak bahan yang sesuai kepada pedagang berpengalaman. Walau begitu, artikelnya adalah mendalam dan komprehensif.

IX Premium hanya tersedia kepada pedagang yang mendeposit lebih 1000 USD. Disamping daripada apa yang ada dalam bahagian pendidikan dan penyelidikan, pedagang boleh mengaskes sesi satu-dengan-satu, webinar, dan laporan pelaburan bulanan.

Perbandingan Pendidikan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Kursus Pemula
Kursus Lanjutan
Infinox
Axitrader
FXTM

Penyelidikan

INFINOX menyediakan pilihan hebat bahan-bahan penyelidikan pasaran.

Kebanyakan daripada kandungan penyelidikan disampaikan dalam blog analisis, yang dikemaskini harian dengan wawasan teliti tentang peristiwa terbaru dan akan datang merentasi berbagai pasaran CFD. Penyelidikan ini dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian, termasuk:

  • Berita Pasaran Terkini
  • Espresso Morning Call
  • Berita Pasaran
  • Ulasan Data Kewangan
  • Forex
  • Indeks
  • Komoditi

Bahan-bahannya adalah komprehensif, terperinci, mendalam, dan setaraf dengan beberapa broker antarabangsa besar lain.

Khidmat Pelanggan

Seperti kebanyakan broker lain, sokongan pelanggan INFINOX tersedia 24/5, namun agen khidmat pelanggan adalah sangat tidak responsif.

Sokongan pelanggan INFINOX boleh didapati melalui chat live, e-mel, dan telefon dalam 15 bahasa berbeza. Kami cuba menghubungi khidmat pelanggan melalui chat live namun tidak mendapat respon seharian. Ini merupakan kelemahan besar broker kerana pedagang pemula cenderung mempunyai banyak soalan tentang penggunaan platform berbeza, pertanyaan akaun, dan deposit serta pengeluaran.

Keselamatan dan Pengiktirafan Industri

Kawal Seliaan: Ditubuhkan di London pada 2009, INFINOX adalah broker Forex dan CFD yang agak baru. Ia dikawal selia oleh beberapa badan pengawas, termasuk FCA dari UK, SCB dari Bahamas, FSC dari Mauritius, dan FSCA dari Afrika Selatan. Lihat dibawah untuk lebih lanjut:

  • INFINOX Capital Ltd disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan FCA dibawah Nombor Pendaftaran 501057.
  • INFINOX Capital adalah nama dagangan berdaftar IX Capital Group Limited, disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (‘SCB’) dibawah Nombor Pendaftaran SIA F-188.
  • INFINOX Limited disahkan dan dikawal selia sebagai Peniaga Pelaburan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (FSC) dibawah Nombor Lesen GB20025832.
  • INFINOX Capital Ltd SA adalah Penyedia Perkhidmatan Kewangan bedaftar dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Perkhidmatan Kewangan dibawah FSP No 50506 (INFINOX Capital Ltd SA bertindak sebagai perantara INFINOX Capital, yang disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Bahamas.)  INFINOX ialah tanda perniagaan milik INFINOX Capital Ltd, sebuah syarikat berdaftar di United Kingdom dibawah nombor syarikat 06854853.

Anugerah

INFINOX telah memenangi banyak anugerah; antara yang terbaru termasuk:

  • 1000 Companies to Inspire Britain, 2020, Kumpulan London Stock Exchange
  • Kadar Margin Akaun Dagangan Terbaik 2020, Anugerah Professional Traders
  • 2020- Broker of the Year, Global 100
  • 2021 – Broker Asia Paling Dipercayai
  • 2021- Program Pengenalan Broker Forex Terbaik, Anugerah Global Forex 2021 – Runcitan
  • 2021- Platform Salin Dagangan Forex Terbaik, Anugerah Global Forex 2021 – Runcitan
  • 2021- Broker CFD Terbaik UK 2021, Anugerah Global Forex 2021 – Runcitan
  • 2021- Platform Salin Dagangan Forex Terbaik, Anugerah World Business Outlook
  • 2021- Broker FX Terbaik, Expo Dubai Forex

Kaedah Penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan kemuka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses penilaian ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.

Penafian INFINOX

Berdagang Forex dalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggannya. INFINOX ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 83.14% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan INFINOX. Anda patut pertimbangkan sama ada anda faham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi kerugian wang anda.

Akhir Kata

INFINOX adalah pilihan sukar untuk kebanyakan pedagang Malaysia. Walau begitu, ia mempunyai kos dagangan rendah, perkhidmatan dagangan sosial hebat, analisis pasaran hebat, dan julat yang baik dalam pasangan Forex.

Sebaliknya, ia kekurangan ketelusan tentang caj tidak berdagang seperti deposit dan pengeluaran, dan khidmat pelanggannya sangat tidak responsif.

Pasukan Editorial

 

Chris Cammack
Ketua Kandungan

Chris menyertai syarikat itu pada 2019 selepas pengalaman sepuluh tahun dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk khusus untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya memberinya pengetahuan meluas tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang boleh mempengaruhi pasaran. Chris mempunyai minat mendalam menyunting, serta tertarik dengan hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami dalam semua laman memenuhi piawaian kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami.

 

Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Kanan

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan kepakaran fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kesukaan untuk menulis mendorongnya untuk bertukar kerjaya, dan dia kini mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menilai 100+ broker dan mempunyai pemahaman hebat tentang dunia dagangan Forex.

 

Ida Hermansen
Penulis Kewangan

Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjurus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.

AlertMenerima Pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.2 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum paling rendah. Leveraj maksimum 1000:1. Akaun Islamik Tersedia. Platform MT4 & MT5 disokong, INFINOX dikawal selia oleh FCA, FSC, SCB, dan FSCA.
Lawat
Skor broker
4.03 4.03  / 5
Ditaraf #47 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
Site Icon Data provided by FxScouts

Infinox Financial Regulation

Pengawal Selia Lesen
Pengawal Selia Lesen

Infinox Trading Cost Comparison

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup