Sejak 2012, kami telah menilai dan berdagang dengan lebih 180 broker Forex di Malaysia. Pasukan pakar dagangan FX Scouts sering disebut dalam media antarabangsa dan tempatan. Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Apl dagangan Forex ialah aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon atau tablet anda yang membolehkan anda berdagang Forex dan instrumen kewangan lain. Apl dagangan forex biasanya ditawarkan percuma oleh broker Forex. Sesetengah apl adalah proprietari, yang bermaksud ia dibangunkan secara dalaman oleh broker. Namun banyak aplikasi popular dibangunkan oleh syarikat pihak ketiga. Apl dagangan Forex proprietari biasanya lebih mudah untuk ditetapkan dan digunakan oleh pemula.
Apl dagangan forex akan membolehkan anda membuka akaun demo atau dagangan dengan broker, membeli dan menjual instrumen, mendeposit dan mengeluarkan dana daripada broker anda, menyediakan data pasaran masa nyata, memaparkan berita dan analisis, serta menyediakan amaran harga dan alatan lain untuk menguruskan risiko anda.
Aplikasi dagangan Forex tersedia pada peranti mudah alih, manakala platform dagangan Forex dijalankan pada komputer meja. Selain itu, mereka melakukan fungsi yang sama. Kedua-duanya membolehkan anda berdagang di pasaran kewangan dan akan menyambung kepada sistem dagangan broker anda. Platform dagangan komputer meja selalunya mempunyai lebih banyak ciri dan alatan daripada apl dagangan dan disukai oleh pedagang berpengalaman yang perlukan analisis teknikal yang lebih mendalam dan jenis pesanan lanjutan.
Untuk menguji semua apl mudah alih ini, kami memuat turun dan memasangnya pada peranti Android dan iOS serta menyambungkan akaun dagangan langsung kami. Semasa berdagang pada apl mudah alih, kami menguji kestabilan platform dan kelajuan pelaksanaan. Kami juga membandingkan caj mereka dan menyemak betapa mudahnya untuk mendeposit dan mengeluarkan wang daripada akaun dagangan kami. Kami hanya bekerjasama dengan broker yang dikawal selia dengan baik dengan reputasi baik layanan pelanggan secara adil. Ingin ketahui lebih lanjut tentang proses semakan mendalam kami? Klik di sini untuk lihat.
Berikut adalah Apl Dagangan Forex terbaik di Malaysia untuk 2023, seperti yang ditentukan oleh proses penilaian komprehensif kami.
Octa ialah broker terkawal selia baik dengan sokongan untuk tiga platform utama (MT4, MT5 dan cTrader) merentasi apl mudah alih dan dikenali dengan berbagai pilihan bonus. Selain sokongan terhadap apl platform dagangan utama, Octa juga menyediakan Apl Octa Copytrading yang mudah digunakan untuk peranti iOS dan Android.
Apl Octa Copytrading membolehkan pelanggan pilih dari senarai Master Traders untuk membandingkan hasil untung, bilangan pengikut, dan amaun komisyen kemudian mula menyalin dagangan mereka secara automatik. Apl menyediakan statistik terperinci berkenaan prestasi dagangan: amaun keuntungan, keuntungan terapung, ekuiti, peratusan hasil, dan pecahan dalam kejayaan pelaburan dengan setiap Master Trader. Pentingnya, pengguna juga boleh berhenti menyalin dagangan secara manual pada bila-bila masa. Apl juga mempunyai berbagai tawaran bonus dan promosi, seperti 50% penggalak deposit pertama dan cabutan bertuah hadiah.
Ditubuhkan pada 2014 dan menawarkan kedua MT4 dan MT5 merentasi semua peranti mudah alih, Tickmill mempunyai sejarah broker bertanggung jawab dengan tumpuan kepada kedua pedagang berpengalaman dan pemula serius. Meskipun kos dagangan pada Akaun Klasik bebas komisyen adalah lebih tinggi daripada purata industri, spread pada Akaun Pro adalah serendah 0 pip dan komisyen 4 USD (pusingan penuh) – lebih rendah berbanding banyak broker lain. Pedagang baru yang ingin berdagang pada peranti mudah alih akan menyukai deposit minimum rendah 100 USD pada kedua akaunnya namun perlu ambil perhatian terhadap sedikit kehilangan fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan komputer, termasuk kekurangnan dalam rangka masa dan pilihan pencartaan.
Untuk pedagang berpengalaman yang ingin menukar broker, Akaun VIP Tickmill mempunyai kos dagangan yang lebih rendah, dengan komisyen serendah 2 USD pusingan penuh – meskipun akaun ini hanya tersedia kepada pedagang dengan baki minimum 50,000 USD. Tickmill juga menawarkan julat alatan dagangan MT4 yang hebat, seperti, seperti AutoChartist, Myfxbook dan perkhidmatan VPS.
AvaTradeGo, dinobatkan sebagai Apl Dagangan Forex Terbaik pada 2020 di Anugerah Forex Global, mempunyai papan pemuka cemerlang dengan alat pengurusan dagangan mudah, carta yang jelas, dan ciri Trend Pasaran untuk memantau trend dagangan dalam komuniti AvaTrade. Caj yang dikenakan di AvaTrade adalah antara yang terendah untuk akaun dengan deposit minumum 100 USD – serendah 0.90 pip pada EUR/USD.
CIRI-CIRI AVATRADEGO
Pepperstone ialah broker ECN Australia yang dikenali ramai dari spread sempitnya; pelaksanaan dagangan ultra pantas dan sokongan penuh kepada tiga platform utama; MT4, MT5 dan cTrader. Versi mudah alih untuk ketiga-tiga platform tersedia dengan percuma dan direka bentuk tersendiri untuk Android dan iOS pada tablet dan telefon mudah alih.
Hampir semua dagangan di Pepperstone dilaksanakan kurang daripada 30ms, yang sangat ideal untuk scalper dan pelanggan yang menggunakan expert advisor. Pepperstone menawarkan dua akaun pelaksanaan pasaran dengan antara spread yang paling sempit dalam industri – Akaun Razor mempunyai spread serendah 0 pip untuk EUR/USD dan komisyen 7 USD. Spread pada aplikasi mudah alih adalah sama seperti versi komputer mejanya.
XM merupakan broker terkawal selia baik yang menyokong MT4 dan MT5 apl XM sendiri dengan tiga jenis akaun: Akaun Micro, Akaun Standard dan Akaun Zero XM yang berasaskan komisyen dengan spread sangat sempit. Setiap akaun menawarkan spread sempit, pada EUR/USD bermula dari 1.6 pip pada Akaun Micro dan Standard. Akaun Zero XM mempunyai spread serendah 0.1 pip dengan komisyen 7 USD pusingan penuh. Untuk pemula, pendidikan dan penyelidikan di XM adalah antara yang terbaik di dunia.
CIRI-CIRI APL XM
IC Markets ialah broker ECN Australia dengan dua Akaun, Raw Spread dan Akaun Standard tersedia pada apl mudah alih cTrader untuk Android dan iOS. Pedagang yang mencari pengalaman mudah alih cTrader terbaik perlu mencuba cTrader Raw Spread di IC Market. Akaun cTrader Raw Spread Account mencirikan komisyen lebih kecil daripada Akaun Raw biasa (3 USD per lot vs 3.50 USD per lot), dan spread biasanya serendah 0 pip, berpurata 0.1 pip pada pasangan EUR/USD.
CIRI-CIRI APL CTRADER IC MARKETS
Apl HF HFM memberikan pedagang akses ke pasaran kewangan dan akaun HFM di hujung jari anda. Ciri baru merangkumi pemindahan dana dalam apl, carta lanjutan dan akses kepada akaun HFcopy.
Apl HF menampilkan beberapa alat analisis berguna. Ini termasuk Analisis Pasaran Harian HFM cemerlang daripada pakar broker, Trading Positions – alat sentimen pasaran – dan Trader’s Board, tinjauan terperinci pasaran dunia, termasuk indikator volum dan carta langsung. Ciri tambahan ialah kalkulator dagangan, kalendar ekonomi dan maklumat webinar live akan datang dengan fungsi tempahan.
Pelanggan boleh memantau status pelaburan, memperuntukkan dana sewajarnya dan mengurus portfolio mereka dengan cekap. HFcopy membolehkan pelanggan berinteraksi dengan pedagang yang lebih berpengalaman dan menyalin strategi dagangan mereka
Markets.com menawarkan dagangan pantas dan kos rendah pada lebih 1500 instrumen kewangan. Aplikasi ini menyediakan pengalaman perdagangan lancar dan stabil pada saham, Forex, komoditi, indeks, mata wang kripto, ETF dan bon.
CIRI-CIRI
Tersedia pada kedua peranti Android dan iOS, apl Skilling Trader direkabentuk baik. Pemula akan mendapati ia mudah digunakan dan disediakan dengan Pembantu Perdagangan yang membimbing penggunaan apl. Aplikasi ini membolehkan pedagang memindahkan, mengeluarkan, mendepositkan dana, mencari instrumen dan membuat senarai pantau dengan mudah. Ia juga mempunyai pelbagai indikator teknikal dan carta dalam berbilang rangka masa. Kami juga seronok dengan betapa mudahnya pelaksanaan pesanan, dan semua bahan pendidikan dan berita pasaran Skilling tersedia pada apl.
CIRI-CIRI
Dengan apl dagangan Forex yang tepat, anda boleh mengikuti perkembangan terbaru berita pasaran terkini, mengakses carta, menjalankan analisis teknikal dan membuat dagangan semuanya dari kemudahan telefon pintar atau tablet anda. Namun dengan begitu banyak aplikasi dipasaran, bagaimana anda memilih apl dagangan Forex terbaik untuk anda? Berikut adalah beberapa perkara penting untuk dipertimbangkan:
Mustahil untuk mengatakan apl dagangan mana yang paling baik memandangkan pedagang mempunyai keutamaan yang berbeza, namun aplikasi dagangan AvaTrade, AvaTradeGo, menyediakan pengalaman dagangan lancar dengan papan pemuka yang canggih, lengkap dengan set alatan pengurusan risiko intuitif, carta yang jelas, zum untuk butiran, dan banyak lagi ciri berguna unik apl ini.
Apl dagangan terbaik untuk pemula mudah disediakan dan digunakan serta mempunyai sumber pendidikan terbina-dalam. Dalam ujian kami, kami mendapati bahawa Apl Skilling Trader mempunyai banyak ciri berguna untuk pemula. Ia bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga mempunyai Trading Assistant yang membimbing anda untuk menggunakan ciri apl. Pedagang boleh memindahkan, mengeluarkan dan mendepositkan dana dengan mudah, mencari instrumen, membuat senarai pantau dan semua bahan pendidikan dan berita pasaran Skilling tersedia pada apl.
Semua dagangan Forex dan CFD membawa tahap risiko tinggi kerugian semua wang dalam akaun dagangan anda. Dari segi keselamatan aplikasi, selagi anda memuat turun aplikasi daripada broker yang dikawal selia baik dan melindungi akaun dagangan anda dengan kata laluan kukuh dan pengesahan dua faktor, apl dagangan Forex anda harus selamat daripada penggodam.
Sementara terdapat beberapa kelebihan menggunakan aplikasi dagangan, seperti dapat bertindak balas segera kepada pergerakan pasaran di mana sahaja anda berada, terdapat kelemahan yang perlu diketahui, seperti risiko dagangan berlebihan dan tumpuan dagangan terganggu.
Ya, kedua-dua MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 boleh didapati sebagai apl dagangan peranti Android melalui Google Play store. Apple telah mengeluarkan apl MetaTrader daripada App Store pada September 2022 berikutan dakwaan salah guna.
Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa tahap risiko yang tinggi kepada modal anda: 75-90% daripada pelabur runcit kerugian wang dalam dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD membawa risiko yang tinggi disebabkan oleh faktor-faktor berikut: Leveraj melampau, turun naik pasaran yang tidak dapat diramal, kegelinciran yang timbul daripada kekurangan kecairan, pengetahuan atau pengalaman dagangan yang tidak mencukupi, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendepositkan wang yang tidak boleh dirisikokan. Tidak kira berapa banyak penyelidikan yang telah anda lakukan, atau sejauh mana keyakinan anda dalam dagangan, masih akan terdapat risiko kerugian yang besar. (Ketahui lebih lanjut daripada FCA atau daripada ASIC )
Laporan Keadaan Pasaran dan Direktori Broker kami adalah hasil penyelidikan meluas ke atas [fxs -brokers-count round=10] broker Forex. Matlamat jelas sumber ini adalah bagi membantu pedagang mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan mereka daripada yang teruk – berdasarkan manfaat maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya kami telah berjaya dalam matlamat kami.
Dalam dunia dimana syarat dagangan dan sokongan pelanggan boleh berbeza-beza mengikut tempat tinggal anda, ulasan broker kami menumpukan pada pedagang tempatan dan memberi anda maklumat tentang broker ini menurut perspektif anda.
Semua penyelidikan telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dan penulis dalaman kami, yang mengumpul maklumat daripada pelbagai wakil syarikat, laman web dan membaca perincian halus. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.
Chris Cammack
Ketua Kandungan
Chris menyertai syarikat pada 2019 selepas sepuluh tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya telah memberinya pengetahuan mendalam tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang mempengaruhinya. Chris mempunyai pandangan tajam dalam suntingan dan berminat mendalam tentang hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami memenuhi standard kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami merentasi semua laman.
Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Senior
Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan tumpuan pada fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam dagangan forex dan untuk menulis mendorongnya beralih kerjaya, dan dia kini mempunyai lebih lapan tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menyemak 100+ broker dan mempunyai pemahaman yang baik tentang dunia dagangan Forex.
Ida Hermansen
Penulis Kewangan
Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjerumus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.