Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Octa adalah pilihan sukar untuk banyak pedagang Malaysia. Dari sudut baik, ia mempunyai kos dagangan rendah, tiada caj deposit dan pengeluaran, dan mempunyai perkhidmatan salin dagangan yang hebat.
Dari sudut lainnya, Octa pada dasarnya tidak dipantau undang-undang di Malaysia, dan mempunyai julat terhad instrumen untuk dagangan berbanding broker lain: 40 pasangan Forex, 5 komoditi, 10 indeks, dan 39 mata wang kripto.
Jika anda boleh menutup sebelah mata dengan isu-isu ini, anda akan mendapati ia sebagai broker berkos rendah dengan pemasangan standard biasa: Dua akaun dengan deposit minimum 25 USD, apl mudah alih yang kemas, dan julat baik alatan dagangan. Octa juga agresif dalam mempromosikan berbagai bonus dan ia boleh menawarkan leveraj 1:500 pada pasangan Forex.
Akhir sekali, laman web sepenuhnya diterjemah ke Bahasa Melayu dan Octa sentiasa mengadakan pertandingan dan promosi untuk pelanggan Malaysia.
🏦 Deposit Min. | USD 25 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | CySEC, FSCA, FSA-St-Vincent |
💵 Kos Dagangan | USD 6 |
⚖️ Leverage | 500:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4, MT5 |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Forex, Indices, Logam, Stock CFDs |
Kami menganggap Octa sebuah broker berisiko tinggi kerana pedagang Malaysia tidak mempunyai sandaran pihak berkuasa jika berlaku pertelingkahan dengan syarikat.
Kawal Seliaan: Octa mempunyai reputasi baik namun hanya dikawal selia oleh satu pengawal selia tahap 2: CySEC di Eropah. Lebih membimbangkan, penduduk Malaysia akan berdagang dibawah anak syarikatnya, Octa Markets Incorporated yang didaftarkan dengan FSA St. Vincent dan Grenadines. FS SVG bukan pihak kawal seliaan dan tidak memantau dagangan atau melindungi pedagang.
Dari sudut lainnya, Octa sememangnya mempunyai reputasi baik dan operasi Eropahnya dipantau oleh satu pengawal selia yang lebih baik di Cyprus. Namun pelanggan Malaysia perlu bersandar sepenuhnya kepada reputasi Octa tanpa langkah berjaga lain bagi memastikan perlindungan pelanggan.
Ciri-Ciri Keselamatan: Bagi menampakkan kelakuan baik, Octa mengasingkan semua dana dari modal operasi syarikat, dan menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua pelanggannya. Tiada pantauan undang-undang juga membolehkan Octa menawarkan leveraj dan bonus lebih tinggi kepada pedagang Malaysia, yang mungkin menarik kepada sebahagian orang.
Perihal Syarikat:
Kami tidak berpuas hati dengan julat instrumen di Octa, terutamanya ketiadaan saham langsung dan bilangan rendah pasangan mata wang.
Leveraj Tinggi: Octa mempunyai 39 mata wang kripto untuk dagangan pada leveraj 25:1. Ini bukanlah pilihan yang terbesar yang ada di dunia, namun lebih banyak berbanding kebanyakan broker lain. Leveraj adalah sehingga 500:1 untuk dagangan Forex.
Senarai Penuh Instrumen:
Keseluruhannya, Octa mempunyai instrumen yang lebih sedikit berbanding kebanyakan broker lain, yang mungkin tidak memuaskan hati sesetengah pedagang.
Octa mempunyai dua akaun dagangan dengan kos sangat rendah, namun kami mendapati peraturan berkenaan leveraj membataskan pilihan. Setiap akaun dipautkan ke platform dagangan berbeza namun perkara yang lainnya adalah sama.
Caj Dagangan: Kedua akaun Octa memerlukan deposit minimum hanya 25 USD dan setiap akaun terkait dengan platform dagangan berbeza (MT4 atau MT5). Caj adalah sama pada kedua-dua akaun.
Kos Dagangan Akaun:
Kos dagangan di broker lain cenderung sekitar 9 USD per lot EUR/USD, menjadikan Octa satu daripada broker berkos rendah dalam industri.
MT4 Account: Akaun MT4 memerlukan deposit minimum 25 USD, dan tiada komisyen dikenakan pada dagangan. Spread berpurata 0.7 pip, lebih sempit berbanding broker serupa lain. Leveraj adalah sehingga 500:1 untuk dagangan Forex, dan panggilan/henti margin ialah di 25%/15%. Logam, indeks, dan mata wang kripto ada untuk dagangan. Swap dikenakan setiap malam posisi dibuka.
Akaun MT5: Deposit minmum juga ialah 100 USD pada akaun MT5. Spread berpurata 0.7 pip pada EUR/USD, dan tiada komisyen dikenakan. Platform dagangan MT5 mempunyai ciri-ciri tambahan, termasuk kedalaman pasaran, kalendar ekonomi terselaras, dan carta tik bersaiz penuh. Perbezaan lain adalah swap hanya dikenakan pada malam ketiga posisi dibuka.
Had Leveraj: Octa mempunyai beberapa peraturan pelik tentang leveraj. Pedagang hanya boleh mengubah tahap leveraj sekali dalam setiap 24 jam dan had leveraj berikut dikenakan ke semua deposit:
Octa mempunyai pelbagai pilihan pembiayaan untuk penduduk Malaysia, termasuk perbankan dalam talian tempatan, kad kredit dan mata wang kripto. Pengeluaran adalah sangat pantas dan percuma, tetapi kami hanya boleh membuka akaun dalam dolar AS atau euro.
Seperti kebanyakan broker, Octa tidak membenarkan pendanaan daripada atau kepada pihak ketiga. Semua permintaan pengeluaran dari akaun dagangan perlu pergi ke sumber pendanaan dalam nama pedagang sendiri.
Mata Wang Deposit Yang Diterima: Orang Malaysia akan kecewa kerana Octa hanya membenarkan akaun dagangan didenominasi dalam EUR dan USD. Sentiasa semak kadar pertukaran apabila menukar dari MYR ke mata wang lain memandangkan caj pertukaran boleh membuat dagangan mahal dan menjejaskan keuntungan.
Cara Pendanaan: Octa tidak mengenakan sebarang pengeluaran, dan pengeluaran biasanya selesai dalam beberapa jam.
Tumpuan Octa kepada mata wang kripto dalam pendanaan merupakan kejutan yang tidak menyenangkan kami dan untuk ramai orang lain, terutamanya apabila terdapat banyak broker yang membolehkan pendanaan segera dari akaun bank MYR.
Octa juga mempunyai apl pengurusan perdagangan yang berintegrasi baik dengan apl MT4 dan MT, namun kami kecewa kerana ia hanya tersedia pada peranti Android.
Apl Dagangan Octa
Meskipun anda tidak boleh berdagang dengan Apl Dagangan Octa – anda perlu mempunyai apl MT4 dan MT5 dipasang untuknya – ia merupakan fungsi apl pengurusan dagangan dengan susun atur yang kemas dan mudah digunakan. Namun kami mempunyai ramai pengguna iPhone dalam pasukan kami, jadi kami agak jengkel bahawa apl hanya tersedia pada Android.
Pengurusan Akaun: Selepas memuat turun apl kami dapati ianya mudah untuk membuka akaun sebenar dan demo, mengurus leveraj kami, dan mendeposit dan mengeluarkan dana. Menukar ke apl MT4 untuk mengakses akan dagangan kami adalah proses mudah dan cepat.
Alatan Pedagang: Alatan berguna termasuk tab Market Insight, sebuah suapan berita pasaran dan idea dagangan dari sumber berita yang boleh dipercayai, dan kalkulator untung. Ia juga mempunyai ciri pemantauan pasaran jadi kami memantau instrumen dagangan kegemaran kami. Tiada yang baru dalam alatan ini, namun semua berfungsi seperti yang diharapkan dan kalkulator untung juga mengambil kira kadar swap berbeza pada MT4 dan MT5.
Sokongan Pelanggan: Sokongan pelanggan tersedia 24/5 dari dalam apl. Kami mendapati pasukan sokongan pelanggan adalah membantu dan responsif.
Apl ini juga membolehkan anda mengurus akaun bonus atau pertandingan yang anda ada dengan Octa. Keseluruhannya, kami suka apl ini dari segi mesra pengguna, dan rekabentuk ringkas akan menarik pedagang pemula.
Dagangan Mudah Alih MT4 dan MT5
Platform dagangan mudah alih MT4 dan MT5 tersedia pada kedua peranti dan tablet Android dan iOS. Terdapat sedikit hilang fungsi apabila dibandingkan dengan versi komputer meja platform dagangan ini, termasuk kurang rangka masa dan pilihan pencartaan.
Keseluruhannya, sokongan dagangan mudah alih Octa adalah baik dibandingkan dengan broker lain, dengan versi mudah alih MT4 dan MT5 ditawarkan, disamping apl dagangan Octa. Walau begitu, apl dagangan Octa hanya tersedia pada peranti Android.
Octa baru-baru ini membatalkan sokongannya untuk cTrader, satu daripada platform dagangan kegemaran kami. Namun dengan MT4 dan MT5, Octa masih mempunyai pilihan baik platform. Octa juga mempunyai satu daripada platform salin dagangan dalam industri..
MT4 dan MT5
Satu daripada kelebihan menggunakan platform pihak ketiga seperti MT4 dan MT5 adalah pedagang boleh menyimpan versi platform tersesuai mereka sendiri jika mereka ingin berpindah ke broker lain. Kedua MT4 dan MT5 tersedia untuk Windows, Android, iOS, dan pelayar web.
Keseluruhannya, sokongan platform di Octa adalah sekitar purata dibandingkan dengan broker-broker lain. Tambahan pula, MT4 dan MT5 umumnya lebih sukar ditetapkan dan kurang mesra pengguna berbanding platform berasaskan web yang ada di broker-broker lain.
Salin Dagangan Octa
Octa juga menawarkan platform salin dagangan percuma untuk semua akaun, membolehkan pemula menyalin dagangan dari yang lebih berpengalaman, dan berjaya untuk yuran kecil per lot didagangkan. Pemula hanya perlu mencari Penyedia Strategi yang mereka ingin ikuti dan klik pada butang “Salin”. Posisi mereka akan disalin secara automatik. Perkhidmatan salin dagangan ini juga mesra pengguna dan direkabentuk baik. Fungsi ini juga boleh digunakan melalui apl mudah alih.
Gambaran Keseluruhan Platform
Octa mengadakan berbagai skim promosi untuk pelanggannya – sebahagian daripadanya anda tidak perlu membelanjakan wang langsung untuk mendapatkannya:
50% Bonus Deposit
Octa menawarkan skim bonus deposit (sehingga 50% daripada deposit anda) meskipun mengeluarkan bonus tertakluk kepada aktiviti dagangan, menggunakan formula berikut:
Promosi Deposit Kadar Tetap
Terutamanya kepada pedagang Malaysia, Octa menawarkan pelanggan peluang membuat deposit awal pada kadar tetap 300 MYR = 100 USD. Deposit ini juga boleh dikeluarkan pada kadar pertukaran yang sama.
Pertandingan Demo
Octa mengadakan pertandingan akaun demo pada platform MT4. Pertandingan demo berjalan selama 4 minggu dan peserta dengan baki akaun demo paling besar di penghujung tempoh akan memenangi 500 USD, dengan hadiah lebih kecil untuk lima teratas.
Pertandingan 16 Kereta Octa
Untuk menyertai pertandingan ini, pedagang perlu membuka akaun MT4 dan mendenominasinya sebagai akaun pertandingan. Pedagang kemudian perlu membuat keuntungan paling tinggi dan volum dagangan dengan nisbah untung/rugi terbaik. Lebih tinggi dan dekat pedagang dengan kriteria ini, lebih tinggi kemungkinan untuk menang.
Berdagang & Menang: Dapatkan Gajet untuk Berdagang
Promosi Berdagang & Menang memberikan pedagang hadiah dan gajet percuma berdasarkan volum dagangan mereka. Sebagai contoh, jika anda telah berdagang 150 lot dengan Octa anda akan layak mendapat jam pintar Android. Hadiah lain merangkumi telefon dan juga laptop.
Proses pembukaan akaun di Octa adalah tidak melecehkan, sepenuhnya digital dan akaun siap untuk berdagang serta-merta. Pengesahan akaun hanya diperlukan ketika pengeluaran wang..
Semua penduduk Malaysia boleh membuka akaun di Octa, jika mereka memenuhi syarat deposit minimum yang ditentukan cara deposit yang mereka pilih.
Mencipta akaun adalah jelas, mudah, sepenuhnya digital dan akaun siap untuk berdagang serta-merta:
Pedagang baru perlu klik pada butang “Buka Akaun” dibahagian atas halaman dimana mereka akan dihalakan untuk mendaftar akaun.
Keseluruhannya, proses pembukaan akaun di Octa adalah sepenuhnya digital, tidak leceh, dan akaun siap untuk berdagang serta-merta.
Octa mempunyai julat alat dagangan berguna yang lebih luas berbanding broker serupa lain.
Disamping standard industri seperti Kalendar Ekonomi, Kalkulator Untung dan Dagangan, Octa juga menawarkan alat Pemantauan Akaun dan Autochartist.
Keseluruhannya, Octa menawarkan julat yang baik alatan, termasuk Autochartist, satu daripada alat analisis teknikal terbaik dalam industri.
Bahan pendidikan di Octa dan laman web alternatifnya adalah baik namun menumpukan kepada pedagang baru; untuk pedagang berpengalaman hanya sedikit sokongan pendidikan disediakan. Sokongan pelanggan adalah kompetetif namun Octa benar-benar menyerlah dalam penyelidikan dan analsis pasaran yang disediakan.
Bahan pendidikan yang terdapat di Octa adalah lebih komprehensif dan mendalam berbanding broker-broker lain, namun lebih ditumpukan kepada pemula berbanding pedagang berpengalaman.
Akademi Trading Tiger: Octa melancarkan tradingtiger.pro, sebuah akademi dalam talian untuk pedagang baru. Halaman ini mencirikan tutorial pendek melitupi semua yang anda perlu tahu untuk bermula – dari Fundamental Forex ke Meramal Pasaran. Setiap tutorial adalah campuran video dan teks dan dipakejkan dengna baik serta mudah difahami; pelajar diuji dengan kerap melalui bahan pendidikan dan keseluruhan laman web ini adalah percuma. Keseluruhannya, sumber pendidikan yang hebat untuk pedagang pemula dan kami harap Octa pertimbangkan untuk turut menyertakan kursus pertengahan dan mahir.
Asas Forex: Kembali ke laman web utama Octa, bahagian pendidikan dalaman disauhkan oleh kumpulan artikel yang dinamakan Asas Forex. Topik artikel adalah dari penerangan tentang dagangan ECN dan Pengurusan Risiko ke Analisis Teknikal dan Strategi Dagangan serta konsep yang lebih lanjut seperti Korelasi Pasangan dan Fibonacci Retracement. Artikel-artikel ini terperinci dan diolah dengan baik serta menawarkan nasihat beherga untuk pedagang baru dan pertengahan.
Octa juga sangat aktif di YouTube, dengan julat sesi dagangan live dan webinar yang biasa dijalankan. Tambahan pula, bengkel untuk pedagang novis diadakan setiap hari Sabtu.
Tutorial: Juga pada laman utama, terdapat bahagian tutorial pendek merangkumi platform MetaTrader, CopyTrading, Autochartist, dan CFD, serta bahagian Tutorial Video menumpukan kepada cara bermula dengan MetaTrader. Akhir sekali, terdapat bahagian Soalan Lazim dan glosari berguna istilah dagangan Forex. Bahagian pendidikan juga mempunyai pautan ke Manual untuk platform berbeza yang disokong di Octa (MT4 dan MT5).
Keseluruhannya, bahan pendidikan di Octa adalah antara yang terbaik dalam industri, namun ia boleh pertimbang menyertakan bahan yang lebih sesuai kepada pedagang mahir.
Bahan Analisis
Seperti bahagian pendidikannya, bahan analisis pasaran tersedia di Octa adalah lebih baik berbanding kebanyakan broker lain.
Wawasan Pasaran: Octa mempunyai bahagian Wawasan Pasaran yang dikemaskini kerap. Kiriman biasa termasuk Ramalan Harian, Ulasan Harian, dan Ulasan Mingguan. Kiriman-kiriman ini menawarkan ramalan pergerakan pasaran hadapan – namun berwaspada dan lakukan penyelidikan anda sendiri sebelum bertindak mengikut ramalan ini.
Saluran YouTube Octa: Bahagian Wawasan Pasaran juga mempunyai siri video harian, dimuat turun ke saluran YouTube Octa, dinamakan Market in a Minute, yang meliputi semua berita besar dari pasaran Forex untuk hari dagangan seterusnya. Disamping semua kemaskini kerap ini, terdapat artikel pendek yang disiarkan dengan tidak kerap, dan membincangkan kesan terhadap sesuatu peristiwa pasaran dengan wawasan teknikal terperinci.
Berita Forex: Octa juga menghoskan bahagian Berita Forex, dengan taklimat pendek semua berita yang berimpak kepada pasaran Forex. Ini dikemaskini pada hari minggu dan artikelnya ditulis dengan baik dan padat. Taklimat ini ditawarkan tanpa sebarang pendapat bagaimana peristiwa akan memberi impak kepada pasaran.
Sokongan pelanggan Octa dibuka 24/7 melalui chat live, dan 24/5 melalui telefon (dengan nombor tempatan untuk UK, Hong Kong,, dan Indonesia), e-mel, WhatsApp, dan Telegram.
Disamping itu, Jabatan Kewangan dibuka dari 06:00 – 22:00 (EET) dan jabatan pengesahan pelanggan dibuka dari 08:00 – 17:00 (EET) untuk pertanyaan pemasangan akaun dan penyelesaian masalah.
Kami mendapati pasukan sokongan adalah sangat responsif, namun tidak berpengetahuan. Ianya sukar untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kami tentang caj swap pada akaun MT5.
Kawal Seliaan: Octa dikawal selia oleh Cyprus Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (CySEC) dan berdaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan St Vincent dan Grenadines (SVG FSA):
Syarikat dikawal selia sekejap oleh FCA (Lembaga Kelakuan Kewangan UK) dari 2015 ke 2017 (ref: 679306) namun memutuskan untuk tidak memperbaharui lesennya selepas referendum Brexit dan sebaliknya menumpukan pada pasaran EU.
Pengiktirifan Industri: Octa telah menerima banyak pengiktirafan industri saban tahun ini, memenangi broker ECN Terbaik 2021 (World Finance), Decade of Excellence dalam Forex Asia 2021 (Global Banking and Finance Review), Broker Forex Terbaik Asia 2021 (Global Banking and Finance Review), Broker Paling Telus 2020 (Anugerah Forex), Broker Forex Terbaik APAC 2019 (Global Banking & Finance Review), dan Apl Dagangan Mudah Alih Terbaik 2019 (Majalah European CEO).
Laman saudara kami FXScouts juga menganugerahkan Octa Platform Salin Dagangan Terbaik 2020 atas pendekatan inovatifnya dalam salin dagangan.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan kemuka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses penilaian ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex dalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggannya. Octa ingin anda tahu bahawa: Dagangan Margin Forex membawa risiko tinggi. Dagangan Margin Forex mendedahkan pesertanya kepada risiko termasuk, namun tidak terhad kepada, perubahan keadaan politik, faktor ekonomi, bencana alam, dan faktor-faktor lain, kesemuanya mungkin menjejaskan harga dan ketersediaan satu atau lebih mata wang antarabangsa.
Octa merupakan broker serba lengkap dengan beberapa masalah utama. Yang pertama adalah kurang kawal seliaan baik, yang mematahkan minat kebanyakan pedagang. Kedua, keenganan Octa menerima pindahan bank untuk pendanaan – kami tahu mata wang kripto adalah popular sekarang, namun untuk mereka yang tidak mempunyai akaun kripto baik, ini sangat menyusahkan Akhir sekali, Octa mempunyai aset boleh dagang terhad dan tiada saham CFD langsung.
Sebaliknya, Octa bagus atau cemerlang merentasi banyak perkara lain. Kos dagangan di Octa adalah antara yang paling rendah dalam industri. Platform salin dagangan intuitif namun canggih adalah penerima Anugerah Salin Dagangan Terbaik 2021. Ia mempunyai bahagian analitikal cemerlang, pendidikan dengan rekabentuk baik untuk pemula, alatan dagangan bertaraf dunia, dan berbagai pilihan bonus menarik untuk pedagang Malaysia. Disamping itu, sokongan pelanggan tersedia 24/7, adalah hebat dalam industri dengan kebiasaan 24/5.
Find out how Octa stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.