Sejak 2012 kami telah menilai dan berdagang dengan lebih dari 180 broker Forex di Malaysia. Pasukan pakar dagangan Forex-Malaysia sering disebut dalam media antarabangsa dan tempatan . Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker | Skor broker | Laman Rasmi | Deposit Min. | Leverage | MetaTrader 4 (MT4) | Mesra Pengguna-Baru | Kos Dagangan | Spread Standard - EUR/USD | Spread Kasar - EUR/USD | Ditauliahkan Oleh | Jumlah CFD | Padanan Mata Wang | Bahasa Laman Web: Melayu | Bahasa Sokongan: Melayu | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
4.37 /5 Baca Ulasan | Lawat > 67.65% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 25 | 1000:1 | Ya | Cemerlang | USD 6 | 0.60 pips | 0.60 pips | 253 | 52 | Ya | Ya | |||
4.58 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 100 | 500:1 | Ya | Cemerlang | USD 6 | 0.00 pips | 0.10 pips | 210 | 62 | Ya | Ya | |||
4.59 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 100 | 400:1 | Ya | Cemerlang | USD 9 | 0.90 pips | 0.90 pips | 930 | 63 | Ya | Ya | |||
4.61 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.3% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 0 | 200:1 | Ya | Cemerlang | USD 10 | 1.00 pips | 0.10 pips | 1597 | 90 | Tidak | Tidak | |||
4.45 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.33% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 5 | 1000:1 | Ya | Cemerlang | USD 6 | 0.60 pips | 0.60 pips | 1554 | 57 | Ya | Tidak | |||
4.53 /5 Baca Ulasan | Lawat > 72.90% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 0 | 1000:1 | Ya | Cemerlang | USD 10 | 1.00 pips | 0.10 pips | 1230 | 53 | Ya | Tidak | |||
4.40 /5 Baca Ulasan | Lawat > 79% akaun runcit CFD kerugian wang | AUD 100 | 500:1 | Ya | Cemerlang | USD 6 | 0.00 pips | 0 pips | 10162 | 70 | Ya | Ya | |||
4.69 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70% akaun runcit CFD kerugian wang | USD 0 | 200:1 | Ya | Cemerlang | USD 6 | 0.60 pips | 0.85 pips | 19295 | 80 | Tidak | Tidak | |||
4.41 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89% akaun runcit CFD kerugian wang | AUD 0 | 500:1 | Ya | Cemerlang | USD 4.50 | 0 pips | 0 pips | 247 | 81 | Tidak | Tidak |
Dalam penetapan akaun dagangan, kebiasaannya broker akan menyokong beberapa platform dagangan. Apabila membandingkan broker, penting untuk memberikan perhatian khusus kepada faktor yang menyerlahkan akaun MT4 ini selain daripada tawaran akaun terkait dengan platform dagangan lain. Untuk membandingkan broker, kita perlu mengambil kira faktor yang berikut:
Jenis akaun MT4: Sementara broker akan menyokong MT4, broker selalunya mempunyai berbilang jenis akaun, dan berkemungkinan bukan semua jenis akaun membolehkan anda berdagang menggunakan platform MT4. Jika anda berhasrat menggunakan MT4, semak akaun yang paling sesuai dengan anda juga menyokong MT4.
Keadaan dan pelaksanaan dagangan MT4: Pastikan untuk semak keadaan dagangan akaun MT4 anda. Kaedah pelaksanaan dagangan, kelajuan pelaksanaan, dan kos dagangan semuanya boleh dipengaruhi oleh kedua gabungan platform dan akaun anda. Apabila anda pilih akaun MT4, pastikan anda sahkan keadaannya daripada yang telah diiklankan.
Alatan dan pemalam MT4: Kadangkala broker menawarkan pemalam dan alatan untuk platform. Axi menawarkan Psyquation dan Autochartist untuk pelanggan secara percuma, sementara Admirals, melalui Kerjasama dengan MetaQuotes, membina MT4 Edisi Supreme. Penambahan ini dalam platform mengubah pengalaman berdagang dan menambah kelebihan sampingan ke platform dagangan.
Sokongan MT4: Menetapkan platform dagangan seperti MT4 boleh mengambil masa untuk dipasang dan disesuaikan. Broker terpilih akan menawarkan bantuan, yang sangat berguna untuk pemula. Ambil perhatian bahawa sesetengah broker mempunyai masa khidmat pelanggan terhad, terutamanya pada hari minggu, jadi penting untuk mencari broker dengan waktu perkhidmatan bersesuaian dengan anda.
Octa merupakan broker antarabangsa, bertumpukan pelanggan dengan akaun MT4 yang murah namun berkos rendah, dan antara perkhidmtaran salin dagangan yang paling mudah untuk digunakan dalam industri. Akaun MT4 di Octa memerlukan deposit minimum bermula dari 25 USD, dan tiada komisyen dikenakan untuk dagangan. Akaun Islamik bebas-swap boleh didapati untuk semua jenis akaun MT4.
Octa juga menawarkan fungsi salin dagangan percuma kepada semua akaun, membolehkan pemula menyalin daripada pedagang berpengalaman dan berjaya dengan yuran kecil per lot didagangkan. Fungsi ini juga tersedia melalui apl mudah alih disamping pendidikan percuma, yang diolah baik untuk pemula.
Tickmill mempunyai sejarah panjang sebagai broker MT4 yang bertanggung jawab dengan tumpuan kepada pedagang berpengalaman dan pemula serius. Meskipun kos dagangan pada Akaun Classic bebas komisyen Tickmill lebih tinggi daripada purata industri, Akaun Pro mononjolkan spread serendah 0 pip dan komisyen (pusingan penuh) 4 USD – ini sangat rendah berbanding purata industri 7 USD (pusingan penuh). Tambahan pula, kedua Akaun Classic dan Akaun Pro hanya memerlukan deposit minimum 100 USD.
Untuk pedagang MT4 yang ingin menukar broker, Akaun VIP mempunyai komisyen yang lebih rendah, serendah 2 USD pusingan penuh – meskipun akaun ini hanya tersedia kepada pedagang dengan baki minimum 50,000 USD. Tickmill juga menawarkan barisan hebat alatan dagangan seperti AutoChartist, Myfxbook dan perkhidmatan VPS bersubsidi.
AvaTrade ialah sebuah broker penggerak pasaran terkenal global dengan syarat dagangan bebas komisyen terbaik tersedia pada platform MT4. MT4 AvaTrade menawarkan spread rendah untuk Forex, komoditi, dan produk CFD lain. Leveraj maksimum ialah 400:1, dan kos adalah sangat rendah untuk deposit minimum 100 USD – dengan spread serendah 0.7 pip pada EUR/USD dan tanpa komisyen.
AvaTrade menyokong semua ciri asal MT4, seperti sembilan rangka masa, fungsi EA dan 30 indikator terbina dalam. AvaTrade juga mempunyai sistem Guardian Angel. Alat suapan dagangan tersesuai ini membantu pedagang memperhalus pembuatan keputusan mereka. Avatrade juga menyediakan sokongan untuk platform salin dagangan seperti ZuluTrade dan DupliTrade dan menawarkan Trading Central percuma untuk semua pelanggan MT4.
Broker Australia terkenal dunia, Pepperstone menawarkan sokongan MT4, kawal seliaan ASIC dan dua akaun ringkas dengan pelaksanaan ECN. Hampir semua pesanan dilaksanakan dalam kurang 30 milisaat, ideal untuk scalper dan pelanggan yang menggunakan Expert Advisor MT4. Akaun Standard MT4 adalah bebas komisyen, dan spread purata pada EUR/USD ialah 1.09 pip. Akaun Razor MT4 Account mengenakan caj 7 USD komisyen pusingan penuh, namun spread purata pada EUR/USD ialah 0.09 pip – paling rendah kepada sifar yang boleh pedagang dapatkan.
Pengalaman dagangan MT4 Pepperstone datang dengan sebut harga live, berita terperinci, dan analitik. Pepperstone juga menawarkan pakej Alatan Smart Trader untuk MT4, sebuah suit yang mengandungi 28 expert advisor dan indikator untuk menambah baik pelaksanaan dan pengurusan dagangan. Disamping itu, semua pengguna MT4 akan mendapat akses ke Autochartist – pemalam pengesan pola berkuasa yang mengesan peluang dagangan secara automatik berdasarkan trend harga.
XM ialah broker terkawal selia antarabangsa dengan caj dagangan rendah merentasi tiga jenis akaun ringkas. Semua akaun MT4 XM mempunyai leveraj maksimum 888:1, perlindungan baki negatif, dan deposit minimum bermula dari 5 USD. Spread MT4 di XM adalah serendah 0.6 pip, dan 99.35% daripada semua dagangan dilaksanakan kurang daripada 1 saat. XM juga mempunyai dasar tiada sebut harga semula/penolakan yang ketat, yang bermaksud semua dagangan sentiasa difailkan pada harga yang dijangka. Pengguna MT4 boleh berdagang Forex, indeks saham, logam berharga, dan tenaga.
XM menyerlah dari banyak broker MT4 yang lain melalui sokongan pendidikan dan khidmat pelanggannya. Tutorial video MT4 XM membimbing pedagang baru dalam semua ciri-ciri penting platform MT4 XM. Tutorial melitupi kebanyakan perkara daripada membuka akaun dagangan kepada memahami pesanan jeda/tergendala dan menguji latar robot dagangan.
HotForex ialah broker terkawal selia dengan pelaksanaan STP pantas pada semua akaun berbeza dalam platform MT4. Deposit minimum pada Akaun Micro adalah sangat rendah, pada 5 USD dan spread bermula pada 1.2 pip pada EUR/USD. Bagi pemula, HotForex menawarkan versi demo tanpa had untuk semua jenis akaun MT4. Bagi mereka yang menyukai dagangan ECN pada MT4, Akaun Spread Sifar (Zero Spread) HotForex menawarkan spread serendah 0 pip dengan deposit minimum 200 USD.
HotForex menyokong MT4 melalui kesemua cara, termasuk MultiTerminal MT4, yang membolehkan padagang menguruskan berbilang akaun MT4 daripada platform tunggal. MT4 juga tersedia melalui web, komputer meja, dan apl Android dan iOS. Alatan dagangan tersedia termasuklah Autochartist percuma, perkhidmatan VPS dan perkhidmatan salin dagangan HFCopy. Bagi pedagang MT4 yang inginkan pelaksanaan STP pantas, sukar untuk menyarankan broker lain selain mereka.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | ASIC, BaFin, DFSA, CFTC |
💵 Kos Dagangan | USD 6 |
⚖️ Leverage | 200:1 |
💹 Salin Dagangan | Tidak |
🖥️ Plaform | MT4, L2 Dealer, ProRealTime |
💱 Aset | Bon, Komoditi, Mata wang Kripto, Digital 100, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Kadar Faedah |
IG Markets berkemungkinan broker MT4 yang paling dikawal selia rapi dan dipercayai di dunia. Dikawal selia oleh sepuluh pihak berkuasa nasional, termasuk FSCA, FCA, ASIC, MAS, dan FINMA, IG Markets juga syarikat disenarai awam dalam Pasaran Saham London dan mempunyai lesen perbankan lengkap. IG Markets menawarkan spread sempit, sokongan MT4 penih, dan pendidikan dan analisis pasaran yang cemerlang.
Versi MT4 IG Market membawa platform ke peringkat yang seterusnya dengan pakej indikator dan tambahan percuma. Apa yang menonjol termasuk Trade Terminal, Stealth Order, Matrix Korelasi serta berbagai indikator lain. Tambahan pula, pelanggan IG mendapat akses ke Autochartist secara percuma. Alat analisis teknikal automatik berkuasa ini menganalisis pasaran untuk peluang yang mungkin anda terlepas. Kesemua ciri-ciri ini boleh didapatkan pada kos rendah, dengan spread EUR/USD berpurata 0.86 pip namun kadangkala serendah 0.6 pip.
Ditubuhkan pada 2017 di Melbourne, Fusion Markets ialah broker kawal seliaan ASIC dengan kos dagangan yang sangat rendah, sokongan MT4 dan tiada syarat deposit minimum. Di samping rangkaian bahan analisis pasaran yang sangat baik, Fusion Markets juga menawarkan tidak kurang daripada tiga penyelesaian dagangan salinan berbeza.
Platform dagangan salinan miliknya Fusion+nya hanya tersedia dalam platform dagangan proprietari, namun mereka juga menawarkan Duplitrade dan Myfxbook Autotrade – salah satu komuniti perdagangan sosial Forex terbesar di dunia.
Dari segi perdagangan tradisional, Fusion Markets ialah antara broker dengan kos terendah di dunia. Spread EUR/USD bermula pada 0 pip pada Akaun Zero dengan komisen yang sangat rendah sebanyak 4.5 USD. Satu kelemahannya ialah bilangan CFD yang agak terhad (walaupun 85 pasangan Forex lebih banyak daripada kebanyakan broker) dan tiada pendidikan langsung, jadi pemula perlu belajar di tempat lain.
Jadi anda masih tidak pasti sama ada ini adalah platform sesuai untuk anda? Mari selusuri beberapa kelebihan dan kekurangan platform ini.
Ya, fakta yang agak jelas – namun kritikal. Platform ini adalah sepenuhnya percuma. Jika ianya tidak, kita mungkin tidak akan melihat ledakan besar dalam dagangan Forex runcitan pada sekitar tahun 2000 dan industri mungkin akan berbeza, dan satu ruang yang lebih terhad.
Saya tidak bermaksudkan bahawa ia tersedia pada telefon/tablet anda, walaupun memang itu hakikatnya. Apa yang saya maksudkan dengan mudah alih, dalam situasi ini, adalah sebaik anda memuat turun platform ini pada komputer anda, ia adalah milik anda. Jika anda bertukar broker, ia akan ikut bersama anda. Ia juga boleh menampung beberapa broker dan berbilang akaun dari broker yang sama. Apabila matlamat dan keperluan dagangan anda berubah, anda boleh bergerak bebas diantara broker tanpa bimbang akan kehilangan apa-apa perubahan buatan khusus anda pada platform versi anda. Dan berbicara tentang buatan khusus, ini seterusnya membawa kita kepada…
Hampir serupa dengan EAs, petunjuk adalah algoritma yang dibuat daripada MQL4. Tidak seperti EA, petunjuk tidak akan mengautomasi dagangan anda namun akan memberikan anda analisis teknikal masa nyata – membuatkan anda perlu untuk membuat keputusan dagangan manual. Terdapat lebih 2000 petunjuk percuma boleh didapati di MetaTrader Code Hube, dan ratusan lagi yang telah dicipta oleh komuniti dan boleh dibeli di MetaTrader Market.
Meskipun telah lama, ianya masih dianggap sebagai salah satu alatan pencartaan terbaik dari mana-mana platform dagangan. Anda boleh membuka berbilang carta tanpa had dengan serentak, menyesuaikan tampakan dan menggunakan objek grafik dan petunjuk kepadanya. Semua carta adalah interaktif, dan anda boleh zum dan skrol dalam masa nyata.
Ia juga popular untuk keselamatannya – semua maklumat diantara pelanggan dan pelayan disulitkan pada 128-bit, dan ia juga menyokong Tanda Tangan Digital RSA.
Sudah hampir lima belas tahun dan ia masih adalah piawaian industri. Hampir semua broker menawarkannya, dan sokongan yang anda akan terima sungguh menakjubkan – jika anda menghadapi masalah seseorang akan menyelesaikannya. Terdapat ribuan pengguna tahu tentang perincian platform, dan ramai dikalangan mereka telah membuat video atau tutorial untuk hampir setiap aspeknya. Untuk pemula mahupun pedagang berpengalaman, ini adalah kelebihan hebat.
Disebabkan umurnya, ia beroperasi dengan lancar pada semua komputer moden dan akan tidak menjadi isu pada sistem lama. Banyak platform proprieteri beroperasi dalam pelayar menggunakan Flash, dan isu sumber sistem boleh berlaku, seperti kelembapan atau peranapan platform – ini tidak ideal memandangkan beberapa saat boleh berimplikasi dalam dagangan Forex. Tiada satu pun masalah ini wujud dengan MetaTrader 4, walaupun pada komputer lama.
Ya, ia kelihatan seperti program dari tahun 2005. Jika anda mencari platform yang memuaskan mata dari segi estetik, ini bukanlah platform sesuai – namun jika anda begitu peduli dengan bagaimana platform anda kelihatan, mungkin anda perlu semak semula keutamaan anda dalam dagangan.
Ia boleh beroperasi pada Mac tetapi dengan sedikit usaha. Anda perlu memasang pelagak Windows bernama Wine (alatan untuk sistem berasaskan Unix untuk menjalankan aplikasi yang dibangun oleh Windows) berserta dengan font dan antara muka grafik. Wine adalah alatan yang hebat, tetapi tidak semestinya stabil dan pengalaman anda mungkin terjejas disebabkannya.
Ianya kekurangan integrasi berita dan data ekonomi. Pada platform yang lebih moden, pedagang boleh terkemas kini dengan berita mutakhir yang memberikan kesan kepada kadar tukaran tanpa meninggalkan platform.
MetaQuotes menerbitkan versi terbaru Metatrader (Metatrader 5 atau MT5) pada 2010. Terdapat beberapa perbezaan penting antara keduanya, namun perubahan fungsi ketara adalah MT5 boleh menyokong dagangan saham, niaga hadapan dan komoditi sebaliknya MT4 tidak boleh. Walau begitu, MT5 adalah platform yang sofistikated – tetapi jika anda berminat untuk berdagang kelas aset ini disamping Forex pada platform MetaTrader, anda tidak mempunyai pilihan lain.
Tambahan pula, MT5 akhirnya mendapat sokongan serius dari industri, dengan sesetengah mereka meninggalkan terus pendahulunya untuk menggunakan versi terbaru. Juri masih tertanya sama ada ini akan menjadi trend, namun ia masih satu keberangkalian yang tidak pasti.
MetaTrader4 adalah batu asas untuk ramai pedagang dalam perkembangan mereka untuk menjadi pedagang profesional. Ia akan masih kekal untuk sementara waktu ini dan akan terus membantu pedagang baru memulakan karier perdagangan. Jika anda sedang cuba untuk memahami carta dengan mendalam, tumpukan perhatian kepadanya daripada semak dengan alatan lebih canggih, sedemikian ia terus menjadi calon terbaik dalam memenuhi 90% keperluan dagangan anda.
Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa tahap risiko yang tinggi kepada modal anda: 75-90% daripada pelabur runcit kerugian wang dalam dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD membawa risiko yang tinggi disebabkan oleh faktor-faktor berikut: Leveraj melampau, turun naik pasaran yang tidak dapat diramal, kegelinciran yang timbul daripada kekurangan kecairan, pengetahuan atau pengalaman dagangan yang tidak mencukupi, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendepositkan wang yang tidak boleh dirisikokan. Tidak kira berapa banyak penyelidikan yang telah anda lakukan, atau sejauh mana keyakinan anda dalam dagangan, masih akan terdapat risiko kerugian yang besar. (Ketahui lebih lanjut daripada FCA atau daripada ASIC )
Laporan Keadaan Pasaran dan Direktori Broker kami adalah hasil penyelidikan meluas ke atas [fxs -brokers-count round=10] broker Forex. Matlamat jelas sumber ini adalah bagi membantu pedagang mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan mereka daripada yang teruk – berdasarkan manfaat maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya kami telah berjaya dalam matlamat kami.
Dalam dunia dimana syarat dagangan dan sokongan pelanggan boleh berbeza-beza mengikut tempat tinggal anda, ulasan broker kami menumpukan pada pedagang tempatan dan memberi anda maklumat tentang broker ini menurut perspektif anda.
Semua penyelidikan telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dan penulis dalaman kami, yang mengumpul maklumat daripada pelbagai wakil syarikat, laman web dan membaca perincian halus. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.
Chris Cammack
Ketua Kandungan
Chris menyertai syarikat pada 2019 selepas sepuluh tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya telah memberinya pengetahuan mendalam tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang mempengaruhinya. Chris mempunyai pandangan tajam dalam suntingan dan berminat mendalam tentang hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami memenuhi standard kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami merentasi semua laman.
Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Senior
Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan tumpuan pada fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam dagangan forex dan untuk menulis mendorongnya beralih kerjaya, dan dia kini mempunyai lebih lapan tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menyemak 100+ broker dan mempunyai pemahaman yang baik tentang dunia dagangan Forex.
Ida Hermansen
Penulis Kewangan
Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjerumus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.