Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | ASIC, BaFin, DFSA, CFTC |
💵 Kos Dagangan | USD 6 |
⚖️ Leverage | 200:1 |
💹 Salin Dagangan | Tidak |
🖥️ Plaform | MT4, L2 Dealer, ProRealTime |
💱 Aset | Bon, Komoditi, Mata wang Kripto, Digital 100, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Kadar Faedah |
Kemas kini terakhir pada Disember 29, 2023
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Salah satu broker ditaraf tinggi oleh kami, IG Markets adalah penggerak pasaran dengan hanya akaun tunggal untuk dagangan Forex, namun spread adalah sempit dan bahan pendidikan dan analisis juga cemerlang. Pilihan meluas platform (termasuk MT4) juga boleh didapati dan khidmat pelanggannya bertaraf dunia.
Dengan kawal selian dari FCA dan ASIC, dan pemenang untuk Broker of the Year 2018 (Anugerah UK Forex) dan Pembekal CFD Terbaik 2017 (Anugerah Investment and Wealth Management), IG Markets adalah pilihan menarik untuk kedua pemula dan pedagang berpengalaman.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | ASIC, BaFin, DFSA, CFTC |
💵 Kos Dagangan | USD 6 |
⚖️ Leverage | 200:1 |
💹 Salin Dagangan | Tidak |
🖥️ Plaform | MT4, L2 Dealer, ProRealTime |
💱 Aset | Bon, Komoditi, Mata wang Kripto, Digital 100, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Kadar Faedah |
Salah satu broker runcit dalam talian terawal, IG Markets dikawal selia oleh FCA U.K. (lesen 195355) sejak 2001, ASIC Australia (lesen 220440) sejak 2002 dan FSCA Afrika Selatan (FSP 41393) sejak 2010.
Walaupun telah agak lama, pengiktirafan industri tidak henti bertambah untuk IG Markets. Memenangi anugerah seperti Pembekal Kekayaan Peribadi Keseluruhan Terbaik 2017 (Anugerah Online Personal Wealth) dan Broker Dalam Talian Terbaik 2015 (Anugerah Business Day Investor’s Monthly Stockbroker), pemerhati industri memuji cara IG Markets menguruskan pelanggan dan perniagaannya.
Kawal selian yang kukuh menghasilkan proses dalaman yang ketat. Di IG Markets semua dana disimpan dalam akaun amanah berasingan dimana dana tidak boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dengan pedagang lain atau untuk tujuan pembiayaan operasi perniagaan. Menurut undang-undang, audit terhadap semua dana pelanggan dilakukan setiap hari untuk memastikan broker mempunyai kecairan yang disyaratkan.
Disebabkan dasar dan proses perlindungan dalaman pelanggan yang aktif, kawal selian tradisional kukuh, dan pengiktirafan industry, kami menilai IG Markets broker yang selamat untuk berdagang.
Hanya satu jenis akaun ditawarkan untuk pedagang Forex, meskipun akaun lain tersedia bagi mereka yang ingin bertaruh dalam spread. Pilihan akaun korporat juga boleh didapati jika anda ingin berdagang sebagai entiti korporat berbanding sebagai individu.
Akaun IG Markets mempunyai kedua persekitaran dagangan demo dan nyata. Akaun dagangan utama IG Markets adalah sepertri berikut:
Akaun Dagangan CFD
Ini adalah cara fleksibel untuk berdagang instrumen CFD merentasi beraneka pasaran, termasuk pasangan mata wang Forex, indeks, dan komoditi. Dengan jenis akaun ini, anda mendapat pengurangan komisyen untuk 2-minggu pertama berdagang.
Akaun Spread Betting
Tiada deposit minimum untuk membuka akaun dagangan taruhan spread. Jenis akaun ini adalah cara paling mudah untuk ambil peluang kenaikan dan kejatuhan pasaran. Kos dagangan adalah agak rendah yang hanya 0.6 spread pada EUR/USD; 1 mata pada FTSE100, dan hanya 0.1% untuk satu saham.
Akaun Tambahan
IG mempunyai akaun perniagaan Saham, Simpanan Peribadi (ISA), Pelaburan Pencen Peribadi (SIPP) dan akaun Pelaburan Pintar Portfolio IG. Kesemuanya adalah jenis akaun tanpa leveraj yang membolehkan anda berdagang saham dan ekuiti. Hampir semua akaun boleh didapati sebagai akaun Islamik bebas swap.
Platfrom Dagangan di IG Markets menyokong 68 pasangan mata wang dengan spread minimum 0.6 pip. Akaun dagangan CFD menawarkan dagangan pasangan FX tanpa komisyen.
Deposit melalui pindahan kawat bank adalah percuma dan mengambil sehingga tiga hari bekerja untuk masuk ke dalam baki dagangan. Deposit kad debit adalah segera dan percuma untuk Visa dan MasterCard. IG Markets mengenakan caj untuk deposit melalui kad Kredit dengan yuran 1% pada Visa dan 0.5% melalui MasterCard.
Dianugerahkan Pendidik Terbaik Forex 2018 (Anugerah Forex UK), IG Markets mempunyai banyak bahan pendidikan terkini dan boleh diakses oleh pedagang pemula. Laporan dan analisis harian dihantar melalui e-mel untuk yang melanggannya, dan sokongan 24-jam tersedia disamping komuniti setara yang boleh membimbing anda untuk bermula.
Kursus dagangan dalam talian boleh diakses di Akademi IG yang melitupi topik untuk pedagang pemula, pertengahan dan lanjutan. Kelas live, berstruktur, seakan bilik darjah dijalankan setiap hari, dan memberikan peluang kepada pedagang untuk mendapat maklum balas peribadi dan berinteraksi dengan penganalisa pasaran.
Berita dan idea dagangan, pendidikan strategi dagangan, serta analisis peristiwa kewangan akan datang, diterbitkan dengan kerap di IG Markets. Analisis ditulis oleh pasukan penganalisis Global IG Markets yang mempunyai latar belakang profesional dalam dagangan di beberapa bank pelaburan utama.
IG Markets menghantar Panggilan Pagi dan laporan Minggu Akan Datang dengan percuma setiap hari dan juga secara mingguan. Setiapnya menghuraikan analisis peristiwa ekonomi besar dan berita korporat sebelum pembukaan pasaran ekuiti UK.
Sokongan pelanggan boleh didapati melalui telefon, e-mel, twitter dan live chat, 24 jam dari 8 pagi hari Sabtu ke 10 malam Jumaat (GMT). Sokongan setara menawarkan bantuan daripada pedagang laun dan kakitangan IG dalam forum perbincangan, yang merupakan sumber tambahan ideal untuk pedagang pemula yang mempunyai soalan tentang platfrom, analisis asas dan perkongisan idea dagangan.
Bantuan sokongan ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Belanda, Sweden, Cina, Jepun, Denmark dan Arab.
IG Markets mendedahkan pelanggan kepada sut platform dagangan untuk pemula dan pedagang mahir, dan telah memenangi IG Markets dengan anugerah untuk Pembekal Multi-Platform Terbaik dari tahun 2016-2018 di Anugerah Kewangan Antarabangsa ADVFN. Anugerah lain untuk platfrom mereka termasuk Platfrom Dagangan Terbaik 2017 (Anugerah Online Personal Wealth), Platform Dagangan Dalam Talian Terbaik 2015 (Anugerah Shares) dan Alatan Forex Terbaik 2018 (Anugerah UK Forex). Pengiktirafan daripada industry ini dimenangi dengan konsisten, memandangkan pilihan platform IG Markets terus ditambah-baik oleh mereka.
Platform Web
Platform web yang berjalan pada pelayar dan termasuk alatan penyelidikan, alatan pengawasan, pengurusan pesanan dan carta. Akses mudah kefungsian untuk buka, tutup dan sunting posisi individu dan berkumpulan, penyesuaian carta dan alatan pengurusan risiko, serta akses kepada data dan suapan berita, untuk membantu mengesan peluang dagangan.
Anda boleh berdagang dalam semua pasaran, dan tiada muat turun perisian diperlukan, yang disasarkan kepada semua tahap pedagang.
MetaTrader 4
MetaTrader4 direka bentuk khusus untuk Forex dan merupakan platfrom ideal untuk berdagang CFD dan taruhan spread. Carta lanjutan MT4, ciri carta dagangan dan pesanan pasaran termasuk had, henti, henti-rugi, dan ambil-untung semua tersedia secara percuma.
Kelebihan unik platform MT4 termasuk fungsi dagangan automatic yang boleh dijalankan melalui EA dan apl 18 pelanggan yang dicipta oleh IG dan pemalam Autochartist.
L2 Dealer
L2 Dealer, adalah platform khusus yang asalnya dicipta oleh pedagang IG Market sendiri, yang menawarkan akses percuma asalkan pelanggan mempunyai baki 1000 USD.
Kelebihan utama perisian L2 Dealer adalah berdagang Forex pada harga pasaran, dengan kecairan daripada pembekal utama. Pertambahan kecairan yang terhasil daripada forum rahsia (dark pool), memisahkan broker dan penggerak pasaran, menggunakan penghalaan pesanan pintar, yang akan mencari dan melaksanakan dagangan pada harga terbaik daripada beberapa tempat dagangan secara automatik.
Terangsang sedia dengan berbagai ciri, platform L2 Dealer membolehkan dagangan CFD dan saham trading dengan penggunaan alatan penagwasan seperti watchlist, suapan berita live Reuters, amaran harga, dan kawalan pesanan profesional. Teknologi gred-profesional pendahulu ini menawarkan pelaksanaan berkelajuan tinggi, dan tiada sebutan harga semula atau tiket rujukan peniaga.
ProRealTime
Ditujukan kepada pedagang teknikal carta, ProRealTime adalah pakej lanjutan boleh dimuat turun dengan ciri analitikal canggih dan alatan pengawasan dagangan. Dengan fungsi untuk berdagang atas carta, serta strategi dagangan berautomasi, standard dibuat percuma asalkan pelanggan berdagang sekurang-kurangnya empat kali sebulan. Jika tidak caj 30 USD akan dikenakan atas pengguna alatan.
Apl IG Markets disokong oleh telefon mudah alih dan tablet Android dan IOS. Pemenang untuk Apl Kewangan Terbaik 2016 (Anugerah Kewangan Antarabangsa ADVFN) dan Apl Dagangan Terbaik (Anugerah Pelaburan dan Pengurusan Dana 2016)
Kefungsian penuh dagangan, pilihan urus niaga lanjutan dan amaran dagangan menjadikan apl dagangan IG Markets lokasi baik untuk penyelidikan, persediaan, pengawasan, kawalan dan pembukaan/penutupan dagangan untuk sesiapa yang ingin meluangkan masa jauh daripada meja kerja mereka.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Untuk membawa ketelusan ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci untuk tawaran IG Markets. Berpusat kepada proses ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platfrom oleh broker dan keadaan dagangan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya akan digred, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker dikehendaki untuk memperincikan risiko yang dihadapi dari dagangan CFD Forex kepada pelanggan. IG Markets ingin anda tahu bahawa: Taruhan spread dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 70%akaun pelabur runcitan kerugian wang apabila berdagang taruhan spread dan CFD dengan pembekal ini. Anda patut mempertimbangkan pemahaman anda tentang bagaimana fungsi taruhan spread dan CFD, dan sama ada anda boleh mengambil risiko tinggi kerugian wang anda.
IG Markets adalah broker yang telah lama ditubuhkan dan boleh dipercayai. Dikawal selia oleh FCA dan ASIC, dan dengan pengiktirafan industri yang kerap, IG Markets menonjom dikalangan broker besar lain dari spread yang sempit dan bahan pendidikan yang cemerlang.
Dengan pilihan meluas platform dagangan untuk pedagang pemula kepada tahap lanjutan, disamping katalog pendidikan, analisis dan webinar, IG Markets patut dipertimbangkan oleh mana-mana pedagang yang mencari adunan tambahan yang boleh ditawarkan sebuah penggerak pasaran.
Chris menyertai syarikat itu pada 2019 selepas pengalaman sepuluh tahun dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk khusus untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya memberinya pengetahuan meluas tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang boleh mempengaruhi pasaran. Chris mempunyai minat mendalam menyunting, serta tertarik dengan hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami dalam semua laman memenuhi piawaian kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami.
Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan kepakaran fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kesukaan untuk menulis mendorongnya untuk bertukar kerjaya, dan dia kini mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menilai 100+ broker dan mempunyai pemahaman hebat tentang dunia dagangan Forex.
Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjurus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.
Find out how IG stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.