Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
AvaTrade adalah broker CFD mesra-pemula yang menawarkan dagangan dalam Forex, mata wang kripto, komoditi, indeks, saham, bon, dan EFTs. AvaTrade mempunyai salah satu apl dagangan mudah alih terbaik dalam industri dan, tidak seperti kebanyakan broker Eropah, mereka mempunyai pasukan sokongan pelanggan orang Malaysia dan laman web berbahasa Melayu.
Akaun tunggal AvaTrade memerlukan deposit minimum 100 USD dan menawarkan spread kompetetif untuk broker penggerak pasaran, ianya juga boleh ditukarkan kepada akaun Islamik – meskipun spread akan lebih lebar daripada akaun biasa.
AvaTrade digunakan lebih daripada 200,000 pedagang aktif pada platform MT4, MT5, dan AvaGo dan menyediakan akses percuma kepada alatan dagangan seperti Autochartist, Duplitrade dan AvaProtect, sistem pengurusan risiko inovatif ciptaannya.
🏦 Deposit Min. | USD 100 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | ASIC, CySEC, CBI, FRSA |
💵 Kos Dagangan | USD 9 |
⚖️ Leverage | 400:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4, MT5, Avatrade Social, AvaOptions |
💱 Aset | Bon, Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Pilihan Vanila |
Dengan lebih daripada 200,000 pelanggan berdaftar serata dunia, dan lebih daripada 2 juta dagangan dijalankan setiap bulan, AvaTrade adalah broker terkemuka dalam industri Forex.
AvaTrade buat masa ini tidak dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, namun anak syarikatnya di serata dunia memegang lesen dari badan penguatkuasa berbeza-beza.
AvaTrade kerap memenangi anugerah untuk perkhidmatan dan produknya, beberapa anugerah terkini AvaTrade termasuk:
Reputasi AvaTrade diserlahkan lagi dari sejarah alatan pengurusan risiko inovatif untuk pedagangnya ; pada Januari 2020 mereka melancarkan AvaProtect, alat dagangan baru ini membolehkan pelanggan membeli perlindungan atas kerugian dagangan untuk tempoh tertentu – jika anda menutup dagangan dalam tempoh yang ditetapkan ini sebarang kerugian akan dikembalikan sepenuhnya.
Pada masa ciri AvaProtect sedang aktif, sudah tentu anda masih boleh meraih keuntungan dari posisi anda. Kos penggunaan AvaProtect berbeza-beza bergantung kepada pasaran dan saiz sesuatu dagangan; AvaProtect juga tersedia pada Apl AvaTradeGO.
AvaTrade menyediakan pilihan meluas instrumen dagangan, termasuk Forex, komoditi, saham, indeks, mata wang kripto, bon, dan ETF. Dengan harga kompetetif dan leveraj sehingga 1:400 pada pasangan Forex, AvaTrade adalah pilihan menarik untuk kedua pedagang baru dan berpengalaman.
Akaun Demo – Akaun demo AvaTrade adalah alat berguna untuk anda berlatih berdagang, menguji Expert Advisor, atau membiasakan diri dalam perdagangan Forex. Dengan dana maya 100,000 USD, akaun demo sepenuhnya menyerupai akaun nyata AvaTrade dan hanya akan luput selepas 21 hari.
Akaun Biasa – Akaun dagangan biasa AvaTrade mempunyai deposit minimum 100 USD dan menawarkan spread kompetetif, bermula dari 0.9 pips pada EUR/USD. Pemegang akaun biasa menikmati kelebihan bersifat progresif berdasarkan amaun yang mereka masukkan. Bermula 1,000 USD dan keatas, anda mendapat bonus 20% pada deposit dan sesi dagangan 1-dengan-1 bersama pengurus akaun peribadi. Pelanggan yang mendeposit 2,000 USD atau lebih akan mendapat akses percuma ke DupliTrade, sebuah platform salin dagangan berkuasa.
Akaun VIP – Akaun VIP memerlukan deposit minimum 50,000 USD. Dengan akaun ini, anda akan menikmati beberapa kelebihan, termasuk pengurus akaun peribadi, pengeluaran lebih cepat, keadaan dagangan lebih baik, dan bonus 10,000 USD (maksimum yang dibenarkan oleh AvaTrade). Pelanggan VIP juga mempunyai akses ke DupliTrade. Ambil perhatian bahawa anda boleh meraih status VIP dengan mengembangkan akaun anda sehingga 50,000 USD melalui dagangan menguntungkan.
AvaTrade menawarkan akaun Islamik kepada pedagang beragama Islam. Akaun Islamik akan dikenakan spread lebih tinggi pada semua pasangan Forex. Untuk membuat akaun Islamik, pedagang perlu:
Di AvaTrade anda boleh jangkakan spread serendah 0.9 pip (cth. pada EUR/USD dan USD/JPY), dan tiada komisyen pada dagangan. Pusing ganti (faedah) mungkin dikenakan (atau diraih) pada posisi tertentu yang dipegang semalaman.
Anda boleh mendanakan akaun dagangan AvaTrade anda dengan:
Berapa Lama Deposit Diproses?
Cara Mengeluarkan Dana Dari AvaTrade
Disebabkan peraturan anti wang haram, pengeluaran hanya boleh dihantar melalui cara bayaran yang anda gunakan untuk mendanakan akaun anda, kecuali apabila keuntungan yang dibuat dari dagangan dan 200% amaun deposit awal telahpun dikeluarkan melalui cara bayaran asal.
Pengeluaran biasanya diproses dan dihantar dalam 1 ke 2 hari bekerja. Sebaik pengeluaran diproses, masa tambahan mungkin diperlukan sebelum anda menerimanya. Berikut adalah masa-masa berbeza mengikut cara bayarannya:
Caj Deposit dan Pengeluaran AvaTrade
AvaTrade tidak mengenakan caj kepada pelanggan untuk deposit dan pengeluaran. Kos yang terlibat hanyalah dari kad bank, e-dompet, atau caj pindahan bank.
Seperti yang anda boleh jangkakan daripada broker besar, AvaTrade menyediakan wadah kompehensif dalam bahan pendidikannya buat pedagang baru bermula, serta alatan dan analisis berguna untuk membantu pedagang mencari peluang terbaik.
Di Malaysia, sokongan pelanggan adalah dari Isnin ke Jumaat 08:00-23:00 dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina. Untuk perkara mustahak, pedagang Malaysia boleh menghubungi pasukan sokongan antarabangsa AvaTrade yang beroperasi 24/5 melalui chat live.
Metatrader 4 – Platform dagangan MT4 adalah salah satu platform dagangan Forex paling meluas penggunaannya dan boleh digunakan untuk berdagang instrumen seperti komoditi, mata wang kripto, indeks saham, dan saham CFD. Satu daripada ciri yang menjadikan MT4 popular adalah ciri auto dagangan yang membolehkan dagangan algoritma dan ujian latar strategi dengan espert advisor (robot dagangan).
Metatrader 5 – Perbezaan utama diantara MT4 dan MT5 adalah MT4 adalah platform hanya untuk Forex, sementara MT5 adalah penyelesaian dagangan berbilang aset. Dengan MT5, anda boleh berdagang bukan sahaja Forex namun juga saham, indeks saham dan logam berharga. MT5 juga mempunyai suapan berita terbina dalam, petunjuk kedalaman pasaran, kalendar ekonomi, dan dagangan boleh dibuat pada carta. Ambil perhatian bahawa MT5 hanya disokong oleh AvaTrade dalam sesetengah negara dan mungkin tidak tersedia di tempat anda.
AvaOptions – Dengan AvaTrade, anda juga boleh berdagang opsyen vanila. Dagangan opsyen menarik dan memberikan pedagang dengan peluang menikmati lebih dari persekitaran 2 dimensi dalam dagangan Forex. Anda boleh berdagang opsyen vanila dalam lebih daripada 40 pasangan mata wang, emas, dan perak. Dengan akaun demo AvaOptions, pasukan sokongan AvaTrade tersedia untuk membantu anda sepanjang pembelajaran anda tentangnya.
Avatrade menawarkan beberapa alatan dagangan, termasuk Autochartist, Duplitrade dan Zulutrade.
Autochartist adalah alat analisis teknikal pemenang anugerah yang boleh digunakan dengan MT4 dan mengenal pasti peluang perdagangan merentasi ratusan instrumen kewangan. Autochartist percuma kepada pelanggan AvaTrade yang membuat deposit 500 USD.
Enjin pengenal pasti canggih Autochartist mengenal pasti peluang dagangan berkemungkinan dan meramal pergerakan harga masa depan. Beberapa ciri-ciri utama Autochartist adalah:
Juga boleh didapati di AvaTrade adalah DupliTrade dan ZuluTrade, keduanya Platform Salin Dagangan Automatik
Dengan deposit minimum 2,000 USD di Avatrade, pedagang mendapat akses ke DupliTrade, sebuah platform salin dagangan terpaut dengan platform dagangan MT4. DupliTrade membolehkan anda menyalin terus tindakan pedagang pakar (dengan rekod terbukti) secara automatik ke akaun dagangan AvaTrade anda.
Akaun dagangan MT4 juga boleh dipautkan dengan akaun ZuluTrade, juga digunakan untuk menyalin dagangan.
*Akaun MT4 MAM AvaTrade juga boleh digunakan untuk menyalin dagangan dari akaun dagangan master ke akaun ‘menyalin’ tanpa had bilangan.
Untuk pedagang yang selalu bergerak, AvaTradeGO adalah pilihan baik platform dagangan mudah alih. Ia tersedia untuk peranti Android dan iOS dan mempunyai skrin utama yang mesra pengguna, canggih dan intuitif. Dengan AvaTradeGO, anda boleh membuka dan menguruskan beberapa akaun MT4 pada panel kawalan yang sama.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cari kami menilai rakan sekutu. Untuk membawa ketelusan ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci tawaran daripada AvaTrade. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian terhadap kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang disediakan oleh broker, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker diwajibkan untuk memperincikan tahap risiko dagangan CFD Forex kepada pelanggannya. AvaTrade ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan dating dengan risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72% akaun pedagang runcit kerugian wang berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda patut mempertimbangkan sama ada anda faham tentang CFD dan sama ada anda sanggup mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
AvaTrade adalah salah satu broker penggerak pasaran terbaik, terbesar dan bereputasi tinggi di dunia. Pendidikan yang utuh, khidmat pelanggan setia dan spread sempit secara relatifnya menjadikannya tempat yang baik untuk pemula untuk melancarkan karier dagangan mereka, sementara pedagang berpengalaman akan menikmati berbagai alatan dagangan dan pilihan aset meluas.
Find out how AvaTrade stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.