Ulasan Terhadap Broker Tickmill

Editor Editor:  Chris Cammack Dikemaskini: November 22, 2023
Pengarang Pengarang:  Alison Heyerdahl

Kemas kini terakhir pada November 22, 2023

Alison Heyerdahl
Skor broker
4.58 4.58 / 5
Ditaraf #8 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
🏦  Deposit Min.USD 100
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 6
⚖️  Leverage500:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 
AlertMenerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.00 pip dengan komisyen 6 USD pusingan bergilir pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4 dan MT5. Tickmill dikawal selia oleh CySEC, FCA, FSCA dan FSA-Seychelles.

Kemas kini terakhir pada November 22, 2023

Alison Heyerdahl

75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .

Keputusan kami pada Tickmill

Sebuah broker yang dipercayai dengan sokongan MT4 dan MT5 dan dua akaun dagangan dengan kos paling rendah dalam industri, Tickmill menyediakan persekitaran dagangan sempurna untuk pemula serius dan pedagang lebih berpengalaman Walau begitu, meskipun Tickmill dikawal selia oleh FSA Labuan, pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti Tikcmill negara Seychelles, yang menawarkan kurang perlindungan.

Tickmill menawarkan dua akaun berasaskan komisyen dengan spread rendah (0.0 pip pada EUR/USD) dan dengan komisyen antara yang paling rendah dalam industri. Akaun Standard juga boleh didapati, dengan tanpa komisyen dan spread bermula dari 1.6 pip. Pada EUR/USD. Kedua pendidikan dan analisis pasarannya cemerlang dan pedagang berpengalaman akan menghargai julat meluas pasangan mata wang.

Keseluruhannya, sementara akaun Standard Tickmill adalah lebih mahal daripada broker serupa, dua akaun komisyen berkos rendahnya menjadikannya pilihan hebat untuk pengguna Metatrader yang sedang mencari broker baru.

🏦  Deposit Min.USD 100
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 6
⚖️  Leverage500:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 
BestTradingConditions

Ringkasan keseluruhan

Penilaian Kepercayaan
11110.54.5/ 5
Keadaan Dagangan
111115/ 5
Platform Dagangan
11110.54.5/ 5
Deposit & Pengeluaran
11110.54.5/ 5
Pendidikan & Penyelidikan
111115/ 5
Aset Tersedia
11110.54.5/ 5
Khidmat Pelanggan
111104/ 5
Mesra Pengguna-Baru
Cemerlang
Bonus selamat datang

Maklumat Akaun

Matawang asas
USD, EUR, GBP, PLN
Bilangan padanan
62
Padanan Crypto
8
Salin Dagangan
Lindung Nilai Dibenarkan
Scalping
Akaun Islamik

Keadaan Dagangan

Nama akaun
Raw
Jenis Broker
Komisyen
6 USD/lot
EUR/USD
0.10 pips
GBP/USD
0.30 pips
USD/JPY
0.10 pips
Perlindungan baki negatif

Butiran syarikat

Nama Syarikat
Tickmill Ltd
Ditubuhkan
2014
Laman web
Bahasa Laman Web
Bahasa Inggeris, Melayu, Bahasa Poland, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Thai, Cina, Vietnam, Portugis, Bahasa Sepanyol
Bahasa Sokongan
Bahasa Inggeris, Melayu, Bahasa Poland, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Thai, Cina, Vietnam, Portugis
Lokasi Pejabat
Seychelles, Cyprus, Malaysia, United Kingdom, Afrika Selatan

Pro

  • Spread sempit
  • Dikawal selia baik
  • Pengeluaran percuma dan pantas

Kontra

  • Mata wang asas yang terhad

Adakah Tickmill selamat?

Tickmill mengekalkan kawal seliaan daripada pihak berkuasa terbaik, termasuk FCA UK CySEC dari Cyprus, namun pelanggan Malaysia akan dimasukkan melalui entiti Tickmill negara Seychelles, yang menawarkan kurang perlindungan.

Kawal Seliaan: Walaupun Tickmill mempunyai lesen daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Malaysia, Pelanggan Malaysia akan dimasukkan melalui entiti Tickmill negara Seychelles. Ini agak mengecewakan untuk pedagang Malaysia memandangkan ini bermaksud mereka tidak akan mendapat perlindungan daripada kawal seliaan tempatan dan wang mereka tidak akan diasingkan di bank-bank Malaysia. Lihat dibawah untuk notis mendaftar Tickmill:

Tickmill Signup MY

Ciri-Ciri Keselamatan: Walaupun kekurangan pemantauan daripada LFSA mungkin membimbangkan pedagang Malaysia, kami masih menganggap Tickmill sebuah broker yang selamat untuk berdagang. Pertamanya, mereka mempunyai lesen-lesen daripada berbagai pihak kawal seliaan seluruh dunia: 

Tickmill Licences

Yang kedua, pelanggan Malaysia boleh yakin bahawa dana mereka akan dipisahkan daripada modal operasi Tickmill di bank-bank unggul, dan akhir sekali, mereka menawarkan perlindungan baki negatif kepada pelanggan mereka, yang bermaksud pedagang tidak boleh kehilangan lebih daripada deposit awal mereka. 

Maklumat Syarikat:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Pengawal Selia Kumpulan
Jenis Broker
Laman web
Ditubuhkan
Lokasi Pejabat
Caj Tidak Aktif
CySEC
FCA
LFSA
FSCA
FSA-Seychelles
DFSA
STP
2014
Seychelles, Cyprus, Malaysia, United Kingdom, Afrika Selatan
Tiada

Aset-Aset Dagangan Tickmill

Julat instrumen kewangan untuk didagangkan di Tickmill lebih kecil berbanding kebanyakan broker lain, namun kami berbesar hati melihat penambahan berbagai saham CFD dalam tawaran mereka pada May 2022.

Instrumen Dagangan dan Leveraj:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Financial Instrument
Number of Assets
Leveraj
Bon
4
100:1
Mata wang Kripto
8
2:1
Stock CFDs
98
20:1
Forex
62
500:1
Niaga hadapan
6
Unleveraged
Indices
27
100:1
Logam
4
500:1 on gold, 125:1 on silver

Forex: Tickmill menawarkan 62+ pasangan mata wang untuk didagangkan termasuk (EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY) dan minor (NZD/CAD, EUR/JPY, dan GBP/NZD), serta eksotik (EUR/NOK, USD/SEK dan EUR/ZAR). Di Tickmill, terdapat lebih banyak untuk didagangkan berbanding broker Forex lain. 

Indeks: Tickmill menawarkan dagangan dalam 27 indeks; agak biasa dibandingkan dengan broker serupa lain, namun terdiri dengan jenis seperti AUS200, UK100, US30, dan US500. Kedua Indeks Futures dan Indeks Wang CFD boleh didapati.

Logam: Tickmill menawarkan tiga logam, berbanding 5 – 10 Logam yang ditawarkan kebanyakan broker. Ini termasuk emas dan perak.

Bon: Tickmill menawarkan empat bon untuk didagangkan, yang agak biasa berbanding broker serupa lain.

Saham CFD: Sehingga penghujung 2021, Tickmill menambah julat kecil saham CFD, termasuk jenama besar dari AS dan UK. Kami yakin senarai ini akan berkembang lagi. 

Mata Wang Kripto: Tickmill hanya menawarkan lapan mata wang kripto untuk didagangkan, termasuk Bitcoin, Ethereum, dan Litecoin. Tawaran ini agak terhad berbanding broker-broker lain.  

Selain pilihan meluas pasangan Forex, pilihan untuk CFD Tickmill agak mengecewakan, namun kami berbesar hati melihat mereka kini menawarkan dagangan saham CFD.

Yuran Akaun dan Dagangan Tickmill

Tickmill menawarkan tiga akaun live, seperti kebiasaan broker-broker lain dan caj dagangan adalah lebih rendah berbanding purata pada dua daripada tiga akaunnya.. 

Caj Dagangan: Akaun Klasik mempunyai kos dagangan yang disertakan dalam spread, sementara akaun Pro and VIP menawarkan spread sempit sebagai pertukaran dengan komisyen kecil per dagangan. Keadaan dagangan akan lebih baik jika deposit minimum lebih tinggi. Kos dagangan berterusan di Tickmill adalah sangat kompetetif pada dua akaun berasaskan komisyennya, namun lebih tinggi daripada purata pada Akaun Klasik bebas komisyen. Pun begitu, deposit minimum 100 USD pada akaun Klasik dan Pro menjadikannya boleh diakses kepada kebanyakan pedagang

Yuran tidak berdagang yang Rendah: Di Tickmill tiada caj dikenakan untuk deposit dan pengeluaran, dan Tickmill tidak mengenakan caj tidak aktif pada akaun dorman. Ini sangat luar biasa untuk industri yang mengenakan caj untuk hampir semua perkara.  

Kos Dagangan Akaun Tickmill:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Akaun dagangan
Deposit Min.
Spread Min. EUR/USD
Komisyen
Kos Dagangan (USD)
Classic
USD 100
1.60
Spread Sahaja
16
Pro
USD 100
0.0
6 USD/lot
6

Seperti yang anda boleh lihat dari rajah diatas, kos dagangan pada Akaun VIP lebih rendah berbanding dari yang dikenakan broker lain pada akaun serupa. Namun begitu, pedagang perlu mengekalkan baki akaun minimum 50,000 USD. Kos dagangan pada Akaun Pro juga sangat kompetetif, dan hanya perlukan deposit minimum 100 USD. Perlu diketahui bahawa Tickmill mengenakan caj komisyen antara yang palin rendah dalam industri – komisyen di kebanyakan broker lain cenderung pada 7 USD (pusingan penuh) per lot didagangkan.

Tickmill Akaun

Akaun Classic

Akaun bebas komsieyn tahap pemula ini perlukan deposit minimum 100 USD.  Caj akan disertakan dalam spread, yang bermula dari 1.6 pip pada EUR/USD, agak lebar berbanding broker serupa lain. 

Pro-Account

Akaun ini perlukan 100 USD deposit minimum dan merupakan akaun tahap pemula untuk pedagang profesional. Spread sempit tidak tetap (bermula dari 0.00 pip) boleh didapati dengan pembayaran komisyen 6 USD (pusingan penuh) per lot. Ambil perhatian bahawa henti-keluar dan tahap had untuk pengguna akaun Pro adalah sifar.

Akaun VIP

Dengan keadaan dagangan cemerlang, akaun ini adalah untuk pedagang profesional bervolum besar namun memerlukan deposit minimum 50,000 USD. Komisyen dikurangkan kepada 2 USD (pusingan penuh) per lot dan spread adalah 0.0 pips (EUR/USD), menjadikan akaun ini salah satu akaun kos terendah dalam industri.

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Jenis Akaun
Deposit Min.
Leverage
Spread Min.
Komisyen
Classic
USD 100
1000:1
1.60
Spread Sahaja
Perincian Akaun
Pro
USD 100
1000:1
0.0
6 USD/lot
Perincian Akaun

Akaun Demo

Akaun Demo membolehkan pedagang prospektif untuk berlatih berdagang dalam masa-nyata.  Seseorang boleh mencuba alatan dan strategi disamping menajamkan kemahiran dagangan sepenuhnya tanpa risiko. Pedagang baru juga boleh meneroka suit penuh alatatan dan ciri tersesuai  yang ditawarkan platform MT4 platform untuk meningkatkan prestasi dagangan.  Akaun demo luput apabila tidak log masuk untuk tujuh hari berturut.

Deposit dan Pengeluaran

Tickmill menawarkan pelbagai cara pendanaan dan pengeluaran, masa pemprosesannya pantas, dan tiada caj dikenakan untuk deposit dan pengeluaran..  

Sebuah broker terkawal selia baik, Tickmill memastikan semua peraturan dan undang-undang Anti Penyelewengan Wang dipatuhi, dan atas sebab itu, semua pengeluaran akan disalurkan semula kedalam sumber deposit.  

Mata Wang Akaun Dagangan: Di Tickmill, pedagang hanya boleh memilih tiga mata wang asas: USD, GBP, dan EUR. Ini agak terhad berbanding kebanyakan broker antarabangsa lain dan mengecewakan untuk orang Malaysia yang biasanya akan mempunyai akaun bank dengan denominasi MYR dan akan perlu membayar caj pertukaran untuk deposit dan pengeluaran.

Caj Deposit dan Pengeluaran: Tickmill menawarkan pilihan deposit dan pengeluaran tanpa komisyen yang boleh dilakukan dalam platform dagangan broker. Amaun pengeluaran minimum untuk semua cara bayaran ialah 25 USD. Tickmill juga mempunyai dasar Caj Sifar dan akan mengembalikan semula pedagang untuk sebarang caj pihak ketiga sehingga 100 USD pada deposit yang melebihi 5,000 USD.

  • Visa/Mastercard: Deposit adalah segera dan percuma. Pengeluaran juga percuma dan akan diproses dalam satu hari.
  • Bank transfers: Deposit dan pengeluaran percuma dan akan diproses dalam satu hari.  
  • Neteller/Skrill: Deposits segera dan percuma. Pengeluaran juga percuma dan akan diproses dalam satu hari.
  • STICPAY: Deposit adalah segera dan percuma. Pengeluaran juga percuma dan akan diproses dalam satu hari.
  • Fasapay: Deposits percuma dan akan diproses dalam 1 – 2 jam.  Pengeluaran juga percuma dan akan diproses dalam satu hari. Akaun berdenominasi dalam USD/IDR.
  • QIWI: Deposit adalah segera dan percuma.  Pengeluaran percuma dan akan diproses dalam satu hari. Akaun berdenominasi dalam USD/RUB/GBP.
  • WebMoney: Deposit adalah segera dan percuma.  Pengeluaran percuma dan akan diproses dalam satu hari. Amaun pengeluaran minimum ialah 25 USD, dan akaun berdenominasi dalam USD/RUB/GBP.

Bonus

Tickmill menawarkan berbagai bonus dan promosi kepada pedagang baru.  Ini termasuk Akaun Aluan 30 USD, pertandingan ramalan Non-Farm Payroll, dan pertandingan Trader of the Month.  Lihat laman web Tickmill untuk maklumat lanjut.  

Apl Dagangan Mudah Alih

Platform dagangan mudah alih Tickmill agak biasa berbanding broker serupa lain.

MetaTrader4 (MT4) dan Metatrader 5 (MT5) tersedia pada telefon bimbit dan tablet IOS, Android, dan Windows. Apl ini akan menyambung dengan akaun yang sama seperti perisian desktop, membolehkan penyelarasan dan pengalaman mudah alih.

Tickmill MT4 Mobile

Pedagang perlu ketahui bahawa terdapat kehilangan fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan desktop, termasuk rangka masa dan pilihan pencartaan yang berkurang, namun pedagang boleh menutup dan mengubah pesanan sedia ada, mengira untung dan rugi, dan berdagang pada carta.

Platform Dagangan Lain Tickmill

Tickmill menawarkan sokongan penuh platform MT4 dan pada penghujung 2021, telah menambah MT5 kedalam senarai platform mereka. Ini menonjolkan sikap Tickmill yang berterusan membina rangkaian sekutu bagi menambah baik keadaan dagangan kepada pelanggan mereka yang kian berkembang.

Semua pilihan platform adalah percuma, dan boleh dimuat turun ke komputer anda serta semuanya mempunyai versi web platform itu. Kesemua platform juga tersedia pada peranti Androind dan iOS.

Metatrader 4

Telah dikenali sebagai platform peneraju industri, Metatrader 4 (MT4) adalah platform yang paling boleh dipercayai dan popular yang ada. Antara muka yang intuitif dan persekitaran mesra pengguna menyediakan alatan dan bahan penting unutk dagangan dalam talian berjaya. Ia juga diiktiraf secara meluas untuk kepantasan masa pelaksanaan, julat alat pencartaan, dagangan algoritma, dan kebolehsesuaian.

Platform MT4 Tickmill adalah versi standard MT4, dan sementara berbagai naik taraf boleh didapati, kebanyakannya perlu dibayar.  

Walaupun MT4 mempunyai kebolehsesuaian yang hebat, platform ini rasa ketinggalan, dan sesetengah ciri mungkin sukar ditemui.  Tambahan pula, hanya pesanan asas tersedia, termasuk Pasaran, Had, Henti, dan Jejak Henti (Trailing Stop).

Metatrader 5

Dibina pada 2010, MT5 merupakan versi terbaru pendahulunya, MT4.  MT5 adalah lebih berkuasa daripada MT4 jika dilihat dari fungsi pengujian latar untuk dagangan automatik algoritma.  Ia juga mempunyai suapan berita terbina-dalam, indikator kedalaman pasaran, kalendar ekonomi, dan dagangan boleh dilakukan pada carta.  

Sekali lagi, hanya versi standard MT5 tersedia di Tickmill.  Walau begitu, sokongan untuk MT5 bermaksud Tickmill boleh menambah lagi tawaran asetnya, menjadikannya lebih menarik untuk pedagang berpengalaman.

Sementara kedua MT4 dan MT5 adalah platform dagangan yang baik, banyak broker CFD lain juga menawarkan platform berasaskan web mereka sendiri, yang selalunya mudah digunakan untuk pedagang pemula. Dari sisi lainnya, manfaat tawaran platform pihak ketiga Tickmill seperti MT4 dan MT5 adalah supaya pedagang boleh membawa versi platform tersesuai mereka kemana sahaja jika mereka ingin bertukar ke broker lain. Tambahan pula, terdapat beribu pemalam dan alatan tersedia dalam platform MetaTrader.

Perbandingan Platform Dagangan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan
Tickmill
11110.54.5/ 5
AvaTrade
11110.54.5/ 5
Avatrade Social
AvaOptions
Pepperstone
111115/ 5
TradingView

Membuka Akaun di Tickmill

Tickmill mempunyai proses pembukaan akaun yang pantas dan mudah, dengan pengesahan yang cepat..

Pedagang Malaysia boleh membuka akaun di Tickmill namun perlu memenuhi deposit minimum 100 USD untuk lakukannya.  Untuk membuka Akaun VIP, pedagang perlu mengekalkan baki minimum 50,000 USD.

Kami menguji proses membuka akaun, yang mengambil lebih kurang 10 minit untuk lengkap, dan sebaik dokumen kami dihantar, akaun kami telah siap untuk dagangan dalam beberapa jam.

Tickmill menawarkan kedua akaun korporat dan individu, namun kami akan menggariskan proses empat langkah pembukaan akaun individu:

  1. Daftar akaun.  Ini boleh dilakukan dengan mengklik pada butang “Buat Akaun”.  Pedagang perlu mengisi maklumat peribadi mereka (nama, alamat e-mel, nombor telefon, dan tarikh lahir), dan pengetahuan dagangan, kemudian cipta kata laluan.
  2. Langkah seterusnya ialah mengesahkan identiti anda. Tickmill memerlukan dua dokumen daripada anda:
    1. Gambar ID (paspot, lesen memandu, atau kad pengenalan) dan; 
    2. ID kedua (penyata bank atau utiliti dengan nama penuh anda dan alamat bertarikh dalam kurang tiga bulan).
  3. Langkah ketiga perlukan anda pilih akaun dagangan, mata wang asas yang diinginkan, dan tahap leveraj.
  4. Akhir sekali, anda boleh muat turun platform dagangan (MT4/MT5), dan mula berdagang.

Keseluruhannya, proses pembukaan akaun Tickmill adalah pantas dan efisyen, dan akaun-akaun umumnya bersedia untuk berdagang dalam masa beberapa jam.

Alatan Dagangan

Tickmill menawarkan pilihan meluas alatan dagangan berbanding broker serupa lain.

Tickmill menawarkan beberapa alatan dagangan hebat, termasuk Autochartist, Myfxbook, PelicanTrading, perkhidmatan VPS, kit dagangan maju, dan pemalam dagangan satu-klik.  Autochartist adalah percuma untuk semua pengguna berdaftar, sementara alatan pihak ketiga lain seperti myfxbook, Pelican Trading, dan penghosa VPS akan dikenakan caj tambahan kepada pedagang.

AutoChartist

AutoChartist merupakan alat analisis carta automatik pihak ketiga yang mengimbas naik-turun pasaran dan memberitahu pedagang peluang dagangan relevan. Autochartist adalah alat analisis teknikal biasa digunakan dikalangan pedagang, jadi video latihan mudah ditemui dalam talian. Autochartist ialah salah satu alat analitik terbaik di pasaran, dan Tickmill wajar dipuji kerana menyediakan perkhidmatan ini kepada pelanggannya. Tickmill menawarkan AutoChartist secara percuma untuk semua pemegang akaun live dan demo.  

Tickmill AutochartistMyfxbook AutoTrade

Alat dagangan lazim lain yang terdapat di Tickmill adalah Myfxbook AutoTrade, sebuah platform dagangan sosial merentas broker yang membolehkan salin dagangan tanpa perisian tambahan. Myfxbook boleh didapati dengan bayaran tambahan, dan pedagang perlu menghubungi myfxbook terus untuk ketahui lebih lanjut. Myfxbook dipuji sebagai satu daripada platform dagangan sosial terbaik yang ada.

Pelican Trading

Seperti Dagangan Auto Myfxbook, Pelican ialah aplikasi salin-automatik semua dalam satu inovatif yang membolehkan pedagang mengikuti dan menyalin daripada pedagang berjaya lain. Pelican mempunyai antara muka mesra pengguna yang menyediakan platform untuk belajar dan bersembang dengan pedagang dan mentor lain. Pengguna juga boleh menjejak dan menganalisis prestasi pedagang lain. Platform ini ideal untuk pemula yang baru dalam dunia berdagang. Sekali lagi, pedagang perlu menghubungi Pelican terus untuk mengetahui tentang kos berkaitan penggunaan perkhidmatan ini.

Perkhidmatan VPS

Tickmill VPS telah bekerjasama dengan BeeksFX untuk menyediakan perkhidmatan VPS kepada pelanggannya. Sebagai salah satu penyedia VPS Forex terbesar, BeeksFX memberikan pengguna rangkaian dengan kependaman yang sangat rendah dan expert advisor. 

Pelanggan Tickmill layak mendapat manfaat eksklusif daripada BeeksFX:

  • Diskaun 20% pada semua pakej.
  • Pemasangan pantas dan sokongan chat live dan e-mel 24/7.
  • Kependaman boleh abai disebabkan pelayan VPS berhampiran dengan lokasi Tickmill.
  • Jaminan 100% masa berfungsi.

Tiada sumber dikongsi, dan peningkatan kawalan.

Advanced Trader Toolkit

Percuma kepada semua pelanggan Tickmill, Advanced Trader Toolkit memberikan akses kepada kualiti teknologi institusi, termasuk alatan dagangan canggih, maklumat dan berita boleh dikonfigurasi pengguna, dan analisis dagangan. Ia juga disertakan dengan sistem amaran dan pesanan sofistikated, dan sentimen live serta penjejak korelasi. Alat ini sesuai kepada pedagang lebih berpengalaman memperhalusi lagi strategi dagangan mereka. Antara alatan dalam pakej termasuk:

  • Trade Terminal: Alat pelaksana dan analisis dagangan profesional dengan banyak ciri-ciri, menyediakan beberapa ciri dagangan dan kawalan pesanan yang tiada dalam MT4 atau MT5.
  • Connect: Sebuah pengumpul suapan berita dan kalendar ekonomi interaktif boleh laras.
  • Mini Terminal: Ditujukan untuk MT4, menguruskan pelaksanaan anda dengan konteks didalam carta dagangan spesifik.
  • Correlation Matrix dan Correlation Trader: Alatan ini berfungsi bersama untuk menunjukkan korelasi diantara pasangan simbol dagangan. Ia berfungsi dengan mana-mana simbol yang ada dalam platform dagangan, membolehkan pengiraan korelasi diantara berbilang kelas aset bertentangan dengan Forex. The Correlation Trader kemudian akan membolehkan semakan terperinci diantara dua instrumen.
  • Sentiment Trader: Membolehkan pedagang merasai pasaran melalui data taburan belian dan jualan nyata, sejarah sentimen, dan papan pemuka untuk analisis sentimen berbilang instrumen.

Dagangan Satu-Klik

Dagangan Satu-Klik Expert Advisor (EA) MT4 direka bentuk untuk menjadikan mekanisme dagangan biasa lebih mudah diakses, membantu dagangan dan membuang navigasi tidak perlu diantara tetingkap dan carta. EA ini tidak meringkaskan MT4 dengan keterlaluan, namun ia menjadikan dagangan pada platform kurang rumit.

Keseluruhannya, Tickmill menawarkan antara alatan dagangan terbaik dalam industri, dengan alat-alat yang sesuai kepada pemula dan pedagang lebih berpengalaman. 

Perbandingan Alatan Dagangan: 

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Autochartist
Trading Central
Trading View
Tickmill
AvaTrade
Pepperstone

Tickmill untuk Pemula

Tickmill mempunyai pilihan bahan pendidikan berkelas-dunia, disamping webinar dan seminar bagi membantu pedagang baru mempelajari asas. Ia juga menawarkan Blog Analisis dan Alat Analisis Lihat Dagangan, memberikan perspektif baru dalam pasaran kewangan. Semua penulisan analisis pasaran dan pendidikan sepenuhnya diterjemah kedalam Bahasa Melayu.

Bahan Pendidikan

Tickmill menawarkan pilihan bahan pendidikan yang cemerlang. Kebanyakan daripadanya tertumpu kepada pemula, namun terdapan bahagian yang menarik kepada pedagang lebih berpengalaman. Ia juga menawarkan akaun demo percuma jadi pedagang boleh berlatih menggunakan platform dagangan sebelum membuka akaun sebenar.

Tickmill menawarkan berbagai sumber pendidikan, termasuk e-buku yang boleh dimuat turn, tutorial video, infografik, dan glosari Forex. Mereka menghoskan seminar dan webinar dengan kerap.

E-buku: E-buku melitupi tentang Asas Dagangan Forex dan bagaimana dagangan Forex berfungsi, pengenalan Pasangan Mata Wang Utama, Strategi Dagangan, pengenalan kepada Analisis Fibonacci, dan jenis-jenis utama analisis Forex.

Tutorial Video: Tickmill menawarkan berbagai video tutorial, sebahagiannya boleh diakses apabila mendaftar akaun live. Tutorial video merangkumi berbagai topik, termasuk Dagangan Forex, Analisis Pasaran, Psikologi Dagangan, Strategi Dagangan, Dagangan Sosial, CFD, Akaun Berpengurus, dan Indikator Teknikal.  

Infografik: Tickmill menyediakan infografik hebat yang memperincikan fakta utama dan senario berkemungkinan berbagai peristima, dan bagaimana ia berimpak kepada pasaran.  

Webinar: Webinar dijalankan dalam empat bahasa (Inggeris, Arab, Itali, dan Jerman) dan semua webinar sebelumnya boleh didapati dalam arkib. Subjek webinar berbeza-beza dari konsep fundamental seperi Strategi Dagangan Berita kepada Analisis Teknikal dan Teori Carta seperti Model Standard Elliot Wave.

Seminar: Tickmill mempunyai jadual seminar percuma diserata dunia, yang memperkenalkan pelanggan kepada konsep dagangan, dan membekalkan peluang ‘networking’.

Syarikat broker juga menawarkan glosari dagangan yang berfungsi sebagai sumber lain pendidikan, dan dimana istilah asas dijelaskan dalam ayat pendek.

Perbandingan Pendidikan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Kursus Pemula
Kursus Lanjutan
Tickmill
AvaTrade

Bahan Analisis

Bahan analisis Tickmill sangat baik berbanding broker serupa lain..  

Pasukan penyelidik dalaman Tickmill yang terdiri daripada sebelas pakar, menghasilkan blog yang kerap meliputi kedua analisis fundamental dan teknikal. Penyelidikan menyedikan maklumat peristiwa berimpak pasaran diluar sumber berita konvensional  

Blog ini tersedia awam, dan Tickmill membenarkan pedagang menghubungi penulis dengan soalan-soalan berkaitan artikel. Ini merupakan tawaran unik, memandangkan broker biasanya menjauhkan diri daripada hubungan satu-dengan-satu dengan pedagang.

Sokongan Pelanggan

Tickmill menawarkan sokongan pelanggan berkualiti tinggi, meskipun, ia hanya tersedia dari Isnin ke Jumaat semasa waktu bekerja.  

Sokongan pelanggan tersedia dalam 17 bahasa berbeza, termasuk Bahasa Melayu, melalui e-mel, telefon, dan chat live. Sokongan telefon juga disediakan tempatan di Malaysia. Pun begitu, mereka tidak menyediakan perkhdimatan panggil-semula. Pedagang perlu ketahui bahawa khidmat pelanggan hanya tersedia dari Isnin ke Jumaat semasa waktu bekerja.

Bagi tujuan ulasan ini, kami mendapati khidmat pelanggan mereka sangat responsif dan berpengetahuan. Ianya jelas bahawa Tickmill melabur dalam latihan pasukan khidmat pelanggan mereka memandangkan mereka boleh menjawab semua soalan tanpa ragu-ragu.

Pengiktirafan Keselamatan dan Industri

Kawal Seliaan: Ditubuhkan pada 2014 dengan ibu pejabat di London, Tickmill telah mengalami perkembangan pesat sejak penubuhannya. Ia mempunyai 110,000 pedagang dalam rekodnya dan volum dagangan bulanan purata melebihi 120 bilion USD. Tickmill disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA), Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC), Lembaga Kelakuan Sektor Kewangan Afrika Selatan (FSCA), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, and Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA).  Lihat dibawah untuk senarai pendaftaran syarikat Tickmill:

  • Tickmill UK Ltd dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan, 3rd Floor, 27 – 32 Old Jewry, London EC2R 8DQ, Nombor Pendaftaran England: 717270.
  • Tickmill Europe Ltd disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus, Kedron 9, Mesa Geitonia, 4004 Limassol, Cyprus. Nombor lesen: 278/15.
  • Tickmill Asia Ltd disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Unit B, Lot 49, 1st Floor, Block F, Lazenda Warehouse 3, Jalan Ranca-Ranca, 87000 F.T. Labuan, Malaysia. Nombor lesen: MB/18/0028.
  • Tickmill South Africa (Pty) Ltd disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA), The Colosseum, 1st floor, Century Way, Office 10, Century City, 7441, Cape Town. Nombor lesen: FSP 49464.
  • Tickmill Ltd Seychelles dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles dan ianya 100% anak syarikat dipunyai Procard Global Ltd, nombor pndaftaran UK 09369927.

Anugerah

Kualiti dan populariti Tickmill dikalangan pedagang telah diiktiraf dan dianugerahkan oleh rakan industrinya. Beberapa tahun lepas syarikat telah memenangi anugerah untuk:

  • Broker MENA Forex Terbaik 2021 (Expo Cairo Virtual)
  • Khidmat Pelanggan Terbaik (Expo Cairo Virtual)
  • Broker Komoditi Terbaik 2020 (Expo Rankia Markets Experience)
  • Pengalaman Dagangan Terbaik 2020 (Anugerah Forex Brokers 2020)
  • Broker Paling Boleh Dipercayai 2020 (Anugerah Dalam Talian Personal Wealth)
  • Penyedia Pendidikan Forex Terbaik (Majalah Global Brands)
  • Broker CFD Terbaik Asia 2019 (Majalah International Business)
  • Broker Penyedia CFD Terbaik 2019 (Anugerah Dalam Talian Personal Wealth)

Keseluruhannya, walaupun pelanggan Malaysia dihalakan kepada entiti kawal seliaan FSA, ianya dikawal selia oleh beberapa badan berkuasa kukuh, mempunyai sejarah rekod kelakuan bertanggungjawab, dan telah menerima pengiktirafan industri meluas. Atas sebab ini, kami menganggap Tickmill sebagai broker yang boleh dipercayai.

Kaedah Penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami mengulas rakan sekutu kami. Untuk membawa ketelusan ke muka depan, kami telah menerbitkan proses ulasan kami yang merangkumi pecahan terperinci tentang tawaran Tickmill. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker, dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.

Penyata Risiko Tickmill

Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko berdagang CFD Forex kepada pelanggan. Tickmill ingin anda tahu bahawa: Berdagang produk kewangan menggunakan margin berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi pelaburan awal. Sila pastikan anda benar-benar faham risiko yang bakal dihadapi dan berwaspada dalam menguruskan risiko anda.

Gambaran Keseluruhan

Tickmill merupakan broker pemenang anugerah dan dipercayai ramai yang banyak bergantung pada platform standard indsutri bagi membolehkan pelaksanaan pantas. Dengan bahagian pendidikan mampan, ketersediaan MT4 dan MT5, alatan tambahan premium yang ditawarkan kepada pelanggan tanpa kos tambahan, keadaan dagangan hebat pada akaun berasaskan komisyennya, Tickmill menarik kepada pemula serius dan pedagang lebih berpengalaman.  

Pasukan Editorial

 

Chris Cammack
Ketua Kandungan

Chris menyertai syarikat itu pada 2019 selepas pengalaman sepuluh tahun dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk khusus untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya memberinya pengetahuan meluas tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang boleh mempengaruhi pasaran. Chris mempunyai minat mendalam menyunting, serta tertarik dengan hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami dalam semua laman memenuhi piawaian kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami.

 

Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Kanan

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan kepakaran fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kesukaan untuk menulis mendorongnya untuk bertukar kerjaya, dan dia kini mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menilai 100+ broker dan mempunyai pemahaman hebat tentang dunia dagangan Forex.

 

Ida Hermansen
Penulis Kewangan

Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjurus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.

AlertMenerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.00 pip dengan komisyen 6 USD pusingan bergilir pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4 dan MT5. Tickmill dikawal selia oleh CySEC, FCA, FSCA dan FSA-Seychelles.
Lawat
Skor broker
4.58 4.58  / 5
Ditaraf #8 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
Site Icon Data provided by FxScouts

Tickmill Financial Regulation

Pengawal Selia Lesen
Pengawal Selia Lesen

Tickmill Trading Cost Comparison

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup