Sejak 2012 kami telah menilai dan berdagang dengan lebih dari 180 broker Forex di Malaysia. Pasukan pakar dagangan Forex-Malaysia sering disebut dalam media antarabangsa dan tempatan . Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini.
Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker | Penilaian Keseluruhan | Broker Website | Nama akaun | Deposit Min. | EUR/USD Spread | Komisyen | Kos Dagangan | Banding |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 4.48 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70% akaun runcit CFD kerugian wang | Pro | USD 100 | 0.10 pips | 4 USD / lot | USD 5 | |
![]() | 4.51 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89%74- of retail CFD accounts lose money | cTrader Razor | USD 0 | 0.17 pips | 7 EUR / lot | USD 8.70 | |
![]() | 4.30 /5 Baca Ulasan | Lawat > 79% akaun runcit CFD kerugian wang | RAW | AUD 100 | 0.10 pips | 6 USD / lot | USD 7 | |
![]() | 4.35 /5 Baca Ulasan | Lawat > 75.33% akaun runcit CFD kerugian wang | XM Ultra Low | USD 5 | 0.60 pips | Spread Sahaja | USD 1 | |
![]() | 4.33 /5 Baca Ulasan | Lawat > 89% akaun runcit CFD kerugian wang | Zero | AUD 0 | 0 pips | 4.5 AUD/lot | USD 4.50 | |
![]() | 4.46 /5 Baca Ulasan | Lawat > 70.81% akaun runcit CFD kerugian wang | RAW - MetaTrader | USD 200 | 0.02 pips | 7 USD / lot | USD 7.20 | |
![]() | 4.18 /5 Baca Ulasan | Lawat > 76% akaun runcit CFD kerugian wang | Zero.MT5 | USD 100 | 0.10 pips | 6 USD / lot | USD 7 | |
![]() | 4.43 /5 Baca Ulasan | Lawat > 72.90% akaun runcit CFD kerugian wang | Zero | USD 0 | 0.10 pips | 6 USD / lot | USD 7 |
Sebuah broker terkawal selia LFSA Malaysia bereputasi tinggi yang telah mempamerkan kebolehpercayaan dan ketelusan secara konsisten, Tickmill menawarkan beberapa akaun dagangan komisen terendah dalam industri, menjadikannya pilihan kos efektif untuk pedagang. Tickmill juga menawarkan deposit dan pengeluaran yang pantas, tanpa caj, yang meningkatkan keuntungan pedagang. Pedagang baru akan tertarik dengan program insentif Tickmill, yang termasuk bonus tanpa deposit 30 USD.
Perkhidmatan dagangan ECN kos rendah Pepperstone, pelaksanaan dagangan pantas dan rangkaian platform dagangan pihak ketiga menjadikannya popular di kalangan pedagang berpengalaman dan pemula serius di seluruh dunia. Pedagang yang lebih berpengalaman yang bergantung pada scalping dan bot untuk dagangan automatik akan menghargai bahawa kebanyakan dagangan pada kedua akaun Pepperstone dilaksanakan dalam masa kurang daripada 30ms. Dengan komitmennya terhadap ketelusan, pendidikan pedagang dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, Pepperstone secara konsisten berada dikalangan broker terbaik untuk pedagang pemula dan berpengalaman.
* angka spread setakat September 2023
FP Markets ialah pilihan baik untuk pedagang yang mencari persekitaran dagangan yang kompetitif dengan caj dagangan yang rendah dan rangkaian alat dan platform dagangan yang canggih. Aplikasi Perdagangan intuitif FP Markets dan khidmat pelanggan berkualiti tinggi secara konsisten meningkatkan lagi daya tarikannya.
Terkenal diantara caj terendah dalam industri, XM merupakan pilihan hebat untuk pedagang Malaysia baru dan juga lebih berpengalaman. XM mempunyai antara sumber pendidikan dan penyelidikan yang terbaik dalam industri dan menawarkan beberapa akaun dagangan kos rendah, spread rendah, semuanya dengan syarat deposit minimum 5 USD. XM menyerlah lagi dengan pilihan alat dagangan meluas dan bonus serta insentif menarik untuk pedagangnya.
Ditubuhkan pada 2017, Fusion Markets pantas berkembang meletakkan dirinya sendiri dalam dunia perdagangan Forex yang kompetitif, memfokuskan dagangan kos rendah dan khidmat pelanggan yang cemerlang. Fusion Markets menawarkan dua jenis akaun harga kompetitif yang boleh diakses pada kedua-dua platform dagangan MT4 dan MT5. Dengan hab berita yang meluas tersedia dari dalam portal pelanggannya, penyelidikan pasaran Fusion Markets jauh mengatasi broker lain. Selain itu, Fusion Markets memastikan pelanggannya boleh mengakses dana mereka dengan cepat dan tanpa kos, menawarkan pilihan pengeluaran percuma dan pantas.
Dengan penarafan kebolehpercayaan tinggi, IC Markets telah berkhidmat kepada pelanggannya di Malaysia dengan baik sejak penubuhannya pada tahun 2007. Terkenal dengan kos dagangan rendah, pilihan platform dan pilihan alat dagangan meluas, broker ini juga memegang lesen daripada beberapa pengawal selia yang paling bereputasi di dunia. Pemula akan menghargai sokongan pelanggannya yang luar biasa 24/7 bagi membantu persediaan akaun dan isu teknikal.
Admirals, broker dalam talian global dengan penilaian kebolehpercayaan tinggi, mempunyai rangkaian akaun dagangan kos rendah dengan deposit minimum hanya 25 USD. Sokongan platformnya termasuk MT4 dan MT5, dan aplikasi mudah alih mesra penggunanya membolehkan persediaan dan pengalaman perdagangan intuitif. Admirals juga menawarkan banyak alat perdagangan untuk membantu pedagang membuat keputusan perdagangan termaklum.
Sebuah broker antarabangsa terkemuka, HFM mengekalkan asas yang kukuh di Malaysia, membezakan dirinya melalui sokongan pelanggan cemerlang dan akaun dagangan MYR – ciri yang jarang di kalangan kebanyakan broker antarabangsa. Selain itu, HFM memberikan deposit dan pengeluaran yang cepat dan percuma dalam Ringgit melalui rangkaian bank tempatan Malaysia. Bagi pedagang yang menghargai syarat dagangan yang kompetitif, kos efektif, alat canggih dan pelbagai pilihan platform, HFM ialah pilihan yang baik.
Beberapa broker menawarkan spread yang sangat rendah, namun ini bukan komponen tunggal dalam kos dagangan – yang merupakan kunci kepada keuntungan konsisten dalam pasaran Forex – anda perlu menumpukan perhatian broker mana yang menawarkan kos dagangan keseluruhan paling rendah. Cara terbaik adalah dengan menggunakan rajah dibawah.
Disitu anda akan lihat, sebagai contoh, walaupun IronFX mengenakan spread 0.30 pip pada EUR/USD, GBP/USD dan USD/JPY (meskipun sesetengah syarikat lain menawarkan spread lebih rendah ataupun spread sifar), IronFX sebenarnya mengenakan kos dagangan keseluruhan paling rendah, di US$3 per lot (100,000 unit mata wang asas). FXTM, yang mengenakan spread sifar pada EUR/USD dan USD/JPY, serta hanya 0.20 pada GBP/USD, mempunyai kos dagangan keseluruhan kedua terendah, di US$4.88 per lot.
Bagi memahami bagaimana tumpuan kepada spread sifar sebenarnya cubaan mengaburi pengguna, mari kaji kes di Axi, yang menawarkan spread sifar pada EUR/USD dan spread sempit yang hanya 0.10 pada GBP/USD dan USD/JPY. Sungguhpun begitu, kos dagangan keseluruhannya ialah US$7 per lot, atau lebih dari dua kali ganda di Iron FX, walaupun spreadnya lebih tinggi berbanding di Axi.
Terdapat beberapa broker yang menawarkan spread sifar pada semua atau beberapa pasangan mata wang. Ini termasuk Vantage FX, Think Markets, FXTM, VALUTRADES, TrioMarkets dan Axi. Sekali lagi, anda patut beri perhatian terhadap imbang balik yang dikenakan broker daripada kekurangan pendapatan melalui spread sifar dengan mengenakan caj lain seperti komisyen. Jadi penting untuk anda membandingkan kos dagangan keseluruhan diantara broker, berbanding memilih dikalangan yang menawarkan spread sifar.
Spread memainkan peranan penting dalam menentukan keuntungan pedagang, jadi ia antara pertimbangan penting apabila memilih broker. Namun, ia tidak bermaksud anda tidak perlu mempertimbang faktor lain. Anda juga patut membandingkan kos dagangan keseluruhan. Sesetengah broker mengenakan komisyen tetap tidak kira jumlah dagangan anda, sementara yang lain mengenakan caj berdasarkan volum dagangan (lebih tinggi volum, lebih tinggi komisyen), berbanding spread.
Terdapat juga caj lain yang perlu diambil perhatian, seperti yuran pendanaan. Jika anda menutup posisi Forex pada hari yang sama, anda tidak akan dikenakan caj ini, namun jika memegang semalaman broker akan mengenakan caj atas kos pembiayaan apabila anda berdagang menggunakan margin yang dipinjamkan kepada anda. Jika anda berdagang dalam mata wang selain daripada mata wang asas (mata wang asal pembukaan akaun), ini akan dikenakan caj pertukaran mata wang.
Ianya penting untuk ambil perhatian caj tersembunyi yang dikenakan sesetengah broker, seperti caj tidak aktif, minimum bulanan atau sukuan, dan caj terkait apabila menghubungi broker melalui telefon. Terdapat juga kemungkinan kos tambahan untuk perkhidmatan seperti suapan berita, analisis teknikal tersesuai dan kelajuan sambungan lebih pantas. Anda patut mengambil kira faktor ini dalam pemilihan broker.
Anda juga patut ketahui berapa baik broker dikawal selia. Broker luar pesisir mungkin menawarkan spread lebih rendah namun anda mungkin mengambil risiko lebih besar berurusan dengan salah satu daripada syarikat ini berbanding broker dalam pesisir yang dikawal selia oleh satu atau beberapa pihak berkuasa yang diiktiraf. Pihak berkuasa yang diiktiraf ini termasuk FCA, ASIC, MAS dan CySEC.
Khidmat pelanggan adalah faktor lainnya. Bolehkah anda berdagang forex 24 jam sehari, lima hari seminggu, dan tidak mempunyai broker yang menawarkan sokongan setiap waktu? Adakah bantuan tersedia dengan cepat dalam talian dan melalui telefon, atau anda perlu menunggu lama untuk maklum balas? Anda boleh semak dengan menghubungi broker pada waktu-waktu berbeza sebelum mendaftar masuk. Kemudian terdapat deposit minimum – sesetengah broker mungkin membenarkan anda membuka akaun dengan hanya USD 5, sementara yang lain meminta USD 100 atau lebih. Leveraj juga boleh menjadi isu. Ini berbeza-beza diantara 50:1 ke 3000:1 dengan beberapa broker pesisir luar.
Pasangan yang paling banyak didagangkan, seperti EUR/USD, GBP/USD dan USD/JPY, biasanya mempunyai spread paling rendah, sementara pasangan mata wang baru pasaran yang dipasangkan dengan USD, seperti USD/ZAR, akan mempunyai spread lebih tinggi. Dalam kata lain, lebih cair pasaran, lebih sempit spread dikenakan. Ini kerana dagangan bervolum tinggi menjana banyak keuntungan untuk broker, walaupun margin keuntungan mungkin kecil. Ini juga pasangan mata wang paling kompetetif, dengan banyak broker mengejar pelanggan mereka.
Faktor lain, seperti risiko politik dan ekonomi, juga memainkan peranan. Mata wang negara dengan politik tidak stabil, dan/atau mempunyai kadar inflasi tinggi dan dasar kewangan lemah, akan cenderung mempunyai spread tinggi bagi mengimbang balik risiko tinggi terlibat dalam dagangannya.
Berbagai jenis yuran mengkin dikenakan oleh broker forex seperti spread tetap dan tidak tetap, atau komisyen. Kebanyakan broker tidak lagi mengenakan komisyen kerana persaingan tinggi dikalangan broker. Walau begitu, bagi yang masih mengenakan komisyen akan melakukannya dalam satu atau dua cara: berdasarkan saiz dagangan atau per lot dagangan, cth. 100,000 unit mata wang asas.
Broker yang cuba memancing pelanggan dengan janji spread sifar selalunya mengenakan komisyen per lot dagangan. Komisyen ini biasanya melebihi imbang balik daripada yang diraih daripada spread sifar. Anda perlu ketahui dengan tepat berapa yang dibayar apabila berdagang 100,000 unit pasangan mata wang tertentu, apabila anda mempunyai pilihan diantara broker yang mengenakan spread dan yang mengenakan spread sifar namun mengenakan komisyen per lot dagangan.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.