Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
HotForex adalah broker global pemenang anugerah dengan reputasi kepuasan pelanggan. Dengan peningkatan populariti dikalangan pedagang Malaysia, HotForex mempunyai pasukan khidmat pelanggan Malaysia yang khusus dan laman webnya diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.
Keadaan dagangan berbeza-beza dalam lima jenis akaun, namun spread umumnya adalah sempit (dan biasanya kosong pip pada akaun pelaksanaan pasaran). Semua akaun juga boleh didapatkan sebagai akaun Islamik, dan HotForex juga menawarkan salin-dagangan dan akaun berpengurus. Semua pelanggan mempunyai pengurus akaun khusus, dan deposit serta pengeluaran adalah percuma tidak kira cara pendanaan.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | CySEC, FCA, DFSA, FSC |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 1000:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | MT4, MT5 |
💱 Aset | Bon, Komoditi, Mata wang Kripto, Tenaga, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Logam, Stock DMAs |
HotForex adalah jenama untuk Kumpulan HF Markets, yang ditubuhkan pada 2009 dan mempunyai lebih 1.5 juta pelanggan. Entiti-entiti dalam kumpulan ini dikawal selia oleh CySEC (lesen 183/12) sejak 2012 dan FCA (lesen 801701) sejak 2013.
HotForex di Malaysia diuruskan oleh HF Markets (SV), yang didaftarkan sebagai Syarikat Perniagaan Antarabangsa di St. Vincent & the Grenadine (nombor pendaftaran 22747 IBC 2015).
HF Markets telah memenangi anugerah untuk Broker Perlindungan Dana Pelanggan Terbaik 2015 (Rancangan Mena Dubai Fx), Keselamatan Dana Pelanggan Terbaik 2014 (Global Financial Market) dan Keselamatan Dana Pelanggan Terbaik 2019 (Global Brands) menonjolkan usaha HF Market dalam keselamatan kewangan pelanggannya. HF Markets juga telah memenangi anugerah untuk Broker Forex Baru Terbaik Afrika Selatan 2016 (Anugerah Global Banking & Finance Review) dan Broker Forex Terbaik Amerika Latin 2018 (Majalah International Business); HotForex juga memenangi Platform Salinan Dagangan Global Terbaik (Anugerah Global Forex 2019) atas perkhidmatan dagangan HFcopy kepunyaannya.
HotForex adalah broker STP (Pemprosesan terus-tembus); semua dagangan mempunyai pelaksanaan pasaran, dan broker tidak akan membuat keuntungan daripada kerugian anda. Semua akaun mempunyai spread tidak tetap, dan deposit serta pengeluaran di HotForex adalah percuma.
HotForex menawarkan beberapa akaun urusniaga meja tanpa komisyen dan satu akaun pelaksanaan pasaran yang dikenakan caj komisyen per lot. Semua akaun boleh didapati sebagai akaun Islamik
Akaun Mikro: Akaun yang baik untuk tahap pemula yang inginkan leveraj sehingga 1:1000 dengan deposit minimum 5 USD. Spread tidak tetap bermula dari 1 pip pada pasangan utama, adalah sempit untuk akaun dengan deposit minima yang rendah. Hanya satu kelemahan pada akaun ini iaitu pedagang hanya boleh memegang 150 pesanan terbuka dalam satu-satu masa dan bilangan lot per dagangan adalah agak terhad, namun jika anda perlukan lebih, anda sentiasa boleh menaik taraf akaun.
Akaun Premium: Ini adalah tahap akaun seterusnya dengan deposit minimum 100 USD dan leveraj sehingga 1:500. Dengan akaun ini, bilangan lot per dagangan naik dengan mendadak, dan spread juga lebih ketat. Jika anda pernah berdagang sebelum ini dan sedang mencari broker baru yang boleh menawarkan harga kompetetif pada berbagai instrumen, akaun ini mungkin sesuai untuk anda.
ZERO Spread: Ini adalah akaun pelaksanaan pasaran dengan spread yang sangat rendah. Ambil perhatian bahawa spread sifar hanya tersedia untuk pasangan mata wang yang mempunyai kecairan tinggi dan pasangan yang lebih eksotik masih terdapat spread lebar. Seperti kesemua akain pelaksanaan pasaran, anda akan dikenakan komisyen – dalam situasi ini adalah 3 USD per lot (6 USD jumlah pusingan penuh) pada pasangan utama dan 4 USD per lot (8 USD jumlah pusingan penuh) pada minor dan eksotik.
Sama juga seperti akaun Premium, akaun SIFAR membolehkan pedagang memegang 60 dagangan lot standard per posisi, namun dengan penurunan leveraj pada 1:200. Ini adalah akaun yang bagus untuk mereka yang baru bermula namun memerlukan deposit minimum lebih tinggi daripada Akaun Premium yang hanya 200 USD.
Akaun Auto: Akaun Auto HotForex adalah untuk pedagang pemula yang ingin melanggan Isyarat Dagangan yang dihasilkan oleh Komuniti MQL5, yang boleh dipasang terus kepada terminal dagangan MT4 HotForex. Pedagang boleh menyalin isyarat secara automatic dari mana-mana Pembekal Isyarat – Isyarat berbayar tertakluk kepada tempoh penilaian prestasi satu bulan.
Deposit minimum pada Akaun Auto ialah 200 USD dan leveraj adalah 1:500.
Akaun PAMM dan Akaun HFcopy: HotForex juga menawarkan Akaun PAMM dan Akaun HFcopy. Akaun PAMM adalah akaun berpengurus dimana anda membahagikan keuntungan dengan pengurus akaun yang berdagang bagi pihak anda. Akaun HFcopy juga lebih kurang sama namun membolehkan anda untuk mengikuti berbagai Pembekal Strategi HFcopy, dengan bayaran prestasi tetap.
Spread adalah tidak tetap pada semua akaun, yang kebanyakannya bermula pada 1 pip untuk EUR/USD. Kecuali akaun Spread SIFAR, yang menawarkan spread kasar bermula dari 0 pip namun dikenakan komisyen 6 USD pusingan penuh.
HotForex menerima semua kad kredit dan debit utama, pindahan kawat bank, dan perkhidmatan wang dalam talian seperti Skrill, Neteller dan FasaPay. Pedagang Malaysia boleh membuat deposit dan pengeluaran melalui Bank Malaysia seperti CIMB dan MayBank menggunakan perbankan dalam talian.
Paling penting, HotForex tidak mengenakan caj untuk deposit dan pengeluaran dan semula pengeluaran diproses dalam 24 jam, meskipun akan mengambil sedikit lama untuk dana selesai dipindahkan.
Seperti kesemua broker Forex lain, anda perlu menghantar ID lengkap sebelum membuat permintaan pengeluaran. Anda boleh meminta untuk kad debit proprietari yang boleh digunakan terus untuk pembelian barang atau pengeluaran di ATM dengan menggunakan dana dalam akaun anda.
HotForex berterusan menjalankan berbagai bonus, pertandingan dagangan dan promosi untuk pedagang Malaysia. Untuk semua maklumat terkini Bonus HotForex klik disini.
Contoh-contoh bonus dan promosi terkini:
HotForex menyokong MetaTrader 4 (MT4) merentasi semua jenis akaun dan MetaTrader 5 (MT5) pada Akaun Mikro dan Akaun Premium.
MT5 meja dan WebTerminal di Hotforex menawarkan 21 tempoh masa berbeza, alatan analisis, kelebihan analisis carta dengan lapis terperinci, alatan analitikal pra-program dan lebih 80 indikator dan alatan terbina-dalam. Pedagang mahir boleh memasang Expert Advisor untuk membolehkan pemprograman dagangan.
Kedua MT4 dan MT5 tersedia sebagai untuk dimuat turun, berasaskan-pelayar dan pada peranti iOS dan Android. Akses mudah alih adalah 24/7, dan apl mudah alih emnggunakan teknologi penyulitan SSL untuk keselamatan.
Hotforex menawarkan alatan dagangan berkuasa dalam akaun live kepada pelanggan. Ini termasuk penghosan VPS, akses percuma ke Autochartist dan Alatan Premium Pedagang seperti sentimen live dan penjejak korelasi, carta detik, dan pakej indikator MT5, suapan berita tersesuai dan pengurus amaran canggih yang berupaya menjalankan berbilang tindakan automatik.
Khidmat pelanggan pemanang anugerah dan pendekatan tumpu-pelanggannya dalam perniagaan bermaksud pedagang pemula di HotForex boleh mengharapkan sokongan yang hebat. Kualiti bahan pendidikan dalam kedua susun atur dan format analisis pasaran berstruktur akan bermanfaat kepada pedagang disemua tahap kemahiran.
Pedagang yang membuka akaun demo atau live akan mendapat akses ke e-Kursus HotForex, cara yang berstruktur jelas untuk mempelajari perkara asas. Kursus ini merangkumi asas kepada teori Forex dan dagangan Forex, membaca dan mentafsir carta, strategi dagangan, psikologi dagangan, dan analisis teknikal.
Tutorial video boleh didapati tanpa pendaftaran dan ia merangkumi konsep pengenalan, tutorial Metatrader, strategi dagangan dan pengajaran dalam teori ekonomi.
Webinar tentang peristiwa terkini, strategi lanjutan dagangan, dan pengurusan risiko dan kewangan dijalankan setiap beberapa hari. Webinar ini tidak memerlukan akaun di HotForex, namun anda perlu mendaftar untuk turut serta.
HotForex memperuntukkan keseluruhan bahagian laman web mereka untuk analisis pasaran dan alatan dagangan; ini termasuk berita pasaran harian, analisis dagangan, dan ramalan. Kalkulator dagangan dan kalendar ekonomi juga tersedia untuk rujukan diluar platfrom dagangan.
Dedikasi mereka dalam analisis membuatkan HotForex memenangi anugerah Pembekal Berita & Analisis Forex Terbaik 2016 (Rancangan Mena Dubai Fx).
Sokongan tersedia 24/5 dalam lebih daripada 27 bahasa. Nombor telefon tempatan bebas tol dan alamat e-mel tempatan memberikan pelanggan akses terus yang percuma kepada khidmat pelanggan berkualiti dalam bahasa mereka.
Matlamat HotForex adalah untuk menyediakan khidmat pelanggan ternaik kepada pelanggan dengan mengekalkan budaya tumpu-pelanggannya. Pendekatan dalam sokongan pelanggan ini memenanginya Pembekal Pendidikan Dagangan Global Forex Terbaik 2018 (Majalah Global Brands).
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cari kami menilai rakan sekutu. Untuk membawa ketelusan ini ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci tawaran HotForex. Berpaksi kepada proses ini adalah penilaian terhadap kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang telah diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap darinya digred, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko dan setiap broker dikehendaki memperincikan. HotForex ingin anda tahu bahawa: Berdagang Produk Berleveraj seperti Forex dan Derivatif mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa risiko yang berdarjah tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan bahawa anda memahami sepenuhnya risiko-risiko yang terlibat, mempertimbangkan objektif-objektif pelaburan dan tahap pengalaman anda, sebelum berdagang, dan jika perlu, dapatkan nasihat bebas.
Hotforex adalah broker yang baik untuk kedua pedagang pemula dan yang berpengalaman. Dengan akaun tanpa komisyen dan akaun pelaksanaan pasaran, menyokong kedua platform MetaTrader, salin dagangan, sokongan pelanggan cemerlang dan spread sempit, sukar untuk mencari kelemahannya.
Disamping pasangan Forex, HotForex juga menawarkan komoditi, saham, dan indeks. Semua akaun Forex standard juga boleh didapati sebagai akaun Islamik.
Find out how HFM stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.