Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Broker global popular dengan pangkalan pelanggan besar dan reputasi baik, XM merupakan pilihan baik untuk kebanyakan pedagang Malaysia. Ia mempunyai antara caj yang terendah dalam indsutri, membekalkan penyelidikan dan pendidikan cemerlang, dan mempunyai apl dagangan mesra-pemula. Ia juga mempunyai julat meluas alat dagangan dan menawarkan pedagang bonus dan insentif yang lumayan. Pedagang Malaysia juga akan gembira untuk ketahui bahawa XM menawarkan akaun Islamik bebas swap.
Kelemahan utama adalah pelanggan Malaysia XM akan berdagang dibawah syarikat XM di Belize, yang memperuntukkan pemantauan yang kurang.
Jika anda sedang mencari akaun Islamik bebas-swap, mula-mula buka akaun dagangan biasa dengan XM, log masuk ke ruang ahli anda untuk mengesahkan akaun, dan kemudian buat permintaan untuk akaun Islamik.
🏦 Deposit Min. | USD 5 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | CySEC, ASIC, DFSA, FSCA |
💵 Kos Dagangan | USD 7 |
⚖️ Leverage | 1000:1 |
💹 Salin Dagangan | Tidak |
🖥️ Plaform | MT4, MT5 |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Tenaga, Stock CFDs, Forex, Indices, Logam, Shares |
Sementara XM dikawal selia oleh badan berkuasa unggul, pedagang Malaysia tidak mendapat perlindungan semantap dibawah pesaing antarabangsa XM lain.
Kawal Seliaan IFSC: XM dikawal selia oleh FCA dari U.K. dan ASIC dari Australia, namun pelanggan Malaysia akan berdagang dibawah syarikat lainnya, yang dikawal selia oleh IFSC dari Belize, yang umumnya dianggap pengendali lemah. XM tidak memberikan pampasan kepada pedagang jika syarikat muflis.
Ciri-Ciri Keselamatan: Walaupun tidak diwajibkan oleh IFSC, kami gembira mendengar bahawa XM melindungi pedagang dengan:
Perihal Syarikat:
Kami mengesahkan setiap lesen dan kawal seliaan pada rekod dalam talian badan kawal selia. Lihat dibawah untuk perincian entiti XM IFSC yang dikawal selia:
Kami kagum dengan pilihan luas instrumen dagangan di XM, termasuk lebih 57 pasangan Forex, dan gembira melihat mereka telah menambah mata wang kripto dalam tawarannya.
Leveraj Tinggi: XM mempunyai 31 pasangan kripto untuk didagangkan pada leveraj 250:1. Ini merupakan pilihan kripto kebiasaan namun ditawarkan pada tahap leveraj lebih tinggi. Leveraj juga ditawarkan sehingga 888:1 untuk pasangan Forex, namun pedagang perlu maklum bahawa berdagang dengan leveraj tinggi ini boleh meningkat keuntungan serta dalam masa yang sama meningkatkan potensi kerugian.
Senarai Penuh Instrumen dan Leveraj:
XM menawarkan lima akaun live, yang lebih banyak daropada broker lain, dan mempunyai caj dagangan purata.
Caj Dagangan: Semua akaun XM, selain akaun saham, mempunyai deposit minimum 5 USD menjadikannya boleh diakses pemula. Tiada komisyen dikenakan untuk dagangan Forex pada tiga daripada lima akaun, dan pedagang akan mendapat spread diantara 0.8 pip dan 1.7 pip (EUR/USD), bergantung kepada akaun.
Kos Dagangan Akaun:
Lihat dibawah untuk maklumat akaun:
Akaun Micro: Akaun tahap pemula XM ini meletakkan deposit minimum 5 USD dan spread berpurata 1.7 pip pada EUR/USD, yang agak lebar berbanding penggerak pasaran serupa lain. Walau begitu, kami dapati spread lebih dekat ke 2.1 pip pada EUR/USD:
Kami gembira mendengar semua deposit dan pengeluaran melebihi 200 USD dalah percuma. Deposit mengambil masa sejam untuk masuk kedalam akaun dagangan kami, dan pengeluaran mengambil dua hari sebelum berada dalam akaun bank kami.
Selari dengan dasar Anti-Selewang Wang, XM melaksanakan “dasar kembali ke sumber asal”, bermaksud pengeluaran hanya boleh dipindahkan ke sumber asas dana masuk.
Mata Wang Asas: Semasa kami membuka akaun kami, kami perasan bahawa portal pelanggan membolehkan pedagang mendeposit dana dalam 11 mata wang asas, termasuk EUR, USD, GBP, AUD, CHF, JPY, RUB, HUF, PLN, ZAR, dan SGD. Malangnya, XM tidak menawarkan akaun berdenominasi MYR, yang bermaksud pedagang perlu membayar caj pertukaran untuk setiap dagangan. Meskipun ini tidak akan menjejaskan pedagang tidak kerap, pedagang bervolum besar (yang berdagang lebih daripada 10 lot sebulan) patut pertimbang membuka akaun berdenominasi USD kerana caj pertukaran akan dikenakan untuk setiap dagangan dibuat pada pasangan sebutan USD. Ini boleh dilakukan dengan membuka akaun bank berbilang mata wang di bank digital.
Yuran: Proses pendanaan akaun dibuka 24 jam sehari dan sepenuhnya automatik. Kami berbesar hati mengetahui bahawa XM menanggung caj pindahan dan tidak mengenakan sebarang caj tersembunyi atau komisyen pada deposit atau pengeluaran. Walau begitu, caj akan dikenakan untuk deposit dan pengeluaran yang dibuat melalui pindahan kawat bank dibawah 200 USD, atau bersamaan nilai mata wang. Lihat dibawah untuk maklumat lanjut:
Sebaik akaun anda telah disahkan oleh khidmat pelanggan, anda boleh mendeposit dana melalui portal pelanggan.
Kami menguji deposit melalui kad kredit dan mendapati bayaran kami diproses dalam sejam, dan mengambil dua hari untuk pengeluaran masuk ke akaun kami. Tempoh ini adalah sekitar purata industri.
Penyelidikan kami mendapati XM menawarkan tiga platform mudah alih, yang lebih banyak daripada broker lain, termasuk MT4, MT5, dan Apl XM. Semua platform ini tersedia pada kedua Android dan iOS.
Kami menguji Apl XM pada iPhone 11:
Kami gembira mendapati yang kami boleh berdagang terus daripada apl mudah alih XM dan ia boleh dipautkan ke akaun MT4 dan MT5 kami.
Kami mendapati, apl XM sangat mudah ditetapkan dan digunakan. Ia juga mudah untuk mencari dan memantau aset dan dagangan kami:
Dagangan Mudah Alih MT4/MT5
Apl dagangan mudah alih MT4 dan MT5 di XM menawarkan fungsi yang sama seperti versi komputer meja dan versi web trader platform. Pedagang boleh mengakses semua instrumen tersedia di XM (melainkan dagangan saham CFD hanya terdapat pada MT5), dan mengakses carta yang sama. Tambahan pula, semua jenis pesanan dagangan boleh didapati. Perbezaan tunggal hanyalah kekurangan bilangan indikator untuk kedua aplikasi mudah alih MT4 dan MT5.
Kami mendapati bahawa XM menawarkan pilihan platform dagangan seperti kebiasaan pasaran, termasuk versi komputer meja MT4 dan MT5.
Kedua MT4 dabn MT5 tersedia pada Mac dan PC.
Bagi tujuan ulasan ini, kami menguji web trader XM.
MetaTrader 4 (MT4) dan Metatrader 5 (MT5)
Kelebihan tawaran platform pihak ketiga XM seperti MT4 dan MT5 adalah pedagang boleh membawa versi tersesuai mereka jika mereka ingin pindah ke broker lain. Tambahan pula, ribuan pemalam dan alatan disediakan untuk kedua platform MetaTrader ini.
Seperti yang anda boleh lihat, MT4 Webtrader kelihatan sedikit ketinggalan, namun ianya sangat boleh disesuaikan. Terdapat tiga jenis carta, termasuk Line, Bar, carta Candlestick, dan anda boleh mengakses pilihan meluas indikator dalam berbilang rangka masa.
Satu kelebihan lain berdagang di XM ialah tawaran Multiterminal MT4, yang biasanya tidak disediakan di broker lain. Ia membolehkan pedagang membuka dan menguruskan beberapa akaun MT4 daripada terminal tunggal dengan satu log masuk dan kata laluan.
Perbandingan Platform:
Kami lihat XM menawarkan berbagai bonus promosi kepada pedagang baru yang boleh diakses selepas mendaftar. Dibawah adalah promosi dan bonus terkini ditawarkan oleh XM di Malaysia:
Kami mendapati proses pembukaan akaun di XM adalah pantas dan ringkas. Akaun kami dibuka kurang daripada satu hari dan sokongan pelanggan XM mudah dicapai untuk pertanyaan teknikal dan akaun kami.
Ia mengambil kami 5 minit untuk buka akaun di XM dan sebaik dokumen kami dihantar, akaun kami sudah sedia untuk berdagang dalam hari yang sama. Agen sokongan pelanggan di XM sangat membantu dan memberikan maklum balas yang relevan dan cepat.
Sebagai pedagang Malaysia, anda layak membuka akaun di XM selagi memenuhi syarat deposit minimum 5 USD (bersamaan dengan RM 22).
Bagaimana membuka akaun di XM:
Sebaik semua dokumen telah diterima, akaun sedia untuk berdagang dalam hari yang sama.
Kami mendapati bahawa XM menawarkan alatan analisis teknikal yang hebat dan data penyelidikan yang dihasilkan pasukan dalaman syarikat mengatasi broker-broker lain. Ia juga menawarkan alatan dagangan yang serasi dengan MT4 dan MT5.
Semakan kami mendapati bahagian analisis pasaran XM merangkumi Gambaran Keseluruhan Pasaran, Berita, Penyelidikan XM, Idea Dagangan, Ringkasan Teknikal, Kalendar Ekonomi, XM TV, dan Podcast. Lihat dibawah untuk maklumat lanjut:
Berita: Semua berita pasaran terkini, termasuk yang disediakan oleh Reuters, dikemaskini beberapa kali dalam sejam.
Penyelidikan XM: Pasukan Penyelidik XM menerbitkan artikel dengan kerap yang merangkumi topik analisis teknikal, pra-tonton Forex, ulasan pasaran, pasaran kewangan, laporan khusus, dan berita pasaran saham.
Idea Dagangan: Disediakan oleh pihak ketiga, iaitu Analyzzer, bahagian ini meliputi perbezaan berbagai instrumen dari segi kekuatan dan kelemahan.
Ringkasan Teknikal: Bahagian ini mengulas trend-trend berbeza diantara instrumen-instrumen di XM.
XM TV: Disediakan oleh pasukan penganalisis dalaman XM, XM TV meliputi Berita Forex, Analisis Teknikal, dan Pandangan Mingguan Forex.
Podcast: Podcast dagangan, kupasan Pasaran Global XM, memberikan pedagang kandungan yang bermakna dan informatif melingkungi maklumat terkini yang diperlukan untuk pelaburan dalam talian dan pengemaskinian tentang peristiwa ekonomi serata dunia.
Kalendar Ekonomi: XM menawarkan kalendar ekonomi yang baik. Ia mempunyai fungsi turas dimana anda boleh turas negara, jenis data, dan mengikut kepentingan.
XM juga menawarkan alatan indikator teknikal untuk membantu pedagang membuat keputusan dagangan, termasuk yang berikut:
Malangnya, XM tidak menawarkan alatan pihak ketiga popular seperti Autochartist atau Trading Central, yang biasanya terdapat di broker lain.
Keseluruhannya, kami mendapati alatan dagangan di XM berguna untuk membuat keputusan dagangan, namun ia boleh menambah berbagai alatan pihak ketiga untuk mebantu dalam analisis fundamental.
Perbandingan Alatan Dagangan:
Penyelidikan kami mendapati XM menyediakan pilihan hebat bahan pendidikan yang sesuai kepada kedua pedagang pemula dan yang lebih berpengalaman. Ia juga menawarkan akaun demo yang tidak akan luput.
Kami dapati perpustakaan bahan pendidikan XM adalah bertaraf dunia dan setahap dengan broker terbaik dunia lain. Pendidikan merangkumi XM Live, Pendidikan Siaran Langsung, Video Pendidikan, Webinar Forex, Tutorial Platform, dan Seminar Forex. Bahan-bahan ini terperinci dan berstruktur baik, dan tersedia dalam Bahasa Melayu. Kami gembira melihat bahan pendidikan boleh diakses kepada semua pelawat laman web XM, walaupun sebahagian ruangan perlukan pendaftaran. Lihat dibawah untuk maklumat lanjut:
Perbandingan Pendidikan:
Tersedia 24/5, kami mendapati agen sokongan pelanggan XM responsif dan terlatih.
Sokongan pelanggan XM tersedia 24/5 dalam lebih 30 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, melalui e-mel, telefon, dan chat live.
Untuk tujuan ulasan ini, kami menguji perkhidmatan chat live dan e-mel. E-mel kami dijawab dalam masa sehari dan jawapan adalah relevan dan tepat. Agen chat live berupaya menjawab semua soalan dengan cepat dan memuaskan hati kami. Mereka juga memberikan pautan dan bahan bacaan tambahan jika bersesuaian.
Kawal Seliaan: Ditubuhkan pada 2009 dengan ibu pejabat di Cyprus, Kumpulan XM telah berkembang menjadi firma pelaburan antarabangsa yang besar dan mantap dengan lebih 3,500,000 pelanggan diserata dunia. XM adalah nama jenama Kumpulan Trading Point dan dikawal selia oleh badan berkuasa berikut:
Anugerah
XM telah memenangi banyak anugerah untuk perkhidmatan dan tawarannya kebelakangan tahun, termasuk:
Keseluruhannya, disebabkan sejarah panjang kelakuan bertanggungjawab, kawal seliaan antarabangsa kukuh, dan pengiktirifan indsutri meluas, kami menganggap XM sebuah broker yang boleh dipercayai dan selamat.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan ke muka hadapan, kami menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian kebolehpercayaan broker, tawaran platform oleh broker, dan keadaan dagangan ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini.
Setiap daripadanya digred menggunakan.200+ metrik merentasi tujuh perkara, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker berdasarkan rajah dibawah:
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker diwajibkan untuk memperincikan risiko yang dihadapi dalam dagangan Forex CFD kepada pelanggan. Kumpulan XM ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko yang tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 71.61% akaun pelabur runcitan kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda patut pertimbangkan sama ada anda faham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kerugian wang anda. Sila pertimbangkan pendedahan risiko kami.
Sebuah broker penggerak pasaran terkawal selia baik, XM menawarkan dagangan dalam 1000 instrumen, termasuk 57 pasangan Forex. Kami mendaapti bahawa keadaan dagangan di XM adalah menurut purata, dengan spread 1.7 pip (EUR/USD) pada Akaun Standard dan 0.8 pip (EUR/USD) pada Akaun Ultra-Low. Walau begitu, syarat deposit minimum adalah rendah, pada 5 USD merentasi semua pilihan akaun, menjadikannya sesuai untuk pedagang pemula.
XM juga menawarkan dagangan pada platform paling popular – MT4 dan MT5 dan membenarkan semua startegi dagangan disamping pustaka bahan pendidikan dan analisis pasaran berkelas dunia dan khidmat pelanggan yang cemerlang tersedia dalam Bahasa Melayu.
Adakah XM Selamat?
Ya, ia adalah broker antarabangsa yang boleh dipercayai. XM dikawal selia oleh ASIC dari Australia dan oleh CySEC dari Eropah. Mereka telah memenangi berbagai anugerah antarabangsa.
Aset apa yang saya boleh dagangkan di XM?
Forex, saham, komoditi, indeks, logam, dan tenaga.
Apakah deposit minimum di XM?
Akaun dagangan boleh dibuka dengan hanya 5 USD.
Adakah XM bagus untuk pemula/pedagang baru?
XM mempunyai satu daripada bahan pendidikan pemula dan lanjutan yang terbaik dalam indsutri, dengan tambahan analisis pasaran harian yang percuma untuk semua pelanggan.
Find out how XM stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.