EditorEditor: Chris CammackDikemaskini: Januari 15, 2024
PengarangPengarang: Jeffrey Cammack

Kemas kini terakhir pada Januari 15, 2024

Jeffrey Cammack

Pengarang: Jeffrey Cammack

Editor: Chris Cammack

Kami membawa ketelusan ke pasaran dagangan Forex dengan menilai broker-broker, menguji platform mereka pada peranti moden, dan menaraf mereka berdasarkan set standard 200 metrik. 

Kami buka akaun dagangan dengan semua broker yang kami nilai bagi memastikan produk dan pengalaman pengguna yang diiklankan sama dengan apa yang pedagang dapat.

Kami menguji dan menilai secara terperinci semua aspek sebuah broker. Namun keutamaan kami adalah memastikan kos dagangan yang diiklankan pada laman web broker adalah tepat. Kami juga meletakkan keutamaan khusus menilai platform dagangan broker, caj deposit dan pengeluaran, dan masa pemprosesan pengeluaran wang. Broker sentiasa mengubah produk yang mereka tawarkan, dan kami pastikan ulasan kami dikemaskini dengan data paling baru yang ada.

Bagi menaraf mereka dengan saksama dan tanpa bias, kami telah membangun proses pengujian dan penilaian kami sendiri, dengan perinciannya ditunjukkan dibawah.

Peranti Yang Digunakan Dalam Ujian

Untuk setiap penilaian, kami menguji laman web dan platform dagangan broker pada komputer meja (PC), MacBook Pro, iPhone, dan peranti mudah alih Android. Peranti yang digunakan adalah:

  • PC Desktop:Intel Core I5 11400 4.4Ghz ¦ 16GB DDR4 RAM ¦ 256GB NVMe ¦ Windows 10 Pro
  • MacBook Pro:M1 Max 10-Core ¦ 32GB RAM ¦ 1TB SSD ¦ macOS 12.3
  • iPhone 11:Apple A13 ¦ 4GB RAM ¦ 128 GB ¦ iOS 15.5
  • Google Pixel 6:Google Tensor ¦ 8GB RAM ¦ 256GB SSD ¦ Android 12

Cara Kami Menilai Broker

Kami memberikan markah kepada broker dalam tujuh perkara berbeza, mengumpul berbilang mata data untuk setiapnya. Markah paling tinggi yang boleh broker dapat untuk setiap perkara ialah 5. Setiap perkara diberatkan berdasarkan carta berikut untuk mengira markah akhir untuk setiap broker:

Keseluruhannya, kami melihat lebih daripada 200 metrik individu yang ditempatkan dalam kategori-ketegori berikut:

Review Process Malay

 

  • Kebolehpercayaan dan Kawal Seliaan
  • Keadaan Dagangan dan Kos
  • Platform dan Alatan Dagangan
  • Deposit dan Pengeluaran
  • Instrumen (Aset) Tersedia
  • Pendidikan dan Penyelidikan
  • Khidmat Pelanggan

Kebolehpercayaan dan Reputasi

Pedagang ingin tahu jika mereka boleh percaya broker dengan wang mereka. Kebolehpercayaan dalam niaga dagangan Forex adalah hampir sepenuhnya berdasarkan kawal seliaan.

Terdapat berbagai pihak kawal seliaan diseluruh dunia, dan sebahagiannya lebih baik melindungi pelanggan daripada yang lainnya. Atas tujuan ini, kami telah memecahkan pengawal selia kepada 4 tahap – dimana tahap 1 adalah pengawal selia paling komited, sementara Tahap 4 termasuk pihak yang tidak memantau langsung atau memantau dengan tidak efektif.

Pihak kawal seliaan paling dipercayai adalah tegas dan proaktif dalam mencipta peraturan baru dan menguatkuasakan peraturan sedia ada. Mereka mengirim amaran tentang syarikat penipu dan menjatuhkan hukuman kepada syarikat yang tidak mematuhi peraturan. Penguatkuasaan yang membezakan organisasi ini dengan yang lainnya. Pengawal selia Tahap 1 adalah FCA (United Kingdom), ASIC (Australia) dan MAS (Singapura).

Kebanyakan broker Forex terbaik dikawal selia oleh berbilang pengawal selia Tahap 1 dan Tahap 2.

Keadaan Dagangan dan Kos

Pedagang ingin tahu kos dagangan di setiap broker. Memandangkan fokus kami adalah pada pemula yang baru dalam karier dagangan mereka, kami melihat syarat deposit minimum untuk akaun tahap pemula, bilangan pasangan Forex yang boleh didagangkan, dan kos dagangan. Mari lihat setiap daripada perkara ini dengan lebih terperinci.

Deposit Minimum

Pedagang hanya patut mendeposit amaun yang mereka sanggup rugi. Dagangan Forex adalah aktiviti berisiko tinggi, jadi broker yang mengenakan amaun deposit yang pedagang tidak mampu rugi akan kurang diminati pelanggan. Meskipun ianya hampir mustahil untuk mulakan karier dagangan serendah $5, kami menghargai broker yang mempunyai akaun tahap pemula kurang daripada $100.

Bilangan Pasangan FX

Pedagang patut boleh memilih daripada julat meluas aset, seluas yang mungkin. Jika broker menawarkan bilangan pasangan FX yang tidak mencukupi, ia akan menghadkan peluang dan strategi pedagang.

Kos Dagangan

Apabila mengira kso dagangan, kami mengira kos untuk berdagang satu lot EUR/USD menggunakan akaun broker dengan syarat deposit paling rendah. Kos ini termasuk kedua spread dan sebarang komisyen yang dikenakan. Sebagai pasangan Forex yang paling didagangkan dunia, EUR/USD adalah penanda aras sesuai untuk semua broker. Kos untuk berdagang satu lot EUR/USD di broker-broker utama berbeza-beza sekitar 5 – 40 USD. 

Platform Dagangan

Pedagang inginkan broker Forex yang tawarkan pilihan platform dagangan. Sementara semua broker Forex akan menyediakan pelanggan dengan sekurang-kurangnya satu platform dagangan, kami mementingkan broker yang menawarkan beberapa pilihan, termasuk MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader dan yang sepenuhnya serasi mudah alih dan berasaskan web.

Instrumen untuk Dagangan

CFD Forex hanya salah satu daripada berbagai instrumen CFD yang pelanggan boleh dagangkan. Pedagang ingin tahu jenis instrumen CFD lain yang boleh didagangkan dengan setiap broker. Instrumen CFD lain mungkin merangkumi:

  • CFD Komoditi
  • CFD Mata Wang Kripto
  • CFD Logam
  • CFD Saham
  • CFD Tenaga
  • CFD Dana Dagangan-Pertukaran ETF
  • CFD Bond
  • CFD Campuran

Kepelbagaian instrumen CFD – dan julat meluas CFD untuk setiap kategori – memberikan pedagang lebih peluang untuk dagangan menguntungkan. Broker terbaik akan mempunyai ribuan CFD untuk didagangkan meliputi semua kategori instrumen ini.

Deposit dan Pengeluaran

Pedagang inginkan deposit dan pengeluaran akaun dapat segera dan tanpa caj. Kebanyakan broker akan memberikan pedagang berbagai cara pendanaan segera untuk deposit tanpa caj pengurusan, namun sesetengah broker menyukarkannya atau membuatnya lebih mahal untuk mengeluarkan dana akaun.

Broker terbaik akan memproses permintaan pengeluaran dalam 24 jam, melalui berbagai cara pengeluaran tanpa mengenakan caj pemprosesan.

Pendidikan dan Analisis

Pedagang dengan tahap pengalaman berbeza akan perlukan bahan pendidikan dan analisis pasaran berbeza daripada broker mereka. Pedagang pemula perlukan kursus berkualiti tinggi dan berstruktur untuk bermula dalam dagangan Forex. Pedagang pertengahan dan berpengalaman inginkan bahagian pendidikan lanjutan yang mengenalkan mereka dengan strategi-strategi baru disamping analisis harian daripada pakar dalaman. Apapun, tempat terbaik untuk belajar adalah melalui akaun demo dimana pedagang tidak merisikokan dana akaun mereka. Kami mementingkan broker yang menawarkan akaun demo tanpa tarikh luput. Akaun demo tanpa had menawarkan pemula masa tidak terhad mempelajari praktikal dalam persekitaran dagangan tanpa risiko.

Bahan Pendidikan

Seringkali kami dapati bahagian pendidikan dibuang oleh broker atau digantikan dengan set kiriman blog berkualiti rendah. Pedagang pemula perlukan kursus berstruktur, diolah baik, yang ditulis oleh broker untuk mendapatkan permulaan efektif dagangan.

Pedagang berpengalaman akan mahukan webinar yang disampaikan pakar dan bahagian strategi lanjutan dipenuhi dengan idea-idea dagangan baru. Bahagian ini tidak perlu berstruktur seperti kursus pemula, namun kualiti dan kepakaran pengajar harus jelas.

Analisis Pasaran

Pedagang disemua tahap inginkan akses ke idea dagangan bermutu. Penyelidikan dan analisis pasaran sentiasa lebih baik jika dihasilkan dalaman oleh broker sendiri, dan paling bermanfaat kepada pedagang apabila ia kerap dikemaskini. Kiriman blog pihak ketiga tidak menunjukkan dedikasi dan kepakaran yang sama dalam idea dagangan, jadi kepentingan utama diletakkan pada kemaskini kerap dalaman. Tambahan pula, broker yang mempunyai pasukan dalaman sendiri selalunya menawarkan webinar interaktif dimana pedagang boleh mengaut pengalaman profesional

Sokongan Pelanggan

Pedagang inginkan broker mereka tersedia sepanjang masa, melalui banyak saluran berbeza dan dalam bahasa tempatan mereka. Kami mementingkan broker yang menawarkan sokongan telefon, e-mel, dan chat live 24/7. Memandangkan kebanyakan broker Forex adalah sedunia, kami percaya bahawa lebih banyak bahasa yang boleh dicakap oleh pasukan sokongan, lebih baik.

Laporan Keadaan Pasaran Forex

Hasil daripada penyelidikan broker kami diterbitkan dalam Laporan Keadaan Pasaran Forex, sebuah pecahan terperinci penarafan broker kami, dihasilkan untuk membantu pedagang pemula mencari broker paling boleh diharapkan dan bernilai terbaik didunia.

Direktori Broker CFD untuk Dielakkan

Direktori broker kami merangkumi broker-broker yang kami tidak sarankan, namun boleh dipilih pedagang. Direktori kami ditujukan sebagai alat penyelidikan untuk sesiapa yang mencari pendapat profesional. Jika broker terkini anda belum dinilai oleh kami, kami harap pilihan broker yang dinilai oleh kami akan memberikan anda alternatif yang lebih selamat dan lebih baik.

Hubungi kami atau ketahui lebih lanjut tentang kami,  dasar editorial, dan kenapa anda boleh percayakan kami.

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup