Bandingkan Broker Forex!
Bandingkan broker Forex terkemuka secara bersebelahan dan cari yang terbaik untuk keperluan dagangan anda. Mulakan perbandingan anda sekarang!
Chris Cammack
Disunting oleh Chris Cammack
Pengarang

Ulasan Terhadap Broker FBS

FBS adalah broker antarabangsa yang besar dengan akaun yang sesuai untuk pedagang dari semua peringkat. Ia menawarkan deposit minimum yang rendah dan perdagangan mikro-lot serta sokongan untuk MT4 dan MT5, bahan pendidikan dan analisis pasaran yang sangat baik, serta sokongan 24/7.
4.33
/ 5
Deposit Min.
USD 5
Ditauliahkan Oleh
ASIC, CySEC, FSC
Kos Dagangan
USD 7
Leveraj
3000:1
Salin Dagangan
Tidak
Platform Dagangan
MT4, MT5
Aset
Mata wang Kripto, Tenaga, Kontrak Keputusan Saham (CFD), Forex, Indeks (
Logam
)
Menerima Pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.7 pips pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leverage maksimum 3000:1. Akaun Islamik tersedia. Platform MT4 & MT5 disokong. FBS dikawal selia oleh CySEC dan IFSC. 69.21% peniaga kehilangan wang dengan penyedia ini.
Broker Award

FBS adalah broker yang dikawal selia dengan baik dan pilihan yang ideal untuk pedagang yang baru memulakan perjalanan mereka. Akaun Cent mereka adalah pilihan yang sangat baik untuk pedagang baharu, dan mempunyai deposit minimum yang rendah iaitu hanya 5 USD, dengan baki dan transaksi diukur dalam sen.

Keputusan kami pada FBS

FBS adalah broker CFD antarabangsa yang dikawal selia dengan baik, menawarkan perdagangan pelbagai aset, termasuk Forex, logam, tenaga, indeks, dan saham, tetapi bilangan instrumen dalam setiap kelas aset adalah sangat terhad berbanding broker lain yang serupa.

FBS menawarkan dua akaun tanpa komisen yang mudah dengan deposit minimum yang rendah, yang lebih sesuai untuk pemula berbanding pedagang berpengalaman. Kos perdagangan adalah rendah berbanding broker STP/ECN yang lain, dengan spread purata 0.7 pip (EUR/USD) untuk kedua-dua jenis akaun.

FBS menawarkan sokongan penuh untuk platform perdagangan MT4 dan MT5, serta Aplikasi Pedagang FBS proprietarinya, yang lebih daripada yang tersedia di kebanyakan broker lain. Ia juga menyediakan persekitaran yang mesra untuk pedagang pemula, dengan pilihan bahan pendidikan dan analisis pasaran yang sangat baik berbanding broker lain. Selain itu, sokongan pelanggan tersedia 24/7, yang luar biasa untuk industri di mana norma adalah 24/5.

Pro

  • Spread sempit
  • Deposit minima rendah
  • Pendidikan cemerlang
  • Analisis pasaran cemerlang

Kontra

  • Pelbagai aset yang terhad
  • Leverage yang melampau
Penilaian Kepercayaan
4.5
Keadaan Dagangan
4.5
Platform Dagangan
4.5
Pendidikan
4.5
Mesra Pengguna-Baru
4
Aset Tersedia
4.5
Penyelidikan Analisis
5
Deposit & Pengeluaran
3
Penilaian Keseluruhan
4.33
/ 5
Matawang asas
EUR, USD
Bilangan padanan
72
Padanan Crypto
5
Salin Dagangan
Tidak
Lindung Nilai Dibenarkan
Ya
Scalping
Ya
Akaun Islamik
Ya
Nama akaun
Komisyen
Yuran terkandung dalam Spread
EUR/USD
0.70
GBP/USD
0.90
USD/JPY
1.00
Perlindungan baki negatif
Ya
Nama Syarikat
FBS Markets Inc
Ditubuhkan
2009
Laman web
Bahasa Laman Web
Inggeris, Portugis, Bahasa Indonesia, Melayu, Bahasa Vietnam, Bahasa Arab, Hindi, Cina, Bahasa Sepanyol
Bahasa Sokongan
Inggeris, Portugis, Bahasa Indonesia, Melayu, Bahasa Vietnam, Bahasa Arab, Hindi, Cina
Lokasi Pejabat
Malaysia, Indonesia, Thailand
Alamat E-mel Sokongan

Deposit & Pengeluaran

banktransfer
dokuwallet
neteller
perfectmoney
skrill
sticpay
visa

Pelantar yang Disokong

Best MT4 Forex Brokers
Best MT5 Forex Brokers

Walaupun FBS dikawal selia oleh badan berkuasa unggul, penduduk Malaysia akan berdagang dengan anak syarikat FBS di Belize dan tidak akan mempunyai perlindungan tempatan. Tambahan pula, pedagang Malaysia tidak disediakan dengan perlindungan baki negatif.

Adakah FBS Selamat?

Kawal Seliaan IFSC: Pedagang Malaysia akan berdagang dengan FBS Markets Inc, yang disahkan dan dikawal selia oleh IFSC di Belize. Lihat dibawah untuk lesen IFSC FBS:

FBS IFSC

Ciri-Ciri Keselamatan: Sementara IFSC mewajibkan broker menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan dan mengeluarkan penyata bulanan kepada pelanggan mereka, ia tidak mewajibkan perlindungan baki negatif jadi pedagang boleh berakhir dengan hutang kepada broker. IFSC juga tidak mewajibkan FBS menghadkan leveraj untuk melindungi pedagang mereka.  

Membuka Akaun di FBS

Proses pembukaan akaun adalah mudah, tidak melecehkan, dan cepat..

Ia mengambil kami dalam 5 minit untuk membuka akaun di FBS dan sebaik dokumen telah dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dengan cepat. 

Untuk pedagang Malaysia, anda layak membuka akaun di FBS asalkan anda memenuhi syarat deposit minimum berikut:

  • Cent: 1 USD
  • Akaun Micro: 5 USD
  • Akaun Standard: 100 USD
  • ZERO Spread: 500 USD
  • Akaun ECN: 1000USD
  • Akaun Crypto: 1 USD

Membuka akaun live di FBS adalah mudah dan cepat. Walaupun FBS juga menawarkan Akaun Korporat dan Akaun Joint, kami akan menumpukan pada membuka Akaun Individu:

  1. Pada mulanya, anda perlu klik pada “Buka Akaun” dan daftarkan nama dan alamat e-mel anda.  
  2. Selepas itu, anda perlu pilih diantara Akaun Sebenar atau Demo.
  3. Kemudian, anda perlu mengisi nama penuh anda, nombor telefon, alamat e-mel, dan tarikh lahir. Anda juga perlu pilih mata wang asas, platform, dan leveraj.
  4. Sebaik langkah ini selesai, FBS perlukan sekurang-kurangnya dua dokumen untuk menerima anda sebagai pelanggan individu:
    1. Bukti Pengenalan Diri – terkini (bukan yang luput) salinan berwarna daripada imbasan (dalam format PDF atau JPG) paspot anda.
    2. Jika tiada paspot sah yang ada, dokumen pengenalan yang serupa yang mengandungi foto seperti kad pengenalan atau lesen memandu boleh diterima.
  5. Sebaik langkah ini selesai, anda perlu membuat sekurang-kurangnya deposit minimum yang diletakkan untuk akaun pilihan anda melalui cara deposit di FBS. 
  6. Dokumen anda akan disemak oleh jabatan pengesahan FBS dalam 48 jam. Sebarang deposit hanya akan dimasukkan kedalam akaun selepas dokumen anda diluluskan dan ruang peribadi anda diaktifkan sepenuhnya.
  7. Kami menyarankan anda baca Pendedahan Risiko, perjanjian pelanggan, dan terma perniagaan FBS sebelum mula berdagang.

Keseluruhannya, proses pembukaan akaun di FBS tidak melecehkan dan akaun umumnya siap untuk berdagang dalam 48 jam.

Primary Image
Secondary Image

Instrumen Kewangan FBS

Pilihan aset kewangan ditawarkan oleh FBS agak terhad berbanding broker serupa lain, namun menawarkan pilihan meluas mata wang kripto.

Keseluruhannya, pilihan instrumen dagangan di FBS umumnya terhad, namun mereka mempunyai pilihan meluas mata wang kripto.

Primary Image
Secondary Image

FBS Akaun dan Caj Dagangan

FBS mempunyai julat meluas akaun dagangan berbanding broker lain dan caj dagangan adalah lebih kurang sama purata industri.

Caj Dagangan

FBS agak ganjil dikalangan broker dimana ia menawarkan enam jenis akaun berbeza, berbanding kebanyakan broker yang menawarkan tiga atau kurang. Kos dagangan adalah lebih rendah daripada purata pada tiga akaun dan jauh lebih tinggi berbanding purata pada tiga lainnya. Semua akaun mempunyai syarat deposit minimum berbeza. 

Kos Dagangan Akaun:

Kami membuka dan menguji beberapa akaun FBS:

Akaun Cent

Akaun Cent sesuai untuk pedagang baru dan membolehkan dagangan lot mikro. Deposit awal ialah 1 USD; spread terapung purata pada 0.8 pip (EUR/USD), yang lebih rendah berbanding broker lain, dan leveraj sehingga 1:1000. 

Akaun Standard

Akaun standard adalah akaun bebas komisyen dengan deposit minimum 100 USD, spread tidak tetap yang berpurata pada 0.8 pip (EUR/USD), yang lebih rendah berbanding broker serupa lain, dan leveraj sehingga 3000:1.  

Akaun Micro

Akaun micro adalah bebas komiseyn dan mempunyai deposit minimum 5 USD. Spread ditetapkan 3 pip pada EUR/USD, yang lebih tinggi berbanding kebanyakan broker lain, dan leveraj sehingga 3000:1. 

Akaun Zero Spread

Akaun Zero Spread sesuai kepada pedagang yang sukakan dagangan pantas.  Walau begitu, ini adalah akaun berkomiseyn – 20 USD per lot, menjadikannya tidak menarik kepada kebanyakan pedagang.  Spread ditetapkan 0 pip pada  EUR/USD, leveraj sehingga 3000:1, dan syarat deposit minimum 500 USD.  

Akaun ECN

Akaun ECN lebih sesuai kepada pedagang berpengalaman. Deposit minimum pada akaun ECN ialah 1,000 USD, spread tidak tetap dari 0.1 pip (EUR/USD), dan komisyen 6 USD dikenakan per lot.  Leveraj maksimum pada Akaun ECN adalah sehingga 500:1, namun pemegang akaun ECN hanya boleh berdagang dalam 25 pasangan FX.  Meskipun syarat deposit minimum tinggi, kos dagangan berterusannya adalah rendah berbanding yang dikenakan broker ECN lain.  

Akaun Crypto

FBS menawarkan akaun khusus Kripto, yang menyokong lebih dari 100 instrumen: syiling ke syiling, syiling ke fiat, syiling ke logam, dsb. Deposit minimum untuk akaun ini ialah 1 USD, dan leveraj tetap pada 1:5.  Walau begitu, spread sangat lebar pada aset-aset ini, dan komisyen 0.1% dikenakan (pusingan penuh), diterjemahkan kepada 100 USD per lot didagangkan.  Akaun Crypto hanya tersedia pada MetaTrader 5 sahaja.

FBS Accounts MY

Primary Image
Secondary Image

FBS Deposits dan Pengeluaran

Walaupun kami gembira mendapati FBS tidak mengenakan caj deposit, mereka mengenakan caj pengeluaran untuk cara pindahan tertentu.  

Selaras dengan dasar Anti-Selewang Wang, deposit dan pengeluaran di FBS tidak boleh dilakukan kepada/dari pihak ketiga.  

Mata Wang Akaun Dagangan: Kami kecewa mendapati walaupun deposit boleh dibuat dalam hampir semua mata wang negara, ianya seterusnya ditukar kepada USD dan EUR. Oleh kerana, FBS tidak menyokong akaun berdenominasi MYR, orang Malaysia perlu membayar can pertukaran pada semua deposit dan pengeluaran. Caj pertukaran boleh menyebabkan dagangan menjadi mahal dan menjejaskan keberuntungan.

Caj Deposit dan Pengeluaran: FBS tidak mengenakan caj untuk deposit kedalam akaun dagangan, namun ia mengenakan caj untuk pengeluaran dibawah syarat tertentu. Deposit yang dilakukan melalui sistem bayaran elektronik diproses segera, dan permintaan deposit melalui sistem bayaran lain diproses dalam 1-2 hari.

Lihat dibawah untuk senarai cara bayaran di FBS:

 

Keseluruhannya, walaupun FBS menyediakan berbagai cara pendanaan dan deposit yang umumnya percuma, pengeluaran adalah mahal dan semua mata wang ditukarkan kepada EUR atau USD jadi kebanyakan pedagang akan perlu membayar caj pertuakran mata wang. Tambahan pula, orang Malaysia tidak boleh mendeposit dan mengeluarkan dana melalui pindahan bank.

Bonus

FBS mempunyai pilihan luas promosi dan bonus diiklankan pada laman webnya. Sebagai contoh, broker menawarkan bonus deposit 100%, yang menggandakan deposit sedia ada untuk didagangkan. Sila lihat di laman web untuk maklumat lanjut.

Primary Image
Secondary Image

Apl Dagangan Mudah Alih FBS

FBS menawarkan julat platform dagangan lebih luas berbanding biasanya didapati di broker lain termasuk apl mudah alih binaan mereka sendiri.

FBS Trader

Kami terus sedari bahawa apl FBS trader bukannya platform dagangan, namun hanyalah portal yang membolehkan pedagang menguruskan platform MT4 dan MT5 mereka dari peranti mudah alih atau tablet. Kami gembira melihat Apl FBS Trader kini juga tersedia pada iOS yang sebelumnya hanya tersedia untuk peranti Android.

Ciri-Ciri FBS Trader: Kami menyukai betapa mudahnya apl FBS Trader digunakan. Selepas anda mendaftar akaun, ia akan membawa anda ke tutorial untuk membantu anda menavigasi platform. Apl ini juga mempunyai skrin utama intuitif dan papan pemuka sofistikated yang membolehkan anda langkau daripada akaun demo atau sebenar, dengan mudah. Apl ini membolehkan anda melihat video pendidikan, mempunyai kalendar ekonomi diintegrasi, dan membolehkan anda menghubungi sokongan pelanggan. Pedagang juga menjejak statistik masa-nyata, buka/tutup/ubah posisi, tambah henti kepada posisi terbuka dan membuang pesanan aktif.

Apl Dagangan Mudah Alih MT4/MT5 FBS

FBS menawarkan sokongan untuk apl dagangan mudah alih MT4 dan MT5 untuk Android dan iOS. Pedagang perlu ketahui bahawa terdapat sedikit hilang fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan komputer meja, termasuk kurang rangka masa dan pilihan pencartaan, namun pedagang boleh menutup dan mengubah pesanan sedia ada, kira untung dan rugi, dan berdagang pada carta.

Perbandingan Platform:

Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan
FBS
4.5
/ 5
Tidak
MT4, MT5
Pepperstone
5
/ 5
Ya
MT4, MT5, cTrader, TradingView
AvaTrade
4.5
/ 5
Ya
MT4, MT5, Avatrade Social, AvaOptions

Platform Dagangan Lain

Dengan kedua MT4 dan MT5 tersedia, sokongan platform di FBS adalah biasa. 

MT4 dan MT5

Manfaat utama menggunakan platform pihak ketiga seperti MT4 dan MT5 ialah pedagang boleh menyimpan versi platform tersesuai mereka sendiri sekiranya mereka ingin pindah ke broker lain. Kedua MT4 dan MT5 tersedia untuk Windows, Android, iOS, dan pelayar web.

Primary Image
Secondary Image

Alatan Dagangan FBS

Alatan dagangan di FBS adalah biasa berbanding broker serupa lain, mereka tidak menawarkan alat analisis teknikal seperti Autochartist atau Trading Central.

Dibawah bahagian alatan dagangan, FBS menyenaraikan Kalendar Ekonomi, Kalkulator Dagangan, dan Penukar Mata Wang, yang mana agak kebiasaan. Ia juga menawarkan perkhidmatan VPS untuk pedagang dengan deposit minimum lebih tinggi dan perkhidmatan salin dagangan yang memuaskan untuk pelabur dan pedagang.

VPS

FBS menawarkan perkhidmatan VPS kepada pedagang yang mendeposit lebih daripada 450 USD dan yang berdagang tiga lot dalam bulan pertama penggunaan. Pedagang yang tidak berdagang dalam volum ini akan dikenakan caj 33 USD sebulan untuk menggunakan perkhidmatan ini, dimana dalam sekitar purata industri.

Salin Dagangan

Perkhidmatan salin dagangan FBS boleh didapati melalui Apl CopyTrade. Apl ini membolehkan pedagang menyalin dagangan daripada pedagang lebih berpengalaman (pembekal isyarat). Pembekal isyarat menerima komisyen 5% daripada semua tutupan dagangan berjaya. Satu daripada kelebihan platform salin dagangan FBS adalah dari kefungsiannya. Ia menawarkan mod salin dagangan berbilang dan tiada had untuk bilangan Penyedia Strategi yang boleh diikuti.

Asasnya, salin dagangan berguna untuk pedagang yang berminat dalam pasaran kewangan namun kurang pengalaman dan pengetahuan.

Keseluruhannya, alatan dagangan yang ditawarkan FBS adalah dalam kategori biasa berbanding broker antarabangsa besar lain.

Perbandingan Alatan Dagangan:

Autochartist
Trading Central
Trading View
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak

Keseluruhannya, alatan dagangan yang ditawarkan FBS adalah dalam kategori biasa berbanding broker antarabangsa besar lain.

Bahan Analitikal

Penyelidikan pasaran di FBS adalah biasa berbanding kebanyakan broker besar antarabangsa lain, namun kami kagum mendapati semua bahan diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Analisis Pasaran FBS dipecahkan kepada analisis teknikal dan fundamental. Analisis teknikal agak terhad, namun analisis fundamentalnya lebih terperinci dan menawarkan pedagang Forex pendedahan asas topik utama.

Bahan analisis pasaran di FBS percuma untuk semua pengunjung, dan dibahagikan kepada tiga bahagian berbeza:

  • Berita Forex – Suapan berita tetap tentang peristiwa penting hari itu yang mempunyai kesan fundamental terhadap dagangan Forex. Ianya padat bermaklumat, dikemaskini kerap, dan ditulis dengan baik.
  • Analisis Pasaran Harian – Disini anda boleh baca artikel analitikal pendek tentang peristiwa hari tersebut, yang sangat berguna kepada pedagang baru.
  • Forex TV – kumpulan video tentang semua perkara, daripada cadangan pelan dagangan untuk minggu hadapan kepada sejarah webinar. Pelan dagangan, khususnya, bagus untuk pedagang baru.

Keseluruhannya, FBS menawarkan berbagai bahan analisis pasaran yang berguna untuk pedagang di semua tahap pengalaman, namun tidak sekomprehensif yang ditawarkan oleh broker lain.

Primary Image
Secondary Image

Pendidikan di FBS

FBS menawarkan pilihan pendidikan yang baik berbanding kebanyakan broker lain, dan ianya sesuai kepada kedua pemula dan juga pedagang lebih berpengalaman. Tambahan pula, semua bahan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu.

Bahagian pendidikan di FBS adalah berstruktur baik dan terurus, serta semuanya percuma. Pendidikan dipecahkan kepada lima bahagian:

  • Buku Panduan Forex – inti utama bahagian pendidikan, ia adalah antara panduan dagangan Forex baik yang kami pernah temui. Ia dipecahkan lagi kepada pedagang Pemula, Asas Rendah, Pertengahan, dan Berpengalaman. Buku panduan ini akan bermanfaat sedikit-sebanyak kepada hampir semua pembaca.
  • Tip untuk Pedagang- blog yang kerap dikemaskini dengan kiriman berguna meliputi berbagai aspek dagangan dalam format ilmiah dan tidak formal. Kiriman blog terbaru termasuk Strategi Dagangan Tiga Skrin dan Indikator Fraktal Bill Williams.
  • Webinar – termasuk jadual dan rekod webinar akan datang. FBS menjalankan webinar setiap minggu dari pejabatnya di Moscow, dan prosedur pendaftaran adalah mudah.
  • Pembelajaran Video – seperti yang anda mungkin jangka, ini adalah kumpulan video pendek merangkumi berbagai aspek dagangan Forex – sesuai kepada mereka yang suka menonton daripada membaca, namun ianya tidak komprehensif seperti Buku Panduan.
  • Glosari – FBS menawarkan glosari baik dalam istilah Forex.

Keseluruhannya, bahagian pendidikan di FBS lebih komprehensif berbanding bahan yang disediakan di broker lain.

Perbandingan Pendidikan:

Akaun Demo Tanpa Had
Kursus Pemula
Kursus Lanjutan
Ya
Ya
Ya
Tidak
Ya
Ya
Tidak
Ya
Ya
Primary Image
Secondary Image

Sokongan Pelanggan FBS

Tersedia 24/7, sokongan pelanggan FBS adalah lebih baik daripada yang ditawarkan broker lain.

Khidmat pelanggan tersedia dalam berbilang bahasa, 24/7 – yang sangat luar biasa dalam industri dengan standard 24/5. Sokongan boleh didapati melalui e-mel, chat live, dan media sosial, dalam 16 bahasa berbeza, termasuk Bahasa Melayu.

Kami dapati khidmat pelanggannya responsif, sopan, dan berpengetahuan. Mereka boleh menjawab semua soalan kami dengan memuaskan.

How Brokers Are Scored

FxScouts’ Broker Score and Trust Rating constantly evolve to reflect the forex market’s dynamics. We ensure transparency by incorporating regulator data and user insights. Our in-depth reviews consider over 200 metrics across seven key categories. The radar chart to the left shows how important each category is when calculating a broker’s final score.

  • Trust Rating: Assessment of broker reliability and reputation
  • Trading Costs: Spreads and fees for clear comparisons
  • Platforms: User-friendliness and features 
  • Asset Selection: Forex, stocks, and other available instruments
  • Deposit and Withdrawal: Simple and free deposits & withdrawals
  • Education: Support for beginners and developing traders
  • Customer Support: Accessibility, responsiveness, and expertise

 

Learn how we set the standard for broker reviews. Explore our in-depth review process here.

Penyata Risiko FBS

Penyata Risiko FBS


Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker diwajibkan untuk memperincikan risiko dagangan CFD kepada pelanggan. FBS ingin anda tahu bahawa CFD merupakan instrumen kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 76.2% akaun runcitan kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda patut pertimbangkan sama ada anda faham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda sanggup mengambil risiko tinggi kerugian wang.

Temui Pakar Di Sebalik Ulasan Tidak Memihak Kami

Alison Heyerdahl

Penulis Kewangan Kanan

Alison Heyerdahl

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau adalah Penulis Kewangan Utama untuk FxScouts. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan tumpuan kepada fisioterapi dan ijazah sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kecintaannya terhadap penulisan mendorongnya untuk menukar kerjaya. Beliau mempunyai keghairahan untuk perdagangan Forex dan lebih sedekad pengalaman editorial menyelidik Forex dan industri perkhidmatan kewangan, menghasilkan kandungan berkualiti tinggi. Beliau menjadi tuan rumah untuk podcast mingguan, "Let's Talk Forex", bersama Chris dan telah menghasilkan lebih 100 video pendidikan Forex untuk saluran YouTube FxScouts. Beliau juga menulis analisis teknikal mingguan dan telah menguji dan mengkaji lebih 100 broker Forex.

Chris Cammack

Ketua Kandungan

Chris Cammack

Ketua Kandungan di FxScouts sejak 2019, Chris Cammack memastikan semua kandungan memenuhi standard kualiti dan kejelasan yang tinggi, membentuk garis panduan editorial dan menyelaras semakan broker. Chris membawa 10 tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial, dan reka bentuk untuk penerbitan politik dan kewangan, dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik. Beliau menjadi hos bersama untuk podcast "Let's Talk Forex" dengan Alison dan menulis untuk bahagian berita secara kerap.

Ida Hermansen

Penulis Kewangan

Ida Hermansen

Ida adalah seorang penulis kewangan dengan ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang yang kukuh dalam penulisan kandungan dan SEO. Kepakaran beliau melampaui pemasaran dan penulisan, dengan minat yang mendalam dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minat Ida dalam perdagangan kripto mencetuskan keghairahan yang lebih mendalam dengan analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Beliau sentiasa meningkatkan pengetahuannya dalam perdagangan Forex, mengetahui trend terkini dan mengenal pasti persekitaran perdagangan terbaik untuk pedagang baru.

Stefan de Clerk

Penulis Kewangan

Stefan de Clerk
Ahli pasukan terbaru kami, Stefan, memiliki ijazah dalam bidang Pemasaran dan lebih daripada sedekad pengalaman menulis kandungan berkualiti dalam bidang kewangan dan teknologi. Minat mendalam Stefan terhadap bagaimana faktor-faktor seperti peristiwa geopolitik, data besar dan sentimen pasaran mempengaruhi pasaran kewangan mendorong minat beliau dalam perdagangan Forex. Beliau percaya bahawa jika anda ingin memahami denyutan nadi ekonomi dunia, berdaganglah Forex, dan jika anda ingin berdagang Forex, anda memerlukan maklumat yang telah dikaji dengan teliti, tidak berat sebelah dan objektif.
1.
Pepperstone
Broker Forex Terbaik di Malaysia
2.
Octa
Akaun Demo di Tiga Platform
3.
Tickmill
Broker MT4 dengan Kos Dagangan Paling Rendah
4.
AvaTrade
Best Forex Broker in the UK
5.
FP Markets
Terbaik Demo MetaTrader Tanpa Had
6.
XM
Broker dengan Spread Terendah
7.
HF Markets
Leverage Tertinggi dengan Pelaksanaan Pasaran
8.
Fusion Markets
9.
IC Markets
Tightest Spreads
10.
HFM
11.
Axi
Broker ECN terbaik pada MT4

Lain-lain juga dilihat

Terokai lebih banyak sumber yang dianggap berguna oleh trader lain! Semak panduan-panduan lain ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran trading forex anda. Sama ada anda sedang mencari broker terbaik, bahan pendidikan, atau sesuatu yang lebih spesifik, kami sedia membantu:

Broker Forex Terbaik di Malaysia

"Bandingkan broker Forex terkemuka di Malaysia. Akaun, platform dagangan, dan bonus patuh shariah, semuanya dinilai untuk tahun 2024."

Justice

Badan Kawal Selia Utama Untuk Broker di Seluruh Dunia

Peraturan adalah pertimbangan paling penting apabila memilih broker. Ketahui cara pengawal selia melindungi peniaga dan cara pasaran Forex dikawal.

Beginner featured image

Broker Forex Terbaik untuk Pemula

Cari broker Forex terbaik untuk pemula di Malaysia dengan platform mesra pengguna, sumber pendidikan, dan akaun demo.

Bandingkan Broker-Broker

Bandingkan Broker-Broker


Gunakan alat perbandingan kami untuk membandingkan dua broker berdasarkan rating kepercayaan, kos, ciri-ciri, platform dan pelbagai aspek lain. Cari broker yang sesuai dengan gaya trading dan bajet anda.

Polygon icon
Polygon icon