Utama/ Broker Terbaik Malaysia/ Fusion Markets

Ulasan Terhadap Broker Fusion Markets

Editor Editor:  Chris Cammack Dikemaskini: November 15, 2023
Pengarang Pengarang:  Alison Heyerdahl

Kemas kini terakhir pada November 15, 2023

Alison Heyerdahl
Skor broker
4.33 4.33 / 5
Ditaraf #16 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
🏦  Deposit Min.USD 0
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 4.50
⚖️  Leverage500:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 
AlertMenerima Pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0 pip dengan 0 USD komisyen pusingan penuh pada akaun dagangan dengan deposit minimum paling rendah. Leveraj maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Platform MT4 & MT5 disokong. Fusion Markets dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles), & VFSC.

Kemas kini terakhir pada November 15, 2023

Alison Heyerdahl

75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .

Keputusan kami pada Fusion Markets

Ditubuhkan pada 2017, Fusion Markets menawarkan dua akaun berkos rendah, tersedia pada kedua MT4 dan MT5, alat penyelidikan hebat, khidmat pelanggan 24/7, dan pengeluaran percuma dan pantas. 

Akaun Fusion Markets mempunyai syarat deposit minimum, dan akaun Zero mereka mempunyai spread bermula dari 0 pip (EUR/USD) sebagai pertukaran dengan komisyen 4.5 USD, menjadikannya akaun paling berkos rendah dalam industri. 

Ia juga menawarkan kepelbagaian hebat bahan analisis pasaran, mempunyai penghosan VPS percuma untuk pelanggan yang berdagang lebih 20 lot sebulan, dan berbagai perkhidmatan salin dagangan. Hanya satu isu kami dengan Fusion Markets adalah ketiadaan bahan pendidikan, menjadikannya pilihan lemah untuk pedagang pemula.

🏦  Deposit Min.USD 0
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 4.50
⚖️  Leverage500:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 

Ringkasan keseluruhan

Penilaian Kepercayaan
111104/ 5
Keadaan Dagangan
111115/ 5
Platform Dagangan
11110.54.5/ 5
Deposit & Pengeluaran
11110.54.5/ 5
Pendidikan & Penyelidikan
111003/ 5
Aset Tersedia
11110.54.5/ 5
Khidmat Pelanggan
11110.54.5/ 5
Mesra Pengguna-Baru
Cemerlang
Bonus selamat datang

Maklumat Akaun

Matawang asas
USD, EUR, GBP, AUD, SGD, JPY
Bilangan padanan
85
Padanan Crypto
14
Salin Dagangan
Lindung Nilai Dibenarkan
Scalping
Akaun Islamik

Keadaan Dagangan

Nama akaun
Zero
Jenis Broker
Komisyen
4.5 AUD / lot (EUR/USD)
EUR/USD
0 pips
GBP/USD
0.24 pips
USD/JPY
0.11 pips
Perlindungan baki negatif

Butiran syarikat

Nama Syarikat
FMGP Trading Group Pty Ltd
Ditubuhkan
2017
Bahasa Laman Web
Bahasa Inggeris
Bahasa Sokongan
Bahasa Inggeris
Lokasi Pejabat
Australia, Seychelles, Vanuatu

Pro

  • Low minimum deposits
  • Spread sempit
  • Analisis pasaran cemerlang

Kontra

  • No in-house platform
  • No education

Adakah Fusion Markets Selamat?

Dengan kawal seliaan daripada badan berkuasa unggul Australia, ASIC, Fusion Markets mempunyai rating kepercayaan tinggi, namun pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti kawal seliaan VFSC, yang menawarkan perlindungan yang sedikit.

Kawal Seliaan: Fusion Markets mempunyai reputasi cemerlang dan dikawal selia oleh badan bertaraf tinggi – ASIC di Australia. Walau begitu, pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti Fusion Markets dari Vanuatu, yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu, yang menawarkan kurang pemantauan kawal seliaan. Lihat dibawah untuk lesen Fusion Markets:

Fusion Markets Regulation

Ciri-Ciri Keselamatan:  Fusion Markets mengasingkan semua dana daripada modal operasi syarikat dan menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua pelanggannya. Pemantauan kawal seliaan VFSC juga bermaksud Fusion Markets boleh menawarkan leveraj dan bonus lebih tinggi kepada semua pedagang Malaysia, yang mungkin menarik untuk sesetengah orang.

Perihal Syarikat:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Pengawal Selia Kumpulan
Jenis Broker
Laman web
Ditubuhkan
Lokasi Pejabat
Caj Tidak Aktif
ASIC
VFSC
FSA-Seychelles
ECN/DMA
2017
Australia, Seychelles, Vanuatu
Tidak

Instrumen Dagangan di Fusion Markets

Fusion Markets menawarkan julat baik CFD untuk didagangkan, termasuk 80 pasangan forex, julat lebih luas berbanding broker serupa lain.

Senarai lengkap instrumen dan leveraj:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Financial Instrument
Number of Assets
Leveraj
Komoditi
25
500:1
Mata wang Kripto
14
5:1
Stock CFDs
110
20:1
Forex
85
500:1
Indices
18
200:1
  • Forex: Julat pasangan mata wang Fusion Markets adalah lebih luas berbanding purata industri dan merangkumi utama, minor, dan eksotik. 
  • Saham CFD: Julat saham CFD di Fusion Markets adalah terhad berbanding broker antarabangsa besar lain dan termasuk syarikat-syarikat teknologi dan tenaga multi-nasional popular US.
  • Komoditi: Julat komoditi di Fusion Market adalah cemerlang, memandangkan kebanyakan broker menawarkan dagangan untuk 5 – 10 komoditi. 
  • Indeks: Fusion Markets menawarkan tawaran dagangan bilangan terhad indeks berbanding dengan broker lain.
  • Cryptos: Fusion Markets menawarkan julat sederhana dagangan mata wang kripto berbanding broker-broker lain

Keseluruhannya, Fusion Markets menawarkan bilangan aset yang sama berbanding broker-broker lain, namun ia menyerlah dalam bilangan pasangan Forex. 

Caj Akaun dan Dagangan

Fusion Markets mempunyai dua akaun dengan kos dagangan yang sangat rendah berbanding broker lain, dan kedua akaun dagangan ini tidak mempunyai syarat deposit minimum. 

Caj Dagangan: Kedua Akaun Zero dan Akaun Classic tidak mempunyai syarat deposit minimum, meskipun kami menyarankan bermula dengan minimum 200 USD bagi mengelakkan panggilan margin. Kos dagangan pada kedua akaun adalah lebih rendah berbanding kebanyakan broker lain.

Kos Dagangan Akaun:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Akaun dagangan
Deposit Min.
Spread Min. EUR/USD
Komisyen
Kos Dagangan (USD)
Classic
AUD 0
0.80
0
8
Zero
AUD 0
0
4.5 AUD/lot
4.5

Seperti yang anda boleh lihat pada rajah diatas, kos dagangan pada Akaun Classic dimasukkan dalam spread dan sedikit lebih tinggi berbanding pada Akaun Zero, yang mengenakan komisyen kecil yang berubah bergantung kepada mata wang akaun dagangan yang anda pilih.

Akaun Zero

Akaun paling popular dikalangan pedagang Fusion, Akaun Zero mempunyai spread bermula dari 0 pip dengan komisyen pusingan penuh 4.50 USD (lihat dibawah untuk lebih lanjut). Akaun ini ditujukan untuk pedagang dengan pengalaman dan sudah biasa mengira komisyen dagangan. 

Akaun Classic

Akaun Classic ditujukan untuk pedagang pemula. Spread bermula dari 0.8 pip (EUR/USD) tanpa komisyen, berkos dagangan lebih rendah berbanding broker serupa lain. 

Fusion Markets Commission

Deposit dan Pengeluaran

Fusion Markets menawarkan pilihan baik dalam cara pendanaan, dan kami gembira yang kedua deposit dan pengeluaran adalah percuma. 

Sebuah broker terkawal selia baik, Fusion Markets memastikan undang-undang dan peraturan Anti-Selewang Wang dipatuhi, jadi, semua pengeluaran peribadi dikembalikan kepada sumber deposit. Pedagang hanya boleh mengeluarkan sehingga 100% sumber asal deposit ke kad kredit atau debit. Selepas itu, dana boleh dikeluarkan dengan cara lain dalam nama pedagang.

Mata Wang Deposit Diterima: Apabila membuka akaun kami, kami perasan yang portal pelanggan Fusion Markets membenarkan pedagang memilih diantara enam mata wang asas, merangkumi USD, EUR, GBP, AUD, JPY, dan SGD. Oleh kerana kami mendeposit MYR dari akaun bank di Malaysia ke dalam akaun dagangan berasaskan USD, kami dikenakan caj pertukaran untuk deposit dan pengeluaran. 

Cara Pendanaan: Kami gembiara mendapati Fusion Markets menawarkan julat baik cara pembayaran, dan mereka tidak mengenakan caj deposit atau pengeluaran. Walau begitu, bank anda mungkin menggunakan bank perantara dengan caj diantara 15-25 USD. Kad Kredit dan Kad Debit serta pindahan e-wallet adalah percuma melalui proses pendanaan yang asal sebelumnya. Lihat dibawah untuk senarai lengkap pilihan pembayaran dan masa pengeluaran:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Cara Memasukkan Dana
Mata Wang Asas
Caj Deposit
Caj Pengeluaran
Masa Pemprosesan
Pindahan Bank
USD, EUR, AUD, GBP, SGD, JPY
No fees
No fees
Local Bank Transfer within 24 hours, International Bank Transfers up to 5 days.
Mastercard
USD, EUR, AUD, GBP, SGD, JPY
No fees
No fees
Deposits are instant, withdrawals are processed within 24 hours.
Neteller
USD, EUR, AUD, GBP, SGD, JPY
No fees
No fees
Deposits are instant, withdrawals are processed within 24 hours.
Skrill
USD, EUR, AUD, GBP, SGD, JPY
No fees
No fees
Deposits are instant, withdrawals are processed within 24 hours.
Visa
USD, EUR, AUD, GBP, SGD, JPY
No fees
No fees
Deposits are instant, withdrawals are processed within 24 hours.

Semua pengeluaran diterima pada 11 am Waktu Siang Timur Australia AEDT diproses pada hari yang sama. Permintaan yang diterima selepas 11 am AEDT akan diproses pada hari bekerja esoknya. Anda patut menerima dana anda dalam 1-5 hari bekerja untuk kad kredit dan debit, bergantung kepada pembekal kad, dan 2-5 hari bekerja untuk pindahan kawat bank.

Apl Dagangan Mudah Alih

Fusion Markets tidak mempunyai apl dagangannya sendiri, namun MT4 dan MT5 semuanya tersedia dalam apl mudah alih. Meskipun begitu, pengguna iPhone patut ketahui bahawa MT4 dan MT5 tidak tersedia untuk dimuat turun.

Apl MT4 dan MT5 hanya boleh dimuat turun pengguna Android.

Aplikasi Mudah Alih MT4/MT5

Pedagang pemula perlu tahu bahawa terdapat sedikit hilang fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan komputer, termasuk kurangnya rangka masa dan pilihan pencartaan. Tambahan pula, sambungan lemah boleh menggugat keseluruhan pengalaman dagangan. Umumnya, ia lebih baik untuk menjalankan dagangan harian pada komputer meja dan menggunakan peranti mudah alih untuk memerhatikan pasaran atau menutup posisi.

Apl MT4 dan MT5 membolehkan pedagang bekerja dari mana-mana sahaja, dengan fungsi untuk menutup dan mengubah pesanan sedia ada, mengira untung/rugi dalam masa nyata, dan dagangan carta detik untuk membantu lagi pedagang semasa sedang bergerak.

Keseluruhannya, kekurangan aplikasi mudah alih untuk iOS adalah ketara, dan Fusion Markets perlu pertimbang menambah aplikasi mudah alih untuk iOS dalam tawarannya.

Platform Dagangan Lain

Platform dagangan MT4 dan MT5 tersedia untuk dimuat turun ke komputer anda dan sebagai webtrader dalam pelayar anda. 

MT4 dan MT5 tersedia untuk kedua Windows dan Mac.

MT4 dan MT5

Kelebihan tawaran platform pihak ketiga Fusion Markets seperti MT4 dan MT5 adalah supaya pedagang boleh membawa versi platform tersesuai mereka bersama jika mereka ingin berpindah ke broker lain. Disamping itu, ribuan pemalam dan alatan boleh didapati untuk platform MetaTrader.   

Sementara ketersesuaian MT4 dan MT5 adalah hebat, platform terasa sedikit ketinggalan dan ciri-ciri boleh jadi sukar dicari. MT5 adalah lebih berkuasa dan pantas berbanding MT4 dari segi pengujian latar kefungsian untuk dagangan algoritma automatik. Ia mempunyai suapan berita terbina-dalam, indikator kedalaman pasaran, dan kalendar ekonomi, serta dagangan boleh dibuat pada carta. 

Perbandingan Platform Dagangan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan
Admiral Markets
11110.54.5/ 5
MT Supreme

Membuka Akaun di Fusion Markets

Proses pembukaan akaun di Fusion Markets tidak leceh, dan akaun siap untuk berdagang serta-merta.

Semua penduduk Malaysia boleh membuka akaun di Fusion Markets.

Penciptaan akaun adalah ringkas. Proses sepenuhnya digital, dan akaun siap untuk berdagang serta-merta:

Pedagang baru perlu klik pada butang “Open Account” dibahagian atas halaman, dimana mereka dihalakan untuk mendaftar akaun.    

  1. Borang kemasukan Fusion Markets perlukan pelanggan mendaftar akaun dengan alamat e-mel dan kata laluan.
  2. Kemudian, pedagang baru boleh melawat pengenalan pendek untuk membantu pedagang menavigasi hab. Hab (Hub) membolehkan pedagang mengurus akaun mereka, pendanaan dan pengeluaran, mengakses berita, dan menerima idea dagangan.
  3. Apabila memilih untuk membuka akaun live dari hab, pedagang boleh pilih diantara Akaun Pro (dengan leveraj tinggi), namun perlu memenuhi kriteria kelayakan tertentu atau Akaun Retail (untuk pedagang bukan profesional).
  4. Pedagang kemudian dihalakan untuk mengisi maklumat peribadi mereka (termasuk nama, negara kediaman, alamat e-mel, tarikh lahir).
  5. Pedagang kemudian perlu memilih jenis akaun pilihan mereka (Zero atau Classic), platform dagangan (MT4 atau MT5), dan mata wang asas akaun.
  6. Pedagang perlu menghantar dokumen pengesahan ke Fusion Markets. Ini termasuk:
    1. Bukti Pengenalan – Fusion Markets menerima semua dokumen pengenalan keluaran kerajaan seperti pasport, kad IC, lesen memandu, atau ID keluaran kerajaan lain. 
    2. Bukti Kediaman – Dokumen bukti kediaman/alamat perlu dikeluarkan dalam nama pemegang akaun Fusion Markets bertarikh tidak lebih enam bulan. Ia mesti mengandungi nama penuh pedagang, alamat tempat tinggal terkini, tarikh keluaran, dan badan berkuasa yang mengeluarkannya.
  7. Kami menggalakkan anda membaca pendedahan risiko, perjanjian pelanggan, dan terma perniagaan Fusion Markets sebelum mula berdagang.

Keseluruhannya, proses pembukaan akaun di Fusion Markets adalah sepenuhnya digital dan mudah, dan akaun siap untuk berdagang serta-merta.   

Alatan Penyelidikan dan Dagangan

Dengan hab berita meluas terdapat dalam portal pelanggan, penyelidikan pasaran Fusion Markets adalah cemerlang berbanding broker serupa lain. Ia juga menawarkan julat meluas alatan dagangan berguna dan memberikan akses ke dua platform salin dagangan popular.

Penyelidikan di Fusion Markets merangkumi Pandangan Penganalisa, Wawasan Teknikal, dan Berita Pasaran, semuanya tersedia dari dalam hab dagangan. Ia juga menawarkan penghosan VPS bersubsidi, akaun MAM, dan dagangan sosial atau salin dagangan melalui Myfxbook Autotrade dan Duplitrade.

Pandangan Penganalisa (Analyst Views)

Analyst Views menyediakan idea dagangan untuk permulaan berdagang dalam masa-nyata, menonjolkan tahap sokongan dan rintangan penting dan ulasan tentang instrumen tertentu. Ciri-ciri ini juga tersedia sebagai indikator tersesuai pada MT4 dan MT5.

Fusion Markets Technical Analysis

Wawasan Teknikal (Technical Insight)

Wawasan Teknikal membolehkan anda mencari semua aset kewangan yang tersedia di Fusion Markets dan menyediakan gambaran keseluruhan ilmiah indikator analisis teknikal, melihat kedua tindakan harga jangka pendek dan panjang, dan melihat dagangan popular.

Fusion Markets Technical Insight

Berita Pasaran (Market Buzz)

Market Buzz adalah alat AI yang menghidu ribuan artikel pada internet untuk membawakan anda berita, pergerakan harga, dan maklumat relevan. Anda boleh mencipta senarai pantau untuk simbol kesukaan anda, dan ia kemudian akan mencari berita daripada sumber berkualiti tinggi dan menarafnya bergantung kepada topik perbincangan hangat untuk setiap instrumen. Seperti yang anda boleh lihat dibawah, instrumen kewangan yang bergerak disebabkan peristiwa berita penting ditonjolkan sebagain instrumen “Buzz”:

Fusion Markets Market Buzz

VPS 

Fusion Markets menawarkan penghosan VPS bersubsidi melalui syarikat pihak ketiga, New York City Servers, untuk pedagang yang menggunakan platform MT4 dan MT5. Penghosan VPS membolehkan pedagang menjalankan strategi algoritma automatik, termasuk expert advisor, 24 jam sehari, 7 hari seminggu pada mesin maya. Pedagang boleh mengakses VPS percuma yang ditaja oleh Fusion jika mereka berdagang lebih daripada 20 lot FX atau Logam dalam tempoh 30 hari.

New York City Servers mempunyai pasukan sokongan pelanggan 24/5 berdedikasi bagi membantu pengguna baru menetapkan dan memasang EA dan indikator langsung ke mesin maya. Perkhidmatan VPS mempunyai kelebihan tidak akan berlaku isu sambungan dan mempunyai kependaman rendah disebabkan kedekatannya dengan pertukaran antarabangsa utama.

Akaun MAM

Fusion Markets menawarkan perkhidmatan pengurusan akaun kepada pelanggannya, yang membolehkan pengurus akaun berdagang bagi pihak mereka. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, teknologi atau perisian bespoke diperlukan, juga dikenali sebagai MAM. 

MAM bermaksud Multi-Account Manager (Pengurus Berbilang Akaun), yang membenarkan cara tersesusai untuk sub-agih dagangan. Pengurus Akaun mengambil peratusan daripada keuntungan dijana melalui dagangan.

Pengurusan akaun bagus untuk pedagang pemula yang mempunyai pengalaman terhad dalam dagangan.

Salin Dagangan

Fusion Markets menawarkan perkhidmatan salin dagangan hebat melalui penyedia pihak ketiga, Myfxbook Autotrade dan Duplitrade.  Alatan ini membolehkan pedagang mencari, mengikuti dan menyalin pedagang berjaya secara automatik.  

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pedagang perlu membuka akaun dan sambungkan ke perkhidmatan ini.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan salin dagangan adalah pedagang tidak perlu memikirkan strategi atau menjalankan penyelidikan tentang pasaran Forex. Ianya berguna untuk pedagang yang berminat dengan pasaran kewangan namun kurang pengalaman dan pengetahuan.

Gambaran Keseluruhan Alatan Dagangan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Autochartist
Trading Central
Trading View
Fusion Markets
FP Markets
Admiral Markets

Pendidikan di Fusion Markets

Malangnya, Fusion Markets tidak menawarkan sebarang bahan pendidikan, yang bermaksud pedagang perlu belajar sendiri dengan bahan-bahan pihak ketiga lain. 

Gambaran Keseluruhan Pendidikan

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Kursus Pemula
Kursus Lanjutan
Fusion Markets
FP Markets
Admiral Markets

Khidmat Pelanggan Fusion Markets

Kami mendapati khidmat pelanggan di Fusion Markets adalah cemerlang berbanding dengan broker serupa lain.

Khidmat pelanggan tersedia 24/7 melalui e-mel, chat live, dan nombor telefon tempatan, namun tidak dalam Bahasa Melayu.

Bagi tujuan penyelidikan ini, kami menguji perkhidmatan chat live dan e-mel. E-mel kami dijawab dalam beberapa jam, dan jawapannya adalah relevan dan tepat. Kami mendapati agen chat live adalah sopan dan responsif, dan mereka berupaya menjawab semua soalan kami.

Kawal Seliaan Fusion Markets

Kawal Seliaan: Fusion Markets ditubuhkan pada 2017 di Australia dan mempunyai struktur korporat merangkumi berbilang entiti terkawal selia yang beroperasi di tempat berbeza serata dunia, termasuk Australia, Seychelles, dan Vanuatu.  Lihat dibawah untuk lebih lanjut: 

  • Fusion Markets adalah nama dagangan FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC adan dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia dibawah Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia No. 385620
  • Fusion Markets dilesenkan dibawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) – Fusion Markets adalah nama dagangan Fusion Markets International Ltd, sebuah syarikat yang dikawal selia sebagai Peniaga Sekuriti oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles dengan nombor lesen SD096.
  • Gleneagle Securities Pty Limited berdagang sebagai Fusion Markets EN adalah syarikat berdaftar di Vanuatu (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC.

Kaedah penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker, dan keadaan dagangan ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini.

Setiap daripadanya digred menggunakan 200+ metrik merentasi tujuh perkara penting, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker berdasarkan rajah dibawah:

Penyata Risiko Fusion Markets

Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggan mereka. Fusion Markets ingin anda tahu bahawa: Semua produk kewangan melibatkan risiko. Anda patut memastikan anda faham risiko yang terlibat, kerana sesetengah produk kewangan tidak sesuai untuk semua orang. Berdagang dalam pertukaran antarabangsa dan terbitan bermargin membawa risiko tinggi, dan anda mungkin kerugian melebihi amaun yang anda labur. Prestasi lama produk yang dinyatakan pada laman web ini tidak boleh dijadikan petanda kukuh prestasi masa depan. Sebarang maklumat atau nasihat pada laman web ini adalah bersifat umum dan telah disediakan tanpa mengambil kira objektif, situasi kewangan atau keperluan anda.

Gambaran Keseluruhan

Sebuah broker yang agak baru, Fusion Markets telahpun menempa nama baik. Ia menawarkan dua akaun berkos rendah pada dua platform dagangan paling popular dan mempunyai jula

AlertMenerima Pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0 pip dengan 0 USD komisyen pusingan penuh pada akaun dagangan dengan deposit minimum paling rendah. Leveraj maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Platform MT4 & MT5 disokong. Fusion Markets dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles), & VFSC.
Lawat
Skor broker
4.33 4.33  / 5
Ditaraf #16 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
Site Icon Data provided by FxScouts

Fusion Markets Financial Regulation

Pengawal Selia Lesen
Pengawal Selia Lesen

Fusion Markets Trading Cost Comparison

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup