EditorEditor: Chris CammackDikemaskini: Oktober 9, 2023
PengarangPengarang: Jeffrey Cammack

Kemas kini terakhir pada Oktober 9, 2023

Jeffrey Cammack

Pengarang: Jeffrey Cammack

Editor: Chris Cammack

Adakah Dagangan Forex Haram atau Halal?

Sebelum melangkah masuk ke dagangan forex (FX), setiap orang Islam perlu bertanyakan diri mereka sama ada aktiviti ini diterima dalam perundangan Islam (halal) atau tidak dibenarkan (haram).

Ianya mudah dilihat mengapa dagangan forex dianggap haram. Dalil Al-Quran melarang perjudian dan riba, juga dikenali dengan bunga atau faedah. Kedua aktiviti ini, menurut hujah para ulama Islam, terdapat dalam dagangan forex.

Walau begitu, sebahagian ulama lain berpendapat bahawa dagangan forex tidak sama seperti judi. Ini berdasarkan sebab apabila pedagang membuat kajian fundamental atau analisis teknikal untuk menyokong tindakan berasas terhadap arah pergerakan masa depan mata wang, tidak sama seperti judi, cth. yang meletakkan pertaruhan arah pergerakan pasaran berdasarkan kehendak hati.

Persoalan tentang riba adalah lebih rumit. Ia dihujahkan, sebagai contoh, bahawa orang Islam tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti dagangan dimana pertukaran barangan ditangguhkan (cth. ia tidak berlaku secara fizikal diantara dua pihak), kerana ia mungkin dikenakan faedah. Pun begitu, ijmak atau persetujuan dikalangan ulama Islam berpendapat ianya boleh diterima untuk menukar mata wang berdasarkan urusniaga semerta (spot basis). Ini kerana pembayaran semerta boleh mengurangkan aspek riba secara signifikan dalam dagangan forex.

Tambahan pula, sebarang tangguhan dalam pindahan dalam pasaran spot diakibatkan oleh sebab tulen, seperti perbezaan signifikan dalam perundangan, keperluan kawal seliaan, teknologi dan cara pembayaran di negara asal mata wang. Realitinya, pembayaran diantara bank dalam dua sistem perbankan berbeza kebiasaannya menyebabkan tangguhan disebabkan banyak sistem bayaran ini direka-bentuk supaya pembayaran akhir semua transaksi dilakukan di penghujung hari operasi sistem, berbanding beberapa kali dalam sehari.

Selain itu, jika anda membuka akaun forex Islamik, anda tidak akan dikenakan faedah pada posisi semalaman, yang menyelesaikan masalah riba. Akhir sekali, ulama telah menghujahkan bahawa pertukaran mata wang dan untung daripada pertukaran mata wang dibenarkan dibawah undang-undang Syariah kerana mana-mana orang Islam mempunyai hak menjalankan aktiviti yang membolehkan mereka memperbaiki keadaan ekonomi mereka.

Dagangan Forex dan Islam

Terdapat kebimbangan lain orang Islam dalam dagangan Forex. Ini termasuk yang berikut:

Dagangan forex CFD, ia dihujahkan oleh yang seumpama dengan Badan Semakan Syariah, ianya tidak menepati prinsip syariah kerana ia melibatkan pertaruhan pergerakan pasangan mata wang menggunakan terbitan (derivative), berbanding mata wang itu sendiri.

FX futures tidak patuh Syariah kerana melibatkan kontrak jual atau beli mata wang tertentu dalam amaun tertentu, dan dalam harga dan tarikh tertentu masa hadapan. Ia adalah bentuk transaksi tertunda, berbanding pertukaran barang semerta, yang menyebabkannya haram.

Pertaruhan spread forex (spread betting) juga dianggap haram oleh banyak ulama kerana ianya berdasarkan terbitan, cth. ia tidak melibatkan pertukaran semerta barang fizikal. Ianya juga melibatkan judi memandangkan anda bertaruh sama ada anda jangkakan harga produk naik atau turun.

FX option juga dianggap haram kerana menggunakan ‘option’ tidak diketahui dan belum pasti lalu melibatkan elemen risiko. Ini dijelaskan sebagai ‘gharar’ dan tidak dibenarkan dalam perundangan Syariah.

Terdapat pertikaian pendapat bahawa short selling tidak mematuhi undang-undang Syariah. Ini sekali lagi melibatkan gharar dan perjudian – aktiviti melibatkan spekulasi pergerakan harga masa depan dan tidak melibatkan sebarang beliaan dan jualan mata wang sebenar, memandangkan short selling biasanya dilakukan melalui instrumen terbitan seperti CFD.

Dagangan mata wang kripto adalah cabaran lain dalam perundagangan Islam. Ini adalah kerana ia melibatkan kejuruteraan kewangan dan sukar dihujahkan sebagai aset berbentuk fizikal, tidak seperti mata wang sedia ada, yang berasaskan emas. Sebahagian syarikat mata wang kripto telah cuba mengatasi masalah ini dengan melancarkan instrumen bersandarkan aset fizikal seperti emas dan diiktiraf sah oleh penasihat Islamik.

Kesimpulan

Isu sama ada dagangan forex halal untuk orang Islam adalah sangat kompleks dan terbuka untuk interpretasi berbeza. Seperti yang anda mungkin ketahui, banyak syarikat FX menegaskan bahawa akaun Islamik FX mengatasi masalah seperti faedah atau bunga. Walau begitu, pandangan ulama Islam berkepelbagaian luas dalam subjek ini. Ambil contoh mata wang kripto. Majlis Ulama Indonesia adalah pihak bertanggungjawab dalam pematuhan Syariah dalam negara dengan populasi Muslim terbesar dunia dan dirunding oleh kementerian kewangan Indonesia dan bank pusat. Pada November 2021, Majlis memfatwakan bahawa penggunaan aset kripto sebagai mata wang adalah haram untuk orang Islam kerana ia melibatkan elemen “ketidakpastian, taruhan dan potensi mudarat”. Walau begitu, Majlis menambah bahawa jika penggunaan kripto sebagai komoditi atau aset digital boleh mematuhi prinsip Syariah dan menunjukkan kebaikan yang jelas, ia boleh didagangkan.

Sebaliknya, Emiriah Arab Bersatu membenarkan dagangan kripto dalam zon bebas Dubai, sementara Bahrain telah menyokong aset kripto sejak 2019. Lima tahun lalu, pada 2014, ahli akademik dari California, Monzer Kahf, seorang penulis terkemuka buku teks kewangan Islamik, berkata bahawa bitcoin merupakan medium sah pertukaran, walaupun ia terdedah kepada manipulasi. Pakar Islam di Afrika Selatan memfatwakan sokongan kepada mata wang kripto, dengan asbab ia telah menjadi lebih diterima sosial dan biasa digunakan.

Terdapat juga perbezaan pendapat dalam dagangan FX. Majlis Fatwa Negara di Malaysia berkata bahawa aktiviti ini bercanggah dengan perundangan Syariah pada Februari 2012, sementara negeri seperti Perlis (2016), Negeri Sembilan (2018) dan Sabah (2012) telah bersetuju untuk tidak membenarkan dagangan forex dalam talian. Pandangan ini sama seperti Majlis Ulama Indonesia (2002) dan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa (IIFA), sebuah institusi antarabangsa dalam pengajian lanjut jurisprudens dan yang berasaskan perundangan di Jeddah, Arab Saudi yang membuat keputusan pada 2006.

Dagangan Forex adalah mematuhi undang-undang di Malaysia dan Indonesia, walaupun fatwa menentang dagangan forex dalam kedua negara ini oleh Majlis Fatwa adalah wajib diikuti setiap orang Islam. Dagangan Forex juga melanggar undang-undang di negara Islam konservatif di Timur Tengah seperti Arab Saudi. Apapun, keputusan sama ada untuk berdagang atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Mungkin perkara terbaik selepas ini adalah untuk setiap individu membincangkan perkara ini dengan ahli agama yang mereka hormati kemudian membuat kesimpulan daripadanya.

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup