EditorEditor: Chris CammackDikemaskini: November 9, 2023
PengarangPengarang: Alison Heyerdahl

Kemas kini terakhir pada November 9, 2023

Alison Heyerdahl

Platform dagangan ialah aplikasi perisian atau antara muka dalam talian yang menghubungkan pedagang ke pelbagai pasaran kewangan melalui broker, membolehkan mereka berdagang Forex, saham, bon, mutual fund, future, option dan instrumen kewangan dan CFD lain.

Platform dagangan menawarkan alat seperti indikator analisis teknikal, suapan berita masa nyata dan carta untuk membantu pedagang membuat keputusan termaklum. Mereka juga menyediakan ciri pengurusan akaun dan alat pengurusan risiko. Selain itu, platform dagangan biasanya menyediakan bahan pendidikan, seperti tutorial dan webinar, untuk membantu pedagang mempelajari cara berdagang.

Apakah Platform Dagangan Mudah Alih (Apl Dagangan)?

Platform dagangan mudah alih ialah aplikasi yang membolehkan pedagang melihat pasaran kewangan dan berdagang daripada peranti mudah alih mereka. Platform dagangan mudah alih menawarkan fleksibiliti dan kemudahan kepada pedagang untuk berdagang dari mana-mana, pada bila-bila masa, asalkan mereka mempunyai sambungan internet. Walau begitu, adalah penting untuk tahu bahawa terdapat batasan dalam dagangan pada peranti mudah alih berbanding dagangan komputer meja, seperti saiz skrin dan kuasa pemprosesan, dan mungkin perlukan pedagang menyesuaikan strategi dagangan mereka dengan sewajarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang apl dagangan mudah alih dan broker yang menawarkannya, lawati halaman apl dagangan kami.

Apakah Platform Dagangan Forex Terbaik?

Ramai beranggapan MetaTrader 4 (MT4) merupakan platform terbaik kerana ia paling popular dan disokong kebanyakan broker Forex. Yang lain berpendapat bahawa MetaTrader 5 (MT5) adalah lebih baik, kerana ia lebih baru dengan ciri-ciri lebih moden. Yang lainnya lebih suka cTrader disebabkan kebolehsesuaian tinggi dan susun atur intuitifnya. Akhir-akhir ini, ramai pedagang telah mula menggunakan TradingView, yang pada asalnya alat pencartaan lanjutan dan rangkaian sosial, sebagai platform dagangan.

Di samping MT4, MT5, cTrader dan TradingView, sesetengah broker Forex juga mempunyai platform mereka sendiri. Dikenali sebagai platform proprietari, ia biasanya berasaskan web dan lebih sesuai untuk pedagang pemula. Ia juga biasanya mempunyai antara muka diringkaskan dan pilihan kebolehsesuaian yang lebih sedikit.

Dengan penggunaan MT4, MT5, cTrader dan TradingView, mudah untuk menukar broker dan mengekalkan platform anda dengan semua pilihan dan penyesuaian anda. Tetapi jika anda putuskan untuk menggunakan platform proprietari, platform tidak akan bergerak bersama anda jika anda pilih untuk menukar broker. Ini bermakna anda akan kehilangan sebarang penyesuaian dan pengetahuan platform khusus yang telah anda perolehi.

Pertama sekali, mari kita tinjau dengan lebih dekat platform pihak ketiga yang paling popular.

MetaTrader 4

MT4

Dilancarkan pada tahun 2005, MetaTrader 4 (MT4) ialah platform dagangan paling popular di dunia – lebih 90% daripada broker Forex menawarkan sokongan untuk MT4. Seperti kebanyakan platform dagangan runcit, platform MT4 adalah percuma untuk dimuat turun daripada MetaQuotes atau mana-mana broker Forex MT4 ini.

MT4 berjalan dengan lancar dan melaksanakan dagangan dengan cepat, walaupun pada sambungan internet yang perlahan. Pun begitu, ia paling terkenal dengan pilihan penyesuaian dan keupayaan dagangan automatik. MT4 tersedia pada peranti Android dan iOS, dalam pelayar web dan sebagai aplikasi boleh dimuat turun. Ambil perhatian bahawa beberapa pilihan penyesuaian tidak tersedia pada peranti mudah alih atau pelayar web.

Ciri-Ciri Platform MT4

Walaupun kini agak ketinggalan zaman, MT4 telah direka bentuk dengan rupa dan rasa profesional, mempunyai pakej pencartaan lanjutan, dengan tiga jenis carta berbeza dan membolehkan pedagang melihat berbilang carta dalam sembilan rangka masa berbeza. Ia juga mempunyai 30 indikator tersuai terbina-dalam dan 31 alat lukisan yang boleh ditambah dan dialih keluar dengan mudah daripada carta.

Oleh kerana MT4 sangat popular, beribu-ribu forum dan panduan komuniti tersedia untuk membantu anda bermula. Selain itu, broker MT4 akan membantu pedagang menyediakan platform dan menawarkan sokongan teknikal pakar.

Dagangan Automatik MT4

Bahasa penskriptan sumber terbuka MT4, MQL4, membolehkan pedagang membina dan membeli Expert Advisor (EA), indikator dan robot dagangan lain. Hampir semua strategi dagangan boleh diformalkan dan dilaksanakan sebagai Expert Advisor, jadi ia berdagang untuk anda . Robot dagangan boleh mengawal kedua-dua dagangan dan analisis, membebaskan anda daripada analisis rutin pasaran.

MetaTrader 4 menyediakan persekitaran yang lengkap untuk membangun, menguji latar dan mengoptimumkan program dagangan algoritma/automatik.

[ su_youtube url =”https://youtu.be/ouEh29q3QJ4″ lebar=”700″]

MetaTrader 5

MT5

Dilancarkan pada tahun 2010, MetaTrader 5 (MT5) ialah versi terkini platform MetaTrader dan juga percuma untuk dimuat turun daripada MetaQuotes. Walaupun ia kurang popular berbanding MT4, MT5 juga disokong oleh banyak broker. Ia berpenampilan lebih moden dan mempunyai lebih banyak ciri berbanding MT4, namun terdapat perbezaan utama diantara kedua-dua platform ini.

Seperti MT4, MT5 membolehkan pedagang mengakses pasaran Forex. Tetapi ia juga menyediakan akses natif ke CFD lain, seperti ekuiti, saham dan komoditi. MT4 hanya menyokong akses ke pasaran lain ini melalui pengubahsuaian pada platform. Rangkaian luas CFD ini juga bagus untuk broker, kerana ia membolehkan mereka menawarkan lebih banyak produk pada satu platform.

[ su_youtube url =”https://youtu.be/ mXuR_SRP -XI” width=”700″]

Ciri-Ciri Platform MT5

Antara muka MT5 mungkin kelihatan seperti MT4 namun mempunyai lebih banyak ciri-ciri. Seperti MT4, carta MT5 sangat boleh disesuaikan tetapi tersedia dalam 21 rangka masa (lebih 12 daripada MT4). Ia mempunyai 38 indikator terbina-dalam, termasuk Fibonacci Retracement dan alat Elliott, yang tidak terdapat pada MT4. MT5 mempunyai 44 objek grafik dan kalendar ekonomi terbina-dalam. Platform ini juga menyediakan ciri kedalaman pasaran yang memaparkan buku pesanan instrumen kewangan tertentu, menunjukkan pesanan jual beli pedagang lain dalam masa nyata.

Ciri lain termasuk suapan berita langsung, bilangan jenis pesanan jeda yang lebih banyak berbanding MT4 dan sistem chat terbenam. MT5 juga tersedia pada peranti mudah alih, tablet, pelayar web dan sebagai aplikasi yang boleh dimuat turun.

Dagangan Automatik MT5

MT5 mempunyai bahasa penskriptan yang lebih maju (MQL5), yang membolehkan penggunaan algoritma yang lebih kompleks berbanding MQL4. Fungsi ujian latar MQL5 juga lebih tepat, memberikan pemahaman yang lebih baik tentang cara EA beroperasi dalam persekitaran dagangan langsung.

Masalah utama bagi kebanyakan pedagang ialah MQL5 tidak serasi-mundur dengan MQL4. Ketidakserasian ini bermakna robot dagangan yang dibina untuk MT4 tidak akan berfungsi dalam MT5 dan sebaliknya.

cTrader

ctrader

cTrader ialah platform dagangan berbilang aset, membolehkan pengguna berdagang Forex dan CFD lain. Dilancarkan pada 2011 oleh SpotWare, cTrader menawarkan pelaksanaan berkelajuan tinggi dengan antara muka pengguna yang lebih kemas berbanding perisian pesaingnya Metatrader. cTrader percuma untuk dimuat turun daripada SpotWare, tetapi broker cTrader lebih sukar dicari berbanding broker MetaTrader.

Ciri-Ciri Platform

Salah satu ciri terbaik cTrader ialah susun atur yang boleh disesuaikan sepenuhnya. Anda boleh memilih susun atur carta-sahaja atau tetapan lalai, yang merangkumi analisis dan berita dagangan. Carta juga boleh disesuaikan, membolehkan anda memapar carta berbeza sebelah-sebelah, atau togol antara carta tersebut. cTrader tampak dan berfungsi sama seperti MetaTrader 4, jadi bertukar ke cTrader adalah peralihan yang mudah.

Jika anda biasa berdagang dengan set mata wang khusus, platform ini membolehkan anda mencipta tetingkap “kegemaran”, membolehkan anda mengakses pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan dengan mudah. Di sini anda boleh terus lihat sebut harga apabila anda melancarkan aplikasi, jadi anda boleh membuat dagangan dengan cepat. Disamping itu, cTrader mempunyai lebih daripada 65 indikator dan objek teknikal prapasang, membolehkan penyesuaian lanjut.

cTrader juga mempunyai alat analisis dagangan yang membolehkan anda menyemak sejarah dagangan anda dalam format visual yang mudah dihadam. Ia menyediakan sejarah komprehensif pasangan yang anda dagang, kekerapan anda berdagang, saiz posisi anda dan arah dagangan anda.

Salah satu perbezaan ketara antara platform MetaTrader dan cTrader adalah infrastruktur cTrader diuruskan oleh Spotware sendiri. Broker boleh mengubah komisyen dan spread, tetapi suapan harga dan data pasaran tidak boleh diubah suai atau dimanipulasi.

Dagangan Automatik

cTrader membenarkan dagangan automatik dengan cTrader Automate terbina-dalam. cTrader Automate membolehkan pedagang membina atau membeli robot dagangan (cBots) dan indikator tersuai. Algoritma yang dibina untuk MT4 dan MT5 tidak akan berfungsi dalam cTrader.

Ciri yang lainnya, cTrader Copy, membolehkan pedagang menyalin strategi dagangan, serta menyediakan strategi untuk disalin oleh pedagang lain.

Malangnya, cTrader kekurangan bilangan broker yang menyokong perkhidmatannya.

TradingView

tradingview-review

Ditubuhkan pada 2011, TradingView ialah rangkaian sosial berasaskan web yang membolehkan pedagang berkongsi idea dagangan, melihat peluang dagangan dan berdagang terus daripada carta lanjutannya. TradingView Basic adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan, namun kekurangan fungsi penuh pada versi Pro, Pro+ dan Premium. Harga untuk versi dinaik taraf bermula pada US$ 14.95/bulan atau US$ 155.40 /tahun.

Ciri-Ciri Platform

TradingView merupakan salah satu platform pencartaan termaju. Ia mempunyai lebih 12 jenis carta yang boleh disesuaikan, termasuk batang lilin, Renko dan Kagi, walaupun sebahagian daripadanya hanya tersedia pada versi Pro+ dan Premium. Ia juga mempunyai ratusan indikator terbina dalam dan binaan komuniti, lebih daripada 50 alat lukisan, indikator profil volum dan alat analisis pasaran yang mendalam. Satu lagi ciri unik ialah rangka masa tersesuai yang boleh ditetapkan kepada sebarang interval masa, dan amaran dagangannya, tersedia pada mana-mana peranti, dengan 12 suasana amaran yang berbeza.

Pedagang boleh menggunakan ciri Bar Replay untuk memundurkan pasaran dan menyemak acara dagangan dengan kelajuan dan resolusi tentuan pengguna. TradingView juga menyediakan laporan terperinci prestasi strategi anda dan analisis kewangan komprehensif untuk semua bursa saham utama, termasuk penyata kewangan dan analisis pentaksiran.

Dagangan Automatik

TradingView menyokong dagangan automatik melalui bahasa pemprograman Skrip Pine. Ia membolehkan pedagang mencipta robot atau alatan dagangan mereka sendiri dan menjalankannya pada pelayan TradingView. Skrip Pine dicipta menjadi bahasa yang mesra pengguna dan intuitif untuk membangunkan indikator dan strategi yang boleh diuji latar. Buat masa ini, terdapat lebih 100,000 Skrip Komuniti yang ada.

Walaupun TradingView adalah platform yang kaya dengan ciri dan boleh disesuaikan, ia bermula sebagai alat pencartaan lanjutan, dan hanya pada 2018 ia beroperasi sebagai platform dagangan. Oleh sebab ini, ia hanya tersedia di broker terpilih.

Platform Proprietari (Milik Broker).

Platform proprietari adalah aplikasi dagangan binaan dan kendalian broker. Platform proprietari ini berbeza dari segi kualiti, tetapi ia biasanya berasaskan web dan mudah digunakan pemula. Sebahagian daripada mereka juga agak berbeza daripada platform tradisional seperti MT4.

Peringatan: Jika anda menggunakan platform milik broker dan ingin untuk menukar broker, anda mesti belajar cara menggunakan platform lain.

Antara platform proprietari terbaik dan menarik, yang berbaloi diperiksa dengan lebih terperinci:

IG Markets Webtrader 

[ su_youtube url =”https://youtu.be/ DfStgSAcykI ” width=”700″]

Platform web IG Market ialah salah satu platform kendalian broker terbaik yang ada dan telah memenangi banyak anugerah untuk reka bentuk kemas dan mesra pengguna serta kebolehcapaiannya. Alat penyelidikan, alat pemantauan, pengurusan pesanan kompleks dan carta lanjutan semuanya disertakan. Ciri-ciri lain termasuk fungsi mudah untuk buka, tutup dan sunting posisi individu dan agregat, penyesuaian carta dan alatan pengurusan risiko. Pedagang juga boleh menghidupkan urus niaga satu klik, memperkemas proses untuk pengalaman yang lebih pantas. Indikator tersuai tersedia, serta akses kepada data dan suapan berita untuk membantu melihat peluang dagangan.

Baca semakan IG Markets kami

 

AvaTrade Webtrader

Platform Webtrader proprietari mesra pengguna Avatrade tersedia dalam pelayar untuk mana-mana peranti. Ia mempunyai papan pemuka moden yang direka bentuk dengan baik dengan fungsi carian cemerlang, serta pesanan yang mudah dibuat, menetapkan amaran harga, membuat senarai pantau dan melihat harga dan carta langsung. Webtrader juga menyediakan julat meluas indikator, alat lukisan dan alat pengurusan risiko pemenang anugerah, Avaprotect. Avaprotect membenarkan pelanggan membeli perlindungan terhadap kerugian dagangan dalam masa tertentu. Jika dagangan menjadi negatif dalam tempoh tersebut, sebarang kerugian akan dibayar balik sepenuhnya.

Webtrader juga membolehkan pedagang menguruskan beberapa akaun melalui satu antara muka dan bertukar antara akaun sebenar dan demo dengan mudah.

Satu kelemahan ialah platform tidak boleh disesuaikan, dan pedagang tidak boleh menukar saiz dan kedudukan tab. Platform ini juga tidak membenarkan peniaga menetapkan amaran atau pemberitahuan harga. Pedagang yang lebih berpengalaman mungkin lebih suka MT4 atau MT5, kedua-duanya juga tersedia di Avatrade, yang membolehkan pedagang menyesuaikan indikator mereka, mempunyai lebih banyak jenis carta dan mempunyai dagangan algoritma (atau automatik).

Baca Ulasan AvaTrade kami

XTB

xStation 5 XTB adalah intuitif, berkuasa dan pantas. Ia adalah satu-satunya platform dagangan yang tersedia di XTB, namun mempunyai banyak ciri-ciri lanjutan yang terdapat dalam platform pihak ketiga yang popular, seperti MT4. Ia menawarkan pelbagai carta yang boleh disesuaikan, alatan pengurusan risiko, pelbagai jenis pesanan, amaran harga dan statistik prestasi masa nyata untuk menilai aktiviti dagangan anda dan mengenal pasti perkara yang boleh diperbaiki. xStation5 juga memaparkan data sentimen pada papan pemukanya supaya pedagang boleh melihat peratusan pedagang yang membeli atau menjual instrumen tertentu.

Serlahan alat dagangan lain termasuk pemetaan haba berkod warna untuk menganalisis penggerak terbaik dan penyaring saham versatil. Pengumuman berita ekonomi ditunjukkan apabila anda tatal di sepanjang bahagian bawah cartanya, memberikan pedagang tinjauan semasa peristiwa ekonomi penting.

xStation5 tersedia untuk peranti iOS dan Android, membolehkan pedagang mengakses akaun mereka dan berdagang semasa bergerak.

Baca Kajian XTB kami

Platform Dagangan Sosial

Dagangan sosial membolehkan pedagang melihat aktiviti dagangan orang lain dan menyalin strategi mereka untuk meraih keuntungan melalui kepakaran mereka. Ini berguna khususnya untuk pedagang baru yang mentah dan mungkin tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan untuk menganalisis pasaran sendiri.

Platform dagangan sosial merupakan alat yang membolehkan pedagang mengikuti aktiviti dagangan pedagang lain dan menyalin dagangan mereka jika mereka percaya ia mungkin menguntungkan.

Platform dagangan sosial berikut adalah antara yang paling popular dalam industri.

ZuluTrade

[ su_youtube url =”https://youtu.be/ PvwECUrHzjQ ” lebar=”700″]

ZuluTrade ialah pilihan popular yang tertumpu dalam salin dagangan dan dagangan sosial. Dengan ZuluTrade, pedagang boleh menyalin dagangan satu sama lain dan berkongsi idea serta strategi. Dengan lebih sejuta pengguna, ia adalah salah satu penyedia salin dagangan terbesar yang ada. Satu manfaat tambahan, anda boleh memautkan akaun MT4 sedia ada kepada ZuluTrade. ZuluTrade juga tersedia pada peranti iOS dan Android.

DupliTrade

DupliTrade ialah satu lagi platform dagangan sosial dan salin dagangan popular dan serasi dengan MetaTrader. Ia mesra pengguna dan intuitif dan membolehkan pedagang mengikuti pedagang yang lebih berpengalaman (atau Penyedia Strategi) dan mengikuti isyarat dagangan mereka dalam masa nyata.

Prospek penyedia strategi Duplitrade menjalani proses pengauditan yang ketat untuk memastikan bahawa mereka mempunyai sejarah dagangan yang terbukti bertahun-tahun dan mengekalkan tahap prestasi mereka. Hanya selepas proses pengauditan penuh, penyedia strategi ditambah pada platform dan tersedia untuk disalin oleh pedagang. Duplitrade juga hanya bekerjasama dengan broker yang dikawal selia sepenuhnya supaya dana pedagang selamat.

MyfxBook Autotrade

Platform dagangan sosial Myfxbook, AutoTrade, membolehkan pedagang menyalin dagangan pedagang berjaya lain secara automatik. Pedagang boleh mencari dan memilih daripada pelbagai pembekal isyarat berbeza berdasarkan strategi dagangan, prestasi dan kriteria lain mereka.

Tidak seperti Duplitrade dan Zulutrade, disamping fungsi dagangan sosialnya yang sangat baik, MyfxBook menyediakan rangkaian alat dan sumber berkuasa untuk menganalisis dan meningkatkan prestasi dagangan. Alat ini termasuk alat analisis dagangan, simulator dagangan dan pelbagai metrik prestasi.

Kesimpulan

Mana-manapun platform yang anda pilih, ingat bahawa platform dagangan hanyalah alat yang menghubungkan anda dengan pasaran. Kejayaan atau kegagalan anda akan bergantung sepenuhnya pada pilihan dagangan anda, tahap pengetahuan dan selera risiko.

Penafian Risiko Forex

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa tahap risiko yang tinggi kepada modal anda: 75-90% daripada pelabur runcit kerugian wang dalam dagangan produk ini. Urus niaga Forex dan CFD melibatkan risiko yang tinggi disebabkan oleh faktor-faktor berikut: Leveraj keterlaluan, turun naik pasaran yang tidak dapat diramalkan, kegelinciran yang timbul daripada kekurangan kecairan, pengetahuan atau pengalaman dagangan yang tidak mencukupi, dan kekurangan perlindungan kawal seliaan untuk pelanggan. Pedagang tidak sepatutnya mendepositkan sebarang wang selain wang boleh-guna. Tidak kira berapa banyak penyelidikan yang telah anda lakukan, atau sejauh mana keyakinan anda dalam dagangan anda, sentiasa ada risiko kerugian yang besar. (Ketahui lebih lanjut daripada FCA atau daripada ASIC)

Kaedah Kami

Laporan Keadaan Pasaran dan Direktori Broker kami adalah hasil penyelidikan menyeluruh ke atas lebih 100 broker Forex. Matlamat eksplisit sumber ini adalah untuk membantu pedagang mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan mereka daripada yang teruk – melalui manfaat maklumat yang tepat dan terkini.

Dengan lebih 150 mata data pada setiap broker dan lebih 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya kami telah berjaya dalam matlamat kami.

Dalam persekitaran dengan keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza berdasarkan tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberi anda maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.

Semua penyelidikan telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dan penulis dalaman kami, mengumpulkan maklumat daripada pelbagai wakil syarikat, laman web dan dengan mendalami perincian halus. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menara kedudukan broker .

Pasukan Editorial

 

Chris Cammack
Ketua Kandungan

Chris menyertai syarikat itu pada 2019 selepas sepuluh tahun pengalaman dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya telah memberinya pengetahuan mendalam tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang mempengaruhinya. Chris mempunyai pandangan tajam dalam suntingan dan minat rakus dalam hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami merentas semua tapak memenuhi standard kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami.

 

Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Kanan

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan tumpuan pada fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kecenderungannya dalam menulis mendorongnya beralih kerjaya, dan dia kini mempunyai lebih lapan tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menyemak 100+ broker dan mempunyai pemahaman yang baik tentang dunia dagangan Forex.

 

Ida Hermansen
Penulis Kewangan

Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam perdagangan kripto membawa kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam perdagangan Forex dan memerhatikan broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baharu.

 

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup