Ulasan Terhadap Broker InstaForex

Editor Editor:  Alison Heyerdahl Dikemaskini: Oktober 9, 2023
Pengarang Pengarang:  Chris Cammack

Kemas kini terakhir pada Oktober 9, 2023

Chris Cammack
Skor broker
3.02 3.02 / 5
Ditaraf #74 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
🏦  Deposit Min.USD 150
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 30
⚖️  Leverage1000:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 
AlertMenerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 3.00 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 1000:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4. Instaforex dikawal selia oleh CySEC and FSC (Kepulauan Virgin British).

Kemas kini terakhir pada Oktober 9, 2023

Chris Cammack

75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .

Keputusan kami pada InstaForex

InstaForex adalah broker CFD menawarkan dagangan dalam Forex, saham, indeks dan kripto. Dikawal selia di EU dan Kepulauan Virgin British, Instaforex mempunyai empat akaun pelaksanaan segera (kesemuanya tersedia sebagai akaun Islamik) dan deposit minimum yang sangat rendah. InstaForex menarik perhatian pedagang Malaysia dari laman webnya yang sepenuhnya diterjemah dalam Bahasa Melayu dan khidmat pelanggan tempatan tersedia 24/5 dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.

Kedua platform dagangan MT4 dan MT5 boleh didapati, disamping dua platform berasaskan web kepunyaan InstaForex, namun apabila dibandingkan dengan broker lain, InstaForex mempunyai spread lebar dan komisyen tinggi serta pendidikan dalam Forex juga kurang.

🏦  Deposit Min.USD 150
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 30
⚖️  Leverage1000:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 

Ringkasan keseluruhan

Penilaian Kepercayaan
111104/ 5
Keadaan Dagangan
110002/ 5
Platform Dagangan
111104/ 5
Deposit & Pengeluaran
100001/ 5
Pendidikan & Penyelidikan
111003/ 5
Aset Tersedia
1110.503.5/ 5
Khidmat Pelanggan
111003/ 5
Mesra Pengguna-Baru
Standard
Bonus selamat datang

Maklumat Akaun

Matawang asas
USD, EUR, RUB
Bilangan padanan
110
Padanan Crypto
12
Salin Dagangan
Lindung Nilai Dibenarkan
Scalping
Akaun Islamik

Keadaan Dagangan

Nama akaun
Cent.Standard
Jenis Broker
Komisyen
Commission is 0.03% - 0.07%
EUR/USD
3.00 pips
GBP/USD
3.00 pips
USD/JPY
3.00 pips
Perlindungan baki negatif

Butiran syarikat

Nama Syarikat
InstaForex Group
Ditubuhkan
2007
Bahasa Laman Web
Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Poland, Portugis, Cina, Melayu, Vietnam, Thai
Bahasa Sokongan
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Portugis, Cina, Bahasa Indonesia, Melayu
Lokasi Pejabat
Bangladesh, Ghana, Guatemala, Hong Kong, India, Indonesia, Kazakhstan, Malaysia, Moldovia, Nigeria, Pakistan, Peru, Tunisia, Ukraine

Pro

  • Kepelbagaian luas untuk aset
  • Akaun salin dagangan

Kontra

  • Pengeluaran yang mahal
  • Pendidikan yang terhad
  • Spread yang lebar

Adakah InstaForex Selamat?

Kumpulan InstaForex telah beroperasi sejak 2007 dan telah membina reputasi sebagai broker diyakini untuk banyak pelanggan di Asia dan serata dunia.

Sementara InstaForex buat masa ini tidak dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ia beroperasi merentas benua Asia-Pasifik melalui anak syarikatnya Instant Trading Ltd, yang dilesenkan dan diberi kebenaran daripada FSC Kepulauan Virgin British (Nombor lesen: SIBA/L/14/1082)

Dalam KE dan UK, anak syarikat Eropah InstaForex Trading EU Ltd dikawal selia oleh kedua CySEC (Nombor Lesen 266/15) dan FCA (lesen 728735). Syarikat merupakan ahli Dana Pampasan Pelabur, sebuah skim yang melindungi pelanggan runcit berkelayakan dengan cara membayar pampasan sekiranya syarikat gagal membayar balik dana dan/atau instrumen kewangan disebabkan masalah kecairan.

InstaForex telah menerima banyak anugerah kebelakangan tahun, sorotan terkini termasuk Anugerah Broker Terbaik Asia 2019 (Anugerah Le Fonti) Platform Dagangan Mata Wang Kripto Terbaik 2018 (Anugerah UK Forex) dan Broker ECN Terbaik 2018 (Majalah International Business).

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Pengawal Selia Kumpulan
Jenis Broker
Laman web
Ditubuhkan
Lokasi Pejabat
Caj Tidak Aktif
B.V.I FSC
FSA-St-Vincent
ECN/DMA
2007
Bangladesh, Ghana, Guatemala, Hong Kong, India, Indonesia, Kazakhstan, Malaysia, Moldovia, Nigeria, Pakistan, Peru, Tunisia, Ukraine
Inactivity and withdrawal fees

 

Keadaan Dagangan

Keadaan dagangan di InstaForex terdapat sedikit kelainan mengikut lima jenis akaun berbeza, namun semua akaun mempunyai pelaksanaan segera dan kos dagangan yang tinggi secara relatif.

Semua akaun mempunyai leveraj maksimum 1:1000, yang sangat tinggi berbanding kebanyakan broker. Spread sentiasa tetap dan dua daripada akaunnya adalah berasaskan komisyen.

Mata wang akaun terhad kepada USD dan EUR, dan InstaForex menawarkan dagangan CFD dalam saham, indeks, logam, komoditi, dan mata wang kripto.

Jenis Akaun

InstaForex menawarkan kedua 4 akaun standard live dan akaun Islamik.

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Jenis Akaun
Deposit Min.
Leverage
Spread Min.
Komisyen
Cent.Eurica
USD 1
1000:1
0
0.03%-0.07%
Perincian Akaun
Cent.Standard
USD 1
1000:1
3
Spread Sahaja
Perincian Akaun
Insta.Eurica
USD 1
1000:1
0
0.03%-0.07%
Perincian Akaun
Insta.Standard
USD 1
1000:1
3
Spread Sahaja
Perincian Akaun

Empat jenis akaun live termasuk Insta.Standard, Insta.Eurica, Cent.Standard, dan Cent.Eurica:

  • Akaun Insta.Standard: Akaun ini menawarkan dagangan tanpa komisyen pada semua jenis aset dan spread bermula pada 3 pip pada EUR/USD. Akaun ini dipecahkan lebih lanjut kepada tiga tahap bergantung kepada deposit minimum:
    • Akaun Mikro. Dengan deposit minimum 1-10 USD pedagang akan mengakses dagangan lot-mikro.
    • Dengan deposit minimum 100-1000 USD pedagang boleh mengakses dagangan Lot Mini
    • Dengan deposit minimum 1000 USD atau lebih, pedagang boleh mengakses dagangan Lot Standard.
  • Akaun Insta.Eurica: Akaun ini memerlukan deposit minimum 1 USD dan tiada spread, sebaliknya mengenakan caj tokokan – bermula pada 3 pip pada EUR/USD .
  • Akaun Cent.Standard: Akaun ini mempunyai terma dagangan yang sama seperti Akaun Insta.Standard, kecuali – seperti maksud pada namanya – semua dagangan denominasi dalam sen mata wang (1/100 daripada unit mata wang). Memandangkan risiko yang sangat rendah, akaun ini sesuai dijadikan akaun latihan.

InstaForex Accounts

  • Akaun Cent.Eurica: Akaun ini mempunyai terma dagangan yang sama seperti Akaun Insta.Standard, kecuali – seperti maksud pada namanya – semua dagangan denominasi dalam sen mata wang (1/100 daripada unit mata wang). Memandangkan risiko yang sangat rendah, akaun ini sesuai dijadikan akaun latihan.

Akaun Islamik: Semua akaun InstaForex tersedia sebagai Akaun Islamik, pilihan ini boleh diambil pada pembukaan akaun.

Spread dan Komisyen

Spread pada Akaun Insta.Standard dan Cent.Standard adalah lebar, bermula dari 3 pip pada EUR/USD – spread ini digabungkan dengan deposit minimum rendah dan leveraj tinggi ditawarkan InstaForex sangat berbahaya kepada pedagang pemula dan meningkatkan risiko penghapusan akaun.

Demikian juga, komisyen tokokan (3 pip pada EUR/USD) dalam Akaun Eurica.Standard dan Akaun Cent juga tinggi jika dibandingkan dengan broker lain. Broker lain biasanya mengenakan caj komisyen tetap per lot didagangakan, yang memudahkan pengiraan kos dagangan.

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Keadaan Dagangan
Matawang asas
EURUSD (Standard)
Kos Dagangan (Standard)
EURUSD (Terbaik)
GBPUSD (Terbaik)
USDJPY (Terbaik)
Komisyen
InstaForex
110002/ 5
USD, EUR, RUB
3.00 pips
USD 30
3.00 pips
3.00 pips
3.00 pips
USD 0
FxPro
11110.54.5/ 5
USD, GBP, EUR, AUD, CHF, JPY, PLN, ZAR
1.40 pips
USD 14
0.40 pips
1.00 pips
0.60 pips
USD 0
Tickmill
111115/ 5
USD, EUR, GBP, PLN
0.00 pips
USD 6
0.10 pips
0.30 pips
0.10 pips
USD 6

 

Caj Deposit dan Pengeluaran

Walaupun InstaForex menawarkan deposit percuma dan pantas dari berbagai cara, kebanyakan cara pengeluaran adalah lambat, dan semua cara pengeluaran dikenakan caj – biasanya diantara 0.5 – 2% setiap transaksi. Sebagai contoh, pengeluaran kawat bank mempunyai yuran 2% dan mengambil 2-4 hari untuk diproses.

Pedagang Malaysia boleh membuat kedua deposit dan pengeluaran melalui bank-bank Malaysia, pun begitu caj akan dikenakan, dan kos berbeza-beza bergantung kepada bank mana.

 

Bonus

InstaForex menawarkan berbagai bonus kepada pedagang runcitnya. Jangan lupa untuk membaca perincian halus untuk semua bonus apabila menerimanya. Bonus terkini InstaForex di Malaysia termasuk:

  • 100% Bonus Deposit Pertama
  • 55% Bonus Untuk Setiap Deposit
  • 30% Bonus Untuk Setiap Deposit
  • Bonus kelab untuk pedagang yang mempunyai kad kelab InstaForex (1% untuk deposit 500 USD sehingga 10% untuk deposit 15,000 USD)

InstaForex Bonus

InstaForex untuk Pemula

Walaupun InstaForex menawarkan dua Akaun Sen ditujukan kepada pedagang pemula, ianya buka satu persekitaran mengalukan untuk mereka yang kurang berpengalaman. Kursus dagangan berstruktur hanya boleh didapati sebaik akaun live telah dibuka dan pendidikan percuma tersedia adalah berskop terhad dan penyampaiannya lemah.

Analisis pasaran, sebaliknya, dikemaskini setiap hari oleh pasukan InstaForex. Ianya terperinci dan tepat serta disampaikan dalam kedua format video dan teks. Walaupun penyelidikan pasaran tidak sekerap atau mendalam seperti penggerak pasaran lain, ianya lebih baik daripada kandungan pendidikan yang disediakan.

Khidmat pelanggan tersedia dalam 18 bahasa, termasuk Bahasa Melayu and Inggeris, dan tersedia melalui e-mel, chat live, Skype, dan perkhidmatan panggil semula yang responsif. Sokongan teknikal juga boleh didapati melalui beberapa perkhidmatan pesanan seperti WhatsApp, Telegram dan Viber.

Sokongan teknikal tersedia 24/5, sementara hubungan pelanggan tersedia dari 08:00-17:00 (UTC +00).

Platform Dagangan

Disamping dua platform proprietari berasaskan web InstaForex, ia juga menawarkan sokongan untuk MT4 dan MT5, dua platform dagangan paling popular dalam indsutri Forex.

InstaForex Platforms

InstaForex WebTrader: Direka bentuk oleh InstaForex, platform dagangan WebTrader hanya tersedia kepada pelanggan broker. WebTrader membolehkan pelabur berdagang terus dalam pelayar web, jadi tidak perlu lagi memuat turun dan pasang apa-apa perisian. Platform ini menawarkan akses kepada semua berita Forex dan analisis mutakhir dan disegerakkan dengan semua platform InstaForex lain, membolehkan platform berbilang.

InstaTick Trader: InstaTick Trader adalah platform dagangan sendiri yang dibina oleh InstaForex, kelebihan utamanya adalah sebut harga 6-digit. Hampir semua platform menawarkan sebut harga 5-digit, jadi platform InstaTick memberikan pedagang dengan gambaran keseluruhan lebih terperinci untuk setiap naik turun kecil dalam pasaran Forex. InstaTick boleh didapati dari pelayar web dan tiada muat turun diperlukan.

MetaTrader 4 – Platform dagangan MT4 adalah platfrom dagangan Forex yang paling meluas digunakan dan boleh digunakan untuk berdagang instrumen lain seperti komoditi, mata wang kripto, indeks saham, dan saham CFD. Walaupun telah agak lama, MT4 masih kekal popular atas ciri-ciri dagangan berautomasinya yang membolehkan dagangan algoritma dan ujian tabir strategi dengan expert advisor (robot dagangan).

MetaTrader 5 – Platform dagangan MT5 telah digunapakai oleh banyak broker Forex setiap masa, ia mempunyai antara muka lebih moden, membolehkan bilangan carta tanpa had digunakan, menunjukkan Kedalaman Pasaran, dan mempunyai Kalendar Ekonomi terbina-dalam. Ia juga mempunyai lebih banyak jenis pesanan belum selesai berbanding MT4 dan menonjolkan sistem chat terbenam. Tambahan pula, bahasa penskripan MQL5 adalah lebih efisyen berbanding pendahulunya dan MT5 mempunyai alatan pencartaan yang lebih canggih daripada MT4.

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan
FxPro
111115/ 5
FxProEdge
Tickmill
11110.54.5/ 5

 

Kaedah Penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Untuk membawa ketelusan ini ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci berhubung dengan tawaran produk InstaForex. Berpusat kepada proses tersebut adalah penilaian kebolehpercayaan broker tersebut, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.

Penyata Risiko

Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggan. InstaForex ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan dating dengan risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 78.24% akaun pelabur runcitan kerugian wang apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda patut mempertimbangkan sama ada anda faham tentang CFD dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.

Gambaran Keseluruhan

InstaForex adalah broker penggerak pasaran terkawal selia BVI dengan deposit minimum rendah, leveraj tinggi naum keadaan dagangannya kurang baik. Berbanding dengan banyak broker lain yang tertumpu dalam Asia, InstaForex mempunyai keadaan dagangan lemah dan hanya sedikit sokongan pendidikan.

Kedua MT4 dan MT5 disokong, disamping dua platform proprietari, dan CFD yang boleh didagangkan termasuk saham, indeks, komoditi, dan mata wang kripto. Deposit adalah pantas dan percuma, namun pengeluaran umumnya lambat dan mahal.

Pasukan Editorial

 

Chris Cammack
Ketua Kandungan

Chris menyertai syarikat itu pada 2019 selepas pengalaman sepuluh tahun dalam penyelidikan, editorial dan reka bentuk khusus untuk penerbitan politik dan kewangan. Latar belakangnya memberinya pengetahuan meluas tentang pasaran kewangan antarabangsa dan geopolitik yang boleh mempengaruhi pasaran. Chris mempunyai minat mendalam menyunting, serta tertarik dengan hal ehwal semasa kewangan dan politik. Beliau memastikan kandungan kami dalam semua laman memenuhi piawaian kualiti dan ketelusan yang diharapkan oleh pembaca kami.

 

Alison Heyerdahl
Penulis Kewangan Kanan

Alison menyertai pasukan sebagai penulis pada tahun 2021. Beliau mempunyai ijazah perubatan dengan kepakaran fisioterapi dan sarjana muda dalam psikologi. Walau bagaimanapun, minatnya dalam perdagangan forex dan kesukaan untuk menulis mendorongnya untuk bertukar kerjaya, dan dia kini mempunyai pengalaman lebih lapan tahun dalam penyelidikan dan pembangunan kandungan. Beliau telah menguji dan menilai 100+ broker dan mempunyai pemahaman hebat tentang dunia dagangan Forex.

 

Ida Hermansen
Penulis Kewangan

Ida menyertai pasukan kami sebagai penulis kewangan pada tahun 2023. Beliau mempunyai ijazah dalam Pemasaran Digital dan latar belakang dalam penulisan kandungan dan SEO. Selain kemahiran pemasaran dan penulisannya, Ida juga mempunyai minat dalam mata wang kripto dan rangkaian blockchain. Minatnya dalam dagangan kripto menjurus kepada ketertarikan yang lebih luas dalam analisis teknikal Forex dan pergerakan harga. Dia terus mengembangkan kemahiran dan pengetahuannya dalam dagangan Forex dan memantau broker Forex yang menawarkan persekitaran dagangan terbaik untuk pedagang baru.

AlertMenerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 3.00 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 1000:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4. Instaforex dikawal selia oleh CySEC and FSC (Kepulauan Virgin British).
Cari Broker Yang Diluluskan
Skor broker
3.02 3.02  / 5
Ditaraf #74 daripada 77 Broker Yang Disyorkan
Site Icon Data provided by FxScouts

InstaForex Financial Regulation

Pengawal Selia Lesen
Pengawal Selia Lesen

InstaForex Trading Cost Comparison

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Tutup